Professional Documents
Culture Documents
MBMMBI-Inovasi 3
MBMMBI-Inovasi 3
MBMMBI-Inovasi 3
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar
memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid
mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana
mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar
dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran
tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar
bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik
dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga
menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan
matematik dalam bahasa Malaysia.
5.
rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik
dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat
Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan
pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di
sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
6.
Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI
untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras
dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
7.
Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan
selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di
sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai
dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan
Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum 3 kali praktikum :
a.
b.
c.
Semester 5 4 minggu
Semester 6 8 minggu
Semester 7 12 minggu
Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk
menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan
membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu,
TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan.
Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan
kehendak institusi.
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa
Inggeris dalam aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru
Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f.
Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program