Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - Perbezaan

KBSR dan KSSR

Perbezaan KBSR dengan KSSR

PENGENALAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang
telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi
asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf
rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan
daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan
Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi
berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah,
sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSR


KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan
ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama
Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada
tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula
di semua sekolah rendah seluruh negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi
ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui
pengalaman.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan
alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama
dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang
diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik.
Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah
bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira

~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.


Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang
perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan
alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama
dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat
kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi
diserapkan melalui :
I.
Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada
penyerapan ilmu pengetahuan.
II.
Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
III.
Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara
harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara
berasingan.
IV.

Kesepaduan antara teori dan praktik.


Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid
memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi
dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk
semangat kerja antara satu sama lain.

LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji
rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR
dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara


menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR
adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen
merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses
transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR
mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I.
Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR
iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara
unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain
yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.
II.
KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum. Keduadua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana
pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk
perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam
bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR


Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka
bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian
masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I.

Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi,
Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini
direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan
negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem
pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam
tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal
dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam
KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop
pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka
untuk menjalani independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di
mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan
sebagai modul.

II.

Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa
perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh
guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan
standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard
Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat
perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta
teknik mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan
murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid
tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan
dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahanbahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di

dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini
diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular
telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara
interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat
dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala
dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR
ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan
dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada
penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi
4M.

V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK
diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai
penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini
diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang
holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

VI.

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah
penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding
pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan
penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian
dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru
menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan
proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif.
Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahan-perubahan


yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak
perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan.
Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara
kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahirankemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini
meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahirankemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa
hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

You might also like