Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
JABATAN PENDIDIKAN PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon : 05-501 5000 Faks : 05-527 7273 “4 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” J.Pel.PK(AM)5134/07/008 ( 8 ) Tarikh:.2& Syawal 1436 12, Ogos 2015 ‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri Perak ‘Semua Pengetua /Guru Besar, ‘Sekolah Seluruh Negeri Perak Tuan/Puan, PELAKSANAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA: PROGRAM KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN), PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAN SEKOLAH 2015 Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas mengenai surat KPMSP.600-1/4/26 (12) bertarikh 02 Julai 2015 seperti di lampiran. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan program tersebut dan akan mengadakan sambutan tersebut di peringkat kebangsaan pada tarikh yang dicadangkan. 3. Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai tanda sokongan kepada program ini akan mengadakan sambutan di peringkat JPN, PPD dan sekolah. Oleh yang demikian semua PPD dan sekolah seluruh negeri Perak dikehendaki melaksanakan program tersebut di peringkat PPD dan sekolah 4. PPD dan sekolah dikehendaki melaksanakannya dengan melibatkan semua warga PPD dan sekolah masing-masing. Pengetua / Guru Besar bolehlah merancang pengisian program.dengan mengambil kira 3M iaitu murah, menarik dan mudah dilaksanakan. PPD dan sekolah boleh mengadakan pertandingan, pertunjukan, bengkel, seminar atau aktiviti riadah yang berkaitan dengan sukan dan kegiatan fizikal yang mengeluarkan peluh, seperti aktiviti senamrobik dan program pembangunan sukan sekolah iaitu pertandingan antara kelas, rumah sukan, asrama (dorm) dan lain-lain yang difikirkan sesuai 5. Bersama-sama ini dilampirkan borang pengumpulan data penglibatan pegawai, staf PPD, guru dan murid sekolah serta aturcara program Hari Sukan Negara peringkat PPD / sekolah masing-masing untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap 1 Ce eo “CINTAILAH BAHASA KITA’ v (Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) diisi hendaklah dikembalikan kepada Unit Sukan, JPN Perak di alamat; Pusat Kecemerlangan Sukan, Unit Sukan JPN Perak, Jalan Temenggung, Off Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh, Perak dan salinan kepada PPD masing-masing sebelum atau pada 30 September 2015. 6. Mohon jasa baik tuan agar dapat mengambil perhatian mengenai aspek pengurusan penganjuran dan keselamatan mengikut ‘Standard Operating Prosedures' (SOP) yang ditetapkan agar program berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Tuan/puan dikehendaki menghantar laporan pelaksanaan aktiviti (berserta 3 gambar pegun) dalam tempoh 7 hari selepas tamat program kepada PPD masing-masing 7. Kerjasama dan sokongan tuan amatiah dihargai. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut sila hubungi En. Kamaruddin bin Ghazali di talian 05-2423727 atau 012- 5175758. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang ménurut perintah, (HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAIL, awe. PPT.) Pengarah Pendidikan Negeri Perak. sik, 1. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Lampiran HARI SUKAN NEGARA 2015 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK A. B, Cc. D. m NAMA PPD / SEKOLAH KOD SEKOLAH DAERAH : TARKH PELAKSANAAN : 410 OKTOBER 2015 JUMLAH YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM: i. BILANGAN GURU. ii BILANGAN MURID : ii, BILANGAN PEGAWAI DAN STAF : iv. BILANGAN IBU BAPA CADANGAN ATURCARA PROGRAM (LAMPIRAN JIKA TIDAK MENCUKUPI RUANG) PENGESAHAN : TARIKH : (KEMBALIKAN BORANG SEBELUM / PADA 30 SEPTEMBER 2015)

You might also like