Ramalan Wang Ringgit Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

RAMALAN WANG RINGGIT MALAYSIA

Ramalan wang ringgit malaysia selepas kejatuhan nilai wang ringgit


paras terendah dalam tempoh 18 tahun dan terburuk di Asia.
Nilai matawang ringgit Malaysia kini mencecah 4.2 berbanding 1 dolar amerika
sudah mencecah paras terendah sejak 1998 yang menunjukkan kejatuhan nilai
matawang ringgit malaysia terburuk dalam tempoh 18 tahun dan prestasi matawang
paling buruk di Asia disebabkan oleh pelbagai isu domestik serta kemerosotan harga
komoditi. Pada 8 Jun 2015, ringgit turun kepada 3.8, terendah sejak Januari 2006.
Pada 9 Jun 2015, wang ringgit malaysia jatuh kepada nilai yang paling rendah
berbanding dolar Singapura dalam tempoh 30 tahun, diniagakan pada RM2.77
berbanding dolar Singapura. Pada 12 Ogos, ringgit turun kepada RM4.0 berbanding
dolar, yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Sebenarnya bukan Malaysia
sahaja yang mengalami kejatuhan nilai matawang tetapi sebahagian negara didunia
mengalami kejatuhan matawang terutama negara pengeksport komoditi dunia.

KENAPA NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH?


Kejatuhan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan banyak faktor diantaranya :
1. Kejatuhan harga minyak. Minyak adalah salah satu daripada eksport utama
Malaysia dimana harga minyak mentah Brent menurun sebanyak 38% dari Jun 2014
yang menjejaskan mata wang ringgit malaysia.
2. Isu domestik seperti persoalan hutang 1MDB Malaysia telah mendapat perhatian
dunia telah menjejaskan keyakinan terhadap ringgit.
3. Pada Jun 2015 peningkatan kadar faedah oleh Amerika juga telah dikaitkan
dengan prospek kejatuhan nilai ringgit.
4. Pada bulan Julai 2015, laporan media bahawa akaun-akaun peribadi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pemindahan USD700 juta wang
1MDB telah melemahkan lagi keyakinan terhadap mata wang RM.
5. Pada 11 Ogos 2015, China menurunkan nilai mata wangnya yang menyebabkan
mata wang Asia dan ringgit Malaysia jatuh lagi, kerana penurunan nilai yuan
mengukuhkan wang dolar amerika.
RAMALAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA
Pada bulan Disember 2014, Credit Suisse Group AG menurunkan unjuran ringgit
selama tiga bulan dari 3.38 setiap dolar kepada 3.49 setiap dolar. Reuters
melaporkan bahawa ringgit akan terus jatuh sehingga harga minyak stabil. Pada
tahun 2015, nilai ringgit telah mengalami kejatuhan dari bulan ke bulan hingga akhir
april matawang ringgit diperkukuhkan. Walau bagaimanapun, sejak akhir bulan Mei,
ringgit sekali lagi menyaksikan penurunan mendadak dalam nilai. Pada bulan Julai
2015, Financial Times melaporkan bahawa beberapa bank telah meramalkan ringgit
akan turun serendah 3.88 berbanding dolar menjelang akhir tahun 2015. Ramalan
ini kini telah menjadi kenyataan, apabila ringgit telah jatuh melebihi 4.00
berbanding 1 dolar us.
Berdasarkan ramalan nilai ringgit malaysia daripada analisa graf matawang ringgit
Malaysia seperti graf di atas menunjukkan ringgit Malaysia akan semakin merosot
hingga 4.3 di akhir tahun 2015, seterusnya akan berada di tahap 4.2 berbanding 1
dolar Amerika pada tahun 2016 dan pada tahun 2020 nilai wang ringgit malaysia di
paras 3.52.

