Surat Makluman Jubli Perak Polis

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIL IKTISAM (SABK)

BATU 28 JALAN PADANG SANAI, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.
NO. TEL: 04 786 4875
NO. FAX : 04 786 4157
E-MAIL : smadariliktisam.ppdptp@gmail.com

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami : SMADI/40/006/2
Bil.(2)

Tarikh : 20 Ogos

2015
Ketua Balai,
Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap,
06300, Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
MEMOHON BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN UNTUK MAJLIS PERAYAAN JUBLI PERAK
SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIL IKTISAM
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah
mengadakan Majlis Perayaan Jubli Perak pada ketentuan berikut :
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

Agama

Daril

Iktisam

akan

08, 09, 10 September 2015


Selasa, Rabu & Khamis
08.00 pagi hingga 10.30 malam
Sek.Men.Agama Daril Iktisam

3.
Untuk makluman pihak tuan, pada 8 September 2015 akan diadakan slot motivasi bersama
salah seorang Pencetus Ummah yang terkenal iaitu Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini atau
lebih dikenali sebagai PU Yeop. Pada malam tersebut pihak penganjur menjangkakan kedatangan
pengunjung yang ramai dan amat memerlukan bantuan dari pihak tuan. Pada 9 September 2015 pula
pihak penganjur memerlukan bantuan kawalan trafik sempena majlis perasmian yang akan
dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato Seri Mukhriz bin Mahathir. Bersama ini disertakan
lampiran aturcara dan pelan jalan raya untuk perhatian tuan.
4.
Oleh itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi perhatian dan kerjasama untuk
membantu kami mengawal keselamatan lalulintas sepanjang tiga hari majlis perayaan berlangsung.
Pihak sekolah turut mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberi.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
............................................
En.Abd.Ghani bin Abidin,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sek.Men. Agama Daril Iktisam.
Tarikh : 20 Ogos 2015
s.k

i.
ii.

JK induk Perayaan Jubli Perak SMADI


Fail

You might also like