Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

PENGGUNAAN TEKNIK BALANG 123 (B123)

BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG


DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Alvin Adath
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
1.0 PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan satu dokumen yang
dijadikan panduan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga
kemahiran yang diterapkan di dalam sukatan pelajaran dan perlu dikuasai oleh semua murid.
Kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Namun, dewasa ini kemahiran lisan kurang diberikan perhatian menyebabkan kebanyakan
murid kurang cekap dalam berbahasa.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1999:3-4), kemahiran lisan ialah satu aspek pengajaran
dan pembelajaran bahasa yang amat penting dan utama. Kemahiran lisan ialah kemahiran asas
yang perlu dikuasai oleh seseorang murid sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain
seperti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, seorang murid yang dapat menguasai kemahiran lisannya dengan baik, dijangka dapat
juga menguasai kemahiran-kemahiran lain dengan sempurna. Penguasaan kemahiran lisan
memainkan peranan penting dalam penguasaan berbahasa seluruhnya.
Menurut Sulaiman Masri et.al (1994:29-30), salah satu aspek yang terangkum di
dalam kemahiran bertutur ialah aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah satu sistem, peraturan atau
undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Dalam pertuturan
(lisan) walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk
memperoleh kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan, aspek ini haruslah
ditekankan. Melalui aspek tatabahasa ini, murid perlu memilih dan menggunakan perkataanperkataan yang tepat dan betul.
Raminah Hj Sabran (1989:6) menyatakan bahawa tatabahasa merupakan aspek bahasa
yang terpenting yang wajib dikuasai oleh seseorang penutur kerana tanpa pengetahuan ini,
1

seseorang itu akan menghadapi masalah. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penutur mestilah mengetahuinya
serta boleh menggunakannya dengan betul di dalam konteks yang sesuai. Kesalahan
penggunaan kata-kata sapaan dan rujukan dalam masyarakat penutur bahasa Melayu boleh
menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar.
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2004: 29) pula, menyatakan kata ganti nama
ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas dan kata nama am
dalam ayat. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata ganti nama diri orang,
kata ganti tunjuk, kata ganti tanya dan kata nama umum. Kata ganti nama diri orang dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama diri pertama, kata nama diri kedua dan kata ganti
nama diri ketiga.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kelas 4 Marikh merupakan kelas yang mempunyai seramai 39 orang murid yang
terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 27 orang murid perempuan. Kelas ini terdiri
daripada murid yang mempunyai tahap kognitif yang hampir sama kerana murid dibahagikan
kelas mengikut tahap pencapaian mereka semasa ujian akhir tahun yang lepas.
Walaupun kebanyakan murid dalam kelas ini dapat menguasai kemahiran membaca
dan menulis dengan baik namun tahap penguasaan mereka aspek tatabahasa agak lemah
terutamanya semasa menggunakan kata ganti nama diri orang dalam perbualan. Saya sungguh
terkejut kerana terdapat beberapa orang murid yang masih belum dapat mengenal pasti kata
ganti nama diri orang yang sesuai dalam situasi yang diberikan apabila saya membuat satu
aktiviti main peranan menggunakan kata ganti diri orang yang sesuai mengikut situasi. Hal ini
membuatkan saya ingin mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap kata ganti nama diri
orang ini. Sebaik sahaja waktu pengajaran dan pembelajaran tamat, saya telah berjumpa
dengan cikgu bahasa Melayu kelas 4 Marikh, Puan Azlida untuk bertanyakan mengenai
masalah ini. Hasil daripada temu bual tersebut didapati murid tahun 4 sudah mempelajari kata
ganti nama diri orang semasa di tahun 3 dahulu.
Namun, saya akui kesilapan dan kelemahan saya sebelum ini kerana tidak
menerangkan terlebih dahulu mengenai kata ganti diri orang sebelum mereka melakukan
aktiviti main peranan berdasarkan situasi yang diberikan. Oleh sebab itu, mereka sering
2

