Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

1.0.

Pengenalan Sejarah Seni Visual di Malaysia

1.1

Latar Belakang

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran, cara, atau kaedah
(skill, way or method). Kesenian meliputi satu bidang yang luas, antaranya seni muzik, teater,
kesusasteraan, seni bina, seni lukis, seni ukir, dan lain-lain. Kesenian boleh dibahagi kepada
dua jenis, pertama seni halus (fine art) yang menekankan kecantikan dan curahan perasaan.
Gambar dan seni ukir selalunya mewakili seni halus. Kedua ialah seni gunaan (applied arts)
yang di dalamnya tergolong seni bina, perkakas, alat-alat seperti tembikar, pakaian dan alat
perhiasan, perabot, buku, dan lain-lain.
Di Malaysia seni visual dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Ini dapat dibuktikan
melalui lukisan zaman purba yang telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba pada masa itu. Ianya berkisarkan tentang aktiviti kehidupan seharian mereka
seperti perburuan dan pengembaraan. Lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di
antara satu sama lain. Penceritaan tentang suatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa
seolah-olah dirancang. Pada asalnya, seni visual lahir kerana keinginan manusia untuk
menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan harian. .
Tempoh prasejarah di Malaysia bermula daripada kawasan-kawasan terawal penempatan
manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga
terbentuknya kesultanan melayu di sekitar tahun 1900.
Lukisan gua di Malaysia yang telah dijumpai seperti di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun,
Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej
binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang
hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang
yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

Contoh lukisan pada dinding gua di Gua Niah, Sarawak

Lukisan pada dinding di Gua Tambun, Perak

1.2.

Sejarah Seni di Malaysia Sebelum Kemerdekaan

Seni halus di Malaysia telah berkembang secara berperingkat-peringkat yang berkaitan dengan
lukisan, catan, cetakan dan arca. Dengan cara ini pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk
disampaikan kepada audiens. Peringkat perkembangan seni halus ialah pada zaman sebelum
perang dunia kedua dan zaman selepas perang dunia kedua.
Tahun 1920an
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah
oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme,
zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabila
Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau
dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,
Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca
daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau
Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu
jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di
China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni
halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam
kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kreativiti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara
yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor,
3

Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin
Kesimpulannya pada awal tahun 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.
Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924.
Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tahun 1920an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang
kebanyakannya merupakan suri rumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik
pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang
Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim
Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan
beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang
dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong
Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis
pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah
mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng
Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di
Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran Impressionist dengan
kesan-kesan cahaya yang kuat.
SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan
Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersamasama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat
ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat
bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan
penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang
digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabotperabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun
terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya
4

sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi
permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan
penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada
tanah liat.

Tahun 1930an
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus
Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies
Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksanaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis Hong Kong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang
untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa
sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya
merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim
Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan
menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis
terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen
Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang
Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka
juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni
moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana
menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya
dikenali sebagai Nanyang.
Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic
Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan
yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan
menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah
Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan
5

Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan
Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan pameran
seni dan fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran
Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional.
Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran
ini.
Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara
tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat
menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini
merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya
Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah
dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah
pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan
seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan
terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di
kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada
tahun 1941.
Tahun 1940an
Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan
pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews,
Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut.
Walaupun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang
cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.
Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam dan
di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat. Walker,
pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti Lim
Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga memberi
ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.
6

Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari
Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke
Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat
biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya
dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.
Pada Disember 1941, pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China.
Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah
dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah
dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah
Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara
Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of
Art.
Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika
Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni
Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis
tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.
Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan,
penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun
1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoessein seterusnya
menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang
terkenal.
Tahun 1950an
Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay
Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong
Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru
sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United
Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis
tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang
berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk Empat
Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan
seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia
membuat lawatan melukis ke Bali.
Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan,
menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.
Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng
Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter
sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan
juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap
untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta
pelukis luar negara yang membuat lawatan.
Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris.
Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris
merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni
di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guruguru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat
tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan,
Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly
Koh dan Syed Ahmad Jamal.
Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti
Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong
Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki
Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.
Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan
Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas.
APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya
telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik
dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd
Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah
8

Noor.
Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang
sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo
Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsepkonsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.

1.3.

Sejarah Seni di Malaysia Selepas Kemerdekaan

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang
mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguhsungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku
Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen
Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter
Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali
Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor
Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi
yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi
dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean
Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian
Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada
tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk
9

seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.
Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut
menerima pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik
perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi
seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang
kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya
ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni
lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan
diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya
ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni
diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka
yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan
pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun
1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed
Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Institusi seni lukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966.
Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang
Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru
pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan
kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics,
Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus
diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush
Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an

10

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat
avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji
Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah
mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.
Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran
semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika
iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan
kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong
Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan
ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan
Pelukis SeMalaysia.

