Munakahat Dan Perubatan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar

Nikah)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1
yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah
membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf
(Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan
baUYhawa anak zina atau anak di luar nikah (anak
tak sah taraf) sama ada diikuti dengan
perkah77winan kedua pasangan ibu bapanya atau
tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada
Abdullah.

Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah


Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam
PersidanganJawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 30 April 1975 telah
membincangkan Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah
Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam. Persidangan telah
memutuskan bahawa:
Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam akanterputus jika
salah seorang daripadanya memeluk agama Islamtetapi jika yang seorang
lagi memeluk agama Islam juga dalammasa iddah itu maka kekal nikah
mereka.

Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pasangan suamiisteri


yang bukan beragama Islam memeluk agama Islam makahendaklah diberi
penerangan kepada mereka mengenai terpisahnyayang akan berlaku
(tertalak) jika seorang lagi tidak memelukagama Islam dan hendaklah
dinasihat dan dipujuk yang seoranglagi itu dengan hikmah supaya ia
memeluk agama Islam juga.

Perubatan

Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan


Penyelidikan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5
Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum
Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan. Muzakarah
telah memutuskan:

Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh


Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya dan meneliti faktafakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang
telah dikemukakan.

Muzakarah juga menegaskan bahawa hukum asal pendermaan


jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat
menitikberatkan penghormatan ke atas jasad manusia sama ada
sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat
banyak nas-nas syarak berhubung dengannya, antaranya suruhan
tajhiz al-mayyit seperti mandi, kafan, solat dan pengkebumian,
larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.

Muzakarah berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia,


pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan
penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih
belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap
penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh
dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi
mana kaedah alternatif boleh dikemukakan sebagai jalan
keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa
perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang
Islam.

4. Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syarak tersebut,


Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad
atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah
haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:
(i) Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya
perlu diikuti sebagaimana kaedah:


Maksudnya:Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan
kehormatan adalah diharamkan
Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:


Maksudnya:Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan
kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana
haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu
ini.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(ii) Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan


pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan
tersebut.
(iii) Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk
tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau
dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi

You might also like