Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

PASUKAN POllS DI NEGERI-NEGERI

MELAYU (1870-1941)
HASSAN YUSOFF,

* Ph.D

PENGENALAN
Setiap negara di dunia ini rnernpunyai organisasi polisnya yang tersendiri.
Tugas utarna pasukan polis ialah rnenguatkuasakan undang-undang. Sungguhpun
yang asasnya ada persarnaan di antara satu pasukan polis dengan satu pasukan yang
lain tetapi rnasih wujud perbezaan dari aspek falsafah, sistern, organisasi dan
Perbezaan ini wujud l\erana lain negara rnernpunyai lain sistern
kawalan.
politiknya, lain sistern pernerintahannya serta rnernpunyai harapan dan orientasi
rnasyarakat yang berlainan dan juga rnernpunyai pengalarnan serta sejarah
perkernbangan yang berbeza-beza.
Pada prinsipnya organisasi kepolisan ialah satu bentuk organisasi yang
berlandaskan kepada dua aspek yang utarna iaitu pernerintah dan undang-undang.
Pernerintah ialah kerajaan yang rnenggubal serta rnernbuat undang-undang untuk
kepentingan rakyat iaitu orang rarnai dan organisasi polis diwujudkan oleh keraJaan
untuk rnenguatkuasakan undang-undang ke atas orang rarnai.
"PoliceorganisatioIJ in some shape orform is inherent in civilisation; where
there is law and order, even of the most primitive kind, there musl be some
sort of machinery to enforce it. " I

Ini bermakna dalam kewujudan organisasi polis, ia hams berlandaskan kepada


wujudnya undang-undang yang dibuat oleh kerajaan untuk dikuatkuasakan ke atas
orang rarnai dan kewujudan kerajaan itu sendiri biasanya diasaskan oleh orang
rarnai (rakyat) untuk rnentadbir negara. Secara rnenyeluruh dapat dikatakan
bahawa sebuah organisasi polis itu tidak dapat tegak berdiri tanpa adanya undangundang dan kerajaan.
Penulis ialah President Institut Teknologi Kejurutera:lll .
1. Patrick Morrah. 1963. 'The Hislory of the Malayan Police," 1MBRAS. Volume 36, part 2. (No. 202) hIm. 7.

27

PASUKAN POUS DI NEGERI-NEGER/ MELAYU

Organisasi Polis dalam pengertian umurnnya mernpakan agensi awam yang


dipertanggungjawabkan bagi menguatkuasakan undang-undang dan menjaga
keselamatan serta keamanan. Pada asasnya, setiap organisasi polis mempunyai
dua peranan utama, iaitu pertamanya ialah menguatkuasakan undang-undang dan
ketenteraman awam, dan keduanya ialah mengekalkan keselamatan dan keamana~.2
Sungguhpun organisasi Polis adalah sebuah organisasi penguatkuasaan undangun dang tetapi tugas polis tidak boleh mengatasi undang-undang, malah turnt
tertakluk kepada semua undang-undang. Pihak polis yang melakukan kesalahan
bertentangan dengan undang-undang, mereka juga akan ditangkap, didakwa dan
dihukum jika mereka didapati bersalah. Segal a tindak-tanduk mereka mestilah
berlandaskan undang-undang dan mencerminkan keadilan.
Sekiranya mereka mahu menangkap seseorang mereka mesti mengkaji apakah
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu, apakah polis berkuasa menangkapnya
dari segi undang-undang dan apakah hak seseorang itu setelah ianya ditangkap.
Jika anggota polis menangkap seseorang tanpa sebarang alasan dan menahan
dalam tempoh yang tidak dibenarkan, maka tindakan anggota polis itu adalah
bertentangan dengan undang-undang.
Aktiviti-aktiviti kepolisan yang berbentuk keagamaan telah wujud sejak zaman
Babylonia, Empayar Byzantium dan Empayar Islam. Organisasi-organisasi yang
berbentuk pasukan-pasukan pengawal peribadi golongan pemerintah kebiasaannya
berbentuk separnh ketenteraan.3 Di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dua
warisan tradisi utama yang telah membentuk sejarah perkembangan falsafah serta
konsep kepolisan negara ini. Pertama ialah sistem pengawalan di zaman kerajaan
Melayu Melaka yang dikenali sebagai mata-mata, "eyes of the state". Mata-mata
diketuai oleh Temenggong dan dibantu oleh Penghulu menjalankan tugas-tugas
polis yang berbentuk ala polis tradisional.
"III old Malay Malacca, before the Portuguese invasion, the mata-mata were
the performers o/such police/unctiollsas existed alld in most states they were
commallded by the Temeflggollg alld the Pengizulu. "4

Dalam konteks ini, tradisi kepolisan di Tanah Melayu mempunyai persamaan


dengan pasukan Gendamarie di Eropah iaitu satu pasukan bersenjata yang
diwujudkan oleh kerajaan. Tradisi kedua ialah hasil kedatangan British ke Tanah
Melayu yang mana seternsnya memperluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu
pada penghujung abad ke 19. Apabila British mula berkuasa di Tanah Melayu,
2.
3.

4.

Zakaria Haji Ahmad, 1977 The Police and Political Development, unpublished Ph.D. thesis. M.I.T., him . 35.
Chamber's EIU:yc/opedia. 1970. London: International Learning Systems Corporation Ltd. Jilid XI. him. 22.
J.P. Blackledge, 1953 "The Origins of the MaJayan Police", dim. MCl/Clyon Police Magaz.ine. Jilid XIX. Bil.
1. him. 5. lihatjuga Patrick Morrnh, "The History of the Malayan Police", JMBRAS, Jilid 36, Bil. 202. him.
8.

28

MALA YSIA duri StKi SEJARAH

British telah memperkenalkan sistem kepolisan moden di negara ini pada 25 Mac
1807, apabila Pulau Pinang dikumaikan Piagam Keadilan (Charter of Justice),S
Dari segi organisasinya, Polis di Pulau Pinang pada masa itu sejajar dengan sistem
kepolisan yang wujud di Britain pada waktu yang sarna.
Di Great Britain, asal usul kewujudan pasukan Polisnya dimulakan oleh
rakyatnya sendiri secara sukarela dan bukan pihak pemerintah. Kaum AngloSaxon telah melantik ketua-ketua bagi perkampungan masing-masing. Beberapa
nama telah digunakan untuk jawatan tersebut tetapi yang paling populardigunakan
ialah head-borough. Di samping itu terdapat mahkamah keadilan dengan pegawaipegawai tersendiri yang menguatkuasakan undang-undang. 6
"There were no regular police in the middle ages. but later there gradually
came into being local associations responsible/or the keeping 0/ the peace
and answerable to their township or parish.
In England an unpaid
"constable 0/ parish" was elected annually and the borough watchman
(charlies) were appointed.,q

Undang-undang Winchester tahun 1285 menggariskan permulaan sistem polis


di England. Dua orang konstabel ditempatkan di setiap bandardengan dibantu oleh
'watchman' yang berkongsi berkawal di malam hari. Kemajuan yang pesat di
London memerlukan perkhidmatan dan sistem polis yang lebih tersusun dan cekap.
Pada tahun 1972 satu akta dikenali sebagai "Middlesex Justice Act" diwujudkan
di mana terdapat tujuh buah pusat yang mempunyai majistret dan tiap-tiap pusat
juga mempunyai enam orang konstabel yang dibayar gaji. 8 Keadaanjenayah yang
bertambah serius pada awal abad ke 19 memaksa kerajaan British memikirkan
penyelesaian yang segera. Pada tahun 1829 Sir Robert Peel yang menyedari
perlunya ditubuhkan sebuah pasukan polis yang lebih baik, tersusun dan teratur,
telah membentuk London Metropolitan Police yang beribu pejabat di Scotland
Yard. 9
Jenayah dan kekacauan yang sering berlaku di London akhimya dapat dikawal.
Pada tahun 1835 semua bandar di England telah menubuhkan pasukan polis
masing-masing. Pegawai-pegawai polis di England dipanggil Bobby atau Peeler
iaitu sempena daripada nama Sir Robert Peel.
Memandangkan kerajaan British telah berjaya menubuhkan pasukan polis yang
lebi h teratur, cekap dan berdisiplin di London, maka banyak negara lain menunjukkan
5. Patrick Morrab. op.cir .. him. 25.
6. J.P. Blackledge. op.cir .. him. 5-8.

7. Newne.f Popular Encyclopaedia. 1963. Vol. 7. George Newnes 15-17 Long Arce. London. him. 2400.
8. R.S. Bunyard. 1978 Police: Organisari(}fI and Command. Latimer Trend & Company Ud. Plymouth. hlm.
4.
9.

Ibid .. him. 10.

29

PASUKAN POUS DI NEGERl-NEGERI MELAY(J

minat bagi menubuhkan pasukan polis masing-masing.


Pada masa inilah juga sekumpulan orang-orang dari New York. Amerika
Syarikat telah membuat kajian terhadap sistem polis London.
Hasil daripada cadangan orang-orang dari New York itu maka bandaraya New
York telah membuatsyarikat yang pertama untuk menubuhkan Polis bagi mengawal ,
di waktu siang dan mal am sarna seperti yang diwujudkan oleh Robert Peel di
London. Selepas itu banyak bandar-bandar lain di Amerika bertindak menubuhkan I
pasukan polis masing-masing.
Oi Canada juga polis negara tersebut diasaskan kepada sistem yang disarankan
oleh Sir Robert Peel di England. Bandar Toronto mendahului bandar-bandar lain
di Canada dengan membentuk polisnya sendiri pada tahun 1835 yang dianggotai
oleh seorang ketua konstabel dan lima orang konstabel.
Oi negara-negara Eropah juga seperti Peranchis. German dan Austria satu demi
satu telah menubuhkan pasukan polis masing-masing dengan mencontohi polis di
London. tetapi di sana sini dibuat beberapa pindaan bagi menyesuaikan dengan
keperluan tempatan.
Pada tahun 1856 pasukan polis di England dan Wales mempunyai tiga bentuk
pasukan polis iaitu pasukan polis Metropolitan. pasukan polis Borough dan
pasukan polis County.
"There were in Englalld and Wales three main types of police force - the
Metropolitan which was headed by a commissioner and controlled by the
Home Secretary, who was in tum answerable to Parliament; Borough/orces
headed by "head constables", "chief constables", or "superintendents"
(depending on local preference) and controlled by watch committee who
were answerable to the borough council; and County constabularies,
headed and largely controlled by chief constables, who were answerable to
magistrates silting at quarter sessions". 10

Oi masa kini secara amnya terdapat tiga bentuk sistem kepolisan di dunia:
Pasukan polis yang disatukan (unified police force) yakni pasukan polis
negara yang dikawal oleh kerajaan pusat sepenuhnya. Contohnya Pasukan
Polis Oiraja Malaysia.
.
II.
Pasukan polis yang sebahagiannya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan
Pusat dan separuh lagi oleh kerajaan tempatan (negeri). seperti pasukan
polis di Britain.
iii. Pasukan polis tempatan yang dikawal oleh pihak tempatan seperti di
Amerika Syarikat. Oi samping pasukan-pasukan polis yang dinyatakan di

1.

10. R.S. Bunyard. tip. cit . him. 14.

30

IIALA. YSIA. d4ri seg; SEIARAH

alas sesetengab negara juga mempunyai pasukan polis rabsia (secret police). Polis bentuk ini kebiasaannya ditubuhkan oleh negara-negara yang
bercorak diktator. Polis rahsia ini digunakan untuk menjaga kepentingan
kumpulan alau orang yang berkuasa, kadangkala tanpa menghiraukan
keadilan. Semasa Perang Dunia Kedua, dabulu terdapat pasukan polis
rahsia Jerman terkenal dengan "Gestapo", dan polis rahsia Jepun
"Kempeitai" semasa Jepun memerintah Tanab Melayu telah melakukan
kezaliman. Begitu juga semasa pemerintahan Shah Iran pasukan polis
rahsianya yang dikenali sebagai "Savak", telah melakukan kezaliman
kepada rakyatnya. Begitu juga dengan K.G.B. di Russia.
Dalam konteks undang-undang pula, iaitu Kanun Keseksaan (Penal Code), Kanun
Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) dan Kanun Keterangan (Evidence
Ordinance) yang menjadi asas sahnya aktiviti kepolisan di Tanah Melayu
(Malaya) sebenamya berasal dari India. 11 Sebahagian dari konsep awal fungsi
separuh ketenteraan (paramilitary) dalarn pasukan Polis negara ini diarnbil dari
aktiviti Royal Irish Constabalary dan juga dari anggota Polis dari keturunan sikh
dan kaum-kaum lain dari India utara yang berkhidmat dalarn pasukan Polis di
Malaya sebelum Peperangan Dunia Kedua.
Memandangkan peranan Polis Hutan tidak akan disentuh dalarnesei ini sebagai
satu pasukan khas menentang pengganas komunis maka wajarlah di sini disentuh
sedikit mengenai konsep paramiliteri. Paramiliteri memberi makna, "Forces or
groups which are distinct from the regular armed forces of any country but which
resemble them in organisation, training or mission."12 Dari pengertian ini jelas
menunjukkan babawa Pasukan Polis Hutan (PPH) merupakan satu unit polis yang
bersifat pararniliteri memandangkan kepada struktur, organisasi, peranan dan
latihan yang diberikan kepadanya.
.
Pada amnya istilah pararniliteri bererti sesuatu aktiviti yang seakan sarna (akin)
dengan aktiviti ketenteraan, tetapi tidakdijalankan oleh agensi tentera. Sungguhpun
aktiviti ini adalah samadalambeberapaaspek tertentu tetapi iahanyalah sebabagian
kecil (smaller scale) daripada keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dipanggil
ketenteraan.
Istilah paramiliteri ini adalah dianggap bam dalam penggunaannya. Pasukanpasukan polis di negara ini sebelum Perang Dunia Kedua dabulu menjalankan
tugas-tugas ketenteraan dan mereka dikenali sebagai Polis Tentera (Military
Police). Sekarang istilah 'Polis Tentera' ialah berlainan kerana istilab 'Polis
II. Zakaria Haji Ahmad. op.cit .. him. 115.
12. Glossary of Military Tenns. Armed Forces Staff Manual. Vol. III. TIOI. MINDEF. KL . tiada tankh .
Terjemahannya. "Pasukanpasukan atau kumpulankumpulan yang berbeza dari angkatan lenient biasa
seliuatu negara tetapi menyerupai pasukan lentera dari segi organisasi. latihan dan missi."

