Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Menurut pandangan Rosini Abu dan Ramlah Hamzah, Konsep bilik darjah
berubah mengikut perkembangan pendidikan. Konsep bilik darjah menjadi lebih luas.
Bilik darjah adalah setempat sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan guru
atau perbincangan dengan guru atau sedang membuat aktivit. Bilik darjah juga boleh
terdiri dari makmal, padang, sekolah, pusat sumber dan lain-lain lagi. Menurut
pandangan ABD.GHAF AR MD. DIN adalah Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah mana
sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran
yang di ajar oleh guru. Bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar
dan mengajar dan berinteraksi di dalamnya. Definasi pengurusan bilik darjah menurut ,
adalah pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru
mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak
fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan memberi focus kepada aspek pengajaran,
kemajuan pelajaran, interaksi, dan penglibatan pelajar.
Menurut Kamus Dewan, displin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP,
Manakal

2002 : 308).

Mok Soon Sang(1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, displin

adalah peraturan-peraturan yang dikenakan

ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan

mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.


2.0 SINOPSI DAN PERWATAKAN
Kes yang saya memilih untuk kajian adalah suatu kes mengenai dengan seorang
budak yang bernama Aman yang berumur 8 tahun dan dia seorang anak tunggal. Ibu
bapa mereka berkerja dan selalu pulang ke rumah lewat. Oleh itu, Aman dijaga oleh
pembantu rumahnya yang sudi memenuhi semua keperluan harian Aman. Aman
menghadapi kesukaran menyesuaikan dirnya di sekolah rendah. Dia selalu menangsi
apabila berada di tahun 1. Apabila berada di sekolah, dia akan meraung dengan kuat
secara berterusan jika tidak dapat melihat pembantu rumahnya.setelah Aman berasa

lebih selesa dengan guru darjahnya, dia akan berpaut kepada beliau atau cuba untuk
mengikuti beliau ketika beliau ingin meninggalkan kelas. Walaupun beliau mendapati
bahawa kelakuan Aman sangat membinggungkan, beliau sanggup meluangkan
masanya untuk Aman bagi menyelesaikan masalahnya dengan penuh kesabaran.
Pada awal permulaan tahun dua, sebahagian daripada tingkah laku Aman pada
tahun pertama bertimbul semula. Guru kelas tahun dua berasa aman perlu bedikari dan
beliau juga mendapati bahawa Aman mempunyai masalah berkomunikasi dengan guru
dan rakan sekelasnya. Semasa kerja kumpulan, dia akan mengasingkan diri dan
bermain dengan pensilnya. Dia sering mengulangi gema perkataan yang disebut oleh
rakanya, menjengkelkan mereka dalam proses perbincangan. Dia juga mengetuk
jarinya di atas meja dan ketukan berterusan sehingga merangsangkan guru-gurunya
terutama waktu matapelajaran matematik. Apabila di beritahu untuk berhenti, dia akan
mematuhi untuk seketika danmelakukan perbuatan tersebut semula tidak lama
kemudian. Akibatnya, guru matematik Aman telah membahagikan lima masa untuk
menghantar Aman kepada guru displin. Malangnya tiada perubahan yang diperolehi
oleh Aman walaupun berjumpa dengan guru disiplin.
Kadang-kala, Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya, tetapi
ia menjadi agak janggal kerana Aman berdiri terlalu dekat dengan mereka yanga mana
menyebabkan rakannya kurang selesa lalu menjauhkan dri mereka daripada mendekati
Aman. Dia juga fobia dengan gelung getahini berkemungkinan besar akibat daripada
kejadian apabila rakan sekelasnya pernah menggunakan gelung getah untuk
melastiknya. Aman juga sering diusik oleh rakannya. Pada satu hari, Aman sangat
memberi perhatianterhadap kerjanya dan mengabaikan keperluan untuk pergi ke
tandas. Dia menyedari bahawa dia tidak sempat berlari ke tandas semasa perjalanan.
Oleh demikian dia pun membuang air kecil di longkang yang berhampiran dengan
kelasnya. Perbuatan ini telah disaksikan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang
melaporkan kepada seluruh rakan sekelas. Oleh sebab itu rakan sekelasnyaketawa
kepadanya dan memanggilnya sebagai urine boy. Aman menarik dirinya ke satu sudut
dan menangis. Gurunya cuba memujuk tetapi gagal akhirnya. Dia juga selalu diusik
atau diketawakan oleh rakan-rakan sekelasnya dengan meniru cara dia berlari.
2

