Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SOAL SELIDIK MINAT

KERJAYA
SELF DIRECTED
SEARCH
(SDS)

PENDAHULUAN

Dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6

kami dikehendaki menjalankan 2

Bahagian sesi soal selidik. Bahagian tersebut terdiri daripada Soal Selidik Minat Kerjaya
dan Ujian Aras Penghargaan Diri di kalangan murid-murid di sekolah rendah. Murid-murid
yang terlibat dalam sesi soal selidik ini adalah seramai 38 orang dari kelas 6 Alli SJK(T)
Taman Tun Aminah. Mereka terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 18 orang murid
perempuan. Latar belakang murid-murid dari kelas ini adalah terdiri daripada golongan yang
berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagi Soal Selidik Minat Kerjaya, sebanyak 192 item soalan Ya /Tidak yang perlu
dijawab oleh murid-murid dalam jangka masa selama lebih kurang 1 jam. Soal selidik yang
dijalankan melibatkan :
Bahagian A : Kesukaan
Bahagian B : Kecekapan
Bahagian C : Nama Pekerjaan
Soal selidik yang diilhamkan oleh John L. Holland , Ph.D ini amat berguna kepada
warga pendidik bagi mengetahui personaliti serta minat kerjaya yang dicenderungi oleh
murid-murid mereka. Semasa sesi

soal selidik dijalankan, guru terpaksa menerangkan

kepada murid-murid tentang istilah serta bahagian-bahagian yang kurang difahami oleh
murid-murid. Soal selidik yang dijalankan ini telah dapat membantu kami mengenal secara
lebih mendalam personaliti murid-murid yang terdapat dalam kelas ini.
Berdasarkan data analisa yang telah dijalankan, secara tidak langsung, kami dapat
memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta membantu muridmurid dalam kelas tersebut untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

2.

ANALISA DATA SOAL SELIDIK

Bilangan pilihan murid

Bahagian 1 : Soal Selidik Minat Kerjaya

PETUNJUK :
R = Realistic
I = Investigate
A = Artistic
S = Social
E = Enterprising
C = Conventional

Kecenderungan Murid
Graf di atas menunjukkan bilangan pilihan murid terhadap kecenderungan sesuatu bidang.
Bidang-bidang tersebut ialah :
R = Realistic
I = Investigate
A = Artistic
S = Social
E = Enterprising
C = Conventional

Berdasarkan graf di atas, menunjukkan bahawa susunan pilihan murid adalah


seperti berikut :
1. Social
2. Investigate

3.
4.
5.
6.

Conventional
Enterprising
Artistic
Realistic

Berikut adalah analisa berdasarkan graf minat kerjaya serta carta pai peratus
pilihan murid,
1. Social
Berdasarkan

graf, data yang paling tinggi diperoleh bagi kategori S iaitu Social. 21%

daripada kesemua kecenderungan yang dipilih. Jumlah tersebut mewakili 8 daripada 38


orang murid di dalam kelas tersebut.
dalam kelas ini mempunyai

Berdasarkan analisa kajian, didapati murid-murid di

sifat suka menjalankan aktiviti berkumpulan dan bersosial.

Mereka saling membantu antara satu sama lain serta sentiasa mengambil berat tentang
rakan-rakan mereka.
Murid-murid ini juga merupakan murid yang tegas dan mementingkan pelajaran.
Mereka boleh berhubung antara satu sama lain apabila diberi tugasan secara berkumpulan,
interaktif dan boleh bertanggungjawab dengan tugasan yang diamanahkan. Ini dibuktikan
dengan di dalam kelas ini terdapat Ketua Pengawas, Penolong Ketua pengawas, Ketua
Pusat Sumber Sekolah, Ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Kelas. Murid-murid
dari kelas ini juga pernah dipilih untuk menjadi Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori Lelaki
dan Perempuan.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, contoh-contoh bidang pekerjaan yang


sesuai dengan personaliti dan kebolehan mereka seperti guru, jururawat, kaunselor polis,
dan tokoh agama.

2. Investigate
Jumlah kedua paling banyak yang dipilih oleh murid-murid kelas ini ialah Investigate.
Investigate bermaksud menyiasat atau menyelidik.Peratusnya ialah sebanyak 19% yang
mewakili sebanyak 7 orang daripada 38 orang dari kelas ini. Personaliti bagi kategori ini
ialah bersifat analitikal, matematikal, saintifik, menunjukkan keaslian peribadi dan boleh
menyelesaikan masalah yang diberi.
Murid-murid dalam kategori ini mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Mereka
boleh menggunakan kebolehan teknikal untuk menyelesaikan tugas-tugas. Contoh bidang
pekerjaan yang boleh diceburi oleh murid-murid ini seperti penganalisa sistem komputer,
saintis biologi, pegawai veterinar dan pegawai makmal perubatan.