Tahun 1980an
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah
badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama
dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar
negara.
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guruguru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh
Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Seni lukis dan Kemanusiaan.
USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca,
Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden
dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Seni lukis.
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi
sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti

11

firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya
untuk dijadikan koleksi simpanan.
Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karyakarya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.
TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT
1.Yong mun seng

Digelar sebagai bapa cat air Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Yen Lang. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1896 di Kuching, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan formal dalam
penggunaan berus yang betul dan kaligrafi di Tai-Pu di daerah Kwangtung, China pada tahun
1901. Beliau kembali ke Kuching pada tahun 1910. Pada 1914, beliau berkunjung ke China
untuk melukis gambar-gambar singa dan harimau yang sangat diminati oleh para panglima
perang waktu itu. Pada tahun 1922, beliau mengganti namanya menjadi Yong Mun Sen dan
mendirikan Tai studio seni Koon di Chulia Street. Pada tahun 1956, beliau menghidapi strok.
Walaupun keadaan fizikalnya lemah, beliau tetap berjuang untuk catan. Namun, sakit yang
berterusan dan kesulitan kewangan menyebabkan akhirnya beliau berputus asa. Beliau
meninggal dunia pada 29 September 1962. Walaubagaimanapun, karya beliau tetap
dipamerkan walaupun beliau telah meninggal dunia. Pada Mac 1972, Balai Seni Lukis Negara
12

telah mengadakan Pameran Seni Memorial Mun Sen yang mempamerkan karya-karya beliau.
Sehingga kini, karya-karya beliau akan sentiasa mengekalkan tempat yang mulia di Malaysia.

2. Abdullah Ariff

Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1904. Merupakan seorang guru seni di Sekolah AngloChina, Penang sekarang dikenali sebagai Sekolah Methodist Boy. Pada tahun 1920an, tidak
ada kumpulan seni tempatan. Kumpulan seni yang hanya ditubuhkan pada waktu itu terdiri
daripada ekspatriat Eropah yang menyebut diri mereka sebagai "Penang Impresionis".Namun
pada pertengahan usianya 30 tahun, beliau diterima ke dalam kumpulan tersebut kerana jasajasanya sebagai pengajar diperlukan. "Penang Impresionis" dibubarkan sebelum awal Perang
Dunia kedua, dan tidak disatukan kembali. Beliau mula menghasilkan karya pada tahun 1948.
Pada ketika itu, beliau melukis dengan menggunakan media Cat air dan menggunakan teknik
sapuan berus kasar yang menunjukkan kesan pencahayaan. Kebanyakan karya-karya Abdullah
Ariff menggunakan aliran Impresionis. Beliau meninggal dunia pada tahun 1962.
Contoh karya Abdullah Ariff

13

"Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya", Cat air, 1960


3.Khaw Sia

Dilahirkan pada tahun 1913 dan mendapat pendidikan seni lukis di Akademi Sung Hua,
Shanghai (1925-1932). Berkenalan dengan pelukis berus Cina terkenal iaitu Xu Beihong (18951953). Menerima bimbingan persendirian dalam catan air daripada Sir Russel Flint di England
pada tahun 1933.Beliau berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun 1937.Karyanya menggunakan
media cat minyak,pastel serta cat air. Beliau menggambarkan pemandangan dan kebudayaan
tempatan Malaysia. Karya beliau turut mempunyai estetik lukisan cat air Inggeris yang kuat.
Pertunjukan seni lukis pertama beliau di Pulau Pinang pada 1955. Beliau mempamerkan
lukisan-lukisan keindahan alam Bali serta gadis-gadisnya. Selain itu,beliau mengadakan
petunjukan seni lukis perseorangan di Perak dengan mengkhusus dalam potret-potret cat
minyak pada 1966. Karya-karya terbaik beliau antaranyaialah lukisan Sultan dan Sultanah
Perak sebagai pembukaan rasmi pertunjukkan itu. Beliau meninggal dunia pada tahun1984
14

ketika berusia 71 tahun. Karyanya terkumpul di seluruh pelosok dunia termasuk di Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur.