Melalui kes yang dipilih terdapat beberapa watak dan perwatakan dalam kes
tersebut. Watak uatama adalah watak Aman dan watak guru. Dalam kes tersebut Aman
adalah seorang murid yang bermasalah tingkah laku seperti tidak mendengar arahan
guru, degil, sosioemosi, menginginkan kasih saying, kesukaran

berkomunikasi dan

kegagalan mengawal emosi. Perwatakan guru dalam kes ini adalah seorang
mempunyai sifat keibuan, prihatin, peka terhadap masalah displin pelajar dan pandai
mengawal pengurusan bilik darjah.
3.0 FAKTOR-FAKTOR KES
Berdasarkan kajian ini, didapati Aman mempunyai masalah emosi dan tingkah
laku. Di samping itu, Aman juga mempunyai masalah sosioemosi.
Aman mempunyai masalah emosi kerana kurang kasih saying dan perhatian
daripada ibu bapanya. Ibu bapa Aman selalu

sibuk dengan kerja masing-masing

sehingga tiada masa untuk meluangkan dengan Aman. Dan Aman juga tiada adik
beradik untuk meluangkan masa, berkomunikasi dan bermain atau memberii kasih
saying. Aman bersendirian di rumah manakala pembantu rumahnya menolong Aman
untuk membuat keperluan Aman seperti sediakan makanan, barang untuk sekolah dan
lain-lain. Ini menyebabkan Aman menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri di
sekolah tanpa pembantu rumahnya. Aman juga tidak dapat berkomunikasi dengan
rakan sekelas walaupun diberi kerja kumpulan diberi oleh gurunya. Aman mempunyai
masalah dari segi perhatian daripada sekellingnya.
Selain itu, Aman juga fobia dengan gelung getah kerana rakan sekelas. Aman
selalu di buli oleh rakan sekelasnya dengan melastik dengan gelung getah. Ini mungkin
Aman tiada kemahiran berkomunikasi dan bersendirian di dalam kelas.
Aman juga digelar urine boy kerana dia tidak sempat lari ke tandas jadi dia
kencing di longkang berdekatan kelas. Salah seorang rakannya menyebarkan isu
kepada seluruh kawannya di dalam kelas. Gelaran tersebut memalukan Aman dan rasa
rendah diri untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di dalam bilik darjah.

Secara keseluruhan, keperluan asas seperti kasih saying, perhatian daripada


keluarga dan gurunya menyebabkan Aman mempunyai masalah displin tingkah laku di
dalam bilik darjah. Aman menginginkan kasih saying dan perhatian daripada guru,
rakan, dan ibu bapanya.
Modal pengurusan displin telah memperkenalkan bagi membantu guru dalam
membentukan tingkah laku pelajar. Model-model pengurusan displin berkaitan dengan
kes ini adalah Model Akibat Logical Dreikurs, Model Pengurusan Kelempok Kounin dan
Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner
4.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
4.1 MODEL AKIBAT LOGICAL DREIKURS
Model Akibat Logical Dreikurs Dreikurs

menekankan kepentingan guru

memberiikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersamasama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Dalam model ini juga terdapat murid perlu
dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik
darjah. Dreikurs berpendapat displin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah
yang demokratik.
Disamping itu guru perlu mengenalpasti punca salah laku.

Pelajar juga

dibimbing untuk memaham peraturan di dalam bilik darjah. Seperti dalam kes ini, guru
Aman tidak mengenalpasti punca salah laku yang Aman lakukan dalam kelas.
Menurut dreikurs, masalah tingkah laku dalam bilik darjah berlaku disebabkan
oleh motif pelajar. Terdapat empat mptif iaitu inginkan perhatian, mencabar kuasa,
membalas dendam dan memaparkan kekurangan. Dalam dreikus juga terdapat caracara menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Langkah pertama adalah
mengenal pasti motif murid yang menunjukan masalah tingkah laku. Langkah kedua
adalah guru harus membantu murid memahami motif yang ditunjukkan di dalam kelas.
Langkah ketiga pula guru harus membantu

murid

tukar matlamat salah kepada

matlamat yang betul. Langkah keempat guru harus memberii bimbing murid
4

bertanggungjawab ke atas matlamat baharu. Dan langkah akhirnya guru

harus

membantu murid melihat akibat di sebalik tingkah laku.