Ramalan atau jangkaan wang ringgit malaysia jangka sederhana antara sebulan dan
tiga bulan berdasarkan 95% prediction interval pula menjangkakan nilai matawang
ringgit Malaysia dalam tempoh sebulan akan berada diparas terendah 4.16 hingga
4.64 diparas tertinggi. Ramalan dalam tempoh 3 bulan pula menunjukkan kejatuhan
wang ringgit malaysia diantara 4.30 paras terendah hingga 5.21 kemerosotan nilai
RM tertinggi. Ramalan wang ringgit Malaysia ini hanyalah analisa yang tidak boleh
dipercayai kerana ianya hanya jangkaan semata-mata. Data ramalan wang ringgit
malaysia ini klik http://www.ratesfx.com/predictions/pred-myr.html
PERSIAPAN DIRI HADAPI KRISIS EKONOMI ATAU KEJATUHAN
WANG RINGGIT
Persiapan utama menghadapi krisis ekonomi ataupun kejatuhan nilai
matawang adalah dengan berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit
malaysia serta cukai gst akan menyebabkan harga barangan naik dan kuasa beli
semakin berkurang. Perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat akan dapat
mengurangkan masalah perbelanjaan yang tidak cukup.
Langkah berjaga-jaga sebagai bekalan semasa krisis ekonomi atau
kejatuhan nilai wang ialah dengan menyimpan matawang yang kukuh
seperti dolar singapura atau dolar brunai. Penyimpanan matawang asing dari
negara yang kukuh dan stabil adalah merupakan satu pelaburan yang
menguntungkan apabila nilai matawang ringgit jatuh. Ramai rakan yang berada di
Johor telah menyimpan dolar singapura sebagai pelaburan matawang fizikal. Namun
begitu pelaburan matawang fizikal ini berisiko jika nilai matawang ringgit mengukuh
yang boleh menyebabkan kerugian.
Persiapan terbaik dan selamat mengatasi nilai wang ringgit yang
semakin berkurang adalah dengan menyimpan emas fizikal. Kini masa

terbaik menyimpan emas kerana harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun.
Lihat HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN HARGA EMAS 2015.
Emas adalah simpanan terbaik kerana emas dijadikan pelindung kekayaan (wealth
protection), perlindungan masa kecemasan seperti insurans, pelindung semasa
inflasi atau kalis inflasi, pembina harta kekayaan dan mengelak kebocoran wang dari
sikap boros.
Emas adalah pelindung kekayaan (wealth protection) kerana nilainya yang sentiasa
tinggi berbanding nilai wang yang semakin rendah. Buktinya adalah kejatuhan nilai
wang Ringgit seperi sekarang. Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun,
namun tak pernah berlaku kejatuhan harga emas dalam sejarah 30 tahun harga
emas. Jika wang ringgit jatuh teruk, wang ringgit hanya keping-kepingan kertas yang
ditulis nombor yang tiada nilai sebenar padanya. Nilai duit kertas bukan terletak
pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik
negara dan sentiasa berubah-ubah. Contohnya, wang ringgit Malaysia yang disimpan
di bank 5 tahun lepas yang bernilai RM100, tetap bernilai RM100 namun kuasa
belinya atau barang yang diperolehi untuk membeli barang kini adalah sedikit dari
nilainya kerana nilai wang RM100 sudah berkurang. Namun jika menyimpan emas 1
dinar, harganya akan bertambah walaupun semasa krisis ekonomi atau kejatuhan
nilai matawang. Ini adalah kerana emas adalah pelindung harta yang kalis inflasi.
Contoh pengiraan perbandingan ekonomi stabil (nilai RM 2.8 berbanding dolar)
dengan krisis kejatuhan ringgit malaysia kini ( nilai RM 4.1 berbanding dolar ),
dengan andaian harga emas yang sama kini dan 5 tahun lepas iaitu 1000 us/oz. (1 oz
= 31.10 gram). Maka :
Harga emas ekonomi stabil dimana nilai RM 2.8 sedolar :
Harga emas 5 tahun lepas dimana Harga emas semasa $1000 us/oz ialah $1000
bahagi 31.1 = $40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 2.8 ialah RM89.88
pergram emas mentah.
Harga emas krisis ekonomi nilai RM jatuh dimana nilai RM 4.1 sedolar :
Harga emas kini dimana harga emas juga $1000 us/oz ialah $1000 bahagi 31.1 =
$40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 4.1 ialah RM131.61 pergram emas
mentah.
Walaupun pada harga emas dunia yang sama, harga emas tetap tinggi
walaupun kejatuhan nilai ringgit Malaysia atau krisis ekonomi. Ini
menunjukkan emas adalah kalis inflasi. Belajar mengira harga emas dunia
kepada harga ringgit malaysia klik CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR
HARGA EMAS.
Penyimpanan emas fizikal adalah sebagai insuran atau perlindungan di waktu
kecemasan, bencana alam, peperangan, krisis ekonomi dan sebagainya kerana sifat
emas yang kecil, ringan, berharga yang mudah dibawa dan laku seluruh dunia.
Contohnya gold bar 250g 24K lbma tanpa cukai gst public gold boleh disimpan
sebanyak 10 keping didalam poket seluar sahaja. Kini harga jongkong emas 250g 24k
adalah lebih kurang RM40,000. Adakah anda boleh membawa wang RM400,000
didalam poket seluar?. Emas juga adalah pelindung dimasa kecemasan atau