31

PASUKAH POllS DI HEGER/HEGERI "":I.AYU

Tentera' dimaksudkan dengan unit tentera yang bertanggungjawab kepada ' i nternal policing' bagi mana-mana Pasukan Angkatan Tentera, manakala istilah po lis
paramiliteri dimaksudkan dengan unit polis yang menjalankan fungsi-fungSi
ketenteraan Terjemahannya, "Pasukan-pasukan atau kumpulan-kumpulan ya ng
berbeza dari angkatan tentera biasa sesuatu negara tetapi menyerupai pasukan
tentera dari segi orgnisasi, latihan dan missi," tetapi bukan dari tentera scpe ni
Pasukan Polis Hutan (PPH) di Malaysia,
Dari segi sifat-sifatnya polis Paramiliteri adalah berbentuk 'highly mobi le ' dan
'self-contained' dalam beberapaaspek tertentu,13 Dari segi organisasi dan struktur
ia menyerupai pasukan tentera tetapi menjalankan peranan yang tertumpu ke pada
keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,
Penggunaan pasukan polis yang bersifat paramiliteri dalam menjalankan tu gas
dan peranan mereka di Malaya bermula sejak dua dekad terakhir abad kesem hi Ian
belas lagi, pasukan-pasukan polis pada waktu itu dari segi nama dan organi ,asi
adalah lebih bersifat tenterasecaratotal t4 dan ramai dari anggota pangkat rend ahnya
didatangkan dari India yang terdiri terutamanya dari kaum Sikh, Pathan dan
BenggalL
Pasukan Polis paramiliteri yang ditubuhkandi peringkat awal di negara ini ialah
"The Perak Armed Police" ( 1873), "The Malay States Guides" (1896),15 "Selangor
Military Police" (1875), "Kelantan Military Police" (1909)16 dan lain-lain lagi,
Kesemua pasukan ini adalah merupakan pasukan-pasukan polis yang menjalan ka n
tugas-tugas asas polis seperti menguatkuasakan undang-undang, menangkap
penjenayah tetapi ia juga menjalankan fungsi-fungsi ketenteraan,
Walaupun begitu, sistem Kepolisan yang ada di negara ini sebenamya banyak
yang telah dicipta di Tanah Melayu sendiri, Ini termasuklah sistem klasil'ikasi
capjari Conley, yang diciptakan pada tahun 1905, konsep Pegawai Kadet percubaan
dan konsep Pasukan Polis Hutan.17 Konsep-konsep lai n seperti "Special COllstable", serta "Extra ConstabLe" dan "PoLice Lieutenant" ialah konsep tersendiri yang
13. YapChok S3flg. 1981 . "The Police Field Force As A Par3Jllilitary Arm ofthe Malaysian Government." KC /'fcU
Komandan . Maklab Turus Angkatan Tenlern. Kuala Lumpur. him. 4.
14. Seperti kata Patrick Morrnh Icnlang"The Perak Armed Police ." Kalanya. ..... The Petak Amll!d Polil.'L were
to.a.ll intents a milil3J)' body. Swinburne (Perak First Police Commissioner) was soldier pure and ~ im flk. and
the dicipline.and administration were based entirely on the Army system." Tamb:dmyalagi. "._. ThL' I't'rak
Anned Police. however. remained primruily a military organisation . The Sikh.li in particubr R'g;lrdl!tl
themselves .a.~ soldiers rather than as a policemen ..... Patrick Morrnh . 1958. "The History of lhl! Malay.m
Police" dal:un 1MBRAS. Vol. XXXVI. Part 2. Singapore. him. 58 d.an 64.
15. InderSinghnll Ram Singh. 1965. Hi.flory rifMalaySlafes Guides. Cathay Printers Ud .. Pe n3ll~ . him. 33. Lihat
juga Frank Swettenham. 1955. British Malaya. George AlIen.and Unwin Ltd .. London. him . 276277.
16. Patrick Morr.1h. op.cit . him. 56-74 d3ll 147- 152 pauim. Untuk Selangor Military Police lihat j uga. 1M.
Gullick. 1978. "Syers and The Sel3llgor Police. 1875 1891" dal:unlMBRAS. Vol . 51. Part 2. Kuala Lumpur.
11 . Ibid .. him. 115. Juga Iihat Feduated Malay Stale Annual Report. 1905. Police Section. him. I dan lihal Charks
Hnnnigan. 1956. "The InvenwrtlfMalaya 's Fingerprint System. "MalAyan Police Magazine.Jun. Vol X XII.
No. 2. him. 58. (Sila lihat Lampiran C).

32

~A.LA YSIA dari leg; SEJARAH

dibuat di Tanah Melayu bagi menerima kehendak-kehendak tempatan. Jadi


konsep kepolisan di Tanah Melayu dibentuk adalah hasil dari gabungan unsurunsur British dan juga unsur-unsur tempatan.

NEGERl-NEGERl MELA YU
Pasukan polis di Negeri-negeri Melayu pada awalnya berbentuk kenegerian.
Tarafkemajuan pasukan polis di Negeri-negeri Melayu itu berbeza-beza. Apabila
British mengukuhkan kuasanya di Negeri-negeri Melayu, maka mereka telah
menyatukan pasukan-pasukan polis di Negeri-negeri Melayu terse but. Umpamanya
pada tahun 1896 apabila negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu maka pentadbiran polis juga diletakkan di bawah seorang Pesuruhjaya
Polis.
Setiap pasukan polis di Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu mempunyai
organisasi tersendiri dan Ketua Polis Negeri terdiri dari anak-anak negeri sendiri
dan bertanggungjawab terus kepada sultan. IS Walau bagaimanapun satu demi satu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima penasihat British dalam
pentadbiran termasuk pentadbiran pasukan polis. Selepas ini terdapat pegawaipegawai polis dari Negeri-negeri Selat dan juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu
yang telah dipinjamkan kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bagi
menyusun semula sistem pentadbiran polis di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
supaya bersesuaian dengan pentadbiran Polis Negeri-negeri Selat dan juga Negerinegeri Melayu Bersekutu iaitu berdasarkan kepada penguatkuasaan undang-undang
yang sarna. Apabila kesemua Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima
Penasihat British (British Adviser) maka pada asasnya pasukan polis di seluruh
Tanah Melayu dan juga Negeri-negeri Selat tidak ada perbezaan di antara satu
negeri dengan negeri yang lain dan berjaya menjalankan tugas kepolisan dengan
baik.
Pada masa itu kebanyakan pegawai-pegawai polis terdiri dari orang-orang
British kecuali terdapat beberapajawatan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) yang
dipegang oleh orang-orang bangsawan dan kenamaan Melayu di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Oi Negeri-negeri Selat wujud jawatan yang dikenali sebagai
Inspektor British dan juga Inspektor Melayu dan bagi bukan Melayu dikenali
sebagai Asiatic Inspector. Anggota-anggota polis biasa "rank-and-file",
kebanyakannya terdiri dari orang-orang dari India utara iaitu Sikh dan Punjabi.
Kemudian melalui pengaruh golongan bangsawan yang telah berkhidmat dalam
pasukan polis sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis, sedikit demi sedikit orang18. The Federalion of Malaya and ilS Police 1786-1952. 1952 . (Kuala. Lumpur: Govemmenl Prioler, mukn 7-10,

mengnndungi nnma-nama Kelua Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekulu).

33

PASUKAN

POUS Dr NEGERlNEGERI Ml.AYU

orang Melayu mulalah cenderung memasuki perkhidmatan polis. Walau


bagaimanapun kerajaan pada masa itu tidak berjaya membawa orang-orang Cina
memasuki perkhidmatan polis kecuali hanya jawatan-jawatan tertentu dalam
pasukan polis seperti mata-mata gelap (detektif).
Pada tahun-tahun 1920an hinggalah kepada kedatangan Jepun pada tahun 1941,
pasukan polis di Tanah Melayu telah mencapai tahap prestasi yang baik setaraf dan
setanding dengan pentadbiran polis di negeri-negeri yang maju pada ketika itu.
Pada masa tersebut jugalah diperkenalkan konsep pegawai kadet untuk pasukan
polis di Tanah Melayu. 19
Pekerjaan polis dianggap sebagai satu pekerjaan yang mempunyai status. Pada
masa itu perkembangan polis begitu pesat kerana telah diwujudkan sistem cap jari
yang begitu sesuai untuk Tanah Melayu dan Cawangan Pendaftaran Jenayah
diwujudkan pada tahun 1905, oleh Conlay, sebagai satu unit dan ianya meruPakan
sebahagian dari Jabatan Perisikan Jenayah, "Criminal Investigation Department"
(C.W.).

Sesungguhnya sebelum kedatangan Jepun, Polis negara ini merupakan satu


pasukan Polis awam yang baik dan teratur yang memainkan peranan tertentu yang
berkemampuan untuk menjaga ketenteraman dalam negara. Di samping itu polis
juga memainkan peranan-peranan lain bagi membantu agensi-agensi kerajaan
yang lain dengan menjalankan tugas-tugas seperti membawasurat-surat kekawasan
pendalaman, tugas-tugas bomba, tugas-tugas 'control a/weight and measures',
penapis filem, polis keretapi, pendaftar beranak dan mati, dan juga 'veterinary
control' .
PERAK
Dalam tahun 1874, daerah Lamt, sarna seperti daerah-daerah lain dalam negeri
Perak, diletakkan di bawah perlindungan British. Ngah Ibrahim, seorang pembesar
di Larut, pada awal tahun 1870an mempunyai pasukan bersenjata yang terdiri
daripada 200 orang Melayu, tugasnya ialah untuk mengekalkan keamanan dan
ketenteraman di kalangan penduduk yang terdiri daripada penduduk tempatan dan
pelombong-pelombong Cina. Keanggotaan pasukan ini telah berkuranga.o menjadi
40 orang sahaja pada tahun 1872, semasa berlakunya konflik bersenjata di antara
puak Ghee Hin dan Hai San . Oleh hal yang demikian pasukan ini tidak berupaya
untuk menjaga ketenteraman awam.
Menyedari ketidakupayaannya untuk memulihkan ketenteraman maka Menteri
Ngah Ibrahim meminta jasabaik British dan dalam tahun 1873 memujuk Kapten
19. R.H. Onre:u. 1947. SinJ:uport: A Pofil.'t Back.J:ro und. (London: Dorothy Crisp.) him. 83 . (juga lihat uporan
Suruhanjay:t (jaji Poli~ 1920. dalam Malayun Palia Muguzint. 1957. Vol. XXIII. No. 2. him. 83.84. Lihat
umpiran E.)

34

MALA YSIA duri .ft]: i SEJARAH

r.C.S. Speedy supaya meletakan jawatannya sebagai Penguasa Polis di Pulau


Pinang dan datang ke Matang untuk membentuk satu pasukan polis yang terdiri
daripada Sepoi. 20 Speedy telah mendapatkan 110 orang Sepoi dipecat daripada
Calcutta dan sebelum mereka mula bertugas di Larut, Perjanjian Pangkor telah
ditandatangani. Selepas Perjanjian Pangkor, Mentri Ngah Ibrahim telah lucut
jawatannyadan dibuang wilayah ke Seychelles pada tahun 1876 keranaketerlibatan
dalam pembunuhan J.W.W. Birch 21 pada 2 November 1875. Tetapi Speedy dan
orang-orangnya terus dikekalkan di Larut sebagai pemerintah di sana (Penolong
Residen).
Sepoi-sepoi ini merupakan perintis kepada Pasukan Polis Perak. Justeru itu
Speedy mengarahkan supaya Sepoi-sepoi tersebut disenaraikan semula sebagai
Pengawal Residensi. Ini memberikan Speedy peranan sebagai pembantu Residen
Larut dengan satu pasukan keselamatan yang berkesan yang bukan sahaja untuk
memulihkan undang-undang dan ketenteraman tetapi juga memberi kemuliaan
kepada kedudukkannya yang telah dilantik untuk menyelesaikan pertentangan
an tara kongsi-gelap kongsi-gelap Ghee Hin dan Hai San di Larut.
Pada akhir 1874, Polis Perak mempunyai kekuatan yang berjumlah seramai 266
orang termasuk 25 orang Sepoi untuk Residensi Larut.
Pada bulan November 1874, J.w.W. Birch telah dilantik sebagai Residen
British yang pertama di Perak selepas Perjanjian Pangkor dan selepas ini Sepoisepoi Polis Larut telah dihantar sebagai Pengawal Residensi Perak. 22
Speedy telah dilantik sebagai Penolong Residen dan pada masa yang sarna
menjadi Ketua Polis Perak. Oleh kerana Speedy begitu sibuk dengan tugasnya
sebagai Penolong Residen maka beliau tidak mempunyai masa untlik menjadi
ketua Polis dan laotas tidak mampu hendak mendisiplinkan pasukan Polis Perak.
Oleh itu disiplin pasukan polis Perak merosot dan pasukan polis juga harus
dipersalahkan atas pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875, kerana
kecuaian mereka sendiri untuk menjaga keselamatan Birch. 23
Pembunuhan Birch, Residen British, dianggap sesuatu yang serius.
KetidakberkesanannyaPasukan Polis Perak dan meningkatnya penentangan orangorang Melayu memaksa pihak berkuasa British menghantar pasukan tenteranya
dari India dan Hong Kong ke Perak. Dengan pemulihan semula ketenteraman
awam, perhatian ditumpukan kepada memperkuatkan Pasukan Polis dan juga
Pengawal Residensi dengan harapan menggantikan pasukan-pasukan tentera di
20. Kaplcn Speedy keciwa dengan Gabenor Negeri-Negeri Sclal Sir Harry Ord kerana melantik Kapten Dunlop
sebagai Pemangku Inspeklor Besar Polis. Speedy meninggalkan Pulau Pi nang pada 2lhb. Julai 1873 dan
bcrtugas dengan Menteri Ngah Ibrahim. Lih:lt J.M. Gullick. Captain Speedy of Larut, JMBRAS 26(3) 1953
him. 32.
.
21. R.O. Winstedt & R.J. Wilkinson. 1974. A History ofPerak. MBRAS. (ReprinI37), 1974. him . 81.
22. Malayan Pulice Magazine. 1928. Vol. l. No. I, Januari. him. 17. Kuala Lumpur.
23. Frank Swcltenham. 1941 . Footprints in Malaya. London. him. 60.

