Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA ULU TEBRAU

KERTAS CADANGAN :
PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK :
RELAU MINI PELUPUSAN AL-QURAN

DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN AGAMA ISLAM
SK FELDA ULU TEBRAU

1.0

PENGENALAN

Proses pelupusan kitab suci al-quran dan naskhah ayat al-quran dalam semua bentuk
seharusnya dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian kitab yang menjadi
mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dan panduan hidup umat Islam sehingga ke hari ini.
Namun, ramai di kalangan masyarakat yang masih kurang kesedaran tentang
cara terbaik untuk menguruskan ayat-ayat suci tersebut. Apatah lagi jika al-Quran
berkenaan sudah using atau terkoyak sehinggakan ada yang sekadar
membiarkannya di dalam almari, dimakan anai-anai, malah ada yang terbakar.
Selain itu, orang ramai juga kurang kesedaran tentang pelupusan al-Quran
dengan mengambil jalan mudah untuk menghantarnya ke tempat pelupusan sampah
biasa. Malah tidak dinafikan tanpa sedar atau tidak ada yang sekadar melonggokkan
al-Quran using ini bersama-sama buku-buku yang lain lalu membakarnya sahaja.
Bagaimanapun, Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah Rendah
anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah memberi ilham kepada
Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau untuk turut sama
prihatin dan bertanggungjawab mengatasi permasalahan pelupusan mashaf suci alQuran dan juga naskhah yang mengandungi ayat al-Quran dengan cara yang syarie
melalui projek Relau Mini Pelupusan al-Quran.
2.0

OBJEKTIF

2.1
Memupuk kesedaran di kalangan murid-murid khasnya dan masyarakat amnya
tentang adab-adab terhadap al-Quran sama ada ketika dalam bentuk yang sempurna
atau dalam keadaan usang, rosak atau salah cetak.
2.2
Meningkatkan pengetahuan murid tentang kaedah pelupusan
mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

al-Quran

2.3
Menghasilkan Relau Pelupusan al-Quran yang menjimatkas kos, ruang dan
tenaga.

3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0

RASIONAL
PERNYATAAN MASALAH
SKOP DAN LIMITASI PROJEK
ANGGARAN KOS PROJEK
TINJAUAN DAN KAJIAN
KAEDAH PENYELIDIKAN

You might also like