4. Syed Ahmad Jamal

Dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bahru dari tahun 1936 hingga 1938.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939, Sekolah
Inggeris Ngee Heng pada tahun 1940, Sekolah Inggeris Bukit Zaharah dan Seterusnya English
College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru hingga tahun 1949. Beliau kemudian
meneruskan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951
hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School Art, London.Sekembali dari
England, beliau bertugas sebagai guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956
hingga 1957. Pada tahun 1957 beliau bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan
Harian, Kuala Lumpur (sekarang Maktab Seri Kota). Pada tahun 1958 hingga 1959 beliau
15

bertugas di Malayan Teachers College, Kirkby, Lanc., England. Pada tahun 1963 hingga 1964
beliau mengikuti pengajian seni arca di School of Art Institute, Chicago, Illinois, Amerika
Syarikat. Kemudian dia dilantik sebagai Pengetua MPIK di Cheras pada tahun 1964. Beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Sejarah Seni di University of Hawaii, Honolulu pada
tahun 1973. Pada 1974, dia mengikuti pengajian Falsafah Seni Islam di Harvard University,
Cambridge, Amerika Syarikat. Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas di Muzium.Seni Asia,
Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Univerisiti Malaya pada
1979. Beliau dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Visual Negara pada 1983 hingga 1991. Syed
Ahmad Jamal telah menerima pelbagai anugerah antaranya ialah Ahli Mangku Negara(1969),
Kesatria Mangku Negara (1983), Asean Cultural Award Visual Art (1987) dan pada 1995, dia
dianugerahkan Anugerah Seni Negara. Dia dianugerah Panglima Jasa Negara pada 1996.
5.Dzulkifli Buyong

Lahir pada tahun 1948 di Kuala Lumpur. Menerima pendidikan seni di Victoria Institutiondari
1961 hingga 1965. Beliau telah belajar di bawah artis keempat terkenal dan guru seni, Patrick
Ng, dan merupakan ahli biasa Wednesday Art Group. Ketika berusia 19 tahun, beliau telah pun
membuat pameran awam dan telah memenangi banyak hadiah. Dzulkifli suka melukis kanakkanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling. Kecantikan tidak
penting yang lebih baik perkara biasa bahawa orang lain tidak melihat setiap hari kejadian.
Karyanya dihasilkan pada tahun 1966. Beliau menggunakan media pastel dan teknik sapuan

16

dalam menghasilkan karya ialah secara bersahaja atau spontan dalam gaya impresionis
manakala figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naif. Gaya atau aliran
sesebuah karya beliau ialah aliran Impresionis. Tema yang hendak disampaikan oleh beliau
dalam karya Kapal kertas ialah budaya tempatan di desa yang memperlihatkan kehidupan
kanak-kanak melayu . Apresiasi dalam karya ini menunjukkan keriangan, kenakalan,
keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan
bergurau dalam persekitaran alam tempatan. Sebagai contohnya ialah karya yang bertajuk
Burning Art pada tahun 1967.

6.Mohd Hoeissein Enas

Dilahirkan di Bogor Jawa pada tahun 1914 dan berhijrahke Malaysia pada tahun 1947. Beliau
belajar melukis di bawah tunjuk ajar Encik Koimadi Medan dan Profesor Stanley Green di
London. Pada tahun 1985 beliau telah menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung. Beliau
juga dikenali sebagai Pelukis Potret Diraja dan dianugerahi bintang kebesaran yang
membawa gelaran dato berdasarkan sumbangan beliau dalam bidang seni lukis di Malaysia.
Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan
kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Gaya catan
17

yang dipersembahkan oleh beliau ialah secara realistic di mana catan dilukis mengikut subjek
dengan tepat dan menyerupai bentuk sebenar. Beliau dikenali sebagai pelukis realistik dan
naturalistik. Dalam penghasilan karya, Hossein Enas banyak menunjukkan wajah-wajah yang
membawa mesej-mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan social masyarakat.
Antara karya beliau membawa mesej budaya melalui wajah ialah Potret Diri (1958). Karya ini
menggunakan media kapur atau pastel. Tema karya beliau ialah potret diri sendiri. Gaya yang
dipersembahkan di dalam potret bersifat realistic menerusi daya pengamatan yang amat
sensitive terhadap subjek, memberi lebih tumpuan kepada wajah dengan mengabaikan latar
belakang serta pakaian yang agakdipermudahkan. Nilai yang terdapat pada karya ini ialah raut
wajah model digambarkan dengan terperici dan halus sehingga Berjaya memancarkan nilai-nilai
peribadi Melayu yang lemah-lembut dan bersopan.
HAL SUBJEK DAN TEMA
Karya Sebelum Merdeka
Dalam sesebuah karya yang dihasilkan oleh pelukis ketika sebelum dan selepas merdeka
mempunyai hal subjek atau subjek mental dan tema tersendiri. Tema membawa maksud pokok
persoalan atau perkara penting yang ingin disampaikan oleh pelukis kepada audiens.
Kebanyakan pelukis sebelum merdeka lebih bertemakan kepada permandangan alam sekitar.
Contohnya, karya Abdullah Ariff yang bertajuk Coconut Plantation.

