Pendahuluan Setiap Peradaban Yang Muncul Di Dunia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pendahuluan

Setiap peradaban yang muncul di dunia ini mempunyai ciri-ciri yang istimewa untuk

membentuk tamadun1 yang hebat seperti organisasi sosial yang tersusun, sistem ekonomi

dan pengkhusussan pekerjaan, serta urbanisasi yang sistematik. Salah satu daripada

tamadun terkenal dunia adalah Peradaban Greek atau dikenali sebagai Peradaban Yunani.

Tamadun Greek merupakan tamadun yang terawal di Eropah dan telah melalui satu

tempoh masa yang agak lama dan panjang. Tempoh tamadun Greek adalah sekitar 3300

BCE sehingga 30 BCE.2 Nama tamadun ini dipercayai diambil sempena nama sebuah

pulau iaitu Pulau Crete yang terletak di Laut Aegean. 3 Greek merupakan sebuah negara

yang terletak di kawasan Laut Mediteranean dengan muka bumi yang bergunung ganang.

Tempoh masa tamadun ini boleh dilihat melalui kronologi masanya. Pada 3300 sehingga

1000 BCE, Greek telah muncul dan zaman prasejarah ini telah bermula di sekitar Laut

Aegean. Peradaban Greek pula berlangsung kira-kira 3 Millenia (3000 tahun), bermula

dari permulaan Tamadun Minoan4 di Zaman Gangsa Greek5 sehinggalah bangsa Rom
1
Terdapat ramai sarjana yang cuba menghuraikan maksud definisi dan konsep tamadun. Antaranya ialah
Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa tamadun bermaksud kemuncak pembangunan yang berkaitan
dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkatkan kualitinya. Lihat Mohd Liki Hamid (ed). 2002. Pengajian Tamadun Islam: Sejarah,
Pencapaian dan Masa Depannya. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. hlm. 7. Bagi Sayyid
Qutub pula, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti
sistem sosial, pemerintahan, politik dan ekonomi. Lihat ibid. hlm. 8. Menurut A. S. Hornby dan E.C.
Pormnwell pula, mereka mendefinisikan civilization atau tamadun sebagai maksud meningkatkan
pencapaian hidup manusia daripada kemunduan kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi,
plitik dan moral serta Felipe Fernandez-Arnesto. 2001. Civilizations: Culture, Ambition and the
Transformation of Nature. New York: Touchstone. hlm. 11-35.
2
Finley, M.I. 1997. The Ancient Greeks. New York, USA: Penguin. hlm. 3.
3
Don Nardo. 2001. The Ancient Greeks. San Diego, Calif: Lucent Books .hlm. 8.
4
Tamadun Minoan bermula sekitar 3000 B.C. dan berakhir sekitar tahun 1500 B.C. Tamadun ini
berkembang pesat di Crete dan dinamakan sempena nama pemerintah lagenda Crete yang terkenal iaitu
Raja Minos. Tamadun ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1900 hingga 1400 BCE. Donald Kagan,
Steve Ozment, Frank M. Turner. 1998. The Western Heritage (Volume A: to 1527). New Jersey: Prentice
Hall. hlm. 36-39.
5
Zaman Gangsa Greek (bronze age) bermula sekitar 3000 B.C.E. di Crete dan boleh dibahagikan kepada 3
zaman utama iaitu zaman gangsa awal, pertengahan dan akhir. Donald Kagan, Steve Ozment, Frank M.
Turner. ibid. hlm. 36-37 dan Jackson J. Spielvogel. 1999. Western Civilization. Belmont: Thomson
Learning. hlm. 56.
berjaya mengambil alih wilayah Greek yang terakhir 6. Ketika inilah peradaban Greek

telah memasuki tahap zaman atau tamadun serta telah meninggalkan khazaah sumbangan

yang tidak ternilai kepada masyarakat dunia khususnya mencakupi aspek politik,

ekonomi dan sosial.

