Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Aspek Keselamatan

Taman Permainan

Kanak-kanak

Sharifah Norhaidah Syed Idros


Aswati Hamzah
Hairul Nizam Ismail
Zakiah Mohamad Ashari

Pendahuluan
Taman permainan sangat penting dalam membangunkan potensi kanak-kanak prasekolah.
Sesebuah taman permainan berjaya memenuhi fungsi pembinaannya jika taman permainan
tersebut mempunyai reka bentuk yang sempuma dan menepati ciri-ciri yang ditetapkan
berdasarkan keperluan kanak-kanak dan bersesuaian dengan keadaan fizikal mereka. Taman
permainan yang baik mampu menyediakan pelbagai bentuk pengajaran dan juga persekitaran
bermain yang baik dan selamat serta memberikan
kesan yang maksimum kepada
perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Kytta (2003, dalam
Ismail Said & Mohd Sarofil, 2005), peranan persekitaran kepada kanak-kanak dalam proses
bermain dan belajar boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu persekitaran sebagai;
a)

sumber untuk stimulasi dan tindak balas

b)

sumber untuk proses sosialisasi

c)

Persekitaran sebagai satu set ruang untuk membina pengalaman

Di Malaysia, usaha untuk mewujudkan persekitaran taman permainan yang sempuma dan
yang mengikut spesifikasi serta garis panduan yang telah ditetapkan sedang giat dijalankan
untuk memastikan keselamatan dan pembelajaran yang berlaku di taman permainan dapat
memberikan impak yang maksimum kepada perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seperti
yang dinyatakan oleh Fein dan Kinney (1994, dalam Scarlett, Naudeau, Dorothy & Ponte,
2005) tentang kelebihan bermain kepada kanak-kanak:
"Kanak-kanak yang terlibat secara spontan dalam permainan buat-percaya
(make-believe play), bila dibandingkan dengan rakan mereka yang kurang
bermain, didapati lebih mesra, disukai ramai, ekspresif, mudah berkerjasama,
boleh bercakap dan kreatif, kurang impulsif dan agresif, dan cenderung untuk
menerima pandangan orang lain ... lebih menakjubkan, penglibatan kanakkanak prasekolah
dalam permainan
sosiodramatik
dapat meramal
kematangan sosial-kogntif mereka ketika mereka
di darjah satu dan
dua." (muka surat 23)
Manafaat bermain kepada kanak-kanak tidak boleh disangkallagi kerana bermain merupakan
media untuk kanak-kanak mencorakkan perasaan mereka, meneroka hubungan, menceritakan
pengalaman, menyatakan keinginan, dan segala yang terpendam dalam diri mereka. Kadang
kala bermain juga mampu membantu kanak-kanak
membina kecekapan yang boleh

27

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

menambah rasa yakin dan membina kekuatan jati diri yang mungkin akan digunakan untuk
menempuh cabaran pada mas a akan datang.

Pelaksanaan
pendekatan belajar melalui bermain yang diaplikasikan
pada peringkat
prasekolah merupakan satu konsep yang terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang
kepada kanak-kanak belajar dalam sua sana bebas dan selamat.
Hal ini selaras dengan
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) yang telah menggariskan enam komponen utama
untuk dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah iaitu komponen bahasa dan komunikasi, kognitif,
fizikal, kerohanian dan moral, kreativiti dan estetika dan sosioemosi. Kim Phaik Lah (1996)
menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan yang amat penting
dari segi pelaburan sumber manusia kerana pada peringkat inilah penyuburan yang pesat
berlaku kepada seseorang individu dalam semua aspek perkembangan.

