Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas

Guru Malaysia pada 3 November 2010 menegaskan Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah
yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Tambah beliau lagi Kreativiti dan inovasi amat
dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing
dalam abad penuh cabaran ini. Kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi.
Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar.

Pembelajaran dan pengajaran (PdP) perlu diteliti semula oleh guru supaya PdP tidak lesu,
tidak stereotype, menggembirakan murid, berkesan dan sesuatu yang dinanti-nantikan murid. Cara
penyampaian maklumat adalah kaedah dan teknik pengajaran yang perlu dikuasai dengan sempurna
oleh guru. Oleh itu, atas kesedaran dalam kalangan pengamal PdP di negara maju, mereka telah
mencipta kaedah-kaedah PdP yang lebih inovatif dan kreatif bagi pelajar-pelajar agar pelajar
generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baharu yang bakal
timbul secara professional, berkeyakinan, berwibawa, berketrampilan dan kompeten.

Salah satu cara PdP ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based
Learning/PBL). Keberkesanan PBL bergantung kepada kreativiti dan inovasi guru dan murid. Pelbagai
situasi, isu, kes, dan keadaan tercipta dalam penyelesaian masalah berdasarkan PBL ini. Sebagai contoh
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menggunakan pendekatan 60 % amali dan 40 % teori. Latih amal di
universiti ini kebanyakannya menggunakan PBL
Rujukan
Teks Ucapan, YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri,
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Kali Ke-41 pada 16 Mei
2012 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. KUALA KANGSAR, PERAK

http://srikukup.pontian.edu.my/mainsite/index.php/2015/01/inovasi-dan-kreativitidalam-pembelajaran-pengajaran-bahagian-1/

http://tuninipot.blogspot.com/p/cerita-guru.html

Sekalung tahniah buat Yasmin Noorul Amin, guru kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
La Salle kerana tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia. Guru berumur 38 tahun ini yang sebelum
ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan telah disenarai pendek untuk anugerah
Hadiah Guru Global.

Sumber: Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik


Dunia http://www.hasrulhassan.com/2015/01/yasmin-guru-la-salle-tersenaraiguru.html#ixzz3ir0DbCxr
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia
dianjurkan oleh Yayasan Varkey GERMS yang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di
dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.
Sumber: Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik
Dunia http://www.hasrulhassan.com/2015/01/yasmin-guru-la-salle-tersenaraiguru.html#ixzz3ir0P4ezV
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia


Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noorul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini
pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008.
Memetik kata-kata guru ini di dalam The Star - "An engineer by thinking. A chemistry teacher by
profession. That sums up who I am" memang terbaiklah.

Menjadi Guru Untuk Penuhi Impian Bapa


Yasmin Noorul Amin sebelum ini merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta 13 tahun
dahulu. Dia kemudiannya berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya
menjadi seorang pendidik. Langkah drastik itu telah mengakibatkan Yasmin Noorul Amin tidak
menyesal malah dia kini menyanyangi kerjaya pendidik yang sedang dipegang.
Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenaraipendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia. Dan
pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 calon terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GERMS.
Pengumuman 10 calon dan juga pemenang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai
pada 16 Mac 2015.
Anugerah setaraf 'Hadiah Nobel' ini beroperasi di bawah naungan Presiden Emiriah Arab Bersatu
(UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan
Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen
perguruan.
Wahh .. hebat hebat. Bagus juga yayasan ini memberikan pengiktirafan tertinggi sebegini kerana
kerjaya seorang guru atau pendidik bukannya mudah.
Saya doakan agar Cikgu Yasmin berjaya mengharumkan negara, dan meletakkan guru-guru
Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Syabas.
Sumber: Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik
Dunia http://www.hasrulhassan.com/2015/01/yasmin-guru-la-salle-tersenaraiguru.html#ixzz3ir19KKU9
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

http://www.hasrulhassan.com/2015/01/yasmin-guru-la-salle-tersenarai-guru.html#ixzz3ir0DbCxr

Pengajaran Berbantukan Komputer


Edit 0 38
Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang
kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia.
Pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi di dalam
kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan kemudian guru dan
pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai contoh, laman web yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran iaitu, http://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang
amat berguna buat guru dan pelajar.

Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas.
Pengajaran berbantukan komputer
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu
menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan
perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio,
video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar
menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai
jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir
dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat
dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan
menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan kemajuan pesat
teknologi ini pada hari ini.

Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan


bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati
arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia
bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,

tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang
lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program
menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali
dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di


sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta
sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya
persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi
terkini.
Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang
menggunakan komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami
dan minat dengan penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer
dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu
guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di
samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang
di sampaikan.
Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru
supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya
dalam bidang IT.
3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar
disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

Pada pendapat saya, dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini
pengajaran berbantukan komputer amat perlu bagi menarik minat pelajar di
dalam satu-satu subjek. Perkembangan IT telah membawa implikasi yang sangat
besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Antara satu yang sering
diaplikasikan adalah seperti permainan pendidikan yang berorientasikan
pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar
dapat mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat
unsur-unsur hiburan dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah.
Pada masa yang sama pelajar mempelajari kemahiran baru dalam sistem
pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran komputer di sekolah
membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun, sejauh mana keberkesanannya serta penggunaanya dapat digunakan
oleh semua sekolah di Malaysia. Adakah ada cara lain untuk membantu sekolah
pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan komputer? Mereka akan jauh
ketinggalan daripada pelajar yang berada di bandar yang sememangnya mahir
dalam penggunaan komputer. Di sini, kita akan melihat jurang pendidikan itu
sendiri mengalami suatu ketidakseimbangan dalam pendidikan.
Ia di sini berdasarkan pengalaman saya mengajar di Miri, walaupun kemudahan
disediakan ianya hanya pelajar-pelajar dari Kelas KRK yang dibenarkan
menggunakan kerana termasuk dalam jadual waktu mereka dan biasanya
pelajar-pelajar KRK ini datangnya dari SES yang baik. Bagaimana pula bagi
pelajar-pelajar kelas lain yang mungkin datang dari SES yang rendah..sudahlah
di rumah mereka tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet, di sekolah
pula seperti di anak tiri kan oleh pihak sekolah. Seterusnya golongan ini akan
terus ketinggalan dan pengajaran berbantukan komputer ini hanya dipelopori dan
di kuasai oleh sebahagian kecil sahaja.
Pelajar-pelajar yang datang daripada SES yang rendah selalunya mempunyai
pencapaian akademik yang rendah tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti kognitif
dengan memuaskan dan ini menyebabkan mereka memperolehi markah yang
rendah.Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994),
Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk
mengingat kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah
ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988)
membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan

menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Kaedah


pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir
seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan,
membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan
masalah (Meister & Rosenshine 1992). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui
pengajaran berbantukan komputer (PBK) kerana dengan menggunakan kaedah
PBK pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan
berkesan.
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya
pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana
pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan
pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang
bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat
dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan
komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya
akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan
faham. (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998).
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran
dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada
pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara
tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru
tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat
Dewasa kini, Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar
terutamanya dalam konteks pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang boleh
digunakan untuk membantu guru-guru mengajar dengan lebih effektif. Bentuk
pengajaran ini dikenali sebagai Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
PBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang
semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan
Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dikenali sebagai perisian pendidikan
dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan
(programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia
(multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu

objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan
komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
PBK ialah perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif
seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna
berinteraksi dengan computer serta menerima maklum balas darinya. Pendidikan
secara konvensional perlu digantikan dengan cara yang lebih menarik, seperti
PBK. Melalui PBK ia seharusnya dapat memberikan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Murid- murid lebih tertarik
dengan pengajaran yang diajar dan mereka dapat menumpukan perhatian
didalam pembelajaran mereka. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian
pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996)
menekankan bahawa tujuan utama perisian PBK dibangunkan adalah untuk
menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat
komersial.
Akan tetapi guru perlu memastikan teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam
perisian pendidikan tersebut tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik
yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya
agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya.
PBK iaitu pengajaran berbantukan komputer adalah salah salah satu medium
terkini yang sedang digunakan disemua sekolah bagi memudahkan sesi
pembelajaran didalam kelas. Ini memberi kelebihan kepada guru-guru dalam
sesi P & P dan memudahkan murid lebih mudah memahami dengan bantuan
alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru.
Penggunaan Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat
antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara
( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta
bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar,
video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun
dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa
lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.
Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri
dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang
sama,.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Menyedari
potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan, maka
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar
dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan
telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini,
Kementerian Pendidikan telah:

1.

menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan
pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan

2.

melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang


disediakan

3.

merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan


rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan
perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat
Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh
institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tinggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga
telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains,
matematik,bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan
komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan
menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira
dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994).
Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia
dipanggil Computer Aided Instruction dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti Computer Based
Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction,
Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction,
dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada
orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang
pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini
Wati Abas 1994;Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang paling
popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat,manakala CAL lebih popular di
negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya
adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh para pendidik untuk menjamin
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan
dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih, iklim dan falsafah
ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada tahun 1990an, keaktifan penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran nampaknya semakin terserlah bukan sahaja di luar negara malah
di dalam negara kita juga.Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu projek perintis kenal
faham komputer di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek ini merupakan usaha awal Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan komputer sebagai alat
pengajaran di samping meningkatkan program kesedaran dan literasi komputer di sekolah (Yusup
Hashim 1998).

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan rakan-rakan semua. Namun disebalik
penerapan kaedah pembelajaran teknologi ini, terdapat juga beberapa masalah
yang dihadapi. Antara masalah yang dihadapi ialah faktor kepakaran, faktor
teknikal, faktor masa dan faktor kewangan.

You might also like