35

PASUKAN POUS DI NEGERJNEGfRl MEU.fU

Perak.
Dalarn bulan Ogos, 1874, Setiausaha Kerajaan British rnengarahkan Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk rnernbentuk satu pasukan yang berkernarnpuan untuk
rnenambah bilangan keanggotaan polis di Sernenanjung Tanah Melayu.24 Narnun
begitu di Perak hanya selepas pernbunuhan 1.W.W. Birch iaitu pada bulan Novern- '
ber 1876 Lt. Paul Swinburne telah dilantik sebagai PesuruhjayaPolis Negeri Perak.
Tugas pertarna Swinburne ialah rnernbuang anggota polis yang rnenghisap candu
dan tidak berdisiplin dan diikuti dengan penggarnbilan anggota-anggota baru yang
rnenjadikan kekuatan anggota serarnai 550 orang. Tugas Swinburne yang kedua
ialah rnernbina berek-berek polis yang pertarna di Taiping dengan rnenernpatkan
sebahagian besar konstabel untuk rnengatasi rnasalah jenayah di kalangan penduduk
Cina yang rnenggugat kearnanan negeri Perak. Tugas yang ketiga ialah
rnernperkuatkan pasukan pengawal Residensi dengan 200 orang anggota polis
daripada Pasukan Polis Larut. 25 Pasukan Polis Perak ini kernudiannya dinarnakan
Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak kerana dibentuk dengan ciri kententeraan. 26
lurnlah keanggotaan pada rnasa itu ialah 200 orang terdiri daripada bangsa
Melayu dan Sikh. Uniform rnereka diseragamkan. Balai-balai polis telah didirikan
di Tanjung Piandang, Kuala Larut, Durian Sebatang, Kuala Kangsar dan Kinta.
Swinburnne juga rnenubuhkan Polis Merin dengan anggota-anggotanya serarnai
12 orang. Sebanyak 400 pucuk rifles dibekalkan kepada polis Perak pada rnasa itu.
Gaji bulanan yang diberi rnengikut pangkat:27
$50.00
$30.00
$20.00
$15.00
$12.00
$ 9.00
$ 9.00
$ 8.00

Subedar
Sarjan Major
lernedar of the guard
Sarjan
Koperal
Lance Koperal
Private
Police Pions

Sernasa Lt. Swinburnne, sebanyak 27 balai polis telah didirikan.


Sejajar dengan perkernbangan dalarn pasukan polis itu terdapat pula kegiatankegiatan kongsi gelap (secret societies). Dalarn bulan Mei 1877 polis terpaksa
rnenyelesaikan keganasan diantara dua kongsi gelap di Tanjong Padang. Dalarn
24. S.S.D. No. 369 benankh 18hb. Oklober 1876 (Silalihal Lampiran D).
25 . Straits Settlement Despatch. No. 197 19hb. Og05 1876.
26. Straits Settlement De.~pa'ch. No. 369 18hb. Og05 1876. (Lihal La.mpiran 0 iailu sural dan Lord Carnarvon
kepada Governor NegeriNcgeri SCiOli) .
27 . Mohd Reduan Hj Aslie. 1984. Polis Diraja Malay.fia Sejarah Peranan dan Cabaran. KarangkrafSdn. Bhd.
Kua.lOl Lumpur. him. 23.

36

bulan Disember 1878, sepasukan 20 orang anggota polis dikejarkan ke Pulau


pangkor di mana sekumpulan orang Cina telah menyerang balai Polis Pangi<or dan
membunuh seorang Pegawai Polis British.28 Inilah perkara-perkara yang harus
diatasi oleh polis pada masa itu.
Swinburne kemudiannyadigantikan oleh Timbalan Pesuruhjaya, Kaplan R.S.F.
Walker pada tahun 1882. Oi bawah perintah Walker dengan sokongan penuh dari
Hugh Low, Residen Perak yang baru, Pasukan Polis Perak bertambah maju dari
segi keberkesanan dan disiplin. Pada bulan Oisember 1883, Walker memerintah
pasukan polis yang berjumlah 768 orang anggota lermasuk 8 orang Inspektor. 29
Pada waktu ini Pasukan PolisBersenjataNegeri Perak telah menubuhkan cawangan
penyiasatan Jenayah bagi membantu Pasukan Polis Perak membenteras jenayah.
Pengasascawangan ini ialah Christian Wagner iaitu PenguasaPerisikan yang mana
beliau melihat bahawa pelombong-pelombong Cina langsung tidak mahu
bekerjasama dengan Polis dan mereka telah bergantung kepada kongsi-kongsi
gelap.30
Pada 15hb. Mei, 1884, Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak yang mempunyai
ciri-ciri tentera, yang dianggotai oleh sebahagian besar orang-orang Sikh yang
menggangapdiri mereka lebih sebagai askardaripadaanggotaPolis, telah ditukarkan
nama kepada 1st Battalion Perak Sikh . Jawatan Pesuruhjaya ditukarkan kepada
Komandan. Merekakini dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan bersenjata
dengan pemeriksaan tahunan oleh Pegawai Pemerintah Negeri-negeri Selat. Tentera
Sikh Perak mengandungi tiga pasukan iaitu Pasukan Berjalan Kaki, Pasukan
Meriam dan TenteraOarat yang menjalankan tugas-tugas sebagai tentera dan polis.
Nisbah orang-orang Sikh dan Melayu dalam pasukan ini ialah 3: I. Antara 18841896, Pasukan Sikh Perak berjaya dalam memerangi jenayah dan membantu dari
segi keanggotaan kepada mana-mana tempat yang mempunyai masalah di Tanah
Melayu.3 1
SELANGOR
Sebelum pendudukan British di Selangor pada 1874, Sultan mengekalkan
ketenteraman dan undang-undang melalui 100 orang anggota polis dari berbagai
keturunan yang diketuai oleh Ali Mama!. Pasukan ini berpusat di Kelang iaitu
Bandar Oiraja, yang pada mulanya adalah untuk membantu Tunku Oiaudin dalam
Perang Saudara di Selangor (1869-1874) menentang Raja Mahadi.

28. Stra;t.f Settlement De.fpatcll. No. 61 & 62 6 Febuari 1879.


29. S.S.G.S. /884 - l....lpomn Tahun3ll Negeri Pernk 1883.
30. Patrick Morrah. dim. Malayan Po/ia Magazine. 1955. Vol. XXI No. 2. Jun. him. 76.

31 . Mereb. Iclah mengambit bahagian dalam pepernngan di Pahang pada lllhun 1889-1894.

37

PASUKAN POUS DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Dengan pendudukan British pada September 1874, Frank Swettenhamdihantar


ke Daerah Langat sebagai Pembantu Residen bersama dengan 20 orang anggota
Polis Pengawal Residensi dari Negeri-negeri Selat. Dalam tahun 1875, J.G.
Davidson dilantik menjadi Residen British di Selangor, beliau telah diarahkan
untuk membentuk Pengawal Residen dan Pasukan Polis yang kecil yang diambil
samada dari Melaka atau Singapura.3 2
Tugas untuk menubuhkan pasukan polis Selangor telah diberikan kepada Harry
Syers dari Rejimen ke 10, Melaka yang kemudiannya dilantik r!lenjadi Penguasa
Polis dan PenjaraSelangorpada I hb.Jula; 1875. 33 Syers ingin menjadikan pasukan
Ali Mamat sebagai asas Pasukan Polis Selangor. Ali Mamat ialah seorang Perancis
dan me mel uk agama Islam dan memakai nama Ali Mamat. Beliau mengetuai satu
pasukan polis yang tidak berdisiplin dan amat buruk kelakuan pasukan ini.34
Pasukan ini akhimya hanya tinggal 50 orang sahaja. Dengan permulaan 50 orang
anggota yang terdiri daripada Pasukan Polis Selangor yang awal dan latihan rekrut
yang aktif di Melaka, Syers kemudiannya menjadikannya seramai 150 orang yang
kemudian dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Selangor dan dilengkapkan
dengan senjata serta tugas sebagai tentera.3 5
Dalam bulan Oktober 1875, berlaku satu pemberontakan di Sungai Ujong yang
diketuai oleh Dato' Bandar menentang kemasukan British. Sebahagian daripada
pemberontak membuat kekacauan di Kuala Langat, Cheras dan Kajang. Syers
menghantar pasukan seramai 70 anggota polis bersama dengan pasukan sukarela
yang terdiri daripada 100 orang Melayu dan 200 orang Cina. Tugas ini berakhir
pada penghujung 1875 . Peristiwa ini dan pembunuhan Birch di Perak
mempercepatkan lagi pembinaan balai polis dibeberapa tempat yang penting di
seluruh negeri Selangor. Namun cabaran paling besar yang dihadapi oleh polis
ialrih meningkatnya jenayah oleh kongsi gelap Cina yang wujud pertama kalinya
di Kelang pada tahun 1862 dan dikenali sebagai "Chee Hin Society".
Yap Ah Loy, Kapten kaum Cina yang juga merupakan ketua kumpulan Ghee
Hin telah menyakinkan British akan ketidakterlibatan kongsi gelapnya dalam
kekacauan yang dilakukan oleh anggota kongsi gelap di Kelang.36 Kommuniti
Cina mengambil kesempatan dengan kelemahan British dalam mententeramkan
keadaan dan dengan itu cuba untuk menubuhkan kongsi-kongsi gelap di antara
tahun 1880 hingga 1888.
Dalam bulan Mei 1888 kerajaanSelangormengharamkan kongsi-kongsi gelap.J7
Dengan kematian Yap Ah Loy pada 1885, kongsi-kongsi gelap telah bertukar
32. S.G.R. No. 336. CS 3/75. 20 lanuari 1875.
33. 1.M. Gullick, 1978. Syers and The Sdangor Police 1875-1897,JMBRAS, hIm. 6.
34 . Ibid. him. 10.
35. Ibid. him. 14& 15 .
36 . Leon Comber. 1959. Chinese Secret Societie.f in Malaya. Singapore. hIm. 203.
37. S.G.R.: Kuala Lumpur 13141HR, Minit Mcsyuarat Majlis Kcrja Ncgcri Se].mgar, 24 Mei 1888.

38

MALA YSIA dun seRi SEJARAH

menjad; kumpulan-kumpulan penjenayah yang meminta wang perlindungan. Pada


masa itu mula merebaknya kejadian jenayah dan dalam tahun 1890 sahaja terdapat
seramai 8 orang dibunuh dan 9 kumpulan-kumpulan perompak yang berkeliaran di
Kuala Lumpur.
Pasukan Polis Tentera Selangor tidak berapa berjaya dalam membenteras
jenayah kerana:
I.

II.

jenayah-jenayah ini berakar umbi dari kongsi-kongsi gelap yang begitu


membiak pada masa itu dan sukar dibenteras,
kekurangan orang-orang Cina memasuki polis kerana masalah-masalah
penjenayah Cina sepatutnya boleh dibenteras dengan lebih berkesan lagi
oleh anggota-anggota polis dari keturunan Cina.

Pada tahun 1896, Pasukan Polis TenteraSelangor mempunyai kekuatan seramai


813 orang berbanding dengan 277 orang dalam tahun 1878 dan 150 orang dalam
tahun 1875. Dengan daya utama Harry Syers, kegiatan jenayah akhirnya dapat
dibendung.
Kejayaan Syers membentuk pasukan Polis Selangor mendapat perhatian dan
penghargaan. Gabenor Negeri-Negeri Selat telah menaikkan jawatan tugasnya
daripada Penguasa Polis kepada Captain Superintendent. Mulai dari tahun 1891,
H.c. Syers dikenali sebagai Kapten H.C. Syers.
Dalam laporan tahunan 1895 yang dibuatoleh Kapten H.C. Syers memperlihatkan
Polis Selangor terus meningkat keanggotaannya menjadi: 38
Captain Superintendent
Superintendent (Penguasa)
,Assistant Superintendent (ASP)Inspektor (Eropah)
Anggota Pangkat Rendah
(Kontinjen Melayu)
Anggota Pangkat Rendah
(Kontinjen Sikh)

1 orang
1 orang
1 orang
4 orang
227 orang
530 orang

Dalain laporannya itu juga H.C. Syers melahirkan rasa puas hatinya terhadap
prestasi anggota-anggota polis bangsa Melayu yang semakin bertanggungjawab.
Sesungguhnya Syers telah berjaya membentuk sebuah pas\lkan Polis Selangor.

38. Mohd Reduan Hj . Aslie. op.cil .. him. 27.


39. Maluyan Police Magazine. 1955. Vol. XXI. No.3 hIm. 125 .
40. Ibid. him. 125.

39

PASUKAN POUS DI NEGER/-NEGER/ MU.YU

NEGERI SEMBILAN
Penubuhan Pasukan Polis Negeri Sembilan bermula pada tahun 1874 dengan
penerimaan sistem Residen di Sungai Ujong, iaitu satu daripada 9 negeri daIam
Negeri Sembilan. Perang saudara di antara Dato' Bandar dengan Oato' Kiana
memudahkan kemasukan British. British menyebelahi Oato' Kiana. Oato' Kiana
mempunyai satu pasukan polis yang kuat dari Singapura yang dihantaroleh NegeriNegeri Selat dan diketuai oleh W.P. Pickering.39 Oengan bantuan British Oato'
Bandar kehilangan jawatan dan Oato' Kiana menerima sistem Residen British
dengan perlantikan Kaptan R.N. Tatham sebagai Penolong Residen.
Tahun berikutnya Kaptan RJ. Murray, telah dilantik menjadi Penolong Residen.
Oato' Kiana berpuashati dengan sistem pentadbiran British dan meminta Murray
menubuhkan Pasukan Polis pada tahun 1875 yang mendapat perkhidmatan dari
Pasukan Polis British di Singapura.
Oalam tahun 1876, British menyatukan 6 dari 9 negeri di bawah pemerintahan
tunggal oleh Yam Tuan Antah di Sri Menanti. Sungai Ujong, Rembau dan lelebu
tidak mahu menyertai konfedarasi tersebut. Perkembangan Pasukan Polis Negeri
Sembilan adalah perlahan kerana perhatian British yang kurang terhadap hal ehwal
Negeri Sembi Ian. Pada tahun I 880an terdapat hanya 6 konstabel, seorang kopraI
dan seorang Penguasa Polis di Balai Kuala Pilah iaitu Bandar Oiraja Yam Tuan
Antah.
Pada tahun 1887, kekuatan Pasukan Polis Kuala Pilah ialah seorang sarjan,
seorang kopral, 5-orang lance-kopral dan 41 konstabel. 40 SebaIiknyaPasukan Polis
Sungai Ujong lebih baik kerana perhatian berat British. Pada 1883, Ketua Polis
Sungai Ujong W.W. Oouglas membentuk sepasukan polis Sikh dengan bantuan
Polis Perak bagi tujuan melindungi kepentingan negeri dari kekacauan.
Oalam tahun 1889, Inspektor Hennessey dihantar ke lelebu dari Sungai Ujong
untuk mengetuai Pasukan Polis lelebu yang mengandungi 36 anggota Melayu dan
13 anggota Sikh.41
Pada tahun 1895, W.F. Talbot yang telah dilantik menjadi Penguasa Polis
Negeri Sembi Ian telah menyatukan semua pasukan polis dan diberi nama Pasukan
Polis Negeri Sembilan. 42
PAHANG
Menjelang tahun I 880an, rakyat Pahang hidup harrnoni tanpa kehadiran polis
hinggalah pada Oktober 1888 iaitu apabila J.P. Rodger dilantik sebagai Residen