Teori-teori yang Berkaitan


Menurut Vygotsky (1967), bermain membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur
otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Bermain juga memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dengan cara
ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka
dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Erikson (1950,
dalam Scarlett, Naudeau, Dorothy & Ponte, 2005) menyatakan bahawa apabila kanak-kanak
bermain, mereka akan belajar cara untuk menyelesaikan konflik dalaman dan berusaha untuk
mengatasinya. Bermain juga melatih kanak-kanak untuk menguasai perasaan jika berlaku
sebarang konflik dan tekanan yang hebat.
Piaget (1952) dalam Teori Perkembangan Kognitifuya menerangkan bahawa terdapat tiga
peringkat dalam peringkat perkembangan bermain kanak-kanak yang masih diaplikasikan
sehingga hari ini (Scarlett, Naudeau, Dorothy & Ponte, 2005). Menurutnya bermain adalah
berdasarkan peluang dalam struktur permainan yang dijalankan bukannya bergantung pada
kandungan dalam permainan. Kanak-kanak akan bertindak balas dan berfikir mengikut
peringkat perkembangan masing-masing. Berikut ialah jadual yang menunjukkan ciri-ciri
mengikut tahap umur kanak-kanak;
Umur

Ciri-ciri permainan

Lahir hingga 4 tahun

Permainan yang bukan simbolik

4 tahun hingga 6 tahun

Permainan simbolik dan membina kepercayaan

6 tahun hingga 12 tahun

Permainan dengan peraturan

Justeru pentingnya penyediaan alat permainan yang baik dan struktur yang lengkap untuk
diaplikasikan oleh kanak-kanak bagi membantu perkembangan dan perturnbuhan mereka.
Vygotsky (1976) menyedari bahawa kanak-kanak

28

boleh membina kepercayaan terhadap diri

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

sendiri melalui bermain sebagai bootstrapping operasi yang membantu mereka untuk berfikir
secara bebas daripada pelbagai persepsi berdasarkan teori Zon Perkembangan Proksimal.
Bermain juga merupakan sumber utama yang berguna dalam perkembangan kognitif kanakkanak (Scarlett, Naudeau, Dorothy, & Ponte, 2005). Struktur otak akan membentuk melalui
penggunaan simbol dan alat permainan. Selain membantu perkembangan
bahasa dan
pemikiran, Vygotsky (1967) juga menyatakan bahawa bermain memberi kebebasan kepada
kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dengan cara ini, kanakkanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikan diri seterusnya memperoleh
proses
pemikiran yang tinggi melalui bermain.
Manakala Jerome Bruner (1999, dalam Scarlett, Naudeau, Dorothy & Ponte, 2005)
menganggap imaginative play sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan
mental mereka dalam menyusun pengalaman. Dalam permainan, kanak-kanak dapat meneroka
alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran
dan menjadikan mereka kreatif. Piaget, Vygotsky, dan Bruner melakukan pemerhatian
terhadap cara bermain yang memberikan tindak balas yang positif dan menggalakkan kepada
perkembangan
kognitif
kanak-kanak.
Malah,
bermain
membenarkan
kanak-kanak
menggunakan kreativiti mereka sewaktu membina imaginasi, fizikal, kognitif dan kekuatan
emosi.

Guru dan Aspek Keselamatan

Taman Kanak-kanak

Satu kajian rintis berkaitan dengan aspek keselamatan taman permainan kanak-kanak telah
dijalankan oleh penyelidik terhadap guru prasekolah sekitar zon utara iaitu Pulau Pinang,
Perak, Kedah dan Perlis. Dapatan data kuantitatif (soal selidik) dan data kualitatif (temu bual)
kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman guru-guru ini terhadap aspek keselamatan di
taman permainan adalah agak baik. Pada pendapat mereka, aspek keselamatan di taman
permainan wujud pada tahap yang memuaskan apabila keseluruhan persekitaran taman
permainan selamat, peralatan permainan yang sesuai dengan umur dan saiz kanak-kanak,
tersusun, dan tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
Namun begitu, dalam temu bual yang dijalankan ke atas guru di atas, hampir semua responden
tidak pasti tentang panduan keselamatan di taman permainan yang sepatutnya diawalkan oleh
mereka amalkan. Mereka juga mengaku tidak pemah diberikan sebarang latihan atau
pendidikan yang khusus berkenaan aspek keselamatan di taman permainan yang menyebabkan
mereka kurang arif terhadap panduan keselamatan dan persekitaran yang sepatutnya
diamalkan dan dibina di taman permainan sekolah mereka. Selain itu, guru-guru juga
mengaku bahawa mereka jarang (sekali-sekala) membuat pemeriksaan terhadap alatan yang
terdapat di taman permainan berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh pihak jabatan
pelajaran. Manakala guru prasekolah swasta yang ditemu bual pula menyatakan bahawa taman
permainan mereka akan diperiksa mengikut jadual yang diberikan berdasarkan senarai semak
yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Di samping itu, pengawasan

