Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

6.

0 REFLEKSI
6.1 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah
Sarjana

Muda

Pendidikan

dimana

melalui

pelaksanaannya

akan

melatih

pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke


arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan
perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya
adalah merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat
mengenai guru cemerlang dan diajalankan atas beberapa rasional, antaranya
supaya guru pelatih semester enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru
cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta
menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan
pendidikan seharian.
Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar,
Sungai Petani Kedah selama sehari yang bernama Interaksi Profesional dengan
Guru Cemerlang. Mengikut keperluan dalam pro- forma yang diberikan, program
kali ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru
cemerlang yang telah dipilih. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. Abdul
Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun
2000 dan 2009 sebagai seorang guru Pendidikan Khas.
6.2 KEKUATAN
Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat dua
faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama
terletak pada pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang untuk program
Program Bina Insan Guru kali ini, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif merupakan
penerima anugerah cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009
sebagai guru Pendidikan Khas. beliau juga merupakan seorang Jurulatih Utama
Pendidikan Khas pada peringkat kebangsaan. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai
seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash, Australia dalam bidang
Pendidikan Khas amatlah bertepatan kepada kami bakal-bakal guru Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, sikap dedikasi dan komited serta

pengalaman beliau selaku bapa yang mempunyai anak penghidap Autisme ini telah
memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga bagi membolehkan
kanak-kanak istimewa menerima peluang pendidikan yang sama seperti kanakkanak normal lain. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi
kami yang masih mentah dalam bidang keguruan.
Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan
Guru kali ini. Program yang dinamakan sebagai Interaksi Profesional dengan Guru
Cemerlang mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Semua
aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Tambahan lagi melalui aktivitiaktiviti yang dirancang, guru-guru pelatih telah menerima input-input yang berguna
berkaitan dengan dunia Pendidikan Khas. Contohnya berkaitan Program terapi yang
telah diasaskan oleh penceramah program iaitu Bilik Snoozelen yang amat
berfaedah kepada murid-murid khas dimana ia merupakan satu program yang unik
yang hanya terdapat di sebuah sekolah di Malaysia.
6.3 KELEMAHAN
Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek
masa. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru
cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang
belum kami terima untuk dijadikan panduan. Masa yang suntuk juga tidak
membolehkan kami untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah
tersebut.

6.4 CADANGAN
Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini
adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih
banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat
sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.

You might also like