Rajah di atas menunjukkan lokasi Greek yang terletak di sepanjang lautan Aegean, Ionian dan
Mediterranean.

Aspek Politik Greek

Dalam peradaban sesebuah tamadun, terdapat pelbagai jenis sistem politik dan

pemerintahan sepanjang sejarah manusia seperti sistem Feudal, Oligarki, Demokrasi,

Autokratik serta Republik. Kesemua sistem politik ini membawa ciri-ciri khusus dan

berbeza antara satu sama lain. Peradaban Greek juga turut mempunyai sistem politik dan

pemerintahan yang khusus dan tersendiri. Herodotus misalnya telah merakamkan

perdebatannya dengan Dareios yang baru dilantik menjadi Raja Parsi dan mereka

seterusnya telah membincangkan sistem Demokrasi, Oligarki, Monarki, dan Tiran 7.


6
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 30 B.C. Apabila puak Rom mula menyerang dan berjaya menguasai
wilayah Ptolemaic di Mesir iaitu kerajaan Hellenistik yang terakhir sehingga membawa kepada kejatuhan
peradaban tersebut. Zulkarnain Abdul Rahman. 2002. Tamadun Eropah Klasik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm.11.
7
T.B.L. Webster. 1973. Athenian Culture and Society. London: BT Bartsford. hlm. 110.
Dalam peradaban Greek, sistem pemerintahannya telah banyak kali bertukar. Bandar

Athens misalnya, pernah mengamalkan corak pemerintahan Monarki, Tiran, Oligarki

serta Demokrasi8. Hal ini menunjukkan bahawa kadang-kadang sesebuah bandar raya itu

mengamal serta melalui pelbagai bentuk pemerintahan mengikut kehendak atau tuntutan

masyarakat.

Walaupun setiap sistem politik dan pemerintahan mempunyai perbezaan yang

jelas dan nyata, namun apa yang jelas setiap sistem masih mengamalkan sistem atau

kaedah yang sama misalnya turut mempraktikkan sistem Dewan Perhimpunan

(Assembly), Majlis (Council) serta Majistret. Misalnya, sistem Oligarki dan Tiran turut

mengamalkan sistem Dewan Perhimpunan dan Majlis dalam masa yang sama walaupun

kedua-dua sistem ini jelas mempunyai struktur dan organisasi pemerintahan peringkat

atasan atau pun jenis kepemimpinan yang jelas berbeza antara satu sama lain.

Pada mulanya, peradaban Greek mengamalkan sistem pemerintahan Monarki

iaitu sistem beraja. Namun begitu, menjelang Zaman Gelap sistem politik Greek mula

bertukar kepada sistem Oligarki apabila golongan raja yang memerintah mula meminta

bantuan hartawan yang kaya untuk tujuan pembiayaan kewangan serta untuk membuat

keputusan penting negara. Namun begitu, golongan kaya tersebut kemudiannya mula

merasa bosan kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa lalu menuntut kuasa daripada raja

yang memerintah seterusnya menyebabkan munculnya sistem pemerintahan Oligarki.

Pada mulanya, rakyat Greek amat menyukai sistem Oligarki. Namun begitu,

golongan kaya yang memerintah kemudiannya tidak mengambil berat serta memberikan

8
Leonard Whibley. 1955. Greek Oligarchies: Their Character and Organisation. Cambridge: Cambridge
University Press. hlm. 1-2 serta Zulkarnain Abdul Rahman. op.cit. hlm.11. Lihat juga Sivachandralingam
Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 7-
8 serta Marvin Perry et.al. 2004. Western Civilization: Ideas, Politics & Society. Boston: Houghton Mifflin
Company. hlm.59.
perhatian kepada kebajikan rakyat Greek seperti tidak lagi memberikan bantuan makanan

kepada penduduk Greek. Akibatnya, rakyat Greek mula menjadi marah dan berasa tidak

puas hati lalu melantik golongan lain untuk memerintah negara. Sistem pemerintahan

baru itu dipanggil Tiran (Tyrant) iaitu pemerintahan mutlak dan kebanyakan mereka pula

merupakan diktator yang zalim dan pemerintahan negara pula sering bersilih ganti antara

seorang Tiran dengan Tiran yang lain dan perkara ini terus menerus berlaku.