dan pemantauan

29

guru adalah aspek terpenting sewaktu kanak-

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

kanak bermain di taman permainan untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku terhadap
mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Rudolph (1974, dalam Davis, 2005) iaitu
penyelia ialah individu terpenting dalam pemantauan penggunaan taman permainan kerana
mereka berfungsi mengelakkan serta mengurangkan sebarang kecelakaan atau kemalangan
daripada berlaku. Kehadiran guru di taman permainan bertujuan memastikan kanak-kanak
sentiasa beratur, mengikut peraturan, dan mendengar arahan daripada guru mereka.
Perancangan yang baik juga perlu disertakan untuk mengelakkan keadaan yang kelam kabut
seterusnya boleh mengundang kepada bahaya kepada kanak-kanak,

Persekitaran Taman Permainan Kanak-kanak Yang Selamat


Seperti yang dibincangkan sebelum ini, taman permainan kanak-kanak juga dibina untuk
memberikan pengalaman pembelajaran bersepadu dan menggalakkan aktiviti sosial berlaku
dalam kalangan mereka. Keselamatan semasa bermain dan keselamatan yang berkaitan
dengan penggunaan peralatan di taman permainan amat penting dan perlu diberi perhatian
serius oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Kajian yang dijalankan oleh Frost, Bowers dan
Wortham (1990, dalam Davis, 2005) menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang
menyumbang kepada taman permainan yang berbahaya dan tidak selamat iaitu;
a)

reka bentuk alat permainan

b)

penyusunan dan pemasangan alat-alat permainan

c)

penyelenggaraan

d)

pemerhatian oleh individu yang bertanggungjawab.

yang tidak sempurna

Keselamatan dari segi fungsi, reka bentuk alat, lokasi taman permainan serta kemudahan yang
disediakan perlu diambil kira. Mengikut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia, setiap taman permainan mesti menyediakan sistem peralatan modular bersepadu
yang mengandungi alat-alat permainan seperti buaian, papan gelungsur, jongkang-jongkit,
climber, dan adventure ground.
Peralatan yang disediakan ini perlu mematuhi Standard Specifiation For Playground
Equipment for Parks, School and Domestic Use (MS 966: 1985/86 atau diluluskan oleh
SIRIM QAS Sdn. Bhd.) dan juga perlu menimbangkan aspek-aspek seperti alatan perlu
mengikut skala dan proportion untuk kesesuaian keupayaan fizikal dan emosi kanak-kanak
pada peringkat umur dan juga pada golongan kanak-kanak kurang upaya. Mengikut
piawaiannya, kemudahan yang disediakan di taman permainan perlu selari dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum prasekolah agar peralatan
permainan yang ada boleh membantu membentuk kanak-kanak dari segi koordinasi, kreativiti,
sikap positif, kegembiraan, dan tahap keyakinan.
Selain itu, semua peralatan yang direka bentuk dan dibina dengan selamat, bebas daripada
permukaan yang tajam, kukuh, dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Taman