3. Conventional
Jumlah pilihan murid bagi kategori ini ialah sebanyak 18% yang mewakili jumlah murid
seramai 7 orang daripada 38 orang murid dari kelas ini. Personaliti bagi murid-murid ini
ialah berstruktur, tepat, terperinci dan menjadi pengikut setia. Persekitaran yang sesuai dan
boleh diceburi oleh murid-murid tersebut seperti perniagaan terperinci,serta menjana data.
Contoh bidang pekerjaan yang boleh diceburi seperti akauntan, pegawai bank, kerani
pejabat, setiausaha, juruwang dan posmen.

4. Enterprising
Pilihan keempat terbanyak adalah enterprising yang bermaksud berdaya usaha. Jumlah
ini merupakan 16% iaitu mewakili 6 daripada 38 orang murid. Murid-murid yang tergolong
dalam kategori ini mempunyai personaliti yang menarik iaitu suka kepada perkara-perkara
yang mencabar. Selain itu, mereka mempunyai sifat kepimpinan dan boleh memujuk.
Mereka juga berminat kepada perkara-perkara politik dan ekonomi
sekeliling mereka.

yang

berlaku

di

Mereka yang mempunyai persoliti enterprising, boleh

menjalankan tugas dalam

persekitaran yang menjurus kepada peranan pengurus dan organisasi, menjalankan


perniagaan yang didorong, bidang keusahawanan serta

berminat dengan ganjaran

kewangan dan keuntungan. Contoh pekerjaan yang sesuai dengan mereka ialah peguam,
wakil jualan, pakar perhubungan awam, penganalisis kewangan, dan wartawan.

5. Artistic
Pilihan kelima terbanyak ialah bidang artistic iaitu seni.Peratusnya sebanyak 15% yang
mewakili 5 orang murid. Murid-murid bagi kategori ini mempunyai personaliti yang unik iaitu
ia bergantung kepada perasaan dan imaginasi, bersifat ekspresif, intuitif dan mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi.

Meraka suka kepada persekitaran yang membolehkan

pematuhan bebas, membolehkan nilai-nilai keaslian diri dapat ditonjolkan serta kreatif
dalam

tugas. Contoh bidang pekerjaan yang sesuai dengan personaliti mereka ialah

pelukis, pereka fesyen, pengarah muzik, bidang fotografi, penulis dan arkitek.

6. Realistic
Pilihan yang paling sedikit ialah

bidang realistic iaitu yang berdasarkan kenyataan.

Peratus bahagian ini ialah sebanyak 11% yang mewakili 4 orang murid sahaja. Personaliti
bagi murid kategori ini ialah

gemar melakukan tugasan yang berkaitan dengan benda,

berfikiran mekanikal, suka kepada olahraga dan bersifat berterusan.


Mereka berminat kepada persekitaran yang bersifat teknikal, mekanikal, hasil kerja
tangan, bidang perindustrian dan kerja-kerja luar. Contoh bidang pekerjaan yang sesuai
dengan personality mereka ialah

mekanik, engineer, bidang elektrikal, mekanik penghawa

dingin dan pegawai pelindung haiwan liar.


LAPORAN SDS (BIG FASA 6)
Bahagian 2 : Ujian Aras Penghargaan Diri

SELF ESTEEM TEST


Berikut adalah maklumat dan data yang diperolehi, semasa ujian SET dijalankan terhadap
35 orang murid SKPP;

BIL.

Skor Markah

Jumlah

Peratus

Aras Penghargaan Diri

(Lampiran 8

( betul)

(%)

1.
2.

Test)
15 - 16
12 - 14

1
14

2.9
37.1

Kamu mempunyai aras harga diri yang tinggi .


Boleh diterima/tidak buruk tetapi ada ruang

3.
4.

8 - 11
Kurang

17
6

45.7
14.3

dipertingkatkan.
Harga diri yang rendah-perlu kembali kepada diri sendiri
Harga diri yang drastik/ terlalu rendah.

daripada 8
Jumlah

38

100%

-Self Esteem

orang
Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi, setelah menjalani ujian penghargaan diri
kepada sekumpulan murid seramai 38 orang, di dapati terdapat 5 orang murid yang
mempunyai paras penghargaan diri yang drastic terlalu rendah dan keterlaluan di mana
mereka ini mendapat jumlah skor markah yang kurang daripada 8 .
Bagi markah skor diantara 8 hingga 11, terdapat seramai 16 orang murid yang menjalan
iujian ini mempunyai tahap harga diri yang rendah.
Seterusnya bagi jumlah skor markah di antara 12 hingga 14 pula, terdapat seramai 13
orang murid yang mempunyai harga diri yang boleh di terima / tidak buruk namun kelompok
ini mempunyai ruang untuk meningkatkan harga diri mereka.