41. Ibid. him. 125.


42. Ibid. him. 125.

40

MAlAYSIA dari segi SEJARAH

di Pahang. 43 Dengan campurtangan British di Pahang, tugas utamanya ialah untuk


menubuhkan pasukan polis. Dalam laporan tahunannya yang pertama ia menekankan
bahawa adalah tidak bijaksana untuk melaksanakan perubahan dengan segera dan
tidak mungkin pula baginya untuk melaksanakan pentadbiran bam tanpa adanya
kekuatan polis dan pegawai-pegawai.
Sultan Ahmad telah menentang usul kemasukan askar-askar Sikh yang dikatakan
oleh baginda kasar dan tidak menghormati adat istiadat Melayu. Sebagai ganti
mereka, baginda menawarkan pengikut-pengikutnya sendiri. Terhadap usul ini
dikatakan oleh Rodger:
Personally I agree with His Highness as I believe that Sikhs are out ofplace
in a purely Malay State and I should greatly prefer to utilize the Sultan's men
from the very first. I am sure that he would be much pleased by such a mark
of confidence nothing can at preselll be satisfactorily carried out ill Pahang
except with the full co-operation of the Sultan. 44

Pada pertengahan bulan Oktober tahun 1888, satu pasukan mata-mata polis
yang didatangkan dari negeri Selangor, melalui Singapura telah sampai ke Pekan
di bawah pimpinan InspektorCross. Tetapi pada bulan November 1888, Inspektor
Cross telah meninggal dunia dan beliau digantikan oleh Inspektor Kempe.
Mulai pada 16 haribulan April hingga Ogos 1889, Kapten Syers telah dipinjamkan
ke Pahang dari Selangor dan telah ditugaskan oleh pentadbir British untuk
mengatur pasukan polis di negeri Pahang. Beliau telah membawa lapan puluh
orang polis yang terdiri daripada orang-orang Melayu dan Sikh untuk melawat
Chenor, Temerloh,Lubok Terua, Tembeling, Jelai, Kuala Lipis,Penjom, Teras dan
Bentong dengan menggunakan perahu, kecuali dalam lawatannya dari Pejom ke
Teras yang dilakukannya melalui jalan daral. Pasukan polis yang dibawanya itu
telah ditempatkannya di balai polis yang telah diwujudkan di tempat-tempat
tersebut di Ulu Sungai Pahang.
Setelah selesai Syers membuat lawatannya dan menempatkan pasukan polis
yang dibawanya, beliau telah membuat suatu laporan bertulis, bertarikh 5 haribulan
Ogos 1889, dan laporan itu telah diserahkannya kepada Gabenor di Singapura.
Gabenor British telah memuji laporan itu dan juga memuji-muji perkhidmatan
yang telah diberikan oleh Syers kepada kerajaan Pahang.
Dalam laporannya Kapten Syers itu menyebut bahawa .ia telah mendirikan
balai-balai polis di negeri Pahang sebanyak II buah. Bagi membentuk sebuah
43. l .P.Rodger mulai memasuki Civil Service pada tabun 1882 menjadi Chief Magistrate and Commissioner of
Land. Selangor. menjadi acting British Residen. Selangor. M:u-ch 1884 dan pada. bulan September 1888
dilantik menjadi Residen British untuk Pahang.
44. CO 2731155 Report of Rodger's preliminary visit to Pahang for the purpose of taking up the appointment of
British Resident. surat d:ui Governor kepada CO. 1S Oktober 1888.

41

PASUKAN POUS Of NEGER/NEGERI MELAYU

pasukan polis baharu ia hanya menghendaki pegawai-pegawai polis yang tidak


bertauliah. Pada masa itu pasukan polis bangsa Sikh belum cukup kuat untuk
menjalankan kerja-kerja selain daripada menjaga balai-balai polis yang telah
diuntukkan kepada mereka menjaganya. Sementara itu mata-mata Melayu atau
Pasukan Polis Melayu juga belum boleh diharap membuat kerja-kerja selain
daripada menjalankan tugas biasa seorang polis iaitu menjaga balai. Syers juga
telah meminta tambah seramai lima puluh orang lagi polis bangsa Sikh yang akan
ditempatkan di balai-balai polis yang terIetak di antara Lipis dengan Pekan.
Oalam laporan tersebut Syersjuga menyentuh kemungkinan berlaku peperangan
di Pahang. 4S Jangkaan Syers tentang akan berlaku kekacauan adalah tepat sekali
apabila hampir dua tahun British campurtangan di Pahang akibat tidak puashati
pembesartelah menyebabkan berlakunya pemberontakan pada tahun 1891 terhadap
pihak British.
Dalam tahun 1891, Tok Bahaman, Orang Kaya Semantan, seorang ketua
masyarakatMelayu tempatan telah dihukum oleh Sultan atas kesalahan melanggar
undang-undang kerana mengutip cukai ke atas bot-bot yang melalui Sungai
Semantan. Dalam bulan Oktober 1891 , Majlis Negeri menarik gelaran dan
kedudukannya. Tindakan Tok Bahaman ialah membantah pembinaan Balai Polis
di Lubuk Terua yang terletak dalam daerahnya yang mengancam kebebasannya.
Beliau mengancam akan menyerang balai polis tersebut. Inilah gejala permulaan
berlakunya kekacauan di Pahang di antara bulan Disember 1891 hingga ke J un
1894.
Kerajaan Pahang meminta perkhidmatan Syers dari Selangor bagi menentang
pemberontakan ini. Syers dengan kekuatan seramai 25 anggota polis Sikh dibantu
oleh 1,000 orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Ahmad telah dikejarkan untuk
menewaskan Tok Bahaman. 46 Pada 31 Januari 1892, pasukan polis dan Sultan
Ahmad dapat menewaskan pemberontakan ini dan Tok Bahaman melarikan diri ke
dalam hutan. Kemudian Tok Bahaman kembali menyerang dan menawan Lubuk
Terua pada 9 Mac 1892. Kekacauan kemudiannya merebak melepasi daerah
Semantan dan beberapaorang pemimpin tempatan telah mengambil peluang untuk
berpisah dengan pihak berkuasa pusat.
Pada 5 April 1892 Panglima Muda Jempul memutuskan hubungan dengan
Sultan dan bersama dengan kumpulan pemberontak. Tindakan ini kemudiannya
diikuti oleh Mat Kilau.47 Pahang menghadapi krisis yang meruncingdan memerlukan
bantuan dari luar. Dalam bulan May, 1892, Col. R.S.F. Walker, Komander
Pasukan Sikh Perak, tiba di Pahang dengan 75 anggotanya untuk membantu polis
45. J.H.M. Robson. 1934. Record.fuml Recollections. Kuala Lumpur. him. 154.
46. C.O.D. Nfl. 3092. bertarikh 7 Jun 1892 (COD bennakna suml dari Setiau~a Kernjnan British kcpada
Gabenor - sural lemuka).
47 . Mli/uyun Poliu Maguzine. 1955. Vol. XXI No. 4. him. 177.

42

MALA YSIA Juri ~~Ri SEJARAH

Pahang dan mengambilalih operasi. Dengan bantuan Polis Selangoryang diketuai


oleh Syers, Hugh Clifford, Lt. Reid, Major Macallurn dari pasukan Negeri-negeri
Selat, Sultan Pahang dan anaknya dan Polis Pahang, Walker berjaya rnenumpaskan
pernberontak-pernberontak itu. Setelah itu, pasukan polis diperkuatkan lagi.
Menjelang tahun 1893 Penguasa Duff rnenjadi Ketua Polis Pahang rnemimpin
pasukan seramai 200 orang anggota Polis Melayu, 100 orang anggota Sikh, dan 3
orang pegawai British.

PASUKAN POLIS MODEN TANAH MELAYU


Dengan termenterinya perjanjian Persekutuan Pada I lulai 1896 di antara
kerajaan British dengan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Di Pertuan Besar
Negeri Sembilan, maka keempat-empat negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran
"Resident-General" .48 Langkah pertarna ke arah pemusatan pasukan polis keempaternpat negeri ini ialah dengan perlantikan Pesuruhjaya Polis pada 14 Ogos 1896 49
Pasukan Polis kemudiannya dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Ketua Polis setiap kontinjen adalah bertanggungjawab kepada
Residennya dan bukan kepada Pesuruhjaya Polis. Sebenamya Pesuruhjaya Polis
rnestilah mendapat persetujuan Residen berkaitan dengan hal-hal di kontinjenkontinjen berkenaan dan kuasanya terhad sebagai penasihat dan pemeriksa pasukan
polis.
Di bawah pernbahagian tanggungjawab ini, kuasa Pesuruhjaya adalah terhad.
Keadaan ini bertambah tidak teratur kerana Residen yang tidak begitu arif rnengenai
hal-hal polis terpaksa mernikul tanggungjawab ini. Dalam perbincangan dengan
pihak berkuasa British rnengenai hal polis di Tanah Melayu, Frank Swettenham
rnenyatakan tidak setuju dengan perlantikan Pesuruhjaya Polis.5o Walau
bagaimanapun Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Charles Mitchell rnengenepikan
pandangan Frank Swettenham dan bersetuju rnelantik Kaptan Harry Syers sebagai
Pesuruhjaya Polis yang pertama. Beliau seorang pegawai polis yang boleh bekerja
rapat dengan sesiapa, malah beliau selesa dengan Residen-Residen tanpa sebarang
rnasalah.
Syers rnenyusun semula Pasukan Kontinjen-kontinjen Polis dengan pakaian
seragam yang sarna. Tiap-tiap kontinjen masih menggunakan butang yang berbeza
rnengikut kontinjen masing-masing. 5J Tugas keduanya ialah rnewujudkan satu
pasukan polis awarn dan bukannya pasukan polis yang bercorak para-military.
Semasa Perjanjian Persekutuan 1896 persetujuan telah dibuat bagi rnengekalkan
48. Maxwell & Gibson, 1924. Trtatiesand Engagements Affecting the MalayStale.t & Burneo. London. him. 70.
49. C.O.D. No. 320. benarikh 15 Julai, 1896. (Lih;]t L::unpiran N: Senarai namanama pegawai Polis Negeri
negeri Melayu Bersekulu).
50. C.O.D. No. 108. bert:lrikh 20 Januari 1896.
51 . Wright & C:utwright. 1908 . Twenrieth Cenru.ry Impressions o[British Malaya , London, hIm. 297.

43

PASUKA N POUS DJ NEGERINEGERJ MEUtyU

konsep Polis yang mempunyai fungsi-fungsi ketenteraan bagi mengatasi apajua


bentuk kekacauan. 52
Gabenor Mitchell, Kol. Walker dan Kaptan Syers bersetuju untuk memisahkan
antara 'Perak Sikh' dengan Polis Perak yang lain yang membentuk Polis Negerinegeri Melayu Bersekutu Kontinjen Perak. Pada I September 1896 bekas ahli-ahli
'Perak Sikh' membentuk Batalion Pertama 'Guides' Negeri-negeri Melayu yang
merupakan pasukan tentera tempatan Tanah Melayu yang pertama sejak kedatangan
British. Begitu juga di Selangor seramai 200 orang anggota Polis Sikh ditukarkan
ke pasukan 'Guides' Negeri-negeri Melayu Cawangan Selangor yang dipimpin
oleh Kaptan H.L. Talbot. 53
Pada penghujung tahun 1896 kedudukan kontinjen-kontinjen polis dalam
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah seramai 1895 anggota (Lihat ladual 1.1)
JADUAL I.l
Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu
Dersekutu Pada Penghujung Tahun 1896

Negeri

Pegawai
Eropah

Melayu

Sikh Mounted
Pathan Orderlies

Jumlah

Ketua Polis
Negerj/Pangkat

Kontinjcn
Pcrnk
Kontinjcn
Selangor

15

302

472

803

500

W.W. Douglas!
Deputy Commissioner.
Christian
WagnerfDeputy
Commissioner.
R.W. Dufff
Assistant
Commissioner.
F,W. Talbot!
Assistant
Commissioner.

14

32

538

(Pathan)

Kontinjcn
Pahang

243

Kontinjen
Negeri
Scmbilan

250

246
308

56

Sumber- Laporan Tahunan Negeri-Negeri Melayu. 1896. hIm. 3

Pada a\Val tahun pertama kewujudannya Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu


Bersekutu mempunyai semmai 1895 orang anggota. Pada tabun 1897 Syers
meninggal dunia dan tempat beliau sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri
Melayu Bersekutu diambilalih oleh Kaptan HL Talbot pada27 Ogos 1897. Talbot
berumur 33 tahun pada waktu itu.
Talbot tidak berpuas hati dengan keadaan pentadbiran polis diletak di bawah
pengawasan Residen kerana Pesuruhjaya Polis tidak mempunyai apa-apa kuasa.
52. Maxwell & Gibson. r'fu.:it .. him. 70.
53. Federated Maht)' StClle. Annual Report. 1896, him. 3.

44

MALA )ISlA dDri .frgi SEJARAH

Pada tahun 1899 cadangan Talbot supaya polis diletakkan di bawab kuasa
pesuruhjaya Polis di peringkat pusat, mendapat sokongan dari Residen-General
baru iaitu W.H. Treacher. Dalam laporan tabunannya bagi tabun 1899 beliau
menyatakan: 54
'" have little doubt that efficiency would be increased and correspondence
be lightened were the Police Forces ofthe States constituted into one Federal
Police establishment. ..

Setelah mengkaji laporan W.H. Treacher, Joseph Chamberlain, Setiausaba


Kerajaan British meminta pandangan Frank Swettenham yang pada waktu itu ialab
Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British bagi negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang terus bersetuju dengan cadangan Talbot. Pada 1903, telab
diwujudkan Enakman Pasukan polis bagi membolehkan penubuhan Jabatan Polis
Persekutuan di bawah perintah dan kawalan Pesuruhjaya Polis yang
bertanggungjawab kepada Residen-General. 55
Dengan penyatuan dan pemusatan kuasa dalam konteks pentadbiran maka
beberapa masalah dalam sistem Polis dapat diatasi. Pertamanya ialah memberi
latihan yang cukup bagi melatih pegawai-pegawai supaya mereka lebih cekap dan
baik. Dalam sistem terdahulu, kebanyakannya bercorak ketenteraan dan pegawaipegawainyajuga didatangkan dari India yang juga mempunyai pengalaman yang
luas dalam ketenteraan.
Sebagai langkah pertama, Talbot cuba menggunakan Pegawai dariPerkhidmatan
Awam Tanab Melayu pada tahun 1903.56 Walau bagaimanapun usabaini gagal dan
dua daripada Pegawai yang dilantik iaitu R.B. Walter dan H. Whitely meletakkan
jawatan pada penghujung tahun yang sarna kerana tidak boleh menyesuaikan diri
dengan tugas-tugas polis. Talbot meminta bantuan daripada Great Britain dan
seterusnya ingin menggantikan anggota polis yang berasaskan ketenteraan kepada
polis awam. Idea Talbot berkebetulan dengan dasar British untuk melatih kadetkadet Polis yang berkhidmat di tanab jajaban dan naungan British. Dalam tabun
1904, sistem kadet Polis diperkenalkan dan pegawai polis yang berpotensi dipilih
di London menerusi peperiksaan, pemeriksaan perubatan dan temuduga oleh
Lembaga Pemilih.
Talbot menyedari bahawa sungguhpun kadet-kadet Polis dari Britain mudab
diperolehi dan cekap tetapi belum cukup untuk memikul masalab di Tanab Melayu
istimewanya berkaitan dengan jenayah oleh orang-orang Cina. Justeru itu, mereka
diberi kursus berkenaan bahasa Cina termasuk kursus latihan di Selatan China
54. Federated Malay States. Annual Report 1899. him. II .
55. Malayan Police MagClline. 1956. Vol. XXII. No. I. him. 240.
56. Jbid .. him. 239.

