Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Binatang Kesayangan Saya

Ramai kanak-kanak pada masa kini suka memelihara binatang

kesayangan. Begitu juga dengan saya. Biasanya, binatang yang dipelihara
adalah seperti tikus belanda, kucing, kura-kura dan sebagainya.
Sejak kecil, saya telah mempunyai seekor binatang kesayangan. Binatang
kesayangan saya ialah seekor kucing yang berbulu putih. Oleh itu, saya
menamakannya Si Putih. Si Putih ialah seekor kucing yang bersih dan comel
rupanya.
Setiap petang, Si Putih suka menemani saya keluar untuk berjalan-jalan di
taman. Saya suka mendukung Si Putih sambil berjalan-jalan. Kadang-kadang, Si
Putih suka berjalan mengekori saya.
Semasa di rumah, Si Putih sentiasa bermain-main dengan saya. Kalau
saya sibuk, Si Putih tidak akan mengganggu saya. Apabila saya ada masa
lapang, saya akan memandikan Si Putih supaya badannya sentiasa bersih dan
tidak berbau busuk.
Selain itu, Si Putih suka makan ikan dan makanan kucing. Setiap hari, saya
akan memberi makanan kucing kepada Si Putih untuk dimakan. Jika saya
mengikut ibu ke pasar, saya juga akan meminta ibu membeli beberapa ekor
ikan yang segar untuk Si Putih.
Saya sungguh berasa gembira kerana mempunyai seekor binatang
kesayangan seperti Si Putih.

kesayangan seperti Si Putih

You might also like