18

Karya ini dihasilkan oleh Abdullah Ariff pada 1948 yang bertajuk Coconut Plantation. Hal
subjek yang ditonjolkan dalam karya ini ialah di ladang pokok kelapa. Media yang digunakan
adalah cat air. Aliran dalam karya ini ialah impresionisme. Tema bagi karya ini ialah
menggambarkan suasana pada waktu petang di ladang pokok kelapa. Dalam karya ini prinsip
seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang digunakan dalam karya ini ialah
menggunakan warna lembut bagi menunjukkan ketenangan suasana pada waktu itu. Warna
tersebut juga menunjukkan bahawa waktu petang. Gaya yang digunakan ialah gaya romantis
Inggeris dengan menggunakan sapuan berus yang terkawal. Nilai yang cuba digambarkan
melalui karya tersebut ialah untuk menggambarkan kemakmuran negara. Pada era ini, pelukispelukis telah mula berani menyalurkan idea masing-masing. Konsep karya adalah lebih bebas
dan tidak terikat dengan tema ataupun subjek. Mempunyai identiti karya tersendiri untuk lebih
dikenali.
Karya selepas merdeka
Seterusnya, hal subjek dan tema bagi selepas merdeka pula lebih kepada realisme. Selepas
merdeka, subjek lebih tertumpu kepada figura berbanding pemandangan. Antara karya contoh
ialah karya Mohd Hoessein Enas yang bertajuk " Gadis Melayu" pada tahun 1959.

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Hoessein Enas pada 1959 yang bertajuk gadis melayu. Antara
contoh aplikasi hal subjek dan tema dalam sesebuah karya selepas merdeka ialah karya Mohd
19

Hoessein Enas. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut
aliran yang digunakan ialah realisme. Hal subjek yang hendak disampaikan oleh pelukis ketika
ini ialah potret seorang gadis melayu. Seterusnya, potret ini bertemakan megenai keadaan
gadis melayu ketika zaman tersebut. Alatan dan bahan yang digunakan ialah kain kanvas
kerana pada ketika ini cat minyak sesuai dilakarkan pada kain kanvas. Disamping itu, terdapat
juga unsur-undur apresiasi yang ditunjukkan dalam karya ini. Apresiasinya ialah wajah seorang
gadis melayu yang mempunyai rupa paras yang cantik. Selain itu, penggunaan unsur seni reka
dalam menghasilkan karya iaitu mengkaji prinsip rekaan dalam karya ini. Pertama ialah dalam
karya ini terdapat harmoni. Contohnya, terdapat pada warna latarbelakang potret iaitu
penggunaan warna hijau dan biru yang menampakkan harmoni sesebuah karya. Kedua ialah,
kontra. Dalam penghasilan karya ini terdapat warna kontra iaitu warna putih.

ALAT DAN BAHAN


Catan ialah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah yang disapukan pada
sesuatu permukaan. Mengikut sejarah manusia telah melukis selama enam kali lebih lama
berbanding penggunaan tulisan. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat
merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.
Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat
mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman
Pembaharuan yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan
ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu
dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni
abstark dan seni abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis
yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar,
lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya
disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas
cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara
000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas
atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.
20

Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat
legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya
menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis
cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk
menghasilkan campuran warna.
Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi
bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan
cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal,
kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang
nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah
turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak
kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas,
papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat
tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