45

PASUKAN POUS D/ NEGER/NEGERI MEUYU

sebaik sahaja sampai di Tanah Melayu. Antara kadet-kadet ini ialah H. Fairburn
dan S.S. Magi1l 57 yang tiba pada tahun 1904. Mereka menggantikan pegawaipegawai polis tentera di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun berikutnya.
Untuk mendapatkan pegawai-pegawai polis yang berpengalaman maka Talbot
telah meminta bantu an daripada Konstabel Diraja Irish dan yang pertama tiba ialah
Charles Hannigan. 58
Masalah ketiga yang dihadapi oleh Talbot ialah keperluan pemusatan latihan
dan rekrut. Latihan-Iatihan yang diselenggarakan oleh kontinjen-kontinjen negeri
adalah pada tahap paling minima. Pada awal 1893. Sir Cecil Clementi. Gabenor
Negeri-negeri Selat telah mengutaraka~ pandangan untuk menseragamkan peraturan
pemilihan dan latihan. Namun hasrat Talbot untuk menseragamkan latihan dan
rekrut biasa di Depoh Polis di Kelang disokong oleh beberapa Residen dan pada
tahun 1898. Residen Pahang. Hugh Clifford menyokong usaha Talbot dan
menyatakan: .
"Banyak masalah yang lelah ditempuhi didalam nzengambil allggotaanggola
ullluk Pasukan Polis. Masalah yang dihadapi bukan Ullluk mendapalkan
anggolaanggola yang dapal memenuhi syaralsyaral pengambilan; dan
saya percaya, ada/ah keskes yang berlaku di lIeger; seperli Pahang.
Sekarang Pesuruhjaya lelah dilalllik ullluk Angkalan Polis bag; Negeri
negeri Melayu Bersekulu, saya ingill mengesyorkan supayadiwujudkan salu
badan penasihal dari depoh pusal yang mana akall mengawasi pengambilall
dan lalihall rekrwrekrul bagi semua perkhidmalall polis kiIG ........ "59

Seta hun selepas pemusatan pasukan polis iaitu pada tahun 1904. Depoh Polis
pun dibina di Kuala Lumpur dan tugas mewujudkan Polis Depoh dipikul oleh
Kapten A. MacGraham dari 'Guides' Negeri-negeri Melayu. Memandangkan
perIantikan ini ialah perlantikan kerajaan Persekutuan maka A. Mac Graham
diberikan pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis danjawatannya sebagai Komandan
Pol is Depoh dikenali dengan panggilan Adjutan. Pengambilan rekrut barn dikontijen
diberhentikan dan rekrut-rekrut yang dipilih pada I Oktober 1904 dihantar ke
Depoh di Kuala Lumpur. Perkembangan Depoh adalah perlahan dan mendapat
banyak kritikan dan sedikit sokongan daripada ketua-ketua Polis Negeri dan
Residen Perak. E.W. Birch.
Ketua Polis Perak W.W. Douglas. walaupun menghadapi kesusahan untuk
melatih orang-orangnya tetapi dengan penubuhan Depoh beliau tidak mahu
57. R.H. Onmet, 1947. Singapore. A Polia Background. hIm. 83.IG .S. Magill kemudian menjadi Ketua Polis
Pahang (CPO) pada tahun 1917 dan H. Fairburn menjadi Ketua Polis Negeri Sembilan pada tahun (1912)].
58. Maluyan Police Magazine. 1956. Vol. XXII. No. I. hIm. 239 (Charles Hannigan kemudian menjadi
Pesuruhjaya Polis NegeriNegeri Melayu Bersekutu. p<lda mhun 1924).
59. Luporan Tahumm NeJ:ui-nel-:eri Mela."u Bersekutu 1898. Seksi Pahang. hIm. 8. Hugh Clifford kepada
Re.l;iden-GeneraJ. benarikh 21 hb. Mac 1898.

46

",AVo YSIA. dari URi SEJARAH

bekerjasama. Dalam laporan tahunan, Residen Perak dengan pengaruh Douglas


menyatakan:
Kekuatan pada pasukan adaklh seramai /,/35, In! berdllsarkan
berkurangan sebanyak //0 kekuatan yang sebenar pada akhir tahun; ini
adaklh disebabkan oleh beberapasebab, pengambikln rekrut yang dipusatkan
di Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu sebab. Pesuruhjaya Polis
(Capt. H.L. Talbot) mengatakan terdapat banyak kebaikan dalam sistem
baru ini, tetapi apa yang tidak dapat disangkalkan ialah orang-orang
Melayu Perakdapat diambil dengan lebih banyak klgi sekiranyapengambikln
dilakukan di Perak; dan kewujudan 'Malay States Guides' di Taiping
merupakan pusat rekrut yang paling baik untuk orang-orang India. 60

Pada tahun 1906, dengan perubahan-perubahan yang besar, Graham dalam


laporannya menyatakan Depoh ada 2 Penolong Pesuruhjaya, 2 pegawai "probationary" (Fairburn dan Magill) seorang pegawai Melayu dan 303 orang "the rank
and file." Berikutan dengan penubuhan Depoh, Pesuruhjaya berusaha untuk
mengatasi masalah paling besar iaitu mengambil rekrut-rekrut Melayu yang baik
bagi perkhidmatan Polis. Kalau semasa zaman pendudukan British dalam tahun
1874 dan Persekutuan Negeri-negeri Melayu pula 1896, penekanan adalah diberikan
bagi melatih Sepoy-sepoy India yang telahpun rnendapat latihan di India, tetapi kini
selepas perjanjian Persekutuan penekanan kepada penggambilan rekrut Melayu.
lni adalah kerana orang Melayu mempunyai kebolehan dan faham serta
menghayati budaya dan masyarakat yang membolehkan mereka menjadi anggota
polis yang berkesan. Dalam tahun 1903, Residen-General mengumurnkan dalam
Persidangan Persekutuan akan hasrat kerajaan menambah bilangan orang Melayu
dalam pasukan Polis. 61 Walau bagaimanapun hasrat kerajaan ini tidak mendapat
sambutan dari orang Melayu kerana rnereka menggangap pekerjaan Polis sebagai
"Anjing Kompeni."
Alasan yang ppJing logik yang diberikan oleh Talbot ialah orang-orang Melayu
tidak memasuki perkhidmatan polis kerana mereka boleh mendapat bayaran yang
lebih baik dengan bekerja selain dari pekerjaan polis yang menjanjikan keselesaan
pekerjaan yangjauh lebih baik dari pekerjaan polis. 62
Pada masa itu orang ramai memandang polis dengan sikap yang tidak
menyenangkan yakni sikap takut dan benci. Oleh itu, konsep atau tugas polis
sebagai penjaga keamanan, dan tatatertib, penguatkuasaan undang-undang demi
untuk kesejahteraan rakyat dan negara hampir tidak pernah ada dalam filoran dan

60. Ulporan Tallunan Negui-negeri Meta)'u Berstkutu. 1905. Seksi Perak. him. 13.
61 . The Mala), Mail. 1903. Bertruikh 30 September.
62 . Lapuran Tahunan Negui-Negtri Me/oyu Btrukutu. 1901 . him. 16.

47

PASUKAN POUS VI NEGERINEGfRI MF.lA.Yfi.

perasaan orang ramai pada masa ilu.63


Dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan orang-orang.-.,
Melayu dalam Pasukan Polis, Talbot meminta kerajaan menjadikan perkhidmatan':
polis lebih menarik kepada orang Melayu . Graham mencadangkan kepada Talbot
supaya orang Melayu berdarah Diraja diambil memasuki polis supaya diikuti oleh
yang lain . Untuk tujuan ini Graham mencadangkan khidmat Raja Alang Iskandar,
waris takhta Pe rak yang berpendidikan barat memasuki perkhidmatan polis.64
Swettenham berminat den gan cadangan ini dan meminta Sultan Perak untuk'
membenarkan anaknya menjadi Pegawai Polis . Pada lOgos 1905, Raja Alang
Iskandar menyenai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan diberi
pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis dan ditempatkan di Depoh mengambilalih
tugas melatih rekrut-rekrut Melayu. 65 Pada tahun 19C5, Talbot mengumurnkan
bahawa semakin ramai orang Melayu yang berm in at dengan kerjaya sebagai
anggota Polis.
Raja Alang berjaya dalam tugasnya yang bukan sahaja memberi khidmat
sepenuh hati tetapi melawat seluruh pekan dan kampung, menegaskan kebaikanke baikan kerjaya sebagai seorang poli s dan mempengaruhi pemuda-pemuda
Melayu untuk menganggotainya. Semakin lama semakin ramai pemuda Mclayu
menyertai polis dan pandanga n negatifmasyarakat terhadap polis maki n menurun.
Pada tahun pertama perkhidmatan Raja Alang Iskandar cuma 207 orang Melayu
yang menyenainya tetapi pada tahun-tahun berikutnya bilangan anggota polis
Melayu mengatasi anggota polis India.
Talbot kemud iann ya menubuhkan pula bahagian "Rekod Jenayah" pada tohun
1904. Maka pada bulan September, 1904 Con lay diha ntar ke Scotland Yard untulc
me mperdalami "Sistem Henry" dar, mendapati ianya perlu di ubahsuai mengikut
keadaan di Tanah Melayu. Lanjutan daripada itu, Con lay mencipta "Sistem Cap
.lari" dan dikenali sebagai "S istem Conlay".66
Di bawah pimpinan Con lay "Crimillal Registry" ataupun Rekod Jenayah
berkembang pesa!. Dalam tahun 1905 aduan jenayah di Perak berjumlah 3,314,
Negeri Se langor 2,7 50, Negeri Sembi Ian 833 dan Pahang 258 kes 6 7 Dalam tahun
1906 Talbotdapat mengurang kejadianjenayah hasil kejayaan "Criminal Registry"
dan memberi penghargaan kepada Conlay di atas kejayaannyadi tahap yang tinggi.
Pada tahun 1911, anggota Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
terus benambah maju. Dalum masa 10 tahun sahaja keanggotaan telah benambah
63. The MlJlllY Mail. 1905. ocrtMikh 20 Januari .
64. MaielY Mail, 1905. bcrtarikh 20 JanU:lri.
65. (..(lIlli/WI Ta lultllll1 NI';:eri-n eXl'ri Mcluyu Be.~e/.:.IWI, 1905 . Sd:~yen Pol i!'. CSiia 1ih31 1...1mpiran B. iaillJ
Organi .~ ::I~i p3~ukan Poli~ Nli:gc:ri-Ncgcri MclllYU Re~ekulu) .

66 . Memo yang dihanl:tr oleh Conlay kcrada Talbot

SCOla,,::!

pcnubuhan Rekod Jenayah. Malayan Polict

Magazine, 1956. Vol. XXII, No . 3, him. 114. (U hat L:lmpi ran C).

67 . /"'(ll'(lrmr Tahrman Negeri-Negl'ri

Ml'lu~'u

Ber.fl'klltll . 1905.

48

JlALAYSIA duri .ft~i SEJARAH

dari 2138 orang kepada 3241 orang. 1umlah pegawai Eropah pula bertambah dari
41 orang kepada 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis ialah perjudiaan di
kalangan kaum Cina dan juga candu.
Apabila Pesuruhjaya Conlay mengambil a1ih tugas pada 1919, Polis NegeriNegeri Melayu Bersekutu terus berkembang pesa!. Gaji anggota-anggota pangkat
rendah diselaraskan dengan Polis Negeri-Negeri Selat pada 1921. Kenaikan tangga
gaji baru ialah: 68
Pangkat

Gaji Lama

Gaji Baru

Konstabel Kelas Tiga


Konstabel Kelas Dua
Konstabel Kelas Satu
Lance Koperal
Koperal
Sarjan

$15.00
$28.00
$29.00
$32.75
$35.60
$47.25

$26.00
$36.00
$38.00
$42.60
$50.00
$65.00

Kenaikan gaji telah menarik minat pemula-pemuda tempatan untukberkhidrnat


dengan pasukan polis. Keanggotaan PasukanPolisNegeri-Negeri Melayu Bersekutu
pada tahun 1923 terus rneningkat ke angka 4000 orang.
Hukuman dan peraturan polis (Police Order) yang lebih kernas telah
dikuatkuasakan di seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan baiknya
sewaktu Con lay .
Pada masa itu juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan
pada 9 lanuari 1924.
Enakmen Polis 1924 itu telahpun menggambarkan bahawa tugas Pasukan Polis
Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjalan dengan tugas-tugas kepolisan yang
sebenarnya. Peranannya sebagai pegawai keamanan yang bertanggungjawab
kepada rnenjaga keamanan dan ketenteraman orang ramai sertasebagai penguatkuasa
undang-undang telah dijelaskan dengan nyatanya.
Con lay bersara pada 15 November, 1924 dengan meninggalkan sumbangannya
yang besar kepada pengembangan Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Dia dianggap sebagai Pesuruhjaya Polis yang terbaik selepas H.C. Syers. Beliau
mengusahakan skim perkhidmatan yang lebih baik, enakmen polis yang lebih
lengkap dan rapi dan Con lay telah meletakkan moral anggota-anggota pasukannya
di tahap yang tinggi.
Dengan persaraan Conlay, C.H. Samson pada masa itu sebagai Pesuruhjaya
Polis lohor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Selepas itu Charles Hannigan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis yang
68. Mohd Rcduan Aslie. '984 . IIp.cit .. him. 40.

