Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TELOK DATOK

BANTING
KERTAS KERJA
CERAMAH KEIBUBAPAAN MURID ORANG ASLI
1.0

Tujuan

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mengadakan
ceramah keibubapaan untuk ibu bapa murid Orang Asli di Sekolah
Kebangsaan Methodist, Telok Datok. Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk
memohon tajaan peruntukan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Orang
Asli (JAKOA) bagi pelaksanaan program ini

1.0

Rasional

Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di
bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan
memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara
rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada
dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan
amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu ibubapa perlu dijelaskan
peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan
yang berjaya.

2.0

Objektif
2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya
pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah.
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau
kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam
pelajaran.
2.4 .Membuat hubungan baik sekolah dengan pihak JAKOA Kuala Langat.

3.0

Tema

Ibu bapa Cemerlang, Anak Gemilang

4.0

Anjuran

Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok dengan kerjasama pihak Jabatan


Kemajuan Orang Asli Kuala Langat (JAKOA).
5.0

Penceramah

Pihak sekolah akan menjemput penceramah daripada kalangan Orang Asli yang
berjaya untuk menyampaikan motivasi yang menjurus ke arah meningkatkan kesedaran
peranan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.
6.0

Tarikh

Program ini akan diadakan pada 12 April 2014 (Ssbtu).

7.0

Tempat

Program ini akan diadakan di Dewan Kampung Orang Asli Pulau Banting, Banting.
8.0

Sasaran

Program ini mensasarkan pelajar dan ibu bapa Orang Asli yang menghantar anak
mereka di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok.
(Sila lihat lampiran A).
9.0

Jawatankuasa Pelaksana

(Sila lihat lampiran B)


10.0

Aturcara Program

(Sila lihat lampiran C)

11.0

Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran D)


13.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar Orang
Asli yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi dan kebaikan bersama.

Disediakan oleh,

.
(KATY BINTI KATAN)
SETIAUSAHA

Disemak oleh,

.....
(EN ABU BAKAR BIN RAJIMIN)
PENOLONG KANAN 2

Disahkan dan diluluskan oleh,

.....
(EN AHMAD ROSIDI BIN MD SIRAT PJK)
GURU BESAR
SK METHODIST, TELOK DATOK

You might also like