melakukan kesilapan semasa menggunakan kata ganti nama orang kepada rakan berdasarkan
situasi yang diberikan.
Berdasarkan masalah ini, saya telah membuat ujian khas iaitu ujian pemahaman untuk
melihat tahap penguasaan mereka. Namun apa yang mengecewakan saya ialah kebanyakan
murid seolah-olah tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti diri kita, kami, beliau,
patik dan tuanku. Mereka juga tidak mampu mengkategorikan kata ganti nama diri mengikut
kumpulannya. Oleh itu, timbul kegelisahan pada saya memandangkan di dalam ujian
pemahaman terdapat sekurang-kurangnya dua soalan untuk menguji kata ganti nama diri dan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KSSR) menyatakan murid mampu menggunakan
kata ganti nama yang sesuai dalam perbualan.
Selepas menyemak hasil soalan pemahaman murid, didapati 10 orang murid yang
lemah dan banyak melakukan kesalahan. Antara sikap yang sering dilihat pada murid tersebut
adalah seperti pasif atau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan secara lisan. Sering
termenung, dan tidak memberikan perhatian pada ujaran guru. Apabila ditanya, mereka akan
menjawab Tak fahamlah cikgu, Tak tahulah cikgu, Macam mana nak buat? dan
macam-macam lagi.
Justeru, saya perlu membuat pembaharuan dan mempelbagaikan bahan pengajaran
bagi menarik minat murid serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap kata ganti nama
diri orang. Saya bercadang untuk menggunakan Balang 123 (B123) sebagai bahan pengajaran
bagi mengatasi masalah kekeliruan mengenai kata ganti nama diri orang.

3.0 AMALAN NILAI PENDIDIKAN


Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu (KSSR BM) adalah
untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Masalah
ini perlu diatasi bagi mengelakkan murid terus tercicir dalam pengajaran.

Berdasarkan

objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun Empat (2003:15)
ada dinyatakan bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menggunakan
kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. Berdasarkan objektif yang
terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, saya telah memikirkan
satu alat bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran saya supaya masalah ini tidak
berlarutan dan dapat diatasi dengan segera bagi membolehkan murid mampu mencapai
prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan.
Menurut Asraf (2007:10), aspek tatabahasa merupakan komponen yang penting di
dalam ketiga tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid iaitu kemahiran lisan, membaca
dan menulis. Walau bagaimanapun, saya

memberi tumpuan yang lebih kepada aspek

tatabahasa dalam kemahiran lisan memandangkan kemahiran lisan merupakan kemahiran


yang paling asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum melangkah kepada kemahiran
membaca dan menulis. Kefahaman pengunaan kata ganti diri pada akar umbi akan
membolehkan murid mengaplikasikan pengunaan kata ganti nama diri dalam ketiga-tiga
kemahiran.
Berdasarkan Teori Behavioris, sesuatu tingkahlaku yang dilazimkan akan membentuk
kebiasaan. Teori ini juga menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan satu teknik yang
berkesan untuk memastikan apa yang diajarkan diingati oleh murid. Apabila peserta kajian
sudah memahami konsep kata ganti nama diri, dapat mengkategorikan kata ganti nama diri
mengikut kumpulan, mereka akan melahirkan kefahaman mereka melalui aktiviti main
peranan. Kenyataan ini disokong pula oleh Teori Pembelajaran Mentalis oleh Noam Chomsky
sebagai competence (keupayaan) dan performance (pertuturan). Menurut Ee Ah Meng
(1995:12), Chomsky menyatakan bahawa competence dan performance adalah sangat
penting. Competence berada di dalam otak dan dapat diertikan sebagai satu sistem rumusrumus yang mampu melahirkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas banyaknya. Competence
juga berkaitan pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Manakala, performance pula ialah

unsur yang berada di luar dan dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyibunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya.