49

PASUKAN POUS DI NEGER/-HEGERI MELAYU

baru. C. Hannigan pemah berkhidmat sebagai Ketua Polis di Kontinjen-kontinjen


Pahang, Perak, Selangor dan Pendaftar Jenayah serta Depot. Di samping itu dia
pemah memangku jawatan Ketua Polis Negara (I.G.P.) Negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1928, Hannigan telah berjaya menerbitkan Malayan Polis Magazine. Cawangan "Criminal Inteligence" telah mula diperbesarkan pada tahun
1926 untuk menghadapi masalah jenayah yang kian bertambah dan semakin mUla
komplikated.
Hannigan bersara pada 14 Julai, 1931 dan digantikan oleh Charles Henry
Sansom. Oleh kerana keadaan ekonomi merosot pada tahun 1932, Sansom telah
mengurangkan anggota polis dari 3919 kepada 3649 kerana kerajaan tidak mampu
menanggung kerugian yang lebih besar. Beberapa balai polis yang kecil telah
ditutup.
Cawangan Perisikan Jenayah terus berkembang pesat selaras dengan
bertambahnya kejadian jenayah yang meningkat akibat kemerosotan ekonomi.
Pada tahun 1933 Cawangan Fotografi diwujudkan yang mana keperluannya amat
dirasakan. Pada tahun 1934 jumlah cap jari yang terkumpul ialah 281,750 di mana
termasuklah rekod yang diterima daripada Thailand, China, India, Burma, IndoChina dan England.
Satu lagi perubahan berlaku pada tahun 1936 bilamana kerajaan Inggeris
mewujudkan Unified Colonial Police Service. Tujuannya untuk menseragamkan
perkhidmatan seluruh pasukan-pasukan polis di tanah-tanah jajahan British dan
memudahkan pegawai polis itu ditukarkan dari satu pasukan polis ke pasukan yang
lain. Dengan itu latihan untuk pegawai-pegawai pasukan Polis Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat dipusatkan di Depot. Walaupun pada
tahun 1934 pegawai-pegawai polis yang berketurunan Asia diberi peluang untuk
dilantik ke jawatan inspektor tetapi temyata keutamaan dan keistimewaan masih
diberikan kepada pegawai-pegawai Eropah. Mereka bell!m meyakini kemampuan
bumiputera. 69
Samson bersara pada bulan Mac, 1939. E. Bogot dilantik sebagai Ketua Polis
Negara bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru.
Pada awal tahun 1930, negeri-negeri di Tanah Melayu mulai menghadapi
masalah komunis yang telah mula mengembangkan pengaruhnyadiTanah Melayu.
Anasir-anasir komunis mengadakan perarakan haram Happy Valley di Singapura,
membuat dan menyebarkan risalah-risalah komunis. Polis segera bertindak
menyuraikan perarakan itu. Dari Singapura komunis menghantar kader-kademya
ke seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk mengembangkan pengaruhnya
dengan mengeksploitasi slogan anti-penjajah British.

69. Ibid. him. 46.

50

MALAYSIA darisegi SEJARAH

CA WANGAN PENDAFTARAN JENAYAH

Cawangan Pendaftaran Jenayah atau Criminal Registry merupakan satu


cawangan penting yang berkemampuan memberi maklumat-maklumat mengenai
penjenayah dan juga cap jari mereka supaya mereka dapat dikesan dengan lebih
mudah.
Cawangan ini dibentuk pada bulan Ogos, 1905 di bawah pimpinan W.L.
Con lay, O.B :E. Beliau telah mencipta satu sistem klasifikasi cap jari yang mudah
digunakan. Kemudian G.B. Linsford pula telah memberikan sumbangan yang
berharga iaitu dengan menciptasatu sistem sub-klasifikasi yang mempermudahkan
lagi penyusunan rekod-rekod penjenayah pada tahun 1905.70
Dalam bulan Disember, 1941 , sejurus sebelum pengunduran kerajaan British
dari Kuala Lumpur, Linford, selaku Pendaftar Penjenayah (Register a/Criminals)
telah menghantar semua rekod-rekod dari Kuala Lumpur ke Polis Depoh Jalan
Thomson, Singapura.
Dalam bulan Mei, 1942 semasa pemerintah Jepun, seorang anggota pasukan
polis Singapuratelah berjumpadengan pegawaiJepun yang mengelolakan cawangan
jenayah, Singapura dan meminta supaya rekod-rekod cap jari yang tersimpan di
Polis Depoh, Jalan Thomson digunakan.11
Pada masa itu, Depoh tersebut sedang diduduki oleh unit tentera Jepun.
Sebilangan besar guni-guni yang berisi dengan salinan-salinan cap jari telah
dijumpai di dalam sebuah parit dan digunakan sebagai jambatan bagi lori-lori,
manakala yang lainnya terselerak di dalam sebuah bilek di Depoh tersebut. Pihak
tentera Jepun tidak membenarkan permintaan untuk memindahkan rekod-rekod
tersebut ke Balai Polis Central. Rekod-rekod yang terletalc di dalam parit hanya
dipindahkan ke dalam bilek. Jadi, pihak Jepun tidak menggunakan rekod-rekod
jenayah tersebut. Pada bulan Ogos, 1944, rekod-rekod itu telah dipindahkan ke
Balai Polis Hill Street dan kemudian ke Pejabat Detektif di Balai Polis Central,
Singapura. Dua orang detektif Singapura telah berjaya menyusun kembali rekodrekod jenayah. dan cap jari tersebut tetapi rekod-rekod ini tidak digunakan oleh
pihak Jepun.
Apabila pihak British bertapak semula di Tanab Melayu, Ridley, A.S.P., selaku
Pendaftar Jenayah dan Chow Fook Leong, selaku Persuruhjaya telah dihantar ke
Singapura. Semua rekod-rekod ini telah dikumpulkan dalam 200 guni dan dihantar
ke Kuala Lumpur melalui keretapi .
Rekod-rekod itu telah sampai di Kuala Lumpur pada 24hb. September, 1945 dan
seterusnya usaha-usaha menyemak dan mengklasifikasikan semula telah dimulakan.
Hampir setahun kemudian, iaitu pada Ihb. Jun, 1946, barulah cawangan rekod
70. MaJayan Union Files, 3015147.
7 1. Ibid.

51

PASUKAN POllS DI HEGER/-HEGERJ MELA.'YU

jenayah ini dapat memulakan semula tugasnya untuk menyemak cap jari dan
membekalkan pasukan polis Tanah Melayu dan Singapura dengan rekod-rekod
jenayah.
PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELA YU TIDAK BERSEKUTU
Beberapa tahun sebelum Perjanjian Bangkok 1909 di antara kerajaan British
dan kerajaan Siam, Sultan Kedah telahpun menjemput beberapa orang British
untuk membantu Pasukan Polis Negeri Kedah. Jadi apabila penasihat British yang
pertama sampai ke Kedah pada tahuo 1909, negeri Kedah telahpun mempunyai
beberapa orang pegawai Polis berbaogsa British. Pada tahuo 1909, pegawai yaog
paling kanan ialah B.E. Mitchell memegangjawatan Commissionerdi bawah Tuoku
Ibrahim yang memegangjawatan Ketua Polis Negeri.12
Pada tahuo 1906, M.W.E. Speers dilaotik menjadi Ketua inspektor di Kuala
Muda dan KetuaInspektor P.F. Joyce juga sudah beradadi Kedah. Pada tahuo 1909
negeri Kedah mempunyai seramai 50 I anggota yaog terdiri dari Mata-mataMelayu
seramai 260 orang, Sepoy India seramai 134, Cina 6 orang dan lima orang Siam.73
Speers kemudian dilantik sebagai "Assistant Commisioner" bertempatdi Kuala
Muda dan Joyce masih memegangjawatan Ketua Inspektor di Nor Star. Mitchell
bersara pada tahun 1910 sebagai Commissioner Polis. Semasa itu keadaan pasukan
Polis Negeri Kedah tidak begitu cekap, kurang disiplin dan Penasihat British di
negeri Kedah pada masa itu, Meadows Frost meoyatakan bahawa Polis oegeri
Kedah tidak mungkin berkemampuan membenteras kumpulao-kumpulao
penjenayah dengan berkesan. 74
Bila Mitchell bersara, tidak ada Commissioner barn dilantik tetapi sebaliknya
kawasan Kedah utara dan selatan ditadbir oleh Assistant Commissioner masingmasing tanpa pengawasan Commissioner di peringkat Pusat. Oi samping itu pada
tahun 1913, Tunku Ibrahim telah meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Polis
Negeri kerana dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah. Assistant Commissioner
Joyce menjaga kawasan Kedah utara dan Speers di Kedah selatan. Keadaan di
kedua-dua bahagian itu adalah berlainan. Oi utara bersempadaokan dengan negeri
Siam, mempunyai berbagai-bagai masalah seperti kumpulan-kumpulan penjahat
yang ganas, pencuri-pencuri kerbau lembu dan kebanyakan penduduk tidak
menghormati undang-undang. Sedangkan di selatan hanya menghadapi masalah
jenayah-jenayah kecil dan kumpulan-kumpulan haram sahaja. 75

n.

Plluick Morrah. 1963. The History or the Malayan Police. dnillm jumlll "Malayan Brunch RtJyal Asialic

Suciety. Vol. 36. Part 2. No. 202, him. J54.


73. Pulice Magazine, 1929. Vol. 2, August.
74. iAPORAN TAHUNAN NEGERI KEDAH. 1910.
75 . Hasan Yusoff. 1978. Sistern Kepolisan - Kedah selep:l.'1 1909. MajaJah Pengal1llln. hIm. 64. (8a.gi melih:u
Organisasi Polis Negeri Kedah sillllihat l..arnpimn f).

52

Speers dan Joyce memberi keutamaan untuk membenteras berbagai corak dan
rupa jenayah. Pada tahun 1920 terdapat kejadian rompakan. pembunuhan yang
dilakukan oleh kumpulan-kumpulan perompak di sekitar kawasan Bukit Perak.
Pada tahun 1924 kumpulan itu dapat dihancurkan. Ketuanya dibu'!uh dan anggotaanggota kumpulannya ditangkap dan akhimya dihukum gantung. Selepas itu tiada
lagi kumpulan-kumpulan perompak dan penjenayah yang merbahaya.

PASUKAN POLIS KEDAH DIPERMODENKAN


Mulai tahun 1922 Pasukan Polis negeri Kedah sedikit demi sedikit telah
dipermodenkan. Sekim perkhidmatan dan gaji telah dikaji semula dan faktor itu
telah sedikit sebanyak dapat menarik lebih ramai orang-orang Melayu yang
berpelajaran memasuki Polis negeri Kedah. Di samping itu senjata-senjata moden
seperti carbine diperlengkapkan dan keseluruhan aspek latihan seperti latihan
senjata. kawad serta latihan jasmani diselaraskan semula. Jadi disiplin dan mutu
kepolisan di Kedah semakin bertambah baik.76
Pada tahun 1922 Polis Negeri yang terdiri dari dua pasukan di utara dan selatan
yang ditadbirkan secara berasingan telah dicantumkan semula di bawah satu
pentadbiran sahajadi Alor Star. Speers dilantik sebagai Commissioner Polis negeri
Kedah dengan A.W. Hamilton sebagai Assistant Commissioner di utara dan P.K.
Hazlitt selaku Assistant Commissioner di selatan. Carta pentadbiran seperti itu
berakhir pada tahun 1929 apabila Polis negeri Kedah ditadbirkan pula secara
lingkungan iaitu tiap-tiap lingkungan mempunyai Ibu Pejabat masing-masing di
Alor Star. Sungai Petani dan Kulim. Ibu Pejabat Kontinjen Negeri ialah di Alor
Star. Pada tahun 1929 Speers bersara selepas berkbidmat se!ama 34 tabun dengan
cemerlang. Beliau boleh dianggap sebagai pembentuk dan pencipta utamaPasukan
Polis Negeri Kedah,77
Pada masa itu Polis Negeri Kedah dianggotai kebanyakannya oleh anak-anak
Kedah sendiri dan cuma terdapat satu kumpulan kecil anggota Polis Sikh yang
menjalankan tugas-tugas mengawal di sekitar bandar Alor Star. Pada bulan Jun
1929. A. W. Hamilton telah dilantik menjadi Commissioner menggantikan tempat
Speers. Pada masa itu E.P. Colgan dilantik sebagai Pegawai Penguasa Polis
Kawasan Alor Star. A.F. Sheady sebagai Pegawai Penguasa Polis Kawasan Kulim
dan D. Kenny sebagai Pegawai Penyiasat seluruh negeri yang beribu pejabat di
Sungai Petani. Kekuatan Pasukan Polis pada tahun 1930 ialah seorang Pesuruhjaya
Polis. 3 orang Penolong Pesuruhjaya Polis berbangsa British. 3 orang Penolong
Pesuruhjaya Polis Melayu. 3 orang Ketua Inspektor Melayu. 10 orang Inspektor
Melayu dan seramai 764 orang anggota Polis dan Mata-mata Gelap dan mengandungi
76. Ibid. him. 63.
17. Ibid., hIm. 64.

53

PASUKAN POUS DI NEGERI-NGRI M LA YU

beberapa orang Cina, India dan Siam dan Kum[lulan kecil Polis Sikh,78
PASUKAN POLIS KEDAH PADA TAHUN 1935
Keadaan polis negeri Kedah pada lahun tiga puluhan bertambah maju dan
penladbirannya bertambah kemas. Di seluruh negeri terdapat banyak balai-balai
polis mengikut keadaan penduduk dan keluasan kawasan. Anlaranya terdapal IS
buah balai yang terpencil yang tidak mempunyai jalanraya menujunya. Tiap-tiap
balai mempunyai seorang pegawai pangkat rendah (Sarjan alau Kopral) dan empat
atau lima konstabel. Tiap-tiap Daerah Polis mempunyai seorang Inspektor Melayu
yang menjadi Ketua Polis Daerah dan beberapa daerah Polis lelah dilelakkan di
bawah jagaan lingkungan yang dikeluai oleh seorang Penolong Pesuruhjaya Polis
British. Penolong Pesuruhjaya Polis ilu juga menjadi pegawai pendaflar dan
pemeriksa kerela-kerela molor dan Pegawai Pendakwa Raya. Semenlara ilu .
Pesuruhjaya Polis negeri pula menjadi Penguasa Bomba Negeri dan juga Pegawai
Immigresen bagi orang-orang dagang.
Pada labun liga puluhan, penduduk-penduduk yang lahir di negeri Kedah dan
berkelulusan Darjah IV Sekolah Melayu boleh memohon untuk menjadi Malamata dalam Pasukan Polis Negeri Kedah. Pada tahun 1934 cuma terdapal lima
orang mata-mata yang berkelulusan lebih linggi dari Darjah VI Sekolah Inggeris.
Pada tahun 1935 kekuatan Pasukan Polis Kedah ialah 5 orang Pegawai Yang
Diwartakan, 17 orang Pegawai Kanan, 680 orang Anggota Pangkat Rendah dan
seramai 79 orang kerani dan Auxiliaries. lumlah di atas termasuklah Polis
Konlinjen Melayu yang mengandungi 116 Pegawai pangkat Rendah serta 462
Mata-mata. Kontinjen Sikh yang mengandungi II Pegawai Pangkat Rendah serta
41 mata-mala Sepoi dan Konlinjen Mala-mala Gelap yang mengandungi 50 orang
anggola. Dari jumlah-jumlah tersebut, Polis negeri Kedah masih berkurangan
keanggotaannya seramai 23 orang. Kekurangan ini lermasuklah seorang Inspektor,
9 Pegawai Pangkal Rendah Melayu, 6 orang Mala-mata, seorang Pegawai Pangkat
Rendah Sikh, 4 Sepoi dan 2 Mata-mala Gelap.
Statistik Penting Polis Kedah Tahun 1935
I.

lumlah penduduk negeri Kedah

II.

Keluasan negeri Kedah

465,270 orang pada


pertengahan tahun 1934.
3,648 balu persegi.

