Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

2215

Kesusasteraan Melayu
Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM
Mei 2015
2 jam

SEK. MEN.ST.ANNE
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

KESUSASTERAAN MELAYU
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
Jawab semua soalan Bahagian Satu.
Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.
Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

SULIT

[Lihat halaman sebelah


Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Puisi A
Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
1. (a) Apakah jenis puisi di atas ?

[1 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri puisi di atas.

[3 markah]

Serbuk dituang di dalam peti,


Terbang burung ke tengah laut;
Jikalau lambat tuan ngubati,
Dendam berkurung hampirkan maut.
2.

Jelaskan maksud pantun di atas.

(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)


[4 markah]

Hatta, maka Indera Wiruna pun segeralah ia memanahkan anak panahnya ke


udara, berdengung-dengung bunyinya. Akan hujung panah itu bernyala-nyala
seperti api. Seketika, maka datanglah anak panah itu hendak mengenai Putera
Jayapati, betul dengan dadanya. Serta dekat, maka diludahnya oleh Putera
Jayapati, maka anak panah itu pun hancur menjadi air. Maka Raja Indera Wiruna
pun hairan melihat senjatanya yang sakti itu tiada mahu membunuh.
(Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati)
3.

Berikan dua unsur kesaktian yang terdapat dalam petikan.

[4 markah]
[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

Sesekali pesakitku
aku ingin jadi pesakitmu
yang lelah di laut harap
memintal buih-buih kehidupan
dalam gelombang semangat.
(Dipetik daripada sajak Sesekali Pesakitku oleh Aminah Mokhtar)
4.

Nyatakan dua contoh gaya bahasa metafora dalam petikan sajak.

[4 markah]

HANG TUAH: Ya, bagi kami itu lebih mulia lagi daripada menjadi orang
yang ingkar kepada undang-undang dan perintah raja.
NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa
yang aku mahu ikut lagi?
(Dipetik daripada drama Lima Perwira
oleh Kala Dewata)
5.

Nyatakan dua persoalan dalam petikan.

[4 markah]

HAJI PAHLAWAN: ..... nasib bangsa kita hanya dapat dikekalkan dengan
kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan. Kita hendak meninggi dan
memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita ... kita mahu
tanah air dan bangsa kita selamat ... selamat jika kita kuat dan
kekuatan itu jika kita bersatu! (Menangis) Mana Dato Onn? Aku
nak Dato Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman!
(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru..

6.

Nyatakan empat harapan Haji Pahlawan dalam petikan.

[4 markah]

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

Tugas utama kami tentulah membahagi-bahagikan koleksi pakaian yang


diderma oleh masyarakat prihatin di Malaysia kepada penduduk di situ.
Penduduk yang rata-rata terdiri daripada balu bersama sebahagian daripada 50
000 anak yatim akibat perang yang mengorbankan lebih 10 000 pejuang Barisan
Pembebasan Kerajaan Moro.
(Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut- Takut.
oleh Amalia Fauza Bohari)
7.

Nyatakan empat gambaran masyarakat dalam petikan.

[4 markah]

Ambuh ! Suara parau tercetus keluar daripada mulut bininya.


Pak hang ni nak melawak saja eh!
Anak-anaknya tersengih kegelian melihat telatah emak mereka. Seorang dua
berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih belum terkunyah. Jusoh
tersenyum.
(Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah,...

8.

Jelaskan dua teknik penceritaan berserta contoh dalam petikan.

[4 markah]

Sesekali terbayang juga wajah Latifah yang begitu terserlah kecantikannya. Dalam
usia sunti itu Latifah begitu matang perawakannya. Tutur katanya lembut.
Tingkahnya sopan. Sebagai anak muda, Jalil tidak terlepas daripada beranganangan untuk memiliki gadis sebaik dan secantik Latifah.

9.

(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke


Puncak,...
Nyatakan empat perwatakan Latifah yang terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Benar seperti kata orang tua awak. Azuera dan abangnya orang susah malah
anak yatim, tapi mereka berjaya. Kenapa? Kerana azam dan semangat mereka kuat.
Mereka memegang prinsip biar apa orang nak kata, asalkan mereka di pihak yang
benar, mereka tidak perlu takut. Cikgu Syakinah tersenyum lebar.
(Dipetik daripada novel Jeriji
Kasih,...
[Lihat sebelah
SULIT

SULIT
10.

5
Nyatakan dua pengajaran dalam petikan.

[4 markah]

Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PUISI
Tersebut pula suatu cerita,
Hairan segala di dalam cita;
Baharulah kami mendengar warta,
Nuri konon tahu berkata.
.
Di Gunung Puteri akan tempatnya,
Dari udara konon asal mulanya;
Terlalu harum akan baunya,
Tiada menyamai pada zamannya.
Elok manis indah rupanya,
Terlalu halus barang katanya;
Sangatlah bijak akan akalnya,
Dalam istana sukar bandingnya.
.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
1. (a) Jelaskan empat ciri bentuk puisi di atas.

2.

[8 markah]

(b) Nyatakan empat keistimewaan burung Nuri.

[8 markah]

(c) Cipta satu rangkap syair bertemakan kerjasama.

[4 markah]

Berdasarkan cerita Hikayat Indera Nata :


(a) Jelaskan lima unsur kehebatan Indera Nata.

[10 markah]

(b) Huraikan lima nilai murni dalam cerita di atas.

[10 markah]
[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
AYAH
(sesudah dua puasa, aku lagi ingat)
Umur merampas kemudaanmu
menabur putih di kepala
bagi awan pasti yang mengambang ke laut
demikian aku melihatnya
menggugurkan rintik-rintik hujan
ke bumi.
Waktu tua ia memendam nestapa
bersama tubuh yang dingin
lewat hari-hari yang tak gembira
dari keasingan si bongsu,
tapi aku tak menduga sayangmu
tak mengukur korban usia tua
sekaliannya telah selesai dan terlewat.
Sekalian yang menyedihkan kurebut kembali
menggoda saat-saat umurku
mimpi-mimpi malam
dan perjalanan.
(Dipetik daripada sajak Ayah, oleh Baha Zain)
3. (a)

Jelaskan tema sajak tersebut.

(b) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh.

[4 markah]
[8 markah]

(c) Cipta sebuah sajak bertemakan kasih sayang seorang anak


kepada ayah atau ibu.
Bilangan baris sajak anda itu hendaklah tidak kurang daripada lima belas baris.
[8 markah]
[Lihat sebelah
SULIT

SULIT
4.

7
Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Hatta Azad Khan :
(a) Jelaskan lima unsur Islam yang terdapat dalam drama tersebut.

[10 markah]

(b) Huraikan lima persoalan dalam drama tersebut.

[10 markah]

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5.

6.

Berdasarkan cerpen Anak-Anak Suria karya Zaharah Nawawi :


(a) Huraikan tema cerpen.

[4 markah]

(b) Jelaskan satu unsur suspens dan satu unsur kejutan dalam cerpen.

[4 markah]

(c) Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen.

[12 markah]

Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid :


(a)

Huraikan lima persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.

[10 markah]

(b) Terangkan lima citra masyarakat yag dipaparkan oleh pengarang.

[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


DISEDIAKAN OLEH:
_________________________________
(PN. SITI KHAZANAH ABD. MANAF)
GURU M//P KESUSASTERA MELAYU
TINGKATAN 5

DISAHKAN OLEH:
__________________________
(PN.SITI AMINAH ZAKARIA)
PEN. KANAN PENTADBIRAN

[Lihat sebelah
SULIT

You might also like