4.0 FOKUS MASALAH/ ISU KEPERIHATINAN


4.1 TINJAUAN MASALAH
Kajian yang dijalankan ini berkait rapat dengan sistem bahasa iaitu tatabahasa tetapi
diaplikasikan dalam kemahiran lisan. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 4 yang ada menyatakan bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi
dalam perbualan.
Pelbagai cara saya lakukan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dalam isu memahami konsep kata ganti nama diri. Berdasarkan kajian ini, saya menggunakan
lima instrumen bagi mengenal pasti masalah ini dengan lebih jelas. Instrumen yang digunakan
adalah ujian pencapaian awal, temu bual, pemerhatian, bukti dokumen dan soal selidik.
Berdasarkan analisis dokumen ujian TOV 1 dan buku tatabahasa peserta kajian,
didapati antara kesalahan yang dilakukan adalah menggunakan kata ganti nama diri orang
saya, kami, kita, beta, hamba dan patik. Penggunaan kata ganti nama diri yang
tidak sesuai dan kurang tepat membuktikan bahawa peserta kajian kurang menguasai konsep
kata ganti nama diri orang ini. Berdasarkan Ujian Pencapaian Awal pula, didapati bahawa
sepuluh orang murid mendapat markah rendah dalam ujian yang dijalankan dengan hanya
dapat menjawab 4 soalan dengan betul daripada 15 soalan yang diberikan (markah = 27 ).
Hasil temu bual ke atas peserta kajian menyokong lagi masalah tersebut apabila ada di antara
peserta kajian yang menjawab Mmm..faham..tak faham kot..entahlah, Faham! Tapi
kadang-kadang tak faham cikgu. Akhir sekali, instrumen soal selidik memberi maklumat
bahawa peserta kajian keliru dengan kata ganti nama diri terutama ketika berkomunikasi serta
untuk menjawab soalan pemahaman apabila 10 orang peserta kajian (100 peratus) memberi
jawapan Ya iaitu keliru dengan penggunaan kata ganti nama diri orang ini.

4.2 FOKUS KAJIAN


Berdasarkan analisis masalah yang telah dihuraikan dengan terperinci sebelum ini
menunjukkan bahawa masalah ini boleh memberi impak yang besar terhadap penguasaan
tatabahasa dan kemahiran lisan kerana kelemahan menguasai elemen tatabahasa akan
menyebabkan mereka keciciran dalam pembelajaran dan tidak mampu berkomunikasi dengan
santun. Fokus kajian pada kali ini berkaitan dengan penggunaan kata ganti nama diri orang,
iaitu aspek tatabahasa dalam kemahiran lisan sahaja. Elemen seperti sebutan, intonasi, jeda,
tekanan, penggunaan ayat tidak akan diambil kira.

5.0 TINJAUAN LITERATUR


Kajian Tentang Kata Ganti Nama Diri
Menurut Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor (2004: 29) menyatakan kata ganti
nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas dan kata nama am
dalam ayat. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata ganti nama diri, kata
ganti tunjuk, kata ganti tanya dan kata nama umum. Kata ganti nama diri dapat dibahagikan
kepada tiga iaitu kata nama diri pertama, kata nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Mohd Izudin Azhan menyatakan bahawa kebanyakan murid selalu keliru dengan kata
ganti nama diri dan sering kali membuat kesalahan ketika menjawab soalan pemahaman,
berkomunikasi dan membuat karangan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati
bahawa tahap penguasaan kata ganti nama diri murid lemah dan biasanya membuat kesalahan
berkaitan kata ganti nama diri untuk istana.

Kajian Tentang Aktiviti Main Peranan


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994:41), main peranan melibatkan murid-murid
mengambil bahagian sebagai watak-watak yang berlainan yang mungkin mempunyai
persamaan atau tidak berkaitan dengan pengalaman peribadi mereka. Main peranan ialah satu
teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Melalui
teknik ini murid murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
Biasanya main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau
6

keadaan dan kemudian menyakinkan tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelola dalam kumpulan.
Abdul Aziz Abd Talib (2000: 23), pula menyatakan teknik simulasi juga disebut
sebagai teknik main peranan merupakan teknik untuk melatih bahasa lisan murid iaitu guru
mengendalikan sesuatu situasi yang perlu diterangkan kepada murid. Setelah murid
memahami situasi tersebut, beberapa orag daripada mereka akan disuruh menghidupkan
situasi tersebut atau dengan kata lain memainkan peranan tersebut.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif am:
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid menguasai kata ganti
nama diri orang bagi menjawab soalan pemahaman kertas 1 disamping meningkatkan
kemahiran lisan murid menggunakan kata ganti nama diri yang betul dalam kontek seharian.

