Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN DALAM MENYENARAIKAN SIFIR 2DIGIT SEBAGAI PEMBAHAGI BAGI MELAKUKAN OPERASI BAHAGI NILAI

6-DIGIT
MENGGUNAKAN KAEDAH
ASING & TAMBAH (A&T)
Ruth S Manson
Tengku Noor Zima Tuan Jaffar
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi menambah baik amalan pengajaran saya dalam menyenaraikan sifir
2-digit sebagai pembahagi untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit menggunakan kaedah A&T.
Seramai empat orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan yang
mempunyai tahap pencapaian lemah telah dipilih untuk kajian ini. Tiga sesi pengajaran dan
pembelajaran telah dijalankan melibatkan penggunaan kaedah A&T. Pengumpulan data yang dibuat
sepanjang kajian melibatkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian berstruktur, nota
lapangan dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan triangulasi berlaku. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa saya berjaya menambah baik amalan pengajaran saya dengan menggunakan
kaedah A&T di samping membantu murid-murid untuk menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi
untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit. Secara ringkasnya, penggunaan kaedah A&T telah
berjaya menambah baik amalan pengajaran saya dan meningkatkan penguasaan murid dalam
menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit
Kata kunci: Kaedah A&T, operasi bahagi, pembahagi 2-digit
PENGENALAN
Semasa menjalankan praktikum fasa III, saya telah berpeluang untuk mengajar topik bahagi dalam
lingkungan 1 000 000 kepada murid-murid Tahun 5. Sepanjang tempoh saya mengajar topik ini, saya
telah mengenalpasti satu masalah yang perlu diberikan perhatian. Saya mendapati bahawa murid-murid
menghadapi kesukaran dalam melakukan operasi bahagi yang melibatkan nombor 6-digit dengan 2digit. Untuk mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah baik, saya telah melakukan refleksi
terhadap sesi PdP yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan refleksi yang telah
dilakukan, kesukaran murid-murid untuk menguasai kemahiran operasi bahagi yang melibatkan nilai
6-digit dengan pembahagi 2-digit berlaku kerana murid-murid mempunyai masalah dalam
menyenaraikan sifir 2-digit menggunakan kaedah Tetangga yang digunakan. Saya sedar bahawa
kesukaran murid-murid dalam melakukan operasi bahagi ini adalah disebabkan oleh kelemahan saya
semasa menerangkan tentang penggunaan kaedah Tetangga untuk menyenaraikan sifir 2-digit. Justeru,
langkah-langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.Setelah saya meneliti
isu ini, saya telah mengambil keputusan untuk memperbaiki kelemahan pada pengajaran saya. Oleh itu,
saya telah menjalankan satu kajian bagi menambah baik amalan pengajaran kaedah Tetangga dengan
menggunakan kaedah Asing dan Tambah (A&T) dalam membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi bagi melakukan operasi bahagi nilai 6-digit.
Kaedah ini dihasilkan dengan melakukan penambahbaikan kepada kaedah Tetangga yang
diperkenalkan kepada murid pada sesi pengajaran yang lepas. Antara penambahbaikan yang dilakukan
untuk memperkenalkan kaedah A&T ini adalah dari aspek penekanan konsep nilai tempat serta
petunjuk baris sifir.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menambah
baik amalan pengajaran saya bagi membantu murid-murid ini memperbaiki kemahiran mereka dalam
membahagi nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit. Hal ini adalah penting kerana kemahiran
membahagi merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. Gardella (2009) juga
mengatakan bahawa operasi bahagi merupakan salah satu prosedur yang paling sukar untuk dikuasai
oleh murid. Tanpa adanya kemahiran asas yang kukuh, murid-murid akan menghadapi kesukaran untuk
menguasai kemahiran matematik yang lain pada masa akan datang. Justeru, saya telah mengambil