30

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9. Bil. 1/2009

permainan kanak-kanak mestilah berpagar dan peralatan yang disediakan perlu mengikut
kesesuaian keupayaan dari aspek fizikal dan emosi kanak-kanak. Permukaan lantai yang
selamat, tidak licin dan tidak keras (gunakan rubber mat iaitu sejenis bahan getah) adalah
perlu untuk meminimumkan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh di permukaan lantai. Di
samping itu, alatan di taman permainan perlu diletakkan dalam jarak yang bersesuaian. Jarak
memainkan peranan untuk memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk bergerak secara
bebas sewaktu bermain bersama rakan-rakan yang lain. Ruang yang sempit, akan menjadikan
mereka rasa sesak dan boleh mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak seterusnya
menjadikan taman permainan suatu tempat yang tidak selamat.
Menurut Ismail Said dan Mohd Sarofil Abu Bakar (2005), kanak-kanak akan hanya
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek penerokaan di taman- taman
permainan yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap, selesa dan selamat dari segi persekitaran
fizikalnya. Jika keadaan ini wujud, kanak-kanak berasa gembira, seronok dan rasa selamat
apabila bermain meskipun guru atau ibu bapa tidak ada di sisi mereka. Namun begitu,
penyeliaan guru ketika kanak-kanak sedang bermain di taman permainan masih amat penting
memandangkan kanak-kanak merupakan individu yang aktif dan masih perlu dipantau. Guru
bertanggungjawab memantau dan berada di taman permainan sewaktu kanak-kanak sedang
bermain bagi mengelak atau sekurang-kurangnya
mengurangkan kemungkinan berlakunya
sebarang kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak. Selain itu, guru
prasekolah juga perlu memastikan kanak-kanak yang bermain di taman permainan memakai
pakaian yang sesuai, berkuku pendek serta memeriksa alatan yang digunakan berada dalam
keadaan selamat untuk digunakan.
Dalam menyediakan taman permainan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang
selamat dan sempurna, beberapa perkara atau aspek perlu diambil kira iaitu dari segi fungsi,
lokasi, reka bentuk dan juga kemudahan asas taman tersebut seperti yang digariskan oleh
Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia termasuk Standard
Specification for Playground Equipment for Parks. School and Domestic Use (MS
966: 1985/86 atau diluluskan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.). Menurut garis panduan terse but,
kemudahan bagi kegiatan permainan sarna ada secara formal atau informal adalah
dikhususkan bagi kanak-kanak peringkat umur sekolah rendah. Hal ini demikian kerana,
taman permainan yang dibina perlu bersesuaian dengan saiz fizikal mereka supaya mudah
untuk dikendalikan dan dalam mas a yang sarna dapat meningkatkan kemahiran mereka
daripada pelbagai segi contohnya kemahiran motor kasar dan halus. Selain itu, reka bentuk
taman permainan perlu berdasarkan kecerunan (gradient) yang sesuai untuk kanak-kanak.
Pemerhatian
yang dibuat oleh penyelidik mendapati terdapat perbezaan penyediaan
persekitaran taman permainan kanak-kanak dan penggunaan alat-alat permainan di tamantaman tersebut. Terdapat sekolah-sekolah yang masih menggunakan peralatan yang tidak
selamat kerana peralatan permainan tersebut terdiri daripada besi-besi dan kayu-kayu yang
sudah lama digunakan serta menggunakan terowong daripada batu. Hal ini berbeza dengan
penyediaan dan penggunaan alatan permainan di taman permainan di taman-taman permainan
kanak-kanak awam, taman permainan di kawasan perumahan dan taman permainan di

31

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Pendidikan Prasekolah

kawasan R&R di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Umurnnya, peralatan yang disediakan


dan digunakan adalah selamat kerana menggunakan bahan daripada plastik, penggunaan besi
yang kalis karat serta penggunaan kayu yang bermutu.

Terowong

Buaian

Gelungsur

Keselamatan

dan Pembelajaran

Keselamatan sewaktu bermain perlu dititikberatkan seiring dengan matlamat pembelajaran


yang hendak dicapai oleh guru. Pendekatan belajar melalui bermain yang diperkenalkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) merupakan satu pendekatan yang terancang dan

