Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Persoalan

Kasih sayang antara


keluarga.
Ketabahan
menghadapi dugaan
hidup.
Kebijaksanaan
mengatasi masalah.
Percaya kepada
perkara karut.
Sanggup berkorban
menghadapi
kehidupan baharu

Peristiwa
Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi
keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu
Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah
membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah
mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.
Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah
menghadapi
penyakitnya
dan
tetap
meneruskan
persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.
Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah
dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai
polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan
mengejut di seluruh bilik asrama.
Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca
daripada terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke
suatu tempat untuk membuang benda yang ada pada
tubuhnya.
Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan
hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang
asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

You might also like