Namun begitu, rakyat Greek kemudiannya telah bangkit lalu memperkenalkan

satu sistem politik baru iaitu sistem Demokrasi. Dalam sistem ini, rakyat berkuasa mutlak

dan akan mengundi untuk menyokong sesuatu undang-undang baru ataupun menolak

undang-undang tersebut.9 Sistem Demokrasi kemudiannya terus menjadi pilihan

kebanyakan rakyat Greek dan telah dipraktikkan di kebanyakan bandar atau negara kota

Greek malah sistem ini masih terus diamalkan sehingga ke hari ini.

Sistem Ketahanan dan Pertahanan

Faktor berikutnya ialah Greek mempunyai perlindungan, mereka mempunyai

pasukan tentera laut yang kuat dan kubunya terletak berhampiran dengan Laut

Mediterranean. Nalah dapat dilihat contoh pada bandar Troy yang mempunyai sebuah

istana yang terdiri daripada tembok setebal 15 kaki, selain mempunyai pintu pagar yang

tinggi, istana bandar Troy juga mempunyai menara yang kukuh, ini jelas membuktikan

bahawa pemerintah ketika itu, amat menitik beratkan tentang perlindungan sesebuah

kawasan atau bandar adalah terlindung daripada ancaman dan serangan daripada musuh,

tujuannya adalah bagi memastikan empayar dan negara kotanya tidak terancam sekaligus

mendatangkan keamanan dan kemakmuran peradaban Greek itu sendiri.10 Bandar Troy

9
http://www.cvesd.k12.ca.us/cview/Greece/Goslee/Athenian%20Government.htm
10
Don Nardo. 2001. The Ancient Greeks. San Diego, Calif: Lucent Books. hlm.20.
merupakan salah sebuah Negara Kota di Greek yang terkenal sebagai kota berkubu.

Orang Greek mempunyai pertahanan yang kuat dan kukuh kerana mereka telah dilatih

sejak kecil. Contohnya rakyat negara kota Sparta yang telah dilatih tentang ketenteraan

sejak kecil hingga dewasa. Mereka juga menggunakan peralatan seperti perisai, baju besi

atau kulit dan sebagainya sebagai alatan untuk mempertahankan diri.11

Kegiatan Ekonomi Tamadun Greek

Perkembangan peradaban Greek disebabkan kegiatan ekonomi yang diamalkan

oleh masyarakat Greek. Pada zaman Greek iaitu Athens dan Sparta mereka mengamalkan

sistem ekonomi pertanian bersifat sara diri dan perdagangan dengan dunia luar. Istilah

ekonomi berasal dari Greek iaitu oikos dan oikonomia yang merujuk kepada perurusan

rumah kerana asas unit ekonomi yang meliputi kegiatan bercucuk tanam dan

pengeluaran. Terdapat empat sistem ekonomi yang dilaksanakan di Greek. Sistem

ekonomi sara diri merupakan sistem ekonomi paling awal digunakan. Dalam sistem ini,

anggota masyarakatnya mengeluarkan barangan untuk keperluan diri dan masyarakat

sahaja. Kegiatan masyarakat pada ketika itu adalah berasaskan memburu binatang dan

mengutip hasil hutan serta menangkap ikan.12 Kegiatan ekonomi sara diri ini tertumpu