Objektif Khusus:
1. Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep kata ganti nama diri orang dengan
menggunakan Balang 123 (B123).
2. Meningkatkan kebolehan murid menggunakan kata ganti nama diri orang yang betul
mengikut konteks dalam aktiviti lisan.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan murid tahun 4 Marikh yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Bandar Anggerik, Shah Alam. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang peserta kajian daripada
kelas tersebut. Kajian yang dilakukan berkaitan dengan aspek tatabahasa, iaitu kata ganti
nama diri orang yang diaplikasikan dalam kemahiran lisan.
Berdasarkan soal selidik demografi berkaitan dengan latar belakang peserta kajian
mendapati bahawa terdapat dua peserta kajian menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
7

pertuturan di rumah. Hal ini menyebabkan masalah penguasaan bahasa Melayu berada pada
tahap yang lemah kerana kurang diberikan pendedahan untuk menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi. Justeru itu, dua orang peserta kajian ini mengalami masalah
menggunakan kata ganti nama diri orang dalam perbualan kerana diganggu oleh sistem
tatabahasa bahasa Inggeris.
Lapan peserta kajian yang lain dalam kategori keluarga yang berpendapatan rendah.
Menurut Raminah Hj. Sabran (1989: 156), kedudukan taraf sosioekonomi ibu bapa
mempunyai pertalian yang rapat dengan perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak.
Kajian terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan kanak-kanak daripada
keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan
lebih baik daripada kanak-kanak kelas bawahan. Justeru, saya merasakan peserta kajian ini
perlu diberikan bimbingan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap penguasaan kata
ganti nama diri orang dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan berbahasa
dengan baik.
Jadual : Latar Belakang Prestasi Akademik Peserta Kajian
Peserta Kajian

Jantin

Tahap pencapaian

M1

a
L

Sederhana

M2

Sederhana

M3

Sederhana

M4

Lemah

M5

Sederhana

M6

Sederhana

M7

Sederhana

M8

Sederhana

M9

Sederhana

M10

Lemah

Data tahap pencapaian peserta kajian diperoleh daripada analisis markah Ujian
Pencapaian Awal. Berdasarkan kepada data tersebut, peserta kajian berada pada tahap
pencapaian sederhana dan lemah. Hal ini menunjukkan, peserta kajian perlu diberikan
8

bimbingan yang lebih kerap bagi mengelakkan mereka daripada keciciran dalam sesuatu
kemahiran yang diajarkan.
Terdapat dua orang peserta kajian yang berada pada tahap pencapaian lemah. Dua
orang peserta kajian tersebut merupakan murid yang menggunakan bahasa Inggeris dalam
interaksi seharian mereka.
8.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
8.1 Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
Tindakan kajian yang dijalankan menggunakan model Lewin dan model Laidlaw
sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini.

Terdapat lima peringkat yang dinyatakan dalam model Lewin dan Laidlaw. Peringkatperingkat tersebut adalah peringkat mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan,
melihat kesan tindakan dan refleksi. Berikut merupakan huraian bagi setiap peringkat yang
terdapat dalam model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Peringkat pertama berkaitan dengan mengenal pasti aspek amalan yang perlu
diperbaiki. Saya telah membuat analisis kertas ujian TOV 1, pemerhatian berstruktur, temu
9

