Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

Masalah gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini semakin
membimbangkan dan masih terus berlaku walaupun pelbagai kaedah dan jalan
penyelesaian telah dilakukan oleh kerajaan bagi membendung masalah ini daripada
terus berleluasa. Pelbagai gejala sosial dan aktiviti yang dianggap menyimpang dari
norma-norma dan nilai-nilai masyarakat berlaku di kalangan golongan remaja ataupun
dewasa. Masalah sosial yang paling membimbangkan kita pada hari ini apabila
golongan pelajar terlibat dalam aktiviti jenayah.
Pada peringkat pelajar, seseorang individu mengalami perubahan yang amat
pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial dan terdedah kepada
persekitaran luar rumah yang luas serta cenderung dipelajari. Tidak semua perkara
dipelajari daripada ibu bapa tetapi juga daripada persekitaran sosial di mana mereka
membesar dan pada masa inilah mereka mula mengubah tingkahlaku, bahasa, sikap,
dan nilai cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan
dewasa.
Tidak dapat dinafikan, isu-isu pelajar menjadi topik perbincangan di kalangan
masyarakat umum. Nampaknya isu-isu pelajar ini menyebabkan ketidakseimbangan
di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian pelajar. Isu-isu pelajar dalam konteks
bahasa, emosi dan tingkah laku memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas
pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, guru memainkan peranan utama
membentuk keperibadian pelajar-pelajar semasa berada di sekolah. Selain dari
tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan
yang sempurna dalam pendidikan.
Ringkas kata, isu-isu bahasa, emosi dan tingkah laku pelajar sememangnya
sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Keadaan ini telah memberi cabaran kepada guru dalam pengajaran mereka.
Walaubagaimanapun, isu-isu seperti ini harus ditangani oleh guru dengan bijak dan
teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang

berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar di


sekolah.

Isu Pelajar Dalam Konteks Tingkah Laku


Tingkah laku bermasalah merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut
norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan tersebut mungkin
melanggar peraturan undang-undang, etika atau kepercayaan agama sesuatu
masyarakat. Tingkah laku bermasalah juga merujuk kepada perlakuan yang tidak
sesuai dalam situasi-situasi tertentu.
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi
teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ.
Pada dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau
dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu
bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak
dengan lebih yakin. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990), beliau mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupannya. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku
yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada
kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di
kawasan pedalaman mahupun bandar.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar

yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam bilik darjah. Tingkah laku


bermasalah pelajar boleh berupa positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif
yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan

proaktif. Manakala bagi tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,
dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Tidak kiralah seseorang pelajar

itu mempunyai masalah bertingkah laku

positif dan negatif, ia juga akan membawa kesan yang buruk dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru itu, guru haruslah peka
dan berempati pelajarnya yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah supaya
dapat menentukan dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk mengubah
tingkah laku pelajar yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang
konduksif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tidak dinafikan, terdapat pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh
seseorang guru di sekolah. Masalah tingkah laku yang mungkin ditunjukkan oleh
seseorang pelajar di dalam bilik darjah adalah seperti berikut. Antaranya ialah kurang
perhatian. Semasa guru mengajar, pelajar tidak mendengar apa yang sedang
disampaikan oleh guru. Mereka juga tidak memberi fokus terhadap tugasan yang
diberikan oleh guru. Sebaliknya, mereka mungkin berbual dengan rakan, membaca
bahan lain, memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau menyanyi.
Dalam keadaan yang sama, pelajar tersebut akan mempunyai sikap
melengahkan kerja atau bersikap sambil lewa. Pelajar ini bersikap selamba dan
melakukan

tugasan

mengikut

jadualnya

sendiri.

Contohnya,

apabila

guru

mengarahkannya mengeluarkan buku latihan, pelajar ini akan mengambil masa yang
lama sebelum bertindak ataupun berkelakuan seolah-olah tidak mendapat arahan
daripada guru. Dalam hal ini, pelajar tersebut akan kerap tidak menghantar kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Biasanya, mereka akan memberi alasan bagi
menjelaskan sebab dan keadaan tersebut berlaku. Dalam kebanyakan kes, alasan yang
diberikan oleh pelajar adalah kurang wajar dan tidak boleh diterima. Bagi sesetengah
pelajar pula akan berdiam diri dan tidak menjawap pertanyaan guru. Pelajar seperti
ini juga tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan kelas. Mereka juga
tidak suka menyumbang idea atau bertukar pandangan. Mereka lebih selesa duduk
seorang diri dan memerhati atau berkhayal.