pada kegiatan pertanian13 dan penternakan14. Sistem ekonomi ini dapat dilihat di Sparta.
11
Benedetto Croce. 1960. History: Its Theory and Practice . New York, USA: Russel & Russell. hlm. 171.
12
Pearson Anne. 1992. Ancient Greece, British: In Association With The British Museum. hlm. 50.
13
Masyarakat Greek menanam buah-buahan seperti barli, anggur, zaitun, bijiran, jagung dan sayur-sayuran.
Ibid. Pearson Anne, Ancient Greece, British : In Association with The British Museum, 1992, hlm 50.
14
Masyarakat di Greek turut menjalankan aktiviti penternakan seperti kambing dan biri-biri. Mereka
menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan mata kail yang diperbuat daripada gangsa. Mereka
juga menjalankan kegiatan memburu binatang seperti rusa, babi, anjing dan arnab. Binatang ini juga
dijadikan korban dalam menyembah dewa dewi bertujuan untuk mendapatkan restu dewa dewi agar
menjaga kesuburan tanah dan manusia. Binatang seperti keldai digunakan membawa barang dan sebagai
alat pengangkutan. Kambing gurun penting dalam masyarakat Greek kerana kulitnya boleh dibuat baju
sejuk, manakala susunya dibuat keju. Binatang ternakan merupakan sebahagian daripada keperluan aktiviti
pertanian di Greek, hal ini kerana lembu digunakan untuk membajak tanah, supaya tanah menjadi subur.
Sistem ekonomi komersial pula, berlaku apabila penduduk mempunyai hasil

berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan

pertukaran barang iaitu sistem barter.15 Dalam sistem ekonomi perdagangan mereka

mengagihkan barang atau perkhidmatan untuk mendapat keuntungan. Perdagangan ini

terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan

perdagangan ini melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang. Sistem ini dapat

dilihat di Athens. Sistem ekonomi kapitalis atau laissez - faire pula, individu bebas

memiliki harta kerana ada interaksi permintaan dan penawaran. Bentuk sistem ekonomi

ini dapat dilihat dalam tamadun Hellenistik.

Sehubungan itu, perubahan sistem ekonomi di Greek disebabkan sikap

pemerintahnya yang suka memperluaskan wilayah secara penaklukan dan peperangan.

Dengan penaklukan ini secara tidak langsung mereka berjaya menguasai perdagangan.

Peranan pemerintah juga amat penting, misalnya Solon telah menghapuskan institusi

hamba berhutang, pajakan tanah dan ladang yang menjadikan petani tidak bertanah.

Selain itu, peranan Alexander yang telah membuat pelbagai pembaharuan seperti

memperkenalkan bank dan tabung yang bertujuan untuk membangunkan sistem jalan

raya, pembinaan bangunan di negara kota dan seterusnya keadaan ini membantu

perkembangan ekonomi di Greek.

Seterusnya Greek telah melaksanakan pelbagai cara untuk menambahkan

pendapatan ekonomi di Greek seperti pembayaran cukai tanah, bayaran tol di pelabuhan

Kambing dan biri-biri merupakan sumber protein masyarakat di Greek. Bulu diambil untuk membuat baju,
keju dan barang jenis kulit, hal ini kerana mereka mengambil bulu dan kulit biri-biri untuk dijadikan
benang. Ibid. Freeman Charless, Egypt, Greece and Rome ( Civilizations of the Ancient Mediterranean ),
New York : Oxford University Press, 1996, hlm 171.
15
John B. Harrison, Richard E. Sullivan dan Dennis Sherman, A Short History of Western Civilization
( Sixth Edition ), New York : Alfred A. Knopf, hlm 92.
terhadap pedagang luar, melalui penaklukan terhadap negara yang kaya dengan hasil

semulajadi seperti di Sicily, mengesport barangan ke luar negara, meningkatkan

pengeluaran hasil negara, dan bayaran yang dikenakan terhadap pelawat yang ingin

belajar kesenian dan kesusasteraan termasuklah pelajar di sekolah falsafah. Sekolah ini

digunakan untuk merayakan olahraga dan keindahan budaya. Keadaan ini dapat menarik

ramai pelawat untuk menyaksikan perayaan tersebut. Lantaran itu wang pelawat dapat

disimpan dan seterusnya tuan rumah memperolehi pendapatan yang besar hasil daripada

perayaan tersebut.16

Hubungan Perdagangan

Perdagangan luar Greek mengalami perkembangan pesat pada abad ke-8 B.C.E dan ke-7

