Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tahap pendengaran yang digunakan di Malaysia ialah mengikut ukuran

tahap kehilangan pendengaran yang digunakan oleh Jabatan Audiologi dan Sains
Pertuturan Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM). Menurut HUKM terdapat
lima tahap penilaian pendengaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk (severe)
dan teruk (profound).
Tahap pendengaran yang normal ialah 20dB ke bawah. Individu yang
mempunyai pendengaran yang normal masih boleh mendengar semua bunyi.
Tahap pendengaran yang kedua pula ialah 21dB 45dB iaitu tahap ringan.
Pendengaran individu tahap ini masih boleh mendengar bunyi yang perlahan dan
juga bunyi yang tidak terlalu jauh. Tahap pendengaran seterusnya ialah 46dB
70dB iaitu pendengaran pada tahap sederhana. Individu berpendengaran tahap
sederhana ini boleh dengar bunyi pada jarak dalam 1 15 meter. Individu yang
ingin bercakap dengan mereka perlu bercakap dengan suara yang kuat kerana
mereka tidak dapat mendengar bunyi percakapan yang biasa. Tahap seterusnya
ialah tahap pendengaran teruk (severe) iaitu 71dB 90 dB. Individu ini juga tidak
boleh mendengar bunyi percakapan yang normal. Mereka boleh mendengar bunyi
yang kuat sahaja seperti bunyi letupan dan bunyi orang teriak. Mereka ini
mempunyai masalah pertuturan yang sangat teruk kerana mereka tidak dapat
mendengar apa yang dituturkan oleh orang lain dan apa yang dituturkan oleh
mereka sendiri. Tahap yang terakhir ialah tahap pendengaran yang sangat teruk
(profound) iaitu 90dB dan ke atas. Individu ini sangat sukar untuk mendengar
bunyi walaupun yang sangat kuat tidak seperti individu yang mempunyai masalah
pendengaran pada tahap 71dB 90dB yang masih boleh mendengar bunyi yang
sangat kuat. Mereka bermasalah dalam pertuturan dan sukar untuk berinteraksi
secara lisan. Individu ini mempunyai kesemua masalah yang terdapat pada
individu-individu di atas.
Bagi mereka yang hilang pendengaran tahap ringan, mereka masih boleh
bertutur dengan jelas. Selain itu, mereka juga masih boleh bertutur seperti orang
normal yang mempunyai pendengaran pada tahap 20dB 40dB.

Sebelum menjelaskan tentang tahap pendengaran dan bacaan audiometri


responden saya, saya akan menjelaskan sedikit tentang cara membaca audometri
dan maklumat yang perlu ada dalam borang audiogram. Bacaan audiogram
adalah berdasarkan umur, jantina, usia dan juga keadaan bilik audiologi. Ini kerana
keempat-empat

perkara

tersebut

mempengaruhi

bacaan

audiogram

tahap

pendengaran seseorang individu itu.


Maklumat yang perlu ada dalam borang tersebut adalah seperti intensiti,
frekuensi, nilai had pendengaran, kod atau simbol bagi bacaan audiogram keduadua belah telinga iaitu telinga kanan dan telinga kiri. Dua komponen penting
yang terdapat dalam graf ialah frekuensi dan intensiti. Setiap keputusan akan
ditulis berdasarkan bunyi iaitu dari bunyi paling halus dan perlahan sehingga ke
bunyi paling kuat.
Frekuensi dinilai dalam hertz (Hz) iaitu julat dari pic-rendah kepada pictinggi. Frekuensi dinilai dari kiri ke kanan pada audiogram di mana setiap garis
menegak mewakili frekuensi yang berbeza. Frekuensi yang biasa digunakan ialah
250, 500, 1000, 2000, 4000 dan 8000Hz.
Intensiti pula dikira dalam decibel (dB) . Decibel ini berkaitan bagaimana
kuat dan halus bunyi tersebut. Setiap garis mendatar mewakili tahap intensiti
yang berbeza. Bunyi yang paling halus berada di paling atas carta dan paling
kuat berada di bawah. Setiap tanda mewakili bunyi yang mereka dapat dengar.
Bunyi yang paling halus ialah -10dB manakala bunyi yang paling kuat ialah
120dB.
Telinga kanan ditanda menggunakan simbol samada bulat atau segi tiga
dan menggunakan pen merah. Manakala telinga kiri ditanda dengan simbol

atau segi empat. Seterusnya ialah pengkelasan darjah kehilangan pendengaran di


mana ianya dikelaskan dari normal hingga sangat teruk. Pengkelasan ini adalah
berdasarkan had pendengaran atau kehalusan yang didengar pada frekuensi
yang spesifik.

Berikut adalah keputusan audiogram tersebut, pada frekuensi 125, intensiti


telinga kiri responden ialah 45dB, telinga kanan pula ialah 35dB. Frekuensi 250,
intensiti telinga kiri 30dB, kanan 35dB. Frekuensi 500, intensiti telinga kiri 35dB
manakala telinga kanan 30dB. Frekuensi 1000, intensiti kedua-dua telinga ialah
35dB. Frekuensi 2000, intensiti telinga kiri ialah 20dB manakala telinga kanan
25dB. Frekuensi 4000, intensiti telinga kiri ialah 30dB dan intensiti telinga kanan
ialah 45dB. Seterusnya yang terakhir ialah pada bacaan frekuensi 8000 dimana
intensiti telinga kiri ialah 10dB, manakala intensiti telinga kanan ialah 20dB.
Berdasarkan ujian tahap pendengaran yang telah saya jalankan kepada
responden, berikut merupakan keputusan yang telah saya dapat berdasarkan ujian
tersebut. Tahap kehilangan pendengaran ringan berlaku pada kedua-dua belah
telinga tetapi pendengaran beliau adalah normal dan masih boleh bertutur serta
mendengar seperti individu normal yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang
masalah

bahasa

dan

mendengar pertuturan

juga

masalah

orang

pertuturan

lain serta

masih

kerana

beliau

masih

boleh

mendengar apa

yang

tepat

boleh
yang

dituturkannya.
Keputusan

tersebut

bukanlah

jawapan

tentang

tahap

pendengaran responden kerana keadaan bilik ketika saya menjalankan ujian


tahap pendengaran tersebut bising dengan bunyi rakan-rakan serta bunyi alat
elektronik seperti penghawa dingin mengganggu fokus responden terhadap bunyi
yang sepatutnya didengarnya. Selain itu, ujian audiogram tidak membantu kita
mengetahui tahap kehilangan pendengaran
kehilangan
dibuat

dan

pendengaran
kami

tidak

memahami pertuturan.

sebenar

kerana

menyediakan

kerana ianya

pemeriksaan
maklumat

tidak membuktikan

konduksi

tentang

tulang

kebolehan

tidak
untuk

You might also like