Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 24

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LATAR BELAKANG
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah
perkhidmatan yang dilaksanakan secara sepenuh masa
di sekolah.
Pendekatan dan intervensi yang berkesan oleh Guru B&K
boleh membawa perubahan positif bagi meningkatkan
disiplin murid.

LATAR BELAKANG
Dewasa ini guru-guru B&K sering diberi persepsi yang
negatif terutamanya keberkesanan perkhidmatan dalam
menangani isu disiplin murid.
KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus
sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta
membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid
di sekolah

TUJUAN
Supaya Guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K)
memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha
pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin
murid di sekolah.

KONSEP
Perkhidmatan Perkhidmatan B & K di sekolah sebagai
perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu
bapa dan masyarakat serta boleh membantu murid
meningkatkan keupayaan berfikir serta bertindak secara
positif dan berkesan
Guru B&K menjiwai, murid merupakan aset penting yang
perlu dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan
yang betul dalam kehidupannya.

KONSEP
Guru B & K menghayati bahawa memenangi jiwa murid
merupakan teras perkhidmatan B & K serta berupaya
mendahului (win over) jangkaan tindakan muridmuridnya.
Guru B & K adalah seseorang yang memiliki personaliti
sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan
disenangi (trustworthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu
bapa dan masyarakat di sekolah.

OBJEKTIF
Memenangi jiwa murid
Perkhidmatan yang selesa dan kondusif
GBK boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan
Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya
yang sesuai

Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa.
FOKUS UTAMA
Pembangunan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus 1: Pembangunan Sahsiah Diri Murid


Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan
personaliti kendiri (character) murid dari aspek;
Sikap penyayang (kepedulian); Budi bahasa; Konsep
kendiri; Kepemimpinan; Komunikasi; Kekemasan diri;
Ketepatan masa
Outcome :
Perwatakan murid yang trampil dan terpuji.

Fokus 2 : Peningkatan Disiplin Murid


Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid
termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi
mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala
seperti berikut;
Perlakuan ponteng sekolah
Perlakuan berunsur jenayah
Perlakuan berunsur kelucahan
Perlakuan berunsur kurang sopan
Perlakuan berunsur vandalisme

Outcome :
Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman

dan sejahtera.

Fokus 3: Pendidikan Kerjaya Murid

Bimbingan murid mengenai peluang pendidikan dan


hala tuju kerjaya sesuai dengan potensi diri dan
minat.
Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara
terancang.
Menyediakan Profil Kerjaya mulai sekolah rendah
sehingga menengah
Rekod murid selepas tamat persekolahan
Outcome :
Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya
masa hadapan

Fokus 4: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid


Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu
mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan
mental.
Membimbing murid dalam proses sosialisasi
dan
Interaksi
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang
Positif
Outcome :
Murid yang sihat pemikirannya.

KAEDAH PELAKSANAAN
Pengurusan Profil Murid
Menyediakan pangkalan profil setiap murid
bermasalah disiplin; ponteng sekolah;
profil kerjaya dan profil murid dari segi
kesejahteraan mental/emosi.
Tujuan
Membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid
supaya tindakan membantu dan mencegah boleh
dilakukan secara berkesan

Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan


Memberi pendidikan pencegahan serta membimbing
murid agar berupaya mengelakkan diri daripada
terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri contohnya dari segi
kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok
termasuk bahan inhalan serta membimbing murid
agar mengelakkan diri daripada jenayah
rogol dan bunuh diri.

Konsultasi Keibubapaan
Membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri
dalam keluarga dengan menerapkan kemahiran
keibubapaan semasa alam persekolahan dan
melaksanakan aktiviti engagement
bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills
(kemahiran generik) semua ahli PRS. PRS berperanan
menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebayanya
dengan pendekatan Bantu Diri Untuk Bantu Orang
Lain. PRS sebagai role model, memberi galakan
kepada rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan
yang peka kepada perasaan orang lain

Murid Berkeperluan Khas


Fokus ini memberi penekanan dari segi
kebajikan, kemudahan, soft skill dan hala
tuju kerjaya murid berkeperluan khas.
Membimbing murid normal yang lain untuk menerima,
membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada
murid-murid berkeperluan khas.

Penyampaian (outreach) perkhidmatan


Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan
yang boleh diberi oleh Guru B & K serta faedah yang
boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K.
Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan
dan kerjaya murid

PENGURUSAN BDK
Menjalankan Tugas Luar
Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas di
luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini
bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah
berada di sekolah tempat mereka bertugas.

Kelas Ganti
Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas
ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.
Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik
darjah, GBK hendaklah melaksanakan program atau
aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.

Jadual Waktu Flexi


Tempoh masa bertugas G & B adalah sama
seperti guru P & P. Walaubagaimanapun jadual waktu
bertugas bagi Guru B & K di sekolah perlu lebih
fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas
seseorang Guru B & K di sekolah tidak terikat sama
seperti masa bertugas guru P & P di bilik darjah. Ianya
boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian
guru B & K..

Jadual Waktu Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling


Sepenuh Masa
Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
merancang Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
tersendiri berdasarkan norma kerja utama mingguan.
Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sebuah Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini akan
melaporkan segala aktiviti harian Guru Bimbingan dan Kaunseling dari
aspek sesi kaunseling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan
program yang dilaksanakan setiap hari.

.Bilik Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah hendaklah menyediakan bilik khas bagi pelaksanaan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sebaik-baiknya bilik tersebut hendaklah
mempunyai satu bilik sesi kaunseling individu, satu bilik sesi kaunseling
kelompok, satu bilik pengurusan dan ruang menunggu.
Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan
Tugas
Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, pihak sekolah hendaklah
melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat
lebih daripada seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa
Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua / Guru
Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras
semua aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Norma Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


Norma kerja seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
di sekolah pada setiap minggu dicadangkan seperti ketetapan berikut :
Sesi Kaunseling / Bimbingan Individu
Sesi Kaunseling / Bimbingan Kelompok
Melaksanakan Kelas Ganti (Modul Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling)
Pelaksanaan Program Pembangunan
Sahsiah Diri Murid
Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan BK -

4 waktu
10 waktu

Jumlah waktu seminggu

28 waktu

5 waktu
1 waktu
8 waktu

You might also like