21

PENGARUH TERHADAP PERKEMBANGAN SENI VISUAL TANAHAIR


Pada tahun 20an pengaruh kuat dalam catan di Malaysia adalah dari negara Eropah dan
negara Cina. Pengaruh catan dari Eropah dipelopori dari kumpulan Penang Ekspresionis yang
ditubuh sekitar tahun 1920-an. Kumpulan Penang Ekspresionis ini adalah dikalangan kolonial
dari British yang banyak mempengaruhi genre lukisan pemandangan alam seperti catan tradisi
pelukis Turner dan Constable serta realisme zaman Pre-Raphelites. Kumpulan Penang
Ekspresionis dalam kelompok elit dikalangan isteri-isteri pembesar kolonial yang berminat
dengan seni lukis. Terdapat beberapa orang tempatan antaranya Abdullah Ariff dengan gaya
pelukisan ekspresionis menggunakan bahan cat air.
Pengaruh dari negara Cina juga kuat pada masa itu, Kumpulan pelukis ini adalah datang
bersama imigran perniaga-peniaga Cina. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama
Yong Mun Sen datang ke Malaya melalui Singapura. Pada masa itu Singapura berada dalam
Malaya. Pada tahun 1937, pelukis-pelukis kaum Cina mula aktif melukis cat air dengan
pengaruh catan Yong Mun Sen. Beberapa Kelab dan Persatuan Pelukis ditubuhkan dikalangan
kaum pelukis Cina. Antaranya Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang, Penang Art Teachers
Caouncil, Persatuan pelukis Pulau Pinang dan lain-lain.
Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor ditubuhkan untuk menyatukan pelukis-pelukis melayu.
Kebanyakan catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung. Tidak ramai pelukis-pelukis
Melayu Malaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukis
yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah Penang Free School. Pada
masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuat berpegang pada SITC Sultan

22

Idris Traning College atau Maktab Perguruan Sultan Idris. Pengalaman dan pengetahuan
mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf.
Sekitar tahun 1950-an, penubuhan persatuan-persatuan pelukis semakin bertambah di Malaya.
Dalam tahun 1952 sebuah persatuan seni lukis yang diberi nama Wednesday Art Group telah
ditubuhkan. Kumpulan ini diasas oleh orang Inggeris bernama Peter Harris. Kumpulan ini
memperkenalkan catan moden seperti Impresionis dan Ekspresionis. Anggota kumpuan ini
adalah dikalangan guru-guru berpendidikan sekolah Inggeris. Dalam tahun 1957 tertubuh pula
kumpulan Thursday Art Group yang memberi saingan dengan kumpulan Wednesday Art
Group.
Pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawat Indonesia untuk melihat perkembangan
seni lukis. Mereka telah dibawa ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta.
Semangat melukis semakin kuat apabila mereka diberi pendedahan kehebatan karya-karya
catan di Indonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis ASRI.
Menurut Cikgu Idris Salam yang hadir bersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan
pelbagai kegiatan seni lukis dan pelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang
kepada mereka.
Pada 1920an hingga 1950an, perkembangan seni lukis di Malaysia begitu menonjol, namun
gaya catan masih banyak dipengaruhi lukisan-lukisan Cina dan Eropah. Pada tahun 1946,
seorang pelukis dari Bogor Indonesia yang bernama Mohammed Hoessein Enas telah berhijrah
ke Malaya. Kedatangan Hoessein Enas menandakan satu pengaruh baru dalam masyarakat
pelukis-pelukis di Malaysia terutama golongan pelukis Melayu yang menginginkan tunjuk ajar
dalam seni lukis. Kedatangan beliau telah menubuhkan satu persatuan iaitu Angkatan Pelukis
Semenanjung sekarang menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia dan gaya catan naturalis dan
realis dengan tema figuratif dan potret menjadi ikutan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu.
Pada tahun 1956 kumpulan penggiat kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan seni
dengan mengabungkan semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama teater, tarian, muzik dan
persuratan yang dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM). Cikgu Idris Salam sebagai ketua
kumpulan pelukis golongan guru telah memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis
yang datang dari Indonesia menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas telah diterima
oleh golongan pelukis-pelukis Melayu sebagai maha guru lukisan.

23

Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihanlatihan melukis. Pengaruh kuat beliau dalam pertubuhan ini menyebabkan ramai ahli tertumpu
pada bidang melukis dan mencatan potret berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun
kemudian pameran lukisan yang dinamakan Pameran Seni Lukis Pertama diadakan bertempat
di dewan British Council Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama
Tun Abdul Razak. Bermula dari situ kumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti
dengan catan dibawah pengaruh kuat oleh Mohammad Hoessein Enas.
Mohammad Hoessein Enas telah membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu
yang tidak membenarkan lukis potrat dan figuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah
Mohammad Hoessein Enas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada
hari Sabtu seramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dari
Singapura dan beberapa buah negeri lain. Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan.
Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah berbincang
untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April
1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dengan motto Seni dan Masyarakat.
Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak
yang dipengaruhi Mohammad Hoessein Enas.