78 . Temuramah dengafl Tuan Tajudin YUh)'ll (bcka.~ Kelu:l Inspcktor Polis). Beliau mcmasuki Polis Kedah pada
tahun 1934 dan DatuknY3 Wan Ism3il bin Wan Mohd . Hao;;sar.. Ketua polis Negeri Kcdah yang pertama.

Temuramah dibuat pada 6hb. Jun 1977 di Alar Slar.

54

MALAYSIA ckJri s~gi SEJARAH

Ill .

IV.

v.
VI.

Anggaran pendapatan hasil


negen.
Anggaran perbelanjaan negeri
Perbelanjaan Polis Negeri
(1934).
Hasil yang dikutip oleh Polis

$ 6,331,582.00
$ 6,972,995 .00
$ 434,383.00
$ 167,092.00

Bilangan Balai Polis Di Kedah - 1934


Lingkungan

lumlah Balai

Daerah Polis

Inspektor

Alor Star
Sungai Petani
Kulim

29
15
13

5
6
2

10
4
3

lumlah

57

13

17

Sumber :

Laporan Residen, dalam Laporan Tahunan Negeri Kedah,


tahun 1935.

SEJARAH A W AL POLIS NEGERI KELANTAN

Semasa Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 negeri Kelantan sudahpun


mempunyai Pasukan Polisnya sendiri yang mana pada masa itu diperintah oleh
seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja. Keanggotaan Pasukan ini ialah seramai
268 orang termasuk satu Pasukan Polis Benggali seramai 60 orang yang dikenali
sebagai "Military Police" yang menjalankan tugas-tugas pengiringdan pengawaI.79
Pada masa itu keadaan disiplin amat rendah, kerana kebanyakan anggota Polis
tidakmemahami tentangdisiplin dan keadaanjenayah berlaku dengan berleluasanya
terutama dalam kes kecurian lembu/kerbau. Pada awal tahun 1909, lemadar Bur
Singh, pemerintah Military Police, telah ditangkap kerana mencuri dan beliau
didapati banyak mempunyai barang-barang curio
G. Cullen dari Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan kepada
Kerajaan negeri Kelantan pada penghujung tahun 1909 dan dikenali sebagai
Penguasa Polis Negeri Kelantan. Pada ketika itu Tunku Sri Maharaja masih lagi
menjadi Pesuruhjaya Polis Negeri dan beliau memberi segal a rupa sokongan
kepadaG. Cullen untuk memperbaiki Pasukan Polis negeri itu. Pada tahun 1910
G. Cullen telah dilantik sebagai Ketua Polis Negeri.

79 . Pauick Morrah, 1963. History of the Malayan Poli.f, him. 157.

55

PASUKAN PDUS 01 NEGERI-NEGRI MEUtYU

PEMBAHARUAN
Selepas itu Polis negeri Kelantan mendapat sedikit pembaharuan seperti peralatan
polis dari Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diubahsuai untuk kegunaan
Polis Kelantan. Sebuah Sekolah Latihan Polis telah dibina di Kota Bharu untuk
melalih anggota-anggota Polis yang tidak tahu membaca dan menulis. Cullen
bertugas di Kelantan selama tiga tahun dan selepas itu Kapten Tomlinson
menggantikan tempatnya selama setahun sahaja. Pada 28hb. April 1913, Kapten
H.A. Anderson pula mentadbirkan Polis negeri Kelantan. Anderson berasal dari
Australia dan telah memasuki Pasukan Australian Garrisson Artillery. Beliau juga
pemah mengambil bahagian dalam peperangan di Afrika Selatan. Selepas itu
Anderson telah memasuki Pasukan Pasukan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu sebagai Inspektor. Pada tahun 1913 beliau mula berkhidmat
dengan Pasukan Polis Negeri Kelantan dan memegangjawatan Ketua Polis Negeri.
Anderson ialah pengasas kepada Pasukan polis moden negeri Kelantan.
Mengikut laporan pentadbiran negeri Kelantan pada tahun 1913 yang ditulis
oleh Penasihat British (British Adviser), W. Langham Carter, didapati bahawa
kekuatan Pasukan Polis pada masa itu ialah seramai 385 orang. Keadaan balaibalai Polis sangatlah tidak baik. Perhubungan dari satu kawasan ke satu kawasan
balai terlalu sukar dan terpaksa mengambil masa yang lama. Mulai tahun 1913
Kapten Anderson telah cuba memperbaiki mutu Pasukan Polis negeri. Pada masa
tersebut Inspektor Dowling menjadi Ketua polis Daerah Kota Bharu, Inspektor Nik
Leh Ketua Polis Pasir Mas, dan Inspektor Sheikh Salleh, Ketua Polis Daerah Pasir
Puteh.
Senjata baru 303 Martini Enfield Carbine telah mula digunakan pada tahun
1913. Dua balai baru telah didirikan di daerah Pasir Mas dan Kuala Krai. Hasil
kutipan Polis Kelantan telah meningkat dari $13,000 ke $15,000 ringgit bagi tahun
1913. 30
Kapten Anderson telah membetulkan kedudukan disiplin secara menyeluruh
dalam Pasukan Polis Kelantan. Dengan pengawasan yang rapi dari Anderson, Polis
kelantan telah mula bergerak mencontohi gerak langkah Polis Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pasukan Polis Kelantan sekali lagi dikenali sebagai Pasukan
Polis Tentera Kelantan. Pada tahun 1927 gelaran Ketua Polis Negeri diubah
dikenali sebagai Pesuruhjaya Polis. 81
Anderson bersara pada tahun 1934, tetapi beliau terus tinggal di Kota Bharu.
Anderson memeluk agama Islam dan hidup secara rakyat Kelantan.

80. Laporan Tahunan Negeri Kclanlan - Tahun 1913.


81. Ha..<;an binYusofr. 1979. Sejarah Awal Polis Ncgcri Kelanlan. Pengllmlln. lilid 31. Bil. I. lan.IMei. him. 63.
(Bagi mclihat Organisa..<;i Polis Kelantan. silo. lihat Lampimn Fl .

56

MALA rSIA dari '''~Ri SEJARAH

Oalam kata-kata aluan sempena persaraan Anderson, A.S. Haynes, Penasihat


British kepada Kerajaan Kelantan, menulis "Polis Tentera Kelantan sekarang
dianggotai sepenuhnya oleh anak Melayu yang mahu ketampanan mereka terkenal
di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pasukan dewasa ini, dan pasukan
pancaragarnnya yang baik adalah hasil kerja yang mutlak Mri Pesurubjaya
Anderson".
Mengikut laporan tahunan 1935 oleh Penasihat British, A.C. Baker, Polis
Kelantan jaub lebih maju jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Terdapat banyak cal on-cal on yang berkelayakan yang mahu memasuki Polis
Negeri. Anggota-anggota Polis dengan senang mempelajari undang-und,mg asas
kepolisan dan boleh menguatkuasakan undang-undang dengan baiknya. Sebuah
sekolah telah didirikan di Kota Bbaru di mana rekrut-rekrut Polis dan juga latihan
ulangkaji bagi anggota-anggota Polis diadakan dari masa ke semasa oleh tenaga
pengajar yang terlatih. Oisipliri jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tahun
sebelumnya. Oalam tahun 1935 terdapat 241 kesalahan-kesalahan tatatertib
berbanding dengan 400 pada tahun 1934. Keadaan jenayah jauh berkurangan jika
dibandingkan dengan keadaan sebelurnnya. Tetapi keadaan curi kerbau lembu
masih lagi menjadi-jadi . (Sila libat ladual 1.2).
JADUAL1.2
Laporan tabuoan (perbandingan dari tabun 1931-1935) keadaan
jenayab di Kelantan oleb A.C. Baker Penasibat British
bagi Kerajaan Kelantan
Kesalahan
Bunuh
Rompak berkawanlrompak
Pecah rumahlcuri
Curi kerbaullembu
dan kecurian kecil
Curi lembu dari
($ 1OO.OC)

1931

1932

1933

1934

1935

8
9
4

13
14
10

9
II

37

7
19
58

45

315

39

71

75

33

13

7
6

Sumbcr -(Perangkaan ini dipelik dari laporan lahunan pentadbiran Kerajaan Kelanlan - 1935
- Oleh A.C. Baker - Penasihal British).

Pada tahun 1939 Pasukan Polis negeri Kelantan menggunakan senjata "Short
Magazine Lee - Enfield Rifle Mark III dan bayonet". Pada ketika itu polis
Kelantan diberi latihan yang mencukupi dalam penggunaan senjata, tugas-tugas
ketenteraan, kepolisan dan perbarisan-perbarisaan kehormatan negeri. Pada tahun
tersebut Pegawai-pegawainya terdiri dari seorang Pesuruhjaya Polis berbangsa
57

P,.\SUKAN POUS DI NEGERINEGERf MEV. YU

Briti sh yang dipinjamkan dari Negeri-negeri Me layu Bersekutu seorang Ketua


Polis Negeri berbangsa Melayu anak Kelantan , seorang Penolong Pesuruhjaya
Polis Melayu dan se mbi Ian Inspektor Polis dan seramai 3260rang anggota-anggota
pangkat rendah . Kekuatan keanggotaan ini terus tidak berubah sehinggalah Jepun
mendarat di Kota Bharu pad a 8hb. Disember, 1941.
Semasa pemerintahan Jepun , Kapten Anderson telah dibawa oleh Jepun ke
Singapura dan kemudian dibebaskan. Pada ketika itu umumya sudah lebih dari
tujuh puluh tahun. Selepasdibebaskan Anderson balik ke KotaBharu Kelantan dan
terus tinggal di sana sehingga meninggal dunia pada 24hb. lanuari 1955 ketika
berumur lapan puluh tahun .

PASUKAN POLIS NEGERI PERLIS


Negeri Perlis merupakan satu-satunya negeri Melayu di manaPasukan Poli snya
berkembang tanpa tunjuk aja r atau bimbingan dari sebarang pegawai keturunan
asing. Selepas Bangkok Treaty pad a 10 Mac 1909, iaitu semasa pemerintahan Raja
Syed Alwi. Siam telah menyerahkan segala kuasanya ke atas Perlis kepada
kerajaan British dan pada mas a itu Kapten Meadows Frost menjadi Penasihat
British yang pertama di negeri Perl is.
Pada tahun 1909 terdapat seramai 57 orang anggota Polis di Negeri Periis yang

terdiri dari 30 orang mata-mata Melayu dan 27 orang Sik h dan mempunyai tiga
buah Balai Polis iaitu Kangar, Arau dan Sanglang. Orang-orang Sikh. di samping
menjadi Mata-mata. merekajuga membuat tugas-tugas wardermenjagaorang-orang
salah . Semasa penubuhannya dalam tahun 1909 keadaan Pasukan Polis Negeri
Perlis agak tidak teratur, kurang disiplin , wujud rasuah tetapi keadaan itu dapat
diatasi dalam tahun 1910 dan tahun-tahun kebelakangannya sete lah Che Mat bin
Haji Kass im memegang tampuk pentadbiran Polis Negeri Perlis 82 Dalam laparan
tahunan 1909, Penasihat British Negeri Perlis Kapten Meado ws Frost
menyatakan :"Helldaklah diadakall saW Sarjall sebaga; ketua bag; saW-saw kawasan
bala; dan sarja" Me/ayu itu amara lain berkewajipan melljalankall kes di
mahkamah majistret. Pada masa iw, dukacita dimaklumkan, seorang sarjan
yang ada sedallg menjalani hukumall tiga tahtUi pelljara bersabit ke.m/ahan
rasuah yang sa)'a dapati lelah lama diamalkall olehllYG, manakafa seorwlg
lallce-kopral yang memangku rempatnya hingga dapat diganti seorang
sarjall {aill , telah lar; ke Pltlau Pinang del/gan wang gaji ahli-ahli Polis.

82 . Hasan Yusorr. 1978. Scjarah Ringkas Polis Negeri Perlis hin gga tahun 1946, PenKwr.un. Jilid 30. hi!. 4. Oktl
Dis.

58

MA.LAYSIA dari s~gj SEJA.RAH

Bagi menambahkan buruknya keadaan itu, ahliahli Polis pada masa itu,
tiada jahafJ1 akan tugas dan tanggungjawab mereka dan tiada palutll)'a
dibiarkan begitu. "83

Keadaan buruk itu tidak lama berterusan dan ia dapat diatasi apabila seorang
anak Melayu Perl is Che Mat bin Haji Kassim memasuki perkhidmatan Polis Negeri
Perl is. Che Mat mendapat didikan di Penang Free School, dan memasuki Polis
pada tahun 1909. Selama setahun beliau menjalani latihan kepolisan di bawah
Penolong Pesuruhjaya Polis W.E. Speers di Kuala Muda Kedah. Setelah tamat
latihannya, Che Mat balik ke Perlis pada tahun 191 Odan diberi tugas sebagai Ketua
pasukan Polis Melayu Perl is, berpangkat Inspektor.
Oengan tekun dan tabah Che Mat berjaya memperelokkan mutu perkhidmatan
Polis, seperti disiplin, gaji, dan menghapuskan amalan rasuah. Oalam laporan
tahun 1912 Penasihat British H.C. Eckhardt menyatakan :"Pada tahull 1912 adalah amat sukar untuk mengambil allggota-allggota
baru yang sesuai di kalangan orang-orang Mela)'u berkhidmat dalam
Pasukan Polis. 1ni ialah kerana orangorang Melayu tidak cenderung
berkhidmat dalam Pasukan Polis. O/eh itu kekllatan allggota keseluruhan
Pasukan lidak mencukupi tetapi keadaan disiplin adalah baik. Bagi
keseluruhan tahun 1912 kesemuQIl)'Q terdapat 29 kes pen),elewengan di
kalangan anggota-aflggota Polis dan dari hi/allgan itu 12 kes diambil
tindaka" tafatenib dan 8 kes diambil t;ndakan mahkamah. Pada tahull yang
sama sebuah balai bam didirikall di Kaki Bukit yang diallggotai alell
seorang Kapral dan duo orang Mara-mata. Di samping tugastugas Polis
biasa, Polis Sanglangjuga menjalankan tugas memullgut cukai di pelabuhan,
Polis Arau memungut cukai-cukai ke alas barang-barang keluar masuk
allfara Perlis dan Kedah dan Polis Kaki Bukit mengawal kurantin lembu
lembu yang dibawa masuk dari Singgora ".84

Che Mat terus menjadi Inspektor Polis sehingga tahun 1926 apabila beliau
dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Perlis dan jawatan ini dipegangnya sehingga
tahun 1946, iaitu setelah berkhidmat selama 37 tahun dan pada ketika itu jumlah
anggota Polis ialah seramai 130 orang.
Keadaan jenayah terus berkurangan dan Pasukan Polis mampu dan berkebolehan
dalam menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negeri. Oalam tahun 1933
Penasihat British O.E. Venables, melaporkan:

83. Laporan Tahunan Negeri Perlistahun 1909. (Untuk meliha(Organisasi Polis Perlis. sila lihat Lampiran F).
84. Laporan Tahuncm Negeri PerliJ lahun 1912.