B.C.E oleh kerana tidak ada daerah dalam Greek yang jauhnya tidak lebih dari seratus

batu dari laut, perdagangan melalui laut berkembang secara semula jadi. Jalan-jalan yang

digunakan dalam perdagangan selalunya di sepanjang pantai kerana kapal-kapal yang

digunakan pada tahap ini amat kecil dan bergantung kepada kuasa angin untuk pelayaran.

Negara Greek berdagang dengan koloni-koloninya di selatan dan sekitar laut hitam,

Mesir, Syria, dan Phoenicia.

Negara kota Corinth turut mengimport barang-barang keperluan dari selatan dan

apabila Athens cuba untuk mendapatkan barang-barang ini, Corinth mengambil langkah

menafikannya. Masalah bekalan makanan juga amat penting sehingga kerajaan

meluluskan undang-undang untuk menghadkan eksport semula bijian yang dibawa ke

pelabuhan dan untuk memastikan pengagihannya pada harga yang rendah, khususnya

pada waktu-waktu yang sukar.


16
T. Kirby John. 2001. Classical Greek Civilization 800-323 B.C.E. America : Gale Group. Hlm. 140.
Greek turut terkenal dengan ukiran tembikar yang cantik. Setiap bandar

mempunyai kawasan membuat dan menjual tembikar. Peradaban Minoan-Mycenaean

berhubungan dengan peradaban Mesir dan Timur seperti membuat logam dan membuat

ukiran pasu. Produk ukiran tembikar daripada Cyprus dan Crete tidak lama kemudian

didapati disepanjang tanah besar dimana ukirannya mempunyai elemen baru. Pasaran

pasu didominasikan oleh Corinthian dan dieksport dalam kuantiti yang besar di Sicily dan

Itali. Tetapi sekitar 550 B.C.E dimonopoli oleh Athens dimana akaun terbesar dipegang

oleh tukang cat dan tukang tembikar.17

Pembuatan tembikar dan pasu merupakan barangan esport yang penting dalam

aktiviti perdagangan. Hal ini kerana kajian terhadap pasu Greek lebih berminat tentang

perhiasannya berbanding bentuk pasu dan nilai perhiasan khususnya tentang

perkembangan dan langkah-langkah serta seni yang terdapat dalam elemen pasu yang

dihasilkan. Corak yang abstrak dengan corak geometri yang penuh menonjolkan nilai

dalam setiap pasu. Manakala seni Timur pula memperkenalkan binatang sebagai elemen

hiasan yang utama dan diinspirasikan kepada teknik black-figure di mana nilai-nilai

tersebut dibayangkan dengan lakaran yang jelas dan ditambah dengan sedikit warna. Pasu

yang paling halus adalah Anthena tetapi dikuasai Corinth dan di sana terdapat sekolah

agama kira-kira 530 B.C.E. Hasil Athen adalah melalui teknik red-figure di mana nilai-

nilai tersebut bertentangan dalam tanah hitam dan jelas mewarnakan tin. Kesannya lebih

realistik dan pasu tanah putih menunjukkan teknik yang berasaskan mural klasik. Dalam

separuh kedua abad ke-5 artisan-artisan yang berpindah ini memulakan sekolah di

selatan Itali dan Sicily di mana pembuatan yang baik dapat diterbitkan selama 4 abad.

