Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Dewasa kini, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap negara menjadi teras kepada

penyusunan semula strategi masing-masing. Hal ini adalah bertujuan agar mereka tidak
ketinggalan dengan arus kemajuan semasa. Peredaran zaman kini telah menyebabkan
perubahan perlu dilakukan agar sesebuah negara khususnya Malaysia tidak ketinggalan dalam
arus kemajuan dunia serta mengelakkan daripada menjadi mangsa penindasan. Oleh itu, tanpa
mengira kaum, agama, keturunan dan juga bangsa, rakyat Malaysia haruslah mengambil
tindakan awal bagi mengeratkan perpaduan antara kaum, merapatkan perhubungan serta
bertindak sebagai satu bangsa yang berdiri di bawah satu paying. Hal ini kerana kewujudan
perpaduan inilah yang menjadi tunjang kepada pencapaian matlamat yang sama bagi membina
satu negara yang maju, aman dan damai serta mampu bersaing dengan masyarakat negaranegara lain.
Konsep gagasan satu Malysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 April 2009. Konsep ini
berpaksikan kepasa prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep 1 Malaysia
ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di
negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang
bertujuan untuk mengugut kesejahteraan hidup mereka. Jika dihayati, konsep ini membolehkan
semua pihak mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan maju
dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh masyarakay dunia.
Konsep 1 Malaysia membawa kepada aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini
juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan percapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Untuk mencapai kemajuan bagi setiap negara,
sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh perlu
diutamakan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar. Bagi merealisasikan hasrat 1 Malaysia, rakyat haruslah mengamalkan
nilai-nilai murni yang baik bagi mewujudkan perpaduan antara kaum.
Matlamat kerajaan untuk memupuk hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik
mungkin akan terbantut sekiranya terdapat pengalaman nilai-nilai yang negatif di kalangan
masyarakat. Antara nilai adalah, diskriminasi, streotaip, prejudis, etnosentrisme dan lain-lain
lagi. Kesemua nilai ini boleh menjadi salah satu punca bagi menggagalkan usaha murni
kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam merealisasikan hasrat 1 Malaysia.

Pertamanya adalah diskriminasi. Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil
terhadap individu tertentu, di mna layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh
individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam
masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan
manusia.
Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang
perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh
dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan dislriminasi yang ketara adalah seperti berikut,
seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang
diwakilinya, seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada
pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya, dan sebuah institusi pendidikan enggan
menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai
kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan
tertentu. Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip setiap
manusia harus diberi hak dan peluang yang sama.
Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditunjukkan terhadap kumpulan manusia
tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

Antaranya

adalah,

Diskriminasi
Kesihatan

Diskriminasi
Ras
Diskriminasi
Agama

Diskriminasi
Jantina

Diskriminasi
Umur

Jenis-jenis
Diskriminasi

Diskriminasi
Kaum

Berikut merupakan, jenis-jenis diskriminasi. Pertamanya adalah, diskriminasi umur.


Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka tergolong dalam lingkungan umur
tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan
masalah sehingga timbul istilah masalah remaja. Disamping itu, diskriminasi juga berlaku dari
sudut gaji, faedah atau penerusan pekerjaan bagi pekerja yang dalam umur pertengahan tahun
atau melewati umur 40 tahun dan pekerja diminta bersara apabila mencapai umur 55.
Seterusnya, diskriminasi jantina didefinisikan sebagai individu diberi layanan yang tidak
adil kerana jantina mereka. Mereka mengalami layanan yang berbeza seperti diberi tugas dan
kerja yang berbeza, pemberian gaji yang berbeza dan status yang tidak setara. Misalnya,

seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah berbanding rakan lelaki sejawatnya, walupun
sumbangan mereka adalah sama.
Disamping itu, diskriminasi kesihatan. Individu diberi layanan yang tidak adil kerana
mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya, seorang yang pernah menderita
sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walupun ia telah sembuh dan
mempunyai keupayaan yang diperlukan
Tambahan pula, diskriminasi ras. Menurut diskriminasi ras, individu diberi layanan yang
tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka. Manakala pula dengan diskriminasi agama
adalah, inidividu diberi layana yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti. Seterusnya,
diskriminasi kaum. Ini bermaksud, individu tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum
lain.
Diskriminasi seperti ini boleh mengagalkan usaha murni kerajaan untuk memupuk
perpaduan dalam merealisasikan hasrat 1 Malaysia. Contohnya, jika

Seterusnya adalah, stereotaip. Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang


negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebihlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan sesuatu kumpulan etnik oleh
etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman
stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat,
khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik ini memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain
dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman
yang menebal. Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan
etnik yang lain.
Kesannya adalah, isu perkauman. Negara kita juga mengalami peristiwa berdarah
akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehingga keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita.

You might also like