Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEFINISI SELOKA :

Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka ialah karangan


berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada
tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan
baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai
skima rima yang tetap.
Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan
dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam
masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara
berlapik dan berkias dalam nada bergurau.
Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang
tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang
digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi
makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar
sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu perbandingan dan
tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya
dengan imej alam.

FUNGSI SELOKA :
@ Fungsi seloka amat terbatas.
@ Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya
iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
@ Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk
mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung
perasaan individu sasaran.
@ Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa
atau teromba.
CIRI-CIRI SELOKA :
+ Sejenis puisi 2 baris/ kerat
+ Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit
+ Mempunyai 4 baris seloka / lebih
+ Bebas dari segi rima
+ Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang
berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka

JENIS-JENIS SELOKA:
>
>
>
>
>
>
>

Seloka
Seloka
Seloka
Seloka
Seloka
Seloka
Seloka

sindiran
mengejek
menempelak
nasihat
pengajaran
khayal
gurau senda

You might also like