Selain itu, masalah tingkah laku yang sering boleh dapat dikelihatan ialah
masalah berbohong atau menipu. Pelajar ini mempunyai kecenderungan untuk tidak
bercakap benar.Contohnya, mereka menyatakan kerja rumahnya sudah siap tetapi
tertinggal di rumah, menuduh rakan mengambil barangnya atau menyatakan dia telah
melihat rakan mengambil bukunya. Biasanya, pelajar seperti ini bersikap tidak sopan
terhadap guru dan rakan sekelas. Misalnya, mereka akan menunjukkan muka masam
atau mengeluarkan bunyi-bunyi sebagai tanda setuju atau bosan dengan aktiviti kelas
atau guru. Kadangkala, mereka akan menggunakan perkataan lucah, khususnya
pelajar lelaki. Mereka gemar menggunakan bahasa cabul di depan pelajar-pelajar
murid sebagai tanda kelelakian masing-masing. Tingkah laku sedemikian dianggap
sebagai kurang menghormati guru dan rakan sekelas.
Di samping itu, masalah hiperaktif juga kerap berlaku di dalam kelas. Pelajar
yang bersikap hiperaktif akan sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan
sesuatu tanpa berfikir. Mereka juga tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah
mengalih perhatiannya. Mereka sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa
memerlukan penyeliaan. Bagi segenlintir murid yang hiperaktif, mereka juga akan
mudah dan bersikap agresif. Mereka kurang sabar dan cepat marah. Ada yang pula
yang bertindak merosakkan harta benda atau mencederakan rakan apabila mereka
marah. Selain itu, mereka juga akan melakukan perlakuan seperti merosakkan harta
benda di dalam bilik darjah. Mereka akan menconteng meja atau buku. Semasa mreka
berasa tidak puas hati, mereka juga akan mengoyoyakkan bahan yang dipamerkan di
dalam bilik darjah. Perlakuan yang biasa dapat melihat ialah mereka menendang meja
dan kerusi di dalam kelas.
Pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku juga sering akan mengganggu
rakan sekelas atau membuli rakannya. Mereka suka mengacau rakan sekelas,
memanggil nama mereka berulang kali atau dengan cara yang tidak betul. Sementara
itu, mereka akan mengambil barang rakan atau sengaja membaling gumpalan kertas
ke arah mereka. Ada kalanya, pelajar ini suka menimbulkan kekecohan atau
kebisingan di dalam kelas. Mereka mempunyai suara yang kuat, suka memberi komen
atau pandangan dengan nada suara yang tinggi dan berlagak di dalam bilik darjah.
Pelajar menimbulkan masalah tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah
disebabkan beberapa faktor. Secara keseluruhan, terdapat lima faktor yang

menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Faktor pertama ialah faktor rumah.
Sesetengah masalah tingkahlaku yang berlaku di bilik darjah merupakan kesan carryover masalah yang dihadapi di rumah. Mengikut kebiasaan, apabila pelajar tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian di rumah, mereka akan cenderung
menganggotai mana-mana kumpulan yang sedia menerima mereka. Peristiwa seperti
kematian ahli keluarga, penceraian ibu bapa, penyakit kronik yang serious ataupun
penderaan boleh mencetuskan tingkah laku bermasalah. Sekiranya tingkah laku
sedemikian berterusan atau bertambah serius, guru perlu berjumpa dengan ibu bapa
untuk perbincangn yang lebih lanjut lagi.
Faktor seterusnya ialah faktor rakan sebaya. Faktor ini merujuk kepada
tekanan rakan sebaya yang dialami oleh pelajar yang menghadapi masalah
penyesuaian di sekolah baru ataupun di rumah. Sesetengah ibu bapa bersikap sangat
tegas terhadap anak-anak mereka. Ada pula yang jarang menunjukkan kasih sayang.
Tambahan lagi, ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat meluangkan masa yang
mencukupi bersama-sama anak mereka. Oleh itu, bagi pelajar yang mempunyai
tekanan di rumah, mereka akan bergantung kepada rakan untuk mendapatkan
sokongan emosi, sosial dan moral yang diperolehi daripada ibu bapa. Mereka turut
akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang di sekolah.
Faktor sekolah juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah
tingkah laku pelajar.

