Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Artifak

Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan


senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh prasejarah negara
Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui
iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan
Melaka di sekitar tahun 1400. Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak
prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat
daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah
ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan
yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era
kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga
abad ke-13.
Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik
sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi
menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti
penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di
kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di
Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.
Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian
utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor.
Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan
yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan
kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui
pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang
yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan
hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

You might also like