17
Greece ( Physical Geography, History, Administration And People ), Naval Intelligence Division. 1944.
hlm. 136.
Selepas zaman red-figure ini tenggelam perhiasan Hellenistik Greek yang dilukis dipasu

tidak begitu penting dan popular.18

Gambar rajah di atas menunjukkan pasu yang dihasilkan, setiap pasu yang dibuat mempunyai maksud
yang tersendiri. Misalnya pasu di sebelah kiri atas ialah pasu Athenian black. Ia seperti jug air pada 510
B.C.E yang menunjukkan tiga orang perempuan mengambil air dari rumah pangutan air. Pasu ini diisi
dengan cat warna putih. Sementara itu disebelah kanan pula adalah cawan yang digunakan oleh
masyarakat di Sparta pada 550 B.C.E.

Peradaban Minoan menjadikan mereka kaya apabila melibatkan diri dalam

perdagangan. Mereka pandai membuat kapal daripada kayu oak dan pokok cedar. Kapal-

kapal mereka ini dijual sehingga ke Mesir dan Syria. Mereka juga memperdagangkan

barang-barang tembikar dan pasu batu untuk mendapat gading dan logam. Pada 2000

B.C.E kapal dari Minoan telah menguasai lautan Mediterranean, hal ini kerana mereka

telah menjaga pelabuhan asing dan bebas daripada kegiatan lanun.

Pada zaman Hellenistik iaitu semasa pemerintahan Alexander the Great telah

memantapkan lagi sistem pertanian di Greek dari segi produktiviti dan keberkesanannya

18
Levi Peter. 1991. Atlas Of The Greek World, United States : Facts on File. Inc. hlm. 184-185.
seperti membersihkan kawasan tanah, mengawal projek pengairan yang baru,

meningkatkan hasil tanaman giliran dan pembajaan, memperkenalkan jenis tanaman yang

baru dan mempunyai sistem organisasi produktiviti yang berkesan. Semasa pemerintahan

Alexander, beliau telah mempunyai sistem kewangan seperti menyediakan tabung untuk

pembinaan bangunan baru, meningkatkan taraf jalan dan pelabuhan serta pelbagai

aktiviti untuk merangsangkan aktiviti perdagangan dengan produk seperti biji-bijian,

ikan, minyak zaiton dan kayu. Aktiviti perdagangan zaman Hellenistik meluas di Mesir,

Syria dan Asia Minor serta menjangkau India, China, Afrika Utara dan Barat

Mediterranean.19

Pelbagai langkah yang dilakukan oleh Greek untuk memperluaskan aktiviti

perdagangan mereka, misalnya mereka mempertingkatkan hasil barangan yang dilakukan

secara tradisi ditukar menjadi satu industri seperti industri barangan seramik seperti

menambah pengeluaran pinggan perak. Selain menjual barangan perak, mereka juga

mempelbagaikan lagi fesyen barangan tekstil yang halus seni buatannya.20 Mereka juga

mempunyai industri membuat kertas kesan daripada peningkatan tahap pendidikan dan

tabiat rakyatnya yang suka membaca, keadaan ini menyebabkan meningkatnya

pengeluaran papyrus untuk membuat kertas. Selain itu, meningkatkan pengeluaran

minyak wangi, kosmetik, cameos, kostum barangan kemas, fabrik di mana ia merupakan
21
produk pilihan Athens dan Corinth dan industri gelas kaca dan diesport sehingga Laut

19
John B. Harrison, Richard E. Sullivan dan Dennis Sherman, A Short History of Western Civilization
( Sixth Edition ), New York : Alfred A. Knopf, hlm 92.
20
Cary M. A History of The Greek World From 323 To 146 B.C. London : Methuen & Co. LTD, 1932,
hlm 293.
21
S. Brown Truesdell, Ancient Greece, London : The Free Press New York, hlm 22.
Hitam.22 Oleh yang demikian, peradaban Greek telah memberikan satu perkara yang

penting terhadap masyarakat dunia terutamanya dalam aspek perdagangan ini.

22
Cary M. A History of The Greek World From 323 To 146 B.C. London : Methuen & Co. LTD, 1932, hlm
294

You might also like