Manakala yang terakhir sekali, bagi jumlah skor markah di antara 15 hingga 16 pula, hanya
seorang murid sahaja yang mempunyai tahap harga diri yang tinggi dalam diri mereka.

Berdasarkan jadual di atas,


berikut:

data dan maklumat akan ditunjukkan menggunakan graf

untuk

Berdasarkan graf yang di tunjukkan, peratus murid menjawab BETUL bagi skor markah
yang di beri kurang daripada 8 ialah sebanyak

14.3 %, manakala peratus murid yang

menjawab BETUL bagi skor markah antara 8 hingga 11 ialah sebanyak 45.7 %.
Untuk skor markah di antara 12 hingga nombor 14, peratus murid yang menjawab BETUL
ialah sebanyak 37.1 % dan untuk skor markah antara 15 hingga nombor 16, peratus murid
yang menjawab BETUL adalah sebanyak 2.9 % sahaja.
Berdasarkan analisis data di atas, bilangan murid yang paling kurang menjawab BETUL
adalah pada skor markah

15 hingga nombor 16 iaitu seramai satu orang murid sahaja

daripada jumlah murid seramai 35 orang. Ini bermakna hanya terdapat seorang murid
sahaja iaitu 2.9 % yang menjalani ujian ini mempunyai aras harga diri yang tinggi dalam diri
mereka.Murid yang berada dalam kelompok ini seorang yang berkeyakinan terhadap diri
sendiri, percaya terhadap kebolehan sendiri, tidak bergantung kepada orang lain
sentiasa berfikiran positif.

dan

Namun begitu, bagi bilangan murid yang paling ramai menjawab BETUL adalah pada skor
markah antara 8 hingga 11 iaitu seramai 16 orang murid daripada 38 orang murid yang
menjalani ujian ini. Ini bermakna sebanyak 45.7% murid yang mempunyai tahap harga diri
yang rendah . Mereka yang berada dalam kumpulan in itidak begitu yakin dengan kebolehan
dan kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri ,masih bergantung kepada orang lain
dalam sesuatu tindakan dan kecenderungan lebih banyak kearah berfikiran yang negative
terhadap diri sendiri.

3.

PENUTUP
Berdasarkan analisa data yang telah dijalankan, didapati keseluruhan murid kelas

ini mempunyai personaliti

yang boleh bersosial dan

menjalankan aktiviti berkumpulan.

Namun begitu, apabila mereka berada dalam kumpulan tertentu, mereka masih merasakan
bahawa mereka mempunyai harga diri yang rendah. Mereka tidak yakin dengan kebolehan
diri masing-masing serta sering berfikiran negatif.
Murid-murid ini memerlukan dorongan semangat dan motivasi yang tinggi apabila
berhadapan dengan situasi tertentu. Murid-murid ini sebenarnya boleh menjalankan tugas
yang diarahkan dengan baik. Namun begitu, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara,
memberi dorongan, bimbingan dan motivasi kepada murid-murid tersebut bagi memastikan
mereka dapat

menguasai kemahiran dalam pelajaran serta meningkatkan prestasi

akademik mereka.
Oleh itu, tindakan yang perlu dilakukan bagi

memastikan murid-murid ini dapat

menguasai kemahiran dan dapat meningkatkan tahap kepercayaan terhadap diri sendiri
ialah mereka perlu mengikuti program seperti motivasi, kerohanian dan juga aktiviti
aktiviti ujian ketahanan diri.
Melalui aktiviti yang boleh diikuti oleh murid-murid ini diharapkan dapat mengubah
serta meningkatkan self esteem diri murid-murid kelas ini.

Murid-murid akan dapat

mempertingkatkan pencapaian akademik dan akan lebih jelas dengan arah tuju masa
depan mereka.
Soal selidik yang dijalankan juga amat berguna kepada guru-guru untuk mengenal
dengan lebih

mendalam apakah

sifat-sifat dalaman dan minat kecenderungan yang

tersembunyi dalam diri murid-murid mereka. Secara tidak langsung, guru akan dapat
mengubah cara

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

dan seterusnya

dapat

You might also like