Karangan Fakta

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan

Tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang
cara-cara menjaga kesihatan diri
Contoh Jawapan
Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup.
Oleh itu, kita perlu mengutamakan kesihatan diri. Masyarakat yang sihat
akan melahirkan negara yang maju. Oleh yang demikian kita perlulah
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesihatan kita sentiasa
dalam keadaan yang baik.
Antara

cara

untuk

mengekalkan

kesihatan

diri

adalah

dengan

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Lantaran kita perlulah bersenam


sekurang-kurang tiga kali seminggu, kira-kira 30 minit bagi setiap sesi.
Dengan yang demikian kita dapat menguatkan otot jantung, melancarkan
peredaran

darah,

pengambilan

serta

dadah

juga

mencergaskan
perlu

dijauhi

badan.
sama

Amalan
sekali

merokok

untuk

serta

menjamin

kesihatan yang berpanjangan.


Kebersihan juga penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlu
sentiasa membersihkan badan, contohnya dengan mandi, menggosok gigi,
dan bersyampu. Pastikan juga kita sentiasa membasuh tangan sebelum dan
selepas makan. Hal ini dapat menjauhkan diri kita daripada pelbagai jenis
kuman yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit.
Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal
sihat. Elakkan memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan
kuman. Selain itu, pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga
perosak atau bahan cemar yang boleh mendatangkan penyakit. Kita juga
perlu memastikan tiada takungan air di sekitar rumah kita kerana boleh
menyebabkan nyamuk membiak serta membawa penyakit demam denggi.
Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Elakkan pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan yang boleh
menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi,
dan penyakit jantung. Pengambilan makanan yang berkhasiat yang kaya
dengan vitamin dan serat akan membantu mengekalkan tahap kesihatan
kita.

Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.


Kesihatan merupakan kunci kebahagian seseorang. Sayangi diri demi
kesejahteraan hidup.

You might also like