bual, soal selidik dan ujian pencapaian awal. Hasil daripada analisis instrumen tersebut, saya
mendapati bahawa amalan yang perlu diperbaiki dalam kalangan peserta kajian adalah
kekeliruan menggunakan kata ganti nama diri orang sama ada dalam situasi lisan mahupun
untuk menjawab soalan pemahaman. Tambahan pula, berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 4 yang perlu dicapai oleh semua murid, penggunaan
kata ganti nama diri orang diberi penekanan dalam kemahiran lisan.
Hal ini memberikan satu suntikan kepada saya untuk berusaha mengubah aspek
amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran yang lalu, saya mendapati
bahawa sepuluh orang murid tidak dapat menggunakan kata ganti diri orang dengan betul
serta tidak boleh mengenal pasti kedudukan kata ganti diri orang mengikut kumpulannya
melalui ujian pencapaian awal yang telah dilakukan. Sepuluh orang murid yang mengalami
masalah penggunaan kata ganti nama diri orang dijadikan peserta kajian saya pada kali ini.
Saya juga telah membuat temu bual berstruktur terhadap peserta kajian untuk melihat tahap
kefahaman mereka tentang kata ganti nama diri orang serta soalan soal selidik demografi
peserta kajian untuk mengukuhkan lagi isu kajian saya.
Seterusnya, peringkat yang kedua ialah perancangan. Saya merancang untuk
menggunakan kaedah Balang 123 untuk meningkatkan kefahaman murid tentang kata ganti
nama diri orang. Balang 123 digunakan sebagai satu instrument yang dapat membantu
murid untuk menguasai Kata Ganti Nama Diri. Berdasarkan Balang 123 ini, peserta kajian
akan dibimbing untuk memahami konsep kata ganti nama diri orang, mengenal pasti kata
ganti nama orang mengikut kumpulan, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri
kedua dan kata ganti nama diri ketiga serta mengaplikasikan penggunaan kata ganti nama diri
orang dalam aktiviti lisan melalui main peranan.
Selanjutnya, dibincangkan pula peringkat ketiga, iaitu peringkat tindakan. Pada
peringkat ini Balang 123 digunakan sepanjang proses intervensi. Berikut merupakan
perancangan tindakan yang dilaksanakan:
i)

Balang 123 ini dihasikan dengan menggunakan baling plastik. Terdapat empat

balang yang digunakan iaitu Balang 1 berkaitan dengan kata ganti nama diri orang pertama
dan kata ganti nama diri orang kedua. Balang 2 pula berkaitan dengan kata ganti nama diri
orang

kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Seterusnya, Balang 3 pula

mengandungi kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata

10

ganti nama diri orang ketiga. Akhir sekali, Balang 123 berkaitan kata ganti nama diri orang
pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
ii)

Setiap balang ini digunakan mengikut minggu intervensi yang dijalankan. Selama

empat minggu intervensi dijalankan dengan lapan kali perjumpaan. Setiap kali intervensi,
peserta kajian akan diminta untuk mencabut sekeping kertas berupa teks yang mengandungi
kata ganti nama diri orang. Saya menggunakan kaedah pengajaran secara induktif, iaitu
memberikan contoh-contoh terlebih dahulu kemudian barulah disimpulkan. Berdasarkan teks
di dalam balang tersebut, terdapat contoh-contoh penggunaan kata ganti nama diri orang
dalam teks. Daripada contoh-contoh tersebut, saya akan membimbing peserta kajian untuk
merumuskan kata ganti nama diri orang yang digunakan dalam teks.
iii)

Peserta kajian diberi latih tubi menjawab soalan pemahaman berkaitan kata ganti nama

diri orang bagi mengukuhkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap kata ganti nama diri
orang ini. Peserta kajian juga diuji dengan soalan kuiz dalam bentuk lisan. Seterusnya, peserta
kajian mengaplikasikan kefahaman tentang kata ganti nama diri orang ini dalam aktiviti main
peranan setiap kali selesai menjalani intervensi.
Seterusnya, peringkat keempat ialah peringkat melihat kesan tindakan. Saya melihat
kesan tindakan hasil daripada data yang diperoleh. Saya menggunakan instrumen seperti
ujian, latihan intervensi, pemerhatian berstruktur, temu bual dan soal selidik. Segala
maklumat yang diperoleh akan dianalisis untuk melihat sejauh mana keberkesanan
penggunaan Balang 123 dapat membantu peserta kajian mengenal pasti kata ganti nama diri
orang dan dapat diaplikasikan dalam kemahiran lisan. Saya membuat perbandingan antara
markah ujian pencapaian awal dan ujian pencapaian akhir bagi melihat keberkesanan
penggunaan Balang 123 dan peratus peningkatan prestasi setiap peserta kajian.
Akhir sekali, peringkat refleksi. Pada peringkat ini, saya melihat kembali segala
kelemahan dan kekuatan menggunakan bahan bantu mengajar Balang 123. Peringkat ini
merupakan peringkat yang paling penting untuk melihat keberkesanan penggunaan Balang
123 dalam membantu peserta kajian memahami konsep kata ganti nama diri orang dan dapat
diaplikasikan dalam kemahiran lisan semasa aktiviti main peranan.

