PENGENALAN Fotografi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

EDU PENGENALAN FOTOGRAFI Asa

ILMU ASAS FOTOGRAFI YANG PERLU GURU TAHU


Untuk merakam sekeping gambar, kita memerlukan kamera yang bersesuaian
dengan kaedah ataupun teknik yang hendak digunakan. Kamera yang
digabungkan dengan pelbagai komponen seperti kanta, aparture, pelepas dan
dail kelajuan shutter, penilik, kotak dedap cahaya dan tuil pemutar filem, berjaya
menghasilkan pelbagai jenama kamera di pasaran seperti Nikon, canon, yashica,
pantex dan sebagainya.
atas
JENIS-JENIS KAMERA
Terdapat pelbagai jenis kamera yang dicipta diantaranya kamera lipat, press
camera, single lens reflex (SLR), kamera compact, kamera cakera, kamera
Polaroid,kamera refleks kanta kembar, view kamera dan sebagainya. Walau
bagaimanapun kamera SLR dan kamera compact merupakan di antara
kamera yang biasa digunakan.

1 Kamera Compact dikenali sebagai kamera hala dan petik atau


kamera pandang terus. Cahaya akan memasuki kantaq dan akan
terus ke lubang penilik (view finder). Objek akan dilihat secara terus
melalui tetingkap dan merupakan objek yang sama jika dirakam. Tetapi
kemajuan kini telah melengkapkan kamera jenis ini dengan
kemudahan sensor yang mampu mengesan jarak objek dan lensa juga
boleh bergerak secaraautomatik serta boleh mengarahkan pengguna
menggunakan lampu imbasan jika cahaya tidak mencukupi, dilengkapi
tarikh digital serta penggulungan secara automatik. Namun begitu,
keupayaan kamera compact ini terhad dan bergantung kepada jarak,

saiz dan penggerakkan objek

2 Kamera Digital - terkini dan tercanggih dalam dunia fotografi masa kini.
Ia menggabungkan
penggunaannya
dengan
teknologi
pengkomputeran dimana jurugambar boleh menyunting gambar
berkenaan menerusi komputer
3 Kamera Polaroid fungsi-fungsi kamera ini sama seperti kamera
kecuali filem yangt digunakan. Filem khas untuk Polaroid ini akan
melihatkan arca yang dirakam selepas 60 saat sahaja kerana ia
menggunakan kaedah resapan apabila filem dan kertas melekap
bersama. Walaubagaimanapun, kamera jenis ini hanya mampu
menghasilkan sekeping gambar sahaja.
4 Single Lens Refleks (SLR) atau refleks kanta tunggal yang
menggunakan filem 35 mm. Terdapat pelbagai jenama seperti canon,
yashica, pentax, Konica, minolta dan sebagainya. Penggambaran
dibuat dengan menukar kanta atau lensa dan pelbagai teknik
penggambaran boleh dilakukan dengan menggunakan kamera ini
dengan kemahiran serta ketepatan jurufoto menetapkan bukaan
cahaya atau apartur dan kelajuan shutter yang diinginkan bagi
membolehkan imej static, bergerak dirakam dengan uniknya.
5 Kamera Brownie Kodak Kamera ini popular pada tahun 1950an dan
menggunakan filem gulung.
6 Kamera Refleks Kanta Kembar mempunyai sepasang mata di atas
dan di bawah. Popular sebelum kamera refleks kanta tunggal 35mm.
Kamera ini menggunakan filem 120 berukuran 60 x 60mm iaitu 4.16
kali lebih besar dari luas negatif 35mm. Segulung filem ada 12 keping
atas

KOMPONEN KAMERA
Apartur dan shutter merupakan komponen terpenting dalam mengendalikan
kamera SLR
1 Apartur
Bermaksud pencahayaan yang perlu diukur kadar kemasukan cahaya

ke dalam kamera. Gegelang apartur dilengakpi dengan angka f 1.4, f 2,


f 2.8, f 4, f 5.6, f 8, dan f 11. Lubang yang membenarkan cahaya masuk
ini boleh membesarkan dan menguncup. Bagi menentukan apartur
yang tepat kita menganggarkan ia seperti bukaan mata kita di mana
apabila cahaya berlebihan , mata kita akan mengecil. Oleh itu semakin
besar angka, semakin kecil ketumpatancahaya yang sampai ke
permukaan filem.
2 Shutter
Ia berperanan mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ia
akan tersingkap dan terkatup setiap kali pelepas shutter ditekan.
Pemilihan apatur luas, shutter tersingkap sebentar sahaja. Maksudnya
pemilihan shutter 1/1000 menjelaskan janga bukaan shutter sepantas
10000 daripada 1 saat.