keputusan untuk melaksanakan kajian bagi menambah baik amalan pengajaran kaedah Tetangga
dengan menggunakan kaedah Asing dan Tambah (A&T) dalam membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi bagi melakukan operasi bahagi nilai 6-digit.
Kaedah ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu murid-murid mahir dalam menyenaraikan sifir 2digit dengan betul. Dengan adanya bimbingan yang berterusan, keempat-empat orang murid yang
terlibat akan dapat membahagi nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit dengan betul.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran saya dalam operasi bahagi
dengan kaedah A&T bagi membantu murid-murid menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi untuk
melakukan operasi bahagi nilai 6-digit.
SOALAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan menumpukan kepada dua soalan kajian:1) Bagaimanakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran menyenaraikan sifir 2-digit
sebagai pembahagi dengan menggunakan kaedah A&T untuk melakukan operasi bahagi nilai
6-digit?
2) Bagaimanakah kaedah A&T ini dapat membantu murid dalam menyenaraikan sifir 2-digit
sebagai pembahagi untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan. Murid-murid yang dipilih ini merupakan murid-murid yang berumur 11 tahun dan
terdiri daripada dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Mereka juga dipilih
berdasarkan kesukaran mereka dalam menyenaraikan sifir 2-digit untuk menyelesaikan soalan bahagi
nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit serta pencapaian mereka dalam lembaran kerja yang diberi
semasa sesi PdP dijalankan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah memilih model penyelidikan tindakan yang diperkenalkan
oleh Lewin dan Laidlaw. Berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw


A. MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN
(1992).
Saya telah mengenalpasti satu masalah yang perlu diberi perhatian. Saya dapati bahawa murid-murid
mempunyai kesukaran dalam melakukan operasi bahagi yang melibatkan nilai 6-digit dengan
pembahagi 2-digit. Ini berlaku kerana murid-murid mempunyai masalah dalam menyenaraikan sifir
2-digit menggunakan kaedah Tetangga yang digunakan.

B. PERANCANGAN
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, saya telah menggunakan BBB untuk
memperkenalkan kaedah A&T bagi membantu murid menyenaraikan sifir yang melibatkan 2-digit
dengan mudah. Kaedah ini dihasilkan dengan melakukan penambahbaikan kepada kaedah Tetangga
yang diperkenalkan kepada murid pada sesi pengajaran yang lepas. Rajah 2 menunjukkan
penambahbaikan yang dilakukan untuk memperkenalkan kaedah A&T iaitu dari aspek penekanan
konsep nilai tempat serta petunjuk baris sifir.

Rajah 2: Kaedah A&T


Contoh penggunaan kaedah A&T untuk menyenaraikan sifir 2-digit ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:
LANGKAH

CONTOH

PENERANGAN
Setelah mengenal pasti sifir 2-digit
yang terlibat, murid-murid perlu
mencerakinkan pembahagi 2-digit iaitu
25 kepada nilai tempat puluh dan sa di
petak yang disediakan

Senaraikan sifir bagi kedua-dua


nombor 20 dan 5.

Setelah murid selesai menyenaraikan


sifir, murid dibimbing untuk
melakukan proses penambahan bagi
sifir-sifir yang sebaris.

Jadual 1: Contoh Penggunaan Kaedah A&T

C. TINDAKAN
Tiga sesi pengajaran telah dijalankan untuk melaksanakan kajian ini. Setiap sesi pengajaran dijalankan
selama sejam (60 minit) dan melibatkan kumpulan sasaran sahaja iaitu seramai empat orang murid.
Rajah 3 menunjukkan carta alir prosedur tindakan yang melibatkan tindakan-tindakan yang dilakukan
sepanjang kajian ini dijalankan.
SESI 1
Guru membimbing murid-murid cara menyenaraikan sifir 2-digit menggunakan kaedah A&T
Guru memberikan contoh-contoh sifir 2-digit yang memerlukan murid untuk menyenaraikan sifir
menggunakan kaedah yang diperkenalkan.
Lembaran kerja yang memerlukan murid-murid untuk menyenaraikan sifir 2-digit diedarkan.
Bimbingan sepenuhnya kepada murid-murid yang terlibat.

SESI 2
Guru membimbing murid untuk menggunakan kaedah A&T ini sekali lagi untuk mengukuhkan
pemahaman mereka tentang penggunaan kaedah A&T ini.
Guru memberikan contoh-contoh soalan operasi bahagi nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit.
Lembaran kerja diedarkan kepada murid-murid.
Bimbingan kepada murid-murid diminimakan.