Sebagai contoh Aman bermotif yang menginginkan perhatian daripada rakanrakan sekelas dan guru dengan mengetuk mejanya. Dan dia juga cuba menarik
perhatian rakan-rakanya melalui bercakap tentang kereta retro.
4.2 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner
Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Model
ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen - elemen luaran
untuk

meningkatkan

tingkah

laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,

Pengurusan Bilik Darjah, 2008). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah,
pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan. Peneguhan ini diberikan untuk
meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif pula
berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan
adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri
pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang
diberi. Dendaan

adalah

satu

proses

atau

tatacara

untuk

melemahkan

atau

mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya
tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru
membuat amaran kepada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas.
Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberiikan peneguhan yang
berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
Menurut kes tersebut guru boleh menggunakan model B.F.Skinner dalam
beberapa situasi. Sebagai contoh, Aman selalu menangis apabila berada di sekolah
dan akan meraung dengan kuat secara berterusan jika dia tidak dapat melihat
pembantu rumahnya dan semasa kerja kumpulan dia mengasingkan diri dan bermain
dengan pensilnya. Dia juga akan mengetuk jarinya di atas mejanya.
4.3 Model Displin Asertif Canter
5

Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive
Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa
peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu,
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.
Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku
yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif.
Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif
harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan
peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil
kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberiikan
pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini
manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak
murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada
memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah.
Langkah pertama adalah penerangan peraturan, guru perlu menerangkan peraturan
kelas dan sekolah kepada murid dengan terperinci. Langkah kedua ialah cara
pelaksanaan peraturan, guru perlu memastikan bagaimana peraturan di amalkan oleh
murid di dalam kelas ataupun di sekolah. Langkah ketiga pula adalah semak
kefahaman murid, guru perlu memastikan kefahaman terhadap peraturan jelas untuk
memahami peraturan. Langkah keempat adalah maklumkan tentang ganjaran, langkah
kelima adalah Penerangan tentang tindakan pembetulan, dan langkah keenam pula
cara tindakan pembetulan dikenakan.
Menurut kes yang dipilih terdapat guru menggunakan

Model Displin Asertif

Canter secara tidak langsung di dalam bilik darjah. Guru Aman telah memberiikan
teguran supaya tidak mengetuk meja semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
6

bilik darjah dan membahagikan lima masa untuk menghantar kepada guru displin bagi
keingkarannya. Tetapi tiada perubahan dalam tingkah laku Aman. Dan juga guru boleh
mengamalkan Model Displin Asertif Canter didalam bilik darjah semasa rakan Aman
mengusik dan membuli Aman di dalam bilik darjah. Masalasah buli berlaku sebab guru
tidak menjelaskan peraturan sekolah dengan jelas kepada murid di dalam bilik darjah.
Guru Aman juga boleh menggunakan Model Displin Asertif Canter semasa Aman
mengasingkan diri dan bermain dengan pensil semasa kerja kumpulan di beri pada
waktu pengajaran dan pembelajaran.
5.0 STRATEGI PENYELESAIAN
Dreikurs telah mengaturkan beberapa cara untuk menangani pelajar yang
mempunyai motif yang salah

seperti Aman cuba mendapatkan perhatian rakan-rakan

dan guru dengan mengetuk jarinya di atas meja dan ketukan berterusan sehingga
merengsakan semua. Sebagai langkah pertama guru harus kenal pasti motif Aman.
Seterusnya membantu pelajar untuk memahami motif yang ditunjukkan. Berdasarkan
ini, kita boleh mengatakan bahawa guru boleh diberi kesedaran kepada Aman dengan
menyatakan kesan sebenar yang dialaminya akibat daripada perbuatannya. Perlakuan
mengetuk jarinya di atas meja adalah menimbulkan perasaan marah daripada rakanrakannnya. Mereka juga akan rasa menjengkel dan tidak puas hati dengan ganguan
yang Aman melakukan dalam kelas. Kesedaran ini harus diberikan kepada Aman oleh
gurunya. Langakah ketiga pula, guru harus tukar matlamt salah

kepada matlamat

baharu. Guru boleh ditunjuk cara perlakuan yang memberii pengiktirafan yang positif
seperti