24

PERTUBUHAN, KUMPULAN DAN INSTITUSI SENI VISUAL TANAH AIR


1.AKADEMI SENI NANYANG
Akademi Seni Lukis Nanyang, juga dikenali sebagai Nanyang Academy of Fine Arts ini
ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Lim Hak Tai dan rakan-rakannya merupakan institusi latihan
seni halus formal yang pertama di Tanah Melayu. Kumpulan pelukis dan tenaga pengajar awal
yang biasa dikaitkan dengan institusi ini ialah Lim Hak Tai, Cheong Sooi Peng, Chen Wen Hsi,
Georgette Chen Li Ying, Chen Chong Swee dan Kuo Ju Ping. Kumpulan ini telah membina
gelombang yang besar dalam perkembangan dan sejarah seni lukis moden Malaysia dari aspek
kegiatan, pengkaryaan dan pendidikan seni. Pelbagai paparan diketengahkan oleh pelukis
Akademi. Paparan tampak itu secara semangatnya amat tempatan menerusi tema lanskap dan
alam benda secara nyata. Dr. Tan Chee Khuan (1994) menyifatkan Lim Hak Tai seorang yang
berwawasan kerana tidak mengambil kesempatan tetapi sebagai pemangkin menerusi institusi
yang ditubuhkan.
2.THE WEDNESDAY ART GROUP
Pada tahun 1952, Peter Harris telah menubuhkan Wednesday Art Group di Kuala Lumpur
dengan tujuan untuk memperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru dan
pelukis muda tempatan yang berminat. Peter haris merupakan ekspatariat lepasan sekolah seni
lukis di United Kingdom yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Kuala Lumpur
pada tahun 1951. Tema kumpulan ini ialah Seni sebagai wadah ekspresi diri. Ianya membawa
maksud seni dilihat sebagai alat untuk meluahkan ekspresi ataupun menyampaikan maksud
yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya. Tema ini sekaligus memberi galakan kepada
25

pelukis untuk mencipta kaedah, penekanan dan pengucapan tampak yang tersendiri. Objektif
utama kumpulan ini ialah memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan
baru kepada ahli-ahlinya. Peter Harris juga telah memperkenalkan penggunaan berus besar
dan keras menggantikan berus halus dan lembut serta penggunaan gouche sebagai bahan
yang lebih liut daripada cat air sebagai media catan baru. Aktiviti yang dilaksanakan ialah
bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratif, gubahan dan
lakonan.). Gaya catan kumpulan ini adalah pelbagai seperti aliran impresionis, post-impresionis
dan gaya tersendiri. Sumbangan yang diberikan oleh kumpulan ini dikatakan bahawa asas
falsafah yang disemai telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di
Malaysia pada hari ini.
3.MAJLIS KESENIAN MELAYU
Ditubuhkan pada tahun 1956 dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung. Pada
tahun 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan Pada tahun 1964
diubah pula sebagai Angkatan Pelukis SeMalaysia. Ahli-ahli pada peringkat awalnya ialah Mohd
Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, Sabtu Yusuf, Mazli
Mat Som dan Syed Ahmad Jamal. Objektif pertubuhan ialah menyatupadukan pelukis-pelukis
dan peminat-peminat seni lukis di seluruh tanah air, mengutamakan seni yang berkeperibadian
Malaysia sebagai teras seni kebangsaan serta berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan
kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabanngasa. Ciri-ciri istimewa APS ialah
catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak dan pastel. APS
mempunyai pengikut yang ramai daripada kalangan pelukis berpendidikan Melayu. Selepas
1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur. Aktiviti-aktivitinya ialah kelas potret oleh Mohd
Hoessein Enas, kelas Arca oleh Idris Salam, kelas grafik oleh Zakaria Noor, seni dalaman oleh
Habibah Baharuddin. Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang dipertua APS,
kelas-kelas mula diajar dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis
terkemuka yang kebanyakannya pensyarah-pensyarah.
4.THE THURSDAY ART GROUP
Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957. Diketuai oleh Tay Hooi Keat. Objektif persatuan
memperkenalkan konsep-konsep seni lukis yang baru. Antara aktiviti yang diadakan ialah kelaskelas lukisan pada setiap hari Khamis dan Sabtu bagi pelukis-pelukis muda serta mengadakan
sesi perbincangan dan pameran-pameran. The Thursday art group ialah corak organisasi

