Akta Pendidikan 1996

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Akta Pendidikan 1996

Diwartakan pada 11 Disember


1997
lanjutan dan pembaharuan dari
akta pendidikan 1961

Bertujuan memantapkan sistem pendidikan


kebangsaan sejajar dengan kehendak dan
cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia.
Akta ini berpaksi kepada perakuanperakuan utama Penyata Razak 1956 yang
menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan.
Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada
Akta Pelajaran 1961.

TUJUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Memperluaskan skop dan memperkenalkan


perundangan mengenai pendidikan.
Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan
kebangsaan bagi generasi muda sejajar
dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
yang bermutu tinggi.

Sambung.

Untuk menggariskan perundangan yang


berkaitan dengan bidang pendidikan.
Mencakupi perundangan pada tahap
prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi
termasuk kerajaan dan swasta.
Memperkukuhkan kedudukan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.

Sambung
Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori
sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan
yang sama.
Pendidikan islam diperluaskan untuk pelajar
islam.
Memperluaskan bidang kuasa menteri
pendidikan.

Sambung
Mempertingkatkan pendidikan teknikal.
Memperkukuhan latihan perguruan.
Pendidikan swasta yang lebih sistematik.
Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku
kaum.

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996


1.Sistem Pendidikan Kebangsaan:
a)Buat pertama kalinya diperuntukan bahawa sistem
Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada:
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan lepas menengah
- Pendidikan tinggi (Seksyen 15)

1b)Diwujudkan3kategoriinstitusipendidikan
dalamSistemPendidikanKebangsan,iaitu:
Institusipendidikankerajaan
Institusipendidikanbantuankerajaan
(sumbanganmodaldanbantuandaribayaran
wangawam)
Institusipendidikanswasta.
(Seksyen16)

Dua Jenis Sekolah Dalam Sistem


Pendidikan Kebangsaan
1. Sekolah Kebangsaan
menggunakan b.kebangsaan sbg bhs
pengantar utama
b.inggeris,mp wajib
kemudahan bagi mp b.(cina)mandarin
dan tamil
2. Sekolah Jenis Kebangsaan
- b.(cina)mandarin dan bhs tamil sbg bhs
pengantar utama
-b.kebangsaan dan b. Inggeris mp wajib

Bahasa Kebangsaan
DiperuntukandenganjelasbahawaBahasa
Kebangsaanadalahpengantarutamadalam
SistemPendidikanKebangsaan(Seksyen17)
Seksyen 17(2), memperuntukkan
Bahasa Kebangsaan sebagai mata
pelajaran wajib di semua sekolah.

Kurikulum Kebangsan
Seksyen 18 memperuntukkan semua
sekolah wajib mengikut kurikulum
kebangsaan dalam sistem
pendidikan melainkan yang
dikecualikan

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam dijadikan salah satu
daripada mata pelajaran teras (Seksyen18(2)
Pendidikan Islam wajib diajar kepada
kepadasetiap murid di semua jenis sekolah jika
terdapat 05 orang / lebih orang Islam (Seksyen
150)

Pendidikan Pra Sekolah


DiperuntukansebahagiandaripadaSistem
PendidikanKebangsaan(Seksyen15)
MenteriPendidikanbolehmenubuhdan
menyenggaratadika(Seksyen21)
Semuatadikadiwajibkanmengggunakan
garispanduankurikulumprasekolahyang
(akan)dikeluarkanolehKementerian
Pendidikan(Seksyen22)

Pendidikan

Khas
Menteri boleh mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas
atau di mana-manaksekolah rendah
atau menengah (Seksyens40)
40)
Menteri mempunyai kuasa untuk
menetapkan tempoh dan kurikulum
pendidikan khas (Seksyen 41)

Seksyen 19 memperuntukkan semua


sekolah menyediakan pelajar untuk
Peperiksaan Awam, melainkan yang
dikecualikan.
Seksyen 69 semua pihak yang
menganjurkan peperiksaan awam perlu
mendapatkan kebenaran dari Pengarah
Peperiksaan terlebih dahulu.
Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri
untuk menubuh dan menyenggara tadika.

Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan


politeknik mengadakan kursus pengajian atau
program latihan bersama peringkat sijil atau lainlain kelayakan dengan mana-mana universiti atau
institusi pendidikan lain.
Seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan
(maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat
ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program
kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan
tinggi lain.
Seksyen 40, yang membolehkan Menteri
mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas
atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Seksyen 77 menjelaskan bahawa


isntitusi pendidikan swasta yang
menjalankan program "twinning" dan
"lingkage" hendaklah mendapat
kebenaran bertulis dari Menteri terlebih
dahulu.

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas


Sistem Pendidikan Kebangsaan
FPK menjadi teras Akta
Kedudukan bahasa Kebangsaan diperkukuh
Kurikulum diselaraskan
Peperiksaan yang sama
Pendidikan prasekolah diperluas
mutu pendidikan prasekolah dipertingkat
pendidikan teknik dipertingkat disekoah
menengah
pendidikan guru diperkukuh
pendidikan swasta berkembang dan lebih
sistematik
pendidikan khas diberi tumpuan
mengambilkira kepentingan semua kaum.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan


landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal
setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi
semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem
pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan
meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat
pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori
sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan
kerajaan dan sekolah swasta

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan


dengan memperuntukkannya sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan
menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran
yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi
pendidikan

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan


selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum
Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta
Pendidikan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah
akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang
ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau
pengukuran yang sama tentang pencapaian muridmurid dari sekolah-sekolah di negara kita

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat


dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan
menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan
penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan
sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan
di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan
1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke
sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan
program kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program
latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh
mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat
diploma dan ijazah dengan institusi institusi pendidikan
tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan


adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian
Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru
bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di
peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara


lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang
spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan
perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu,
institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki
mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan,
Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral
untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilainilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih


dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia
adalah sebuah negara berbilang kaum, dan
berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat
oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta
Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua
kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah
rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah
Cina swasta. Di samping itu Unified Examination
yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga
pengelola sekolah conforming dan sekolah mission
dikekalkan

You might also like