meminta Aman

untuk

belajar bersungguh-sungguh

supaya

mendapat

kecemerlangan dalam akademik yang mana ia memberii penghargaan daripada rakanrakannya dan meminta Aman memberi perhatian semasa guru mengajar dan
melibatkan diri dalam kerja kumpulan supaya mendapat pujian atau penghargaan yang
positif daripada rakan-rakan dan guru. Langkah keempat pula, adalah bombing pelajar
yang bertanggungjawab terhadap matlamat baharunya apabila matlamat baharu
diperkenalakan kepada pelajar tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh pelajar
tersebut.langkah yang kelima ialah membantu murid melihat akibat di sebalik tingkah
lakunya. Guru harus memberiitahu akibat daripada tingkah laku Aman. Guru harus
7

menyedarkan Aman dengan mengatakan bahawa semua rakan kelas akan rasa marah
dan menjengkel. Kebiasaanya pelajar tidak akan memikirkan

akibat daripada

perbuatannya kerana mereka ikut kepada naluri mereka masing-masing.


Model B.F.Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan
elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Guru harus
menggunakan peneguhan positif untuk tingkah laku tertentu seperti semasa Aman baru
melangkah ke sekolah apabila dia menangis guru perlu mengunakan peneguhan positif
supaya dia menyesuaikan dirinya dengan sekolah. Semasa Aman tahun dua gurunya
telah mengabaikan Aman apabila dia memerlukan sebarangan pertolongan sepatutnya
guru Aman harus mengaplikasikan peneguhan positf supaya dia dapat penghargaan
setiap percubaan yang dia buat walaupun kalah membuat sesuatu kerja tetapi memberii
pujian untuk percubaan yang dia lakukan.
Selain itu, guru Aman harus menggunakan peneguhan negatif seperti hukuman
atau dendaan semasa Aman mengasingkan diri apabila diberi kerja kumpulan supaya
Aman tidak akan mengasingkan dirinya semasa kerja

kumpulan. Guru Aman juga

harus memberii peneguhan negatif seperti dendaan kepada tingkah laku yang
mengetuk jarinya di atas meja semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam
kelas. Guru boleh memberii dendaan seperti tarik balik sebab mungkin Aman akan
mengubah tingkah lakunnya untuk benda yang tarik

balik dan guru dapat

meningkatkan rangsanagan tingkah laku yang diingini oleh guru.


Selain guru harus memberiikan hukuman kepada rakan-rakan Aman yang mana
pernah melastikan Aman dengan gelung getah. Hukuman seperti ini akan memberii
amaran kepada pelajar lain dalam kelas supay tidak membuat tingkah laku seperti
mereka yang dihukumkan. Dan juga memberii dendaan kepada pelajar yang mana
memalukan Aman dengan memberii gelaran urine boy dan mengusik Aman di dalam
kelas. Dengan ini Aman dapat memberianikan diri dan tidak akan merasai rendah diri
sema di kalangan rakan

sebayanya. Pelajar lain juga akan mempelajari kita tidak

sepatutnya membuli atau mengusik kawan kita.

Guru sepatutnya memainkan peranan sebagai guru dengan baik. Guru Aman
tidak memainakan perananya dengan betul apabila Aman menghadapi masalah.
Apabila guru mengaplikasikan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner semasa
menghadapi masalah tingkah laku di kelas semasa pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
Model Displin Asertif Canter telah memberiikan hierarki tindakan pembetulan
canter untuk menyenangkan guru untuk mengatasi masalah displin tingkah laku di
dalam bilik darjah. Guru Aman tidak sepatutnya putus asa dengan tiada perubahan
apabila ditegur dan dihatarakan kepada guru displin
mengatasi masalah displin hierarki tindakan

malah harus mengikut cara

pembetulan canter. Langkah pertama

adalah memberii teguran atau amaran tentang peraturan kelas. Jika masalah tingkah
laku diteruskan guru harus mengamalakan langkah kedua hierarki canter time out 5
minit di belakang kelas atau hantar kepada guru displin supaya Aman tidak
mengulangkan masalah tingkah laku yang sama di dalam bilik darjah. Jika masih
diterusi oleh Aman guru harus mengambil langkah ketiga iaitu memanggil ibu bapa
Aman dan memberiitahu semua masalah tingkah laku yang Aman melakukan dalam
bilik darjah. Kali yang kelima masih Aman melakukan masalah displin tingkah laku
maka guru harus menghantarkan Aman kepada guru besar untuk mengamil tindakan
seterusnya terhadap Aman.
Model pengurusan kelempok Kounin menekankan kepada pengawasan