26

hampir sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahlinya ialah Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo
Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain.
5.KUMPULAN ANAK ALAM
Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS. Pengasasnya ialah Abdul Latiff
Mohidin. Aktiviti kumpulan tersebut meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater. Mereka
mengenepikan realiti untuk membentuk sesuatu yang berterusan serta mengubah kesedaran
manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai alam semesta. Mereka bertindak dengan
agrersif dan mahukan satu bentuk dan gaya baru dalam berkarya. Gaya catan banyak
dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis dan mereka berani membuat eksprimen tanpa
mempedulikan kritikan yang diterima. Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama,
menekankan semangat kebebasan romantik, menitikberatkan peranan individu, kederiaan
tetapi sentiasa menyedari ragam tan tempo estetika sezaman. Ahli-ahli yang aktif seperti Abdul
Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali
Rahamad, Siti Zainon dan lain-lain
6.PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA
Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-Pelukis Nasional kemudian
ditukarkan ke nama Persatuan Pelukis Malaysia (PPM) pada tahun 1980. Persatuan ini tidak
terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahlinya berkarya mengikut gaya
masing-masing. PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis Malaysia kerana
kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang
memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis. Jawatankuasa peringkat awal
Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff , Ruzaikha
Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dan lain-lain. Objektif
persatuan ialah memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan
persatuan yang serius dalam mewakili pelukis. Selain itu, memajukan perkembangan seni lukis
di Malaysia. Seterusnya, menjadikan seni lukis sebagai satu elemen yang penting dalam
pembangunan negara. Seterusnya, menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah
kesempurnaan jiwa bangsa dan nadi negara, menjaga dan memperbaiki keadaan pelukis
Malaysia, bekerjasam dengan kerajaan dan badan lain tentang hal yang berkaitan dengan seni
lukis Malaysia dan menolong dan menggalakkan aktiviti seni lukis (di dalam dan di luar negara).
Aktiviti-Aktivitinya ialah mengadakan pameran perdana, mengadakan ceramah, bengkel dan

27

juga seminar tentang seni lukis, menerbitkan majalah seni, memberikan khidmat nasihat
kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran.

PERBANDINGAN KARYA SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

SEBELUM MERDEKA

SELEPAS MERDEKA

-Sekitar tahun 1920 hingga 1956


-Tokoh-tokoh yang terlibat:

-Sekitar tahun 1957 hingga 1990


-Tokoh-tokoh yang terlibat:

- Abdullah Ariff

- Hoessien Enas

- Yong Mun Seng

- Syed Ahmad Jamal

- Khaw Sia
- Karyanya lebih bertema kepada

- Dzulkifli Buyong
- Karyanya lebih bertema kepada lukisan potret atau

permandangan dan alam sekitar.

figura manusia.

- Kebanyakan media yang digunakan ialah cat

- Kebanyakan media yang digunakan ialah cat

air
- Contoh karya:

minyak
- Contoh karya:

Coconut Plantation oleh Abdullah Ariff pada

Gadis Melayu oleh Mohd Hoessien Enas pada

tahun 1948

tahun 1959

28

-Warna yang digunakan lembut dan pudar.

-Warna yang digunakan terang dan jelas.

Karya Sebelum Merdeka

Karya yang telah saya pilih semasa sebelum merdeka ialah Cocunut Plantation. Hasil seni
lukis ini telah diukis oleh Abdullah Ariff pada tahun 1948. Abdullah Ariff telah menggunakan
watercolour atau cat air dalam menghasilkan karya tersebut. Hal subjek dan tema yang
terdapat dalam karya Abdullah Ariff ini adalah sesuatu yang hendak disampaikan oleh pelukis
mengenai suasana di lading pokok kelapa. Selain itu, nilai yang terdapat dalam karya ini ialah
untuk menggambarkan kemakmuran sebuah negara.