32

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

berstruktur untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang
bermakna. Penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan membantu
kanak-kanak membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semula jadi dengan rela hati, bebas dan tanpa dikongkong dengan melibatkan
percubaan idea kanak-kanak itu sendiri. Malah ajaran agama amat menitikberatkan bermain
bagi kanak-kanak kerana dengan bermain, kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semula
jadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot (Azizah Lebai Nordin,
2001). Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi
kanak-kanak selepas penat belajar. Namun begitu, kanak-kanak hanya akan melibatkan diri
dalam aktiviti bermain sekiranya keselamatan mereka telah terjamin dan sebarang risiko telah
dikurangkan dan dielakkan. Tanggungjawab guru dalam mengintegrasikan aspek psiko-sosial,
emosi dan nilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di ruang bermain kanak-kanak terletak
di tangan mereka. Selain itu, pemilihan peralatan yang berkualiti dan rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang jitu seharusnya dititikberatkan supaya perkembangan kanak-kanak
akan bertambah baik dan seimbang. Hal ini demikian kerana peralatan dan jenis-jenis
permainan yang disediakan memberikan kesan kepada aktiviti fizikal serta perkembangan
kognitif, emosi dan juga sosial. Nik Azis Nik Pa (1997) menegaskan guru memainkan peranan
penting dalam sebarang program reformasi, oleh yang demikian guru merupakan intipati
kepada sebarang perubahan kanak-kanak.
Memandangkan aktiviti bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada
peringkat
prasekolah
sangat bermanfaat
kepada aspek perkembangan
kanak-kanak,
pelaksanaan aktiviti oleh guru seharusnya dirancang dengan teliti dan tersusun dengan
menitikberatkan matlamat yang hendak dicapai danjuga keselamatan kanak-kanak. Memanjat,
bermain buaian, menggelongsor, berlari, melompat dan sebagainya merupakan aktiviti yang di
gemari kanak-kanak. Sebagai guru, mereka perlu bijak merancang pengajaran supaya
memberi kesan yang positif kepada fizikal, kognitif, bahasa, emosi dan juga sosial dengan
menjadikan taman permainan sebagai pemangkin kepada kanak-kanak untuk mereka terus
belajar dengan gembira dan selamat. Penglibatan pelbagai pihak amat diperlukan dalam
menyediakan taman permainan yang baik dan sempuma kepada kanak-kanak dalam usaha
melahirkan generasi yang mempunyai akademik yang tinggi, tahu mengawal emosi dan bijak
bersosial serta berkomunikasi untuk menerajui dunia pada masa akan datang. Perkara ini telah
dijelaskan oleh Shaw dan Davenport (1956, dalam Davis, 2005) iaitu:
"Kanak-kanak yang bermain bersama rakan-rakan dengan baik akan menjadi orang
dewasa yang boleh tinggal bersama-sarna dengan orang lain dengan baik."
(halaman 24)

33

Pendidikan Prasekolah

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Rujukan

Azizah Lebai Nordin. (2001). Pengajaran


Distributors: Pahang.

pembelajaran

Blythe,

child: movement

S. G. (2005).

The well balanced

prasekolah.

PTS Publication

and early learning.

&

United

Kingdom: Hawthorn Press.


Ismail Said & Mohd Sarofil Abu Bakar. (2005). Landscape for children to play and learn: A
conceptual comparison between natural stream and playground. Jurnal Teknologi. Vol
42 (2), 1-10. Universiti Teknologi Malaysia.
Davis, K. (2005). Early childhood module series: creating outdoor environments for learning
and fun. Indiana University: Bloomington.
Kim P. L. (1996). Penggubalan kurikulum berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak:
cabaran dan masa depan. Prosiding (Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak). Universiti
Sains Malaysia: Pulau Pinang.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2003).
Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.

Kurikulum

kebangsaan

prasekolah.

Pusat

Nik Azis Nik Pa. (1997). Pendidikan moral dan nilai di Malaysia: Suatu analisis ten tang
konsep dan realiti dari perspektif bersepadu. Prosiding (Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Moral dan Nilai dalam Pembangunan Manusia) him. 127-146.
Scarlett, W. G., Naudeau, S., Dorothy, S. P., & Ponte, I. (2005). Children's play. California:
SAGE Publications.

34

You might also like