Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Faedah Menonton Televisyen.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik


yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan
masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu
atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan
bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada
masyarakat.
Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat
mengetahui isu semasa serta peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan
cepat. Kita bolehmenonton siaran berita yang memaparkan
kejadian-kejadian penting yang berlakudi luar negara. Jelaslah,
televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahuiperistiwa
semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat
pendidikan yang berguna.Sudah ada banyak program
berunsur pendidikan yang disiarkan menerusitelevisyen
bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh
memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu
pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang
pelajarannya menerusi program televisyen juga.
Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang
seseorang itu dihabiskandengan begitu berfaedah.
Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak
sihatkerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk
menonton televisyen. Oleh itu,tindakan menonton televisyen
memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan
bermanfaat.
Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu
tindakan yang berfaedahkepada manusia itu. Kebanyakan
siaran televisyen berupaya untuk menjanapemikiran seseorang
menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu
mengawalnyaagar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau
terlalu lama untuk satu tempoh tertentu pula.

You might also like