29

Seterusnya untuk penggunaan unsur seni reka dalam menghasilkan karya Coconut Plantation
ini pula terbahagi kepada dua iaitu prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Terdapat 7 prinsip
rekaan dan 6 unsur- unsur seni yang perlu dijelaskan berdasarkan karya yang dipilih. Antara
prinsip rekaan yang terdapat dalam karya ini ialah harmoni. Harmoni wujud dalam penggunaan
garisan dan warna dan tidak akan wujud jika ada unsur- unsur bercanggah. Harmoni yang
terdapat dalam karya ini ialah pada penggunaan warna. Contohnya, rumput yang berwarna
hijau kelihatan penggunaan hijau yang lembut dan warna tanah. Seterusnya, ialah terdapat
imbangan dalam karya ini. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan, dan tumpuan. Namun, dalam karya ini terdapat keseimbagan tidak simetri.
Keseimbangan tidak simetri ialah unsur seni tidak sama kedua-dua bahagian tetapi mempunyai
ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbagan. Contohnya, keadaan imbangan karya ini kurang
seimbang kerana kedudukan dan jarak antara pokok kelapa kurang seimbang. Selain itu, ialah
irama dan pergerakan. Irama dan pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang,
berayun, berpancar, bersinar- sinar dan sebagainya. Contohnya ialah yang terdapat pada
daun-daun pokok iaitu keadaan warna dan bentuk pokok yang mempunyai kesan pantulan dan
juga bersinar-sinar yang menunjukkan pergerakan seolah-olah ditiup angin. seterusnya ialah,
kepelbagaian. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Contohnya, pada unsur garisan dan
warna, iaitu terdapat garisan menegak, medatar dan beralun. Bagi warna pula terdapat
penggunaan warna hijau, kuning, dan kebiruan. Seterusnya ialah kesatuan. Kesatuan
bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan dan
menimbulkan suasana yang tebteram, teratur dan selesa. Oleh itu, kesatuannya ialah
penggunaan bahan dalam membuat karya ini adalah sama.
Disamping itu, untuk unsur-unsur seni yang dikaji dalam karya ini pula ialah garisan. Garisan
yang terdapat dalam karya ini ialah garisan beralun, garisan menegak, dan mendatar.
Contohnya, garisan beralun terdapat pada daun-daun pokok kelapa, garisan mendatar dan
menegak pula terdapat pada batang pokok kelapa. Kedua ialah terdapat jalinan dalam karya ini.
Jalinan yang ada pada karya ini ialah jalinan tampak. Contohnya, jalinan tampak yang hanya
ada pada lukisan yang tak boleh disentuh tetapi boleh dilihat. Ketiga ialah rupa. Rupa yang
terdapat dalam karya ini ialah rupa 2 dimensi. Oleh kerana, karya ini adalah lukisan yang hanya
boleh dilihat melalui gambaran 2 dimensi. Keempat ialah, bentuk. Bentuk terbahagi kepada dua
iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Dalam karya ini, bentuk untuk luksian ini adalah bentuk ilusi
kerana karya ini berkeadaan dalam lukisan. Namun, jika ia berbentuk konkrit perlu mempunyai
struktur bangunan. Kelima ialah, terdapat unsur-unsur seni reka iaitu warna yang digunakan.
30

Warna yang digunakan ialah warna panas. Contohnya, penggunaan warna hijau dan kuning
yang banyak digunakan dalam hasilan karya ini. Keenam ialah, ruang. Ruang ialah jarak dua
objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz.
Penggunaan ruang dalam karya ini adalah terhad, kerana semua ruang dipenuh objek.
Contohnya, ruang belakang terdapar beberapa buah rumah, ruang tengah dan hadapan pula
terdapat beberapa batang pokok kelapa dan beberapa ekor haiwan.

Karya Selepas Merdeka

Karya selepas merdeka kebanyakannya lebih bertemakan kepada lukisan potret ataupun figura
manusia. Sebagai contoh ialah karya yang bertajuk Gadis Melayu pada tahun 1959 oleh Mohd
Hoessien Enas. Cat minyak digunakan sebagai media untuk menghasilkan karya tersebut. Hal
subjek yang digunakan ialah figura seorang gadis melayu. Tema potret ini ialah megenai

31

keadaan gadis melayu ketika zaman tersebut. Seterusnya, terdapat juga unsur-undur apresiasi
yang ditunjukkan dalam karya ini iaitu wajah seorang gadis melayu yang mempunyai rupa paras
yang cantik
Penggunaan unsur seni reka dalam menghasilkan karya iaitu mengkaji prinsip rekaan dalam
karya ini. Unsur harmoni terdapat pada warna latar belakang potret iaitu penggunaan warna
hijau dan biru yang menampakkan harmoni sesebuah karya. Seterusnya, dalam penghasilan
karya ini terdapat warna kontra iaitu warna putih pada baju gadis tersebut kerana latarbelakang
yang gelap. Ketiga ialah, terdapat imbangan. Selain itu, kepelbagaian iaitu kepelbagaian dari
segi garisan dan warna. Contohnya, pada garisan iaitu terdapat garisan berserabut dan beralun
pada rambut dan juga bajunya. Dari segi warna pula, pelbagai warna yang digunakan dalam
karya ini seperti warna hijau, putih, coklat, hitam dan lain-lain lagi. Seterusnya unsur penegasan
juga terdapat dalam karya tersebut kerana seorang gadis ditegaskan supaya kelihatan jelas
dalam karya.Seterusnya ialah terdapat jalinan dalam karya ini. Jalinan yang ada pada karya ini
ialah jajalinan tampak yang hanya ada pada lukisan yang tak boleh disentuh tetapi boleh dilihat.
Selain itu, ialah rupa yang terdapat dalam karya ini ialah rupa 2 dimensi kerana karya ini adalah
lukisan yang hanya boleh dilihat melalui gambaran 2 dimensi. Seterusnya ialah bentuk yang
terdapat dalam karya ini ialah bentuk ilusi.

32

You might also like