dan

penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Kelancaran dan pelaksanaan
aktiviti perlu dilakukan guru untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Dalam kes ini
guru tidak harus mengambil tindakan dengan segera. Malah harus mengawasi semua
perkara yang dilakukan oleh Aman di dalam bilik darjah.
Selain itu guru harus bertindak dengan tegas terhadap Aman untuk mengenal
punca salah laku di dalam bilik darjah. Kesan gelombang yang diperkenalkan dalam
Model Konin sangat membantu guru di dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah
displin. Apabla guru memberi teguran terhadap seorang pelajar yang melakukan
kesalahan, pelajar lain akan mengambil iktibar daripada tindakan guru tersebut dan
berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan rakannya. Tambahan pula, peneguran
9

tersebut haruslah lebih spesifik kepada masalah tersebut supaya pelajar dapat
mengenal dengan jelas tujuan guru membuat teguran. Ini

disebabkan walaupun

masalah ini dihadapi oleh Aman, peneguran harus diberikan kepada semua pelajar
supaya pelajar lain tidak terpengaruh kepada tingkah laku Aman. Dengan peneguran
sebegini semua pelajar akan mengetahui bahawa ini adalah

tidak baik dan harus

dihindarkan.
Selain itu, strategi yang lain daripada model-model yang dibincangkan di atas
seperti memberi bimbingan dan kaunseling boleh di amalkan oleh guru untuk
menyelesaikan

masalah displin dalam bilik darjah. Bimbingan dan kaunseling

merupakan salah satu kompenen yang penting dalam memperbaiki masalah-masalah


psikologi seseorang. Tingkah laku yang masalah memudarat sebenarnay terlahir
daripada masalah psikologi yang luar kawalannya. Maka Aman memerlukan motivasi
ekstinsik untuk mengatur balik tingkah laku yang baik dalam dirinya. Dengan ini dia
akan mendapat kesedaran mengenai kesalahan yang dilakukan dalam bilik darjah.
KESIMPULAN
Masalah displin dalam bilik darjah sebenarnya bermula daripada kekurangan keperluan
asas. Sebagai seorang guru, kita diamanahkan untuk membimbing pelajar supaya
dapat membetulkan kesalahan tingkah laku ataupun mengekalkan tingkah laku yang
baik. Model-model pengurusan displin seperti Model Akibat Logical Dreikurs, Model
Pengurusan Kelempok Kounin dan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner antara
model yang sesuai dalam pembentukan tingkah laku pelajar yang baik.

10

Haliza Hamsah dan Jay Nesamalar Samuel ( 2014), Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku, Selangor : Oxford Fajar, Sdn.Bhd
DR. Eh Ah Meng ( 2003), Ilmu Pendidikan & Pengetahuan dan Ketrampilan
Ikhtisas, Selangor : Fajar Bakti , Sdn.Bhd
Mok Soon Sang( 2013), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ( Edisi Ketiga ) ,
Selangor : Multimedia , Sdn.Bhd
Myint Swe Khine, Lourdusamy, Quek Choon Lang, Dan Angela F.L.Wong(2005).
Classroom Management Facilitating Teaching And Learning. Pearson Education
South Asia Pte Ltd. Singapore.
Rosini Abu,dan Ramlah Hamzah (1998), Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia.
Sdn.Bhd.
Abd.Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran.Selangor : Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd

11

12

Kajian Kes: Aman


Aman merupakan seorang murid Tahun 2 yang berumur 8 tahun. Dia merupakan
anak tunggal. Ayah Aman adalah seorang peniaga yang sibuk dan sentiasa
menguruskan perniagaannya di luar Negara. Ibu Aman bekerja di sebuah industrii
antarabangsa dan sering lewat balik ke rumah. Oleh itu, apabila Aman di rumah, dia
dijaga oleh seorang pembantu rumah. Pembantu rumah ini sudi memenuhi segala
keperluan harian Aman dari segi pembungkusan beg sekolah, memberi makan
sehingga mengikat tali kasutnya.
Aman mempunyai kesukaran menyesuaikan dirinya di sekolah rendah. Dia
selalu menangis apabila berada di Tahun 1. Pada mulaya, Aman akan berpaut kepada
kerusi atau meja dan menolak untuk pergi ke sekolah. Apabila berada di sekolah, dia
akan meraung dengan kuat secara berterusan jika tidak dapat melihat pembantu
rumahnya. Setelah Aman berasa lebih selesa dengan guru darjahnya, dia akan berpaut
kepada beliau atau cuba untuk mengikuti beliau ketika beliau ingin meninggalkan kelas.
Walaupun guru Tahun 1 mendapati bahawa kelakuan Aman sangat membingunkan,
beliau sanggup meluangkan masanya untuk Aman bagi menyelesaikan masalahnya
dengan penuh kesabaran. Dengan penjagaan dan perhatian daripada guru darjah,
Aman menjadi lebih mantap di semester 2. Pada akhir tahun pertama, Aman mendapat
keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun.
Pada awal permulaan Tahun 2, sebahagian daripada tingkah laku Aman pada
tahun pertama bertimbul semula. Guru darjah Tahun 2 berasa Aman perlu lebih
berdikari. Jadi, beliau mengabaikan Aman apabila dia memerlukan sebarang
pertolongan. Guru tersebut juga mendapati bahawa Aman juga mempunyai masalah
berkomunikasi dengan guru dan rakan sekelasnya. Dia tidak akan memulakan sesuatu
perbualan dan jarang memberi respon semasa perbualan. Dia jarang membuat eye
contact dengan orang lain. Semasa kerja kumpulan, dia akan mengasingkan diri dan
bermain dengan penselnya. Dia akan sering mengulangi gema perkataan yang disebut
oleh rakannya, menjengkelkan mereka dalam proses perbincangan. Dia juga akan
mengetuk jarinya di atas meja dan ketukannya berterusan sehingga merengsakan gurugurunya. Apabila diberitahu untuk berhenti, dia akan mematuhi untuk seketika dan
13

melakukan perbuatan tersebut semula tidak lama kemudian. Kelakuan mengetuk ini
akan sering berlaku terutamanya sewaktu mata pelajaran Matematik. Apabila telah
dimarahi, Aman akan melukis gambar kereta di atas sekeping kertas kosong dan
enggan berhenti lukis walaupun diminta berhentikannya. Akibatnya, guru matematik
Aman telah membahagikan lima masa untuk menghantar Aman kepada guru disiplin
bagi keingkarannya. Malangnya, tiada perubahan yang diperolehi oleh Aman walaupun
berjumpa dengan guru disiplin. Namun demikian, perkara mengetuk meningkat di
dalam kelas selepas setiap perjumpaan.
Kadang-kala, Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya, tetapi
ia menjadi agak janggal kerana Aman berdiri terlalu dekat dengan mereka. Ini telah
menyebabkan rakannya kurang selesa lalu menjauhkan diri mereka daripada
mendekati Aman. Dia juga seolah-olah mempunyai fobia dengan gelung getah, ini
berkemungkinan besar akibat daripada kejadian apabila rakan sekelasnya pernah
menggunakan gelung getah untuk melastiknya. Selain itu, rakan Aman menyatakan
bahawa Aman menjengkelkannya kerana sentiasa bercakap tentang kereta retro
walaupun dia menyuruh Aman diam. Hal ini menjadikannya menyangka bahawa Aman
ingin menunjukkan pengetahuannya tentang kereta dan kekayaan keluarga.
Aman sering diusik oleh rakannya. Keusikkan itu meningkat selepas sesuatu
kejadian yang memalukan berlaku. Aman sangat memberi perhatian terhadap kerjanya
dan mengabaikan keperluan untuk pergi ke tandas. Dia menyedari bahawa dia tidak
sempat berlari ke tandas semasa dalam perjalanan. Oleh demikian, dia pun membuang
air kecilnya ke dalam longkang yang berhampiran dengan kelasnya. Perbuatan ini telah
disaksikan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang melaporkan kepada seluruh
rakan sekelas. Apabila Aman balik ke kelas, rakan sekelasnya ketawa kepadanya dan
memanggilnya sebagai urine boy. Aman menarik dirinya ke satu sudut dan menangis.
Gurunya cuba memujuk Aman tetapi gagal akhirnya. Malangnya, gelaran urine boy
menyebabkan Aman selalu diejek oleh rakan-rakannya semasa kelas pendidikan fizikal.
Dia juga diusik atau diketawakan oleh rakan-rakan sekelasnya dengan meniru cara dia
berlari.

14

15

16

You might also like