3 FILEM
Filem bagi kamera 35 mm mengandungi 36, 24 dan 12 petikan. Sekaki
filem biasanya mengandungi 8 petikan dan ukuran biasanya adalah 24
x 36 mm. Terdapat filem hitam putih panchromatic yang sensetif pada
semua cahaya dan hitam putih arthochromatic yang sensetif kepada
cahaya biru sahaja. Filem warna negatif (menghasilkan gambar dan
negatif warna) dan filem warna positif atau reversal (menghasilkan
lutsinar warna / slaid / transperansi)

atas
PETUA PENGGUNAAN KAMERA
1 Tentukan ASA filem yang hendak digunakan dan sesuaikan penanda ASA
di kamera.
2 Tentukan sama ada anda ingin gambar melintang atau menegak

3 Pilih bukaan kanta dengan suasana keperluan cahaya mendasarkan


jarum meter yang boleh dilihat dari dalam kamera sama ada ditengah atau
di antara tanda posifit ataupun negatif.
atas
PERANCANGAN PENGGUNAAN FOTO DALAM KELAS
Sebelum foto dihasilkan, antara perancangan perlu pertimbangkan ;
1. tentukan tajuk bagi menyesuaikan objektif dan gambar yang hendak dirakam
2. gambar jelas dan mudah difahami
3. tentukan komposisidan teknik yang hendak digunakan dalam penggamabaran
4. sediakan peralatan seperti kamera, filem, tripod, lensa yang sesuai
5. kaji latar belakang, kecerdasan, daya imaginasi dan pengalaman pelajar.
atas
BAGAIMANA FOTO DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN
1 Perbesarkan, bingkaikan dan beri sedikit penerangan pada foto
2 Pamer foto yang sesuai dengan objektif pengajaran
3 Gunakan progektor legap untuk tontonan pelajar
4 Gabung dan susun gambar bagi membentuk poster besesuaian dengan
tajuk.
5 Gunakan stereoraf suapaya pelajar berpeluang mengjaki dan meneliti
langkah demi langkah secara sistematik.
6 Guru juga boleh menggunakan komputer , OHP, Projektor slaid dan
sebagainya sebagai medium perantara
atas

atas

CIRI-CIRI FOTO UNTUK PENGAJARAN


1

Paparan gambar 3 dimensi bagi membayangkan keadaan sebenar

Paparan static bagi penerangan bahagian tertentu seperti gambar


keratan rentas dalam bahagian tertentu

Menarik untuk menggerakkan imaginasi dan kreativiti pelajar

Mempunyai center of interest

Mengandungi elemen artistic seperti warna, susunan

Saiz kualiti serta teknik penggambaran yang menarik


atas

Contoh gambar 3 dimensi

Menarik ,menggerakkan imaginasi dan ada center of interest)

atas

BILA FOTOGRAFI SESUAI DIGUNAKAN


Media ini sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan dan boleh digunakan bilabila masa;
1

Sesuai pada bilangan pelajar yang ramai.

Boleh dilaksanakan dalam bentuk perbincangan kumpulan dan


menggunakan episkop bagi mendapatkan imej yang besar di atas
skrin.

Mengatasi masalah pelajar lempam

Guru boleh membantu melatih pelajar ini dari peringkat mudah kepada
susah terutamanya melihat perkembangan emosi pelajar, menilai
kreativiti pelajar.

Alternatif bagi guru menarik minat pelajar

Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran

Bagi menilai kreativiti dan imaginasi pelajar

Membantu meningkatkan motivasi dan imaginasi pelajar


atas

KEBAIKAN PENGGUNAAN FOTOGRAFI DALAM PROSES PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
1 Meringkaskan sesuatu mesej yang ingin disampaikan
2 Penggunaan yang efektif dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling
3 Membentuk daya pemikiran yang lebih kreatif
4 Membawa dunia luar (bahan yang sukar di bawa ke dalam bilik darjah)

5 Wadah pernyataan, hasrat, perasaan, mesej dan maklumat yang


berbeza
6 Alat perhubungan dan bahan interaksi menegaskan konsep isi-isi
pelajaran
7 Berperanan merakam sesuatu peristiwa
Selain itu, heiling photography juga digunakan terutama dalam memulih
ingatan bagi pesakit yang hilang ingatan. Jabatan polis juga menggunakan
kaedah ini untuk mengingatkan seorang saksi memberi keterangan dalam
kes. Manakala pengiklan sentiasa menggunakan gambar untuk memikat
pelanggan membeli barangan keluaran mereka .
atas

MASALAH PENGGUNAAN FOTOGRAFI DALAM PENGAJARAN


Antaranya,
1 Masalah mendapatkan subjek yang sesuai untuk digambarkan kerana
subjek tertentu tidak boleh diperolehi di sekitar sekolah. Ini akan
melemahkan penghayatan pelajar.
2 Guru tidak mahir mengendalikan kamera. Ini akan mengagalkan
penyampaian mesej kerana gambar mungkin kabur, komposisi yang
tidak seimbang dan tiada teknik penggambaran yang sesuai.
3 Guru yang tidak kreatif. Gambar tidak diperbesarkan, tidak disusun dan
guru tiada kemahiran membuat grafik, carta, graf atau menggunting
bahan dari bahan bercetak yang lain
4 Guru tidak mahir mengaitkan bhan dengan topik pengajaran
5 Penggunaan kaedah ini melibatkan kos yang tinggi.
atas

APA PERLU KITA LAKUKAN SEBAGAI GURU


Sebagai guru yang kreatif, kita perlu memikirkan bagaimana untuk menarik
minat pelajar terhadap pembelajaran kita.
1 Memikirkan adalah gambar itu dapat menolong
pemahaman atau memberi pengetahuan kepada pelajar

menambah

2 Memikirkan adalkah gambar itu sesuai dengan latar belakang pelajar


3 Adakah bahan itu sesuai dengan objektif dan topik perbincangan
4 Memikirkan teknik fotografi dan asas seni fotografi ini
5 Kaji latar belakang pelajar dari segi pengalaman, kecerdasan, daya
imaginasi dan jumlah pelajar yang terlibat
"Kreativiti mengajar kita berfikir dan kreativiti guru juga mampu
mengubah pemahaman pelajar ke arah pemikiran yang mapan."

atas

You might also like