kesempitan wang kerana emas mudah dicairkan samada di gadaikan atau dijual
dimana sahaja.
Emas adalah pembina harta dan pengelak kebocoran wang kerana penyimpan emas
akan seronok mengumpul emas secara tidak langsung dapat membina harta sedikit
demi sedikit dan secara tidak langsung mengelak kebocoran wang serta sikap boros.
Bandingkan jika menyimpan duit, biasanya duit mudah dan cepat habis untuk
dibelanjakan. Tiada orang jatuh miskin dengan menyimpan emas, tapi ramai orang
jatuh miskin sebab wang kertas yang menyebabkan sikap boros berbelanja, terjebak
skim cepat kaya, kahwin lain dan sebagainya.

Menbeli dan menyimpan emas lebih mudah kerana hanya memerlukan modal yang
sedikit, serendah RM100, berbanding harta atau aset lain seperti tanah atau rumah.
Kini melalui Program GAP ( Gold Accumulation Program ) Public Gold anda dapat
membeli emas serta menyimpan emas fizikal seperti gold bar 24K lbma atau emas
dinar 24k lbma dengan modal rendah seperti membeli emas minima RM100 atau
membeli 1g emas 24 Karat yang berharga lebih kurang RM160. Klik CARA
MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk
menyimpan emas fizikal dengan cara mengumpul sedikit demi sedikit.
Duit simpanan jangka pendek yang hendak digunakan lebih baik disimpan dalam
bentuk tunai di bank sementara wang simpanan jangka panjang, lebih baik
ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Untuk
membeli jongkong emas atau emas dinar termurah murah tanpa cukai gst, klik

CARA MEMBELI EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD untuk membeli gold bar
atau emas dinar dan terus dapat gold bar atau emas dinar public gold yang dibeli
sebagai perlindungan, pembina harta dan insuran masa depan terbaik. Hubungi
Whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, Agen Public Gold
berpengalaman untuk maklumat dan bimbingan pelaburan emas fizikal Public
Gold.
Walaupun kejatuhan wang ringgit Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
bersyukur dan berbangga berada didalam negara yang aman makmur dan bebas
merdeka. Kita sebagai rakyat malaysia mestilah bersatu sehati sejiwa kerajaan
Malaysia mengatasi masalah kejatuhan matawang negara dengan mengurangkan
barang import untuk menstabilkan ekonomi negara dan menambah pendapatan
negara. Kita mestilah bersama-sama menjaga keindahan negara serta
mempamerkan tingkah laku yang baik serta menjauhi tingkah laku yang kurang
sopan seperti tunjuk perasaan, rusuhan kaum dan sebagainya untuk menjaga nama
baik negara dan menarik minat pelancong asing melawat negara Malaysia dan
menjana pendapatan negara Malaysia. Pendapatan negara bertambah, ekonomi
negara Malaysia akan stabil, aman dan makmur.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 58, Sehati Sejiwa

Ramalan, wang ringgit, malaysia, wang ringgit malaysia, ramalan ringgit malaysia,
ramalan wang ringgit malaysia, kejatuhan ringgit malaysia, kejatuhan nilai ringgit
malaysia, jangkaan ringgit malaysia, kenapa ringgit malaysia jatuh, persiapan hadapi
krisis ekonomi, persediaan hadapi kejatuhan wang ringgit, langkah berjaga hadapi
kejatuhan wang, penyimpanan emas fizikal, jongkong emas termurah, emas dinar
termurah, emas tanpa cukai gst, public gold, emas fizikal termurah

HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015


http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-termurah-serta-ramalan-emas2015/
CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengira-spread-dan-menukar-hargaemas/
HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-termurah-serta-ramalan-emas2015/
CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeligold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/
CARA MEMBELI EMAS PELABURAN PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/

You might also like