SESI 3
Murid-murid diberikan lembaran kerja bagi menguji sejauh mana kaedah A&T dapat membantu
murid menyenaraikan sifir 2-digit untuk menyelesaikan soalan-soalan operasi bahagi nilai 6-digit
dengan pembahagi 2-digit.
Murid-murid menjawab lembaran kerja yang diberi secara individu tanpa sebarang bimbingan
daripada guru.
Rajah 3: Carta Alir Prosedur Tindakan
D. PENGUMPULAN DATA
Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data dalam kajian ini iaitu pemerhatian melalui
rakaman video, nota lapangan dan juga analisis dokumen (semakan lembaran kerja murid). Ketiga-tiga
kaedah ini digunakan bagi mewujudkan triangulasi data.
Pemerhatian Berstruktur
Melalui analisis yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan dari aspek amalan
pengajaran saya untuk topik bahagi sebarang nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit kerana penggunaan
kaedah A&T adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan kaedah Tetangga yang digunakan sebelum
ini. Murid-murid juga telah menunjukkan sikap yang positif sepanjang sesi pengajaran dijalankan. .
Murid-murid juga telah menunjukkan sikap yang positif sepanjang sesi pengajaran dijalankan.
Nota Lapangan
Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai sikap yang positif
sepanjang tiga sesi pengajaran dijalankan. Sikap positif yang ditunjukkan ini dapat membantu muridmurid untuk memahami kaedah A&T yang diperkenalkan. Selain itu, murid-murid telah melibatkan diri

dengan aktif serta saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang sesi
pengajaran dijalankan. Penglibatan murid yang aktif ini secara tidak langsung membantu murid untuk
menguasai kemahiran menyenaraikan sifir 2-digit menggunakan kaedah A&T yang telah
diperkenalkan. Keupayaan dan perkembangan murid-murid juga dapat dilihat dengan jelas. Melalui
analisis yang dilakukan, murid-murid menunjukkan perkembangan dan kemajuan yang baik bermula
daripada sesi satu sehinggalah sesi tiga. Daripada sesi satu hinggalah sesi tiga, murid-murid berupaya
memahami kaedah A&T yang diperkenalkan dan secara perlahan-perlahan menguasai keadah tersebut
untuk menyenaraikan sifir 2-digit.
Analisis Dokumen
Setelah menganalisis lembaran-lembaran kerja yang diberikan, dapat dilihat dengan jelas bahawa
terdapat peningkatan yang ketara setelah murid-murid diperkenalkan dengan kaedah A&T. Sebelum
diperkenalkan dengan kaedah A&T, murid-murid tidak dapat menjawab soalan-soalan bahagi nilai 6digit dengan pembahagi 2-digit dengan betul. Walau bagaimanapun, murid-murid berjaya menjawab
soalan- soalan bahagi nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit dengan baik setelah diperkenalkan dengan
kaedah A&T untuk menyenaraikan sifir 2-digit.
E. REFLEKSI
Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah A&T ini dapat membantu saya dalam
menambah baik amalan pengajaran saya dengan menggunakan kaedah Asing dan Tambah (A&T)
dalam membantu murid untuk meningkatkan kemahiran menyenaraikan sifir 2-digit sebagai pembahagi
bagi melakukan operasi bahagi nilai 6-digit. Ini disokong dengan hasil analisis pemerhatian yang telah
dilakukan. Selain itu, penggunaan kaedah A&T ini juga ternyata dapat membantu murid-murid
menyenaraikan sifir 2-digit untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit dengan pembahagi 2-digit. Ini
dapat dilihat dengan jelas pada hasil analisis nota lapangan serta lembaran kerja. Secara keseluruhannya,
penggunaan kaedah A&T sememangnya merupakan satu cara yang efektif dan sesuai dalam membantu
saya menambah baik amalan pengajaran kaedah Tetangga dengan menggunakan kaedah Asing dan
Tambah (A&T) dalam membantu murid untuk meningkatkan kemahiran menyenaraikan sifir 2-digit
sebagai pembahagi bagi melakukan operasi bahagi nilai 6-digit. Kaedah A&T ini juga telah membantu
murid dalam menyenaraikan sifir 2-digit untuk melakukan operasi bahagi nilai 6-digit dengan
pembahagi 2-digit. Justeru, objektif kajian yang ditetapkan berjaya dicapai.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Pengaplikasian kaedah A&T tanpa menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) bagi
mengelakkan kebergantungan murid-murid terhadap BBB untuk menyenaraikan sifir 2-digit.
2) Menambahkan bilangan soalan dengan mempelbagaikan nilai pembahagi 2-digit untuk
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai jenis soalan bahagi nilai 6-digit yang mempunyai
pembahagi 2-digit yang berbeza-beza.
RUJUKAN
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. (2nd Ed.). pp. 221. New Jersey: Pearson/Merrill Prentice Hall
Gardella, F.J. (2009). Introducing Difficult Mathematics Topics in the Elementary Classroom: A
Teachers Guide to Initial Lessons. New York: Routledge
John Back. (2007). Difficulties with Division. Daripada http://nrich.maths.org/5450

You might also like