Faktor sekolah boleh menimbulkan masalah disiplin melalui

sistem peraturan yang ketat, serta kegagalan membekalkan pelajar-pelajar dengan


ruang pembelajaran yang relevan dan bermakna. Ada sesetengah pelajar yang
berpendapat bahawa pergerakan dan tingkah laku mereka sentiasa dipantau oleh guru.
Tambahan pula, mereka dikehendaki mematuhi autoriti guru-guru dan system sekolah
tanpa sebarang soalan. Keadaan seperti ini akan mewujudkan satu persekitaran
pembelajaran yang terbatas di mana mereka tidak berpeluang untuk mengembangkan
identiti masing-masing. Akibatnya, mereka akan tunjuk perasaan sebagai langkah
menyuarakan pandangan mereka dan mengatasi perasaan ditindas oleh pihak yang
berkuasa.
Seterusnya, faktor pembelajaran. Faktor pembelajaran berhubung dengan
murid-murid yang tidak menghantar tugas dan latihan mengikut tarikh penyerahan
yang ditetapkan bukan kerana sifat malas atau keingini mereka untuk melawan

autoriti tetapi disebabkan ketidakbolehan mengikut pengajaran guru. Selain itu,


mungkin juga terdapat pembelajar lambat yang perlukan pengajaran dan bimbingan
bersifat peribadi. Oleh itu, amat penting bagi guru mengenal pasti sebab sebenar
murid-murid tertententu gagal menghantar tugasan mereka.
Faktor yang terakhir ialah faktor guru. Faktor guru berhubung dengan
perancangan rapi serta penyediaan bahan resos yang berkaitan bagi memastikan
pelaksanaan pengajaran yang lancar dan tidak terganggu. Selain itu, guru juga perlu
berupaya menyampaikan kandungan setiap sesi pengajaran dengan jelas dan berkesan
agar dapat memaksimumkan pembelajaran dalam bilik darjah. Kegagalan guru
berbuat demikian akan mengakibatkan pelajar-pelajar rasa tidak tercabar dari segi
akademik. Apabila minat mereka yang gagal dikekalkan sepanjang sesi pengajaran,
besar kemungkinan mereka akan merekacipta cara-cara negatif untuk menghiburkan
hati mereka.
Secara ringkasnya, tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah akan membawa
implikasi-implikasi yang tertentu. Antaranya ialah implikasi terhadap hak pelajar
untuk belajar. Proses pembelajaran pelajar berkenaan dan rakan-rakan mereka akan
terganggu. Ini turut akan membawa kepada pencapaian akademik yang rendah.
Sementara itu, motivasi pelajar akan menjadi lemah dan mereka akan memupuk sikap
negatif terhadap pembelajaran. Seterusnya ialah implikasi terhadap hak guru untuk
mengajar. Dengan adanya tingkah laku bermasalah dalam kelas, pengajaran guru
dalam kelas akan terganggu. Apabila hak guru mengajar guru terganggu, guru akan
tidak dapat menjalankan pdpnya dengan berkesan. Dalam hal ini, pembelajaran
pelajar-pelajar akan terjejas dan ini akan menyebabkan kekecewaan guru terhadap
mutu tugas-tugas professional. Selain itu, implikasi terhadap hubungan antara guru
dan murid. Masalah tingkah laku dalam bilik darjah akan menimbulkan suasana yang
menakutkan dan kurang selesa. Sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid
juga akan terhapus. Ini telah membawa kepada kegagalan sikap memupuk hubungan
berasaskan kerjasama antara guru dan murid.
Kesimpulannya, tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu di
beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini
jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan
dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap

perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh pelajar-pelajar adalah disebabkan
faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap
perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada
murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Tingkah laku
bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Justeru itu, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru,
masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang
tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan pelajar yang berkaliber
serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang
berpengetahuan.

BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Halizah Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani & Mohd. Zohir. (2003). Pedagogi : Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

You might also like