S9

PA.SUXAN POUS DI NEGER/-NEGERI MEU YU

.. Kecurian kerbau lembu yang diallggap oleh penjenayah-penjenayah dahulu


sebagai salu hiburan mereka. lelah berkurangan sekarang_ "85 .

Oalam laporan tal1Unannya. Venables telah memuji Che Mat kerana tindakan
yang berkesan dalam membenteras kejadian-kejadian jenayah seperti mencuri
lembu sertajenayah-jenayah kecil yang lain yang sering berlaku di zaman dahulu _
Apabila Che Mat bersara pada tahun 1946. Pasukan Polis Negeri Perlis telah
dicantumkan dengan Pasukan Polis Negeri Kedah di bawah pentadbiran Polis
Malayan Union_

PASUKAN POLIS TERENGGANU


Sistem Polis tradisional Terengganu yang menggunakan "Budak Raja"S6 masih
wujud pada awal abad ke 20 dimana ianya diketuai oleh Tunku Penglima Besar.
Pasukan Polis ini temyata berkesan. Jumlahnya meningkat kepada 18 mata-mata
pada tahun i 914.
Oleh kerana Budak Raja tidak diberi gaji. mereka selalu memeras orang ramai
untuk mendapatkan wang. Mereka selalu keluar ke bandar Kuala Terengganu dan
kampung-kampung sekitamya pada waktu malam untuk memeras wang dan
barang-barang. Mereka dengan senang boleh mengambil apa-apa barang dari
kedai-kedai tanpabayarandanjika tuan kedai itu enggan. merekaakan menyeksanya.
Kadang-kadang yang tidak bersalah pun ditangkap oleh mereka lalu mengancam
hendak menuduh orang itu melakukan sesuatu kesalahan jenayah jika orang itu
tidak memberi wang kepada mereka. Oleh sebab perbuatanjahat ini tidak dilarang
atau dihukum oleh Sultan. mereka pun melakukan sesuatu sekehendak hati mereka.
Orang ramailah yang menderitadan tidak puladapat melakukan apa-apa pembalasan
atau mengadu kepada kerajaan supaya Budak Raja itl: dihukum kefana perbuatan
jahat mereka. Begitulah keadaan orang-orang yang dijadikan "Pasukan Polis di
Terengganu" pada masa itu.
Oi antara tahun 1910 hingga Mei 1919. Pegawai British yang ditempatkan di
Terengganu masih memakai gelaran Agen British (Wakil British). bukan Briti sh
Adviser (Penasihat British). Oari bulan Mei 1919 barulah gelaran itu diubah
kepada British Adviser.81
85. Laporatl Tahunan N~gui Puli.{ - TOlhun 1933.
86. Mohd Reduan Hj Aslie. 1984. Polis Dirajo. Malaysia. S~jar(Jh Puunundan Caburan. him. 62. Ku:tla Lumpur:
Karnngkr.lf Sdn. Bhd.
87. Nal1\3 wakil British ke Terengganu dati tOlhun 1910 hingga ke 1919 ialOlh:
D. . W.L. Conlay - 1910.
b. W.O. Scott -1911 - 1913.
c. E.A. Dickson - Julai 1913-19 14.

d. C.N. Maxwell- 1914-1915.


e. J.L. Humphreys - November 1915-23 Mei 1919.

60

MALA YSIA dari st!gi SEJARAH

Pada tahun 1915 kerajaan Terengganu telah cuba hendak menjadikan Budakbudak Raja sebagai satu pasukan rasmi kerajaan dengan memberikan kuasa-kuasa
yang luas seperti kuasa mengelidah dan menangkap tanpa waran. Pada tahun 1915
keadaan jenayah menjadi-jadi tanpa kawalan. Pada tahun 1917 kerajaan telah
melantik lapan penghulu dan di bawah penghulu diletakkan pasukan-pasukan kecil
polis. Nampaknya sistem ini telah mengatasi sistem Budak Raja dan membenteras
kegiatan haram mereka. Selepas akhirnya Perang Dunia Pertama sistem penghulu
dan Budak Raja periahan-lahan hilang.
Semasa CN. Maxwell menjadi wakil British. beliau telah mernbuat laporan
seperti berikut:
Tidak ada sebarang contoh pellahallan oleh polis di dalam senarai kesalahan
sepanjang tahufI, kecuali beberapa orang wanita....... Jenayah telah
meningkat sepanjang tahun, tetapi polis tidak mempunyai buku-buku rekod
aduan. saya tidak dapat memberi dalam ben/uk allgka.
Terdapat kejadiall kecurian di Terellggallu tapi polis tidak berbuat apa-apa
ulltuk mem eriksa kejadian illi.88

Pada tahun 1912 Sultan Terengganu telah melantik Yusufbin Panglima Perang
Musa mengetuai Pasukan Polis di seluruh Terengganu. Pada 24 Mei 1919. J.L.
Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British (British Adviser) yang pertama
di Negeri Terengganu. Selepas inilah baru pembaharuan dapat dibuat dalam
pasukan polis . Seorang pegawai polis British iaitu E. Cheers dipinjamkan ke
Terengganu untuk menyusun semula pasukan polis. E. Cheers diberi jawatan
Pesuruhjaya Polis dan Tunku Panglima masih kekal sebagai Ketua Pesuruhjaya.
Kedua-dua mereka bekerjasama dengan baik dan Cheers telah dapat memperbaiki
imej Pasukan Polis Terengganu. Pada tahun 1921 Tunku Panglima meninggal
dunia selepas inijawatannyadiisi dan dikenali hanya sebagai Pesuruhjaya Melayu.
Mulai dari tarikh ini Pesuruhjaya British mempunyai kuasa bagi mengawal dan
memeri;ltah Pasukan Polis Terengganu. Selepas Cheers. M.L.I. Wynne yang
banyak mempunyai pengalaman dari Polis Depoh. Kuala Lumpur. telah memaju kan
lagi pasukan polis dengan menitikberat kaedah latihan rekrut-rekrut. Pada masa itu
rekrut-rekrut dari Terengganu telah dihantar ke Polis Depoh. Kuala Lumpur untuk
menjalani latihan.
Dari masa itu didapati ramai anak-anak orang kenamaan negeri memasuki
pasukan polis. Tengku Muhammad anakanda Sultan Pahang yang kemudian
menjadi Menteri Besar Terengganu juga pernah memasuki Pasukan Polis
Terengganu dengan pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis. Tengku Muhammad
memainkan peranan yang begitu berkesan sekali dalam perkembangan Polis
88. Luporan Tahunun Terengganu. 1914. hlm.9. (Sila

61

lih:l.t Lampiran F. iailu Organisasi Polis Trengganu).

PASUXAN POUS DJ NEGRINEGERJ MEUyu

Terengganu. Pasukan Polis Terengganu telah berkembang dan pada tahun 1941
kekuatan pasukan polis ialah seramai 374 orang. 89

PASUKAN POLIS JOHOR


Pada tahun 1855 bermulalah proses modenisasi negeri Johor dan ia telah
memberi kesan yang besar kepada penubuhan pasukan polis di negeri itu. Setelah
mendapat kuasa mutlak ke atas negeri Johor, Temenggung Ibrahim telah berusaha
mewujudkan keamanan di Johor, mengawa11alulintas dan perdagangan.
Untuk itu kerajaan Johor telah membeli dua buah gun boat dalam tahun 1856
dan dua tahun kemudian Pasukan Pengaman J ohor telah dilengkap dengan 100
pucuk senapang jenis "Onfield" dan diberi latihan kawad atas persetujuan dan
kerjasama Pegawai Pemerintah Markas Garisen Singapura. Pesuruhjaya Polis
Johor yang pertama ialah Dato Bentara Luar iaitu Mohd Salleh Perang pada tahun
1882.90
Johor tidak mempunyai angkatan tentera sehinggalah tahun 1885. Dengan itu
pasukan polis Johor bukan sahaja merupakan tulang belakang pertahanan Johor
tetapi berperanan untuk mengawal keamanan dan keselamatan negeri tersebut.
Peranan inijelas apabila kekacauan di Jementah yang telah menyebabkan berlakunya
perang saudara di Johor.
Pada 28 Oktober, 1889 Ungku Ahmad telah mengetuai "Orang-orang Johor"
bagi menentang Tengku Nong dan Wan Daud menyokong Tengku Alam Putera
Sultan Ali Kesang, yang menuntut takhta Kerajaan Kesang. Mohd Salleh Perang,
Pesuruhjaya Polis waktu itu telah diarah oleh Maharaja Johor pada 2 Disember,
1889 untuk "membawa pasukan bantuan dan senjata sebanyak 400 puc uk senapang
dan meriam. Kerana waktu itu Johor belum ada askar yang berkuasa Jagi
berpengalaman mengenai peperangan melainkan segala alat senjata dan kekuatan
negeri itu ada tersimpan di dalam kuasa Pesuruhjaya Polis."
Mengikut pemberitahu kerajaan X I 0 131 yang dikeluarkan oJeh Pejabat
Pesuruhjaya Besar Polis pada 19 November, 1899, dijelaskan bahawa tugas-tugas
polis meliputi juga menetapkan bayaran, mengeluarkan lesen candu dan arak,
sukatan cupak, nombor sempadan, nombor pukat (kapal) ikan, pukat, gambir, lada,
perahu Bugis dan sekoci.
Kemudian diperlihatkan pula kemajuan dalam susunan pangkat dan gelaran
jawatan. Misalnya dari tahun 1883 hingga 1922, terdapat pangkat-pangkat
pegawai seperti berikut:

89. Patrick MOlTah. op.cit .. him. 161.


90. Patrick Morrah. up. cir. him. 153.

62

MALA YSIA dari .n~gi SEJARAH

Pesuruhjaya Polis
Penolong Pesuruhjaya Polis I
Penolong Pesuruhjaya Polis II
Timbalan Pesuruhjaya Polis
Ketua Inspektor

Abdullah Tahir
Ungku Sulaiman
Ungku Mohamad
Eneik Dapat
Mohd Saad Hussain

Ketua Inspektor dilaporkan mengawal tidak kurang dari 21 Rumah Pasung


(balai polis) di lohor.
Dengan tertubuhnya Bandar Maharani pada tahun 1885, maka pasukan polis
turut berkembang ke situ di mana polis jajahan Muar diketuai oleh seorang
Pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang Penolong Pesuruhjaya. Untuk membezakan
jawatan di peringkat negeri (pusat) dan jajahan,jawatan Ketua Polis Negeri digelar
Pesuruhjaya Besar Polis (Chief Commissioner of Police). Pada tahun 1890 polis
lohor mulai menyesuaikan nama jawatan seperti polis di negeri-negeri lain di
samping menubuhkan eawangan detektif dan polis laut, yang agak kanan dalam
birokrasi kerajaan lohor. Sementara peluang untuk menjadi Pegawai Polis lohor
lebih banyak dirasai oleh anak-anak orang besar yang berkuasa. Kebanyakan yang
pemah memegangjawatan sebagai Pesuruhjaya Besar Polis hampirsemuanyadari
kalangan pegawai awam. Di sam ping itu adalahjelas bahawadari tahun 1858-1911
Polis lohordi tangan orang Melayu lohor. Dari tahun 1912Polislohor menempatkan
tiga pegawai Inggeris dalam strukturnya. Di sini jasa-jasa Datuk Bentara Luar,
Datuk Sri Setia Raja, Datuk Ismail Bacik dan Datuk Ismail Mahbob dalam
perkembangan Polis lohor temyata besar dan patut dirakarnkan.
Kemajuan pasukan polis di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu didapati
agak lemah dibandingkan dengan kemajuan yang dieapai di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Tahun 1912, Pesuruhjaya, c.P. Cuseaden telah dilantik menyusun
sebuah pasukan polis yang lebih baik di lohor. Pasukan Polis lohor terdiri
kesemuanya dari orang-orang Melayu.
Cuseaden telah membentuk satu pasukan polis lohor yang baik jika
dibandingkan dengan pasukan polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang
lain. Pada tahun 1915 Pasukan Polis lohor mempunyai 16 orang pegawai, 540
orang anggota termasuk pasukan detektif yang terdiri dari 4 orang pegawai dan 44
orang anggota. Selepas ini Polis yang terdiri dari orang-orang Sikh dan Pathan telah
diambil. Pada tahun 1915 pasukan Polis lohor berjaya mematahkan penderhakaan
tentera dari 5th Light Infanteri Regiment, di Singapura. Seramai 178 orang askar
India di Singapura telah ditangkap oleh Pasukan Polis lohor dan penderhakapenderhaka ini telah diserahkan kepada kerajaan Negeri-negeri Selat. 91
Pada tahun 1916 Cuseaden telah diberikan seorang penolong iaitu E. Cheers
dari Negeri-negeri Selat. Kemajuan yang dieapai meliputi disiplin yang baik,
91. Patrick Morrah. op. cit .. him. 153 (Sila lihat Lampirnn G. iaitu Organisasi Polis lahor).

63

PASUKA N POUS DI NEGERI-NEGERI MEUYU

slruklur organisasi polis yang lersusun rapi. balai-balai polis didirikan dan berekberekjuga didirikan. Pada lahun 1928 jumlah balai-balai polis di Johor ialah enam
puluh buah dan pada lahun 1937 sebuah pusallalihan polis dibuka di Johor Bham
dan dikenali sebagai Polis Depoh Johor. Polis Johor dibahagikan kepada 3
lingkungan iailu Muar. Balu Pahal dan Johor Bharu dan liap-liap salu diketuai oleh
seorang pegawai British. Sebelum Perang Dunia Kedua. keanggolaan pasukan
Polis Johor ialah seramai 1400 orang. 92
Bila membicarakan sifal anggola-anggola polis di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekulu. mereka didapali lebih bersifal kenegerian. Ini ialah kerana mereka
hanya benugas di negeri masing-masing. Sedangkan anggola-anggota polis di
Negeri-Negeri Melayu Bersekulu mereka akan berpindah dari satu negeri ke salU
negeri mengikul kepentingan lugas.
Walau bagaimanapun sifal kenegerian ini akhimya sedikit demi sedikil hilang
terutama di lahun-tahun empat puluhan kerana pada mas a itu terdapat skim
pinjaman anggota dan pegawai dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kepada
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Apabila polis diwujudkan semula selepas Perang Dunia Kedua sifat kenegerian
sudah lidak wujud lagi kerana pada masa ilu pasukan polis diasaskan kepada
pasukan polis yang disalukan yang dikenali sebagai Polis Malayan Union dan
kemudian Polis Persekuluan Tanah Melayu. Kelika ilu anggota polis diarahkan
berpindah dari salu negeri ke satu negeri mengikul keperluan tugas.

92. Ibid. him. 153 dan 154.

64

You might also like