Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

http://missezhafirzan.blogspot.my/2011/11/kaedah-kodaly-dalam-pembelajaran-muzik.

html
LATIHAN
Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1)
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka
bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu
perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau
perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.
Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

REFLEKSI

Bagi kaedah Kodaly ini, ia adalah salah satu aktiviti muzik yang menjadi kegemaran muridmurid saya . Bagi mereka latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan adalah suatu aktiviti
yang menyeronokkan kerana lain daripada subjek lain yang mereka pelajari. Ketika mulamula saya mengajar murid-murid mengenal bahasa muzik ini, mereka telah menunjukkan
sikap yang positif. Malahan sebelum ini mereka belajar muzik hanyalah menyanyi, menari
dan bermain alatan muzik. Tidak pernah sekali pun didedahkan dengan kaedah Kodaly ini.

Oleh sebab itu, saya merasakan telah mencipta sejarah. Kesimpulannya, bagi mengekalkan
penguasaaan murid-murid tentang pembelajaran ini, setiap sebelum memulakan p&p, saya
akan menjadikan aktiviti nyanyian solfa dengan isyarat tangan ini sebagai SET INDUKSI .

You might also like