11

9.0 CARA PENGUMPULAN DATA


9.1 Ujian
Terdapat dua ujian yang akan digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan
tindakan ini. Ujian tersebut ialah ujian pencapaian awal dan ujian pencapaian akhir. Ujian
digunakan sebagai salah satu instrumen untuk mengumpul data yang bertujuan untuk
mendapatkan gambaran sebenar tahap penguasaan peserta kajian tentang penggunaan kata
ganti nama diri orang. Ujian pencapaian awal diberikan kepada semua murid sebelum kajian
dijalankan. Terdapat dua puluh soalan pemahaman berkaitan dengan kata ganti nama diri
orang diberikan kepada semua murid. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan pemahaman murid sebelum kajian ini dilakukan. Hasil dapatan data ujian
pencapaian awal membantu saya mengenal pasti murid yang akan dijadikan peserta kajian.
Seterusnya, ujian pencapaian akhir. Ujian ini bertujuan untuk menganalisis dan
mengetahui keberkesanan kajian yang dilakukan. Ujian pencapaian akhir ini digunakan untuk
mengetahui tahap keupayaan murid dalam memahami konsep kata ganti nama diri orang,
mengkategorikan kata ganti nama diri orang dalam kumpulan dan mengaplikasikan
penggunaan kata ganti nama diri orang yang sesuai dalam situasi yang diberikan. Sebanyak
dua puluh soalan pemahaman diberikan kepada peserta kajian dengan

pelbagai situasi

penggunaan kata ganti nama diri orang. Ujian pencapaian akhir diadakan selepas empat kali
intervensi dijalankan. Berikut merupakan skor pemarkahan untuk ujian pencapaian awal dan
ujian pencapaian akhir.
Jadual : Skema Pemarkahan Ujian Pencapaian Awal dan Ujian Pencapaian Akhir
Skor

Markah

Cemerlang

15-20

Sederhana

10-14

Lemah
Sangat Lemah

5-9
0-4

12

Markah-markah yang direkodkan bagi kedua-dua ujian ini kemudiannya akan dibuat
perbandingan menggunakan graf bertali bagi melihat perbezaan sebelum pelaksanaan kajian
dan selepas pelaksanaan kajian.

9.2 Latihan Intervensi


Latihan intervensi ini saya berikan kepada peserta kajian setiap kali intervensi dijalankan.
Setiap kali intervensi dilakukan, saya memberikan 10 soalan pemahaman berkaitan dengan
kata ganti nama diri orang untuk melihat tahap kefahaman peserta kajian. Skor yang diperoleh
peserta kajian setiap intervensi dianalisis secara kuantitatif. Berikut merupakan skema
pemarkahan latihan soalan pemahaman.

Jadual: Skema Pemarkahan Latihan Pemahaman


Skor

Markah

Cemerlang

8-10

Sederhana

4-7

Lemah

0-3

Analisis latihan intervensi ini penting untuk mengenal pasti kelemahan tahap penguasaan
peserta kajian terhadap kata ganti nama diri orang secara berperingkat-peringkat.
9.3 Temu Bual Berstruktur
Temu bual yang saya gunakan ialah temu bual berstruktur, iaitu dengan menyediakan soalan
yang telah dirancang dengan rapi dan teratur supaya maklum balas yang tepat dapat diperoleh.
Saya telah menemu bual sepuluh orang peserta kajian selepas intervensi dijalankan.
Temu bual yang dibuat bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tahap penguasaan
kata ganti nama diri orang dalam kalangan peserta kajian. Selain itu, temu bual ini dijalankan
bertujuan untuk mengetahui persepsi peserta kajian terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar Komik Elektronik dan penggunaan teknik main peranan untuk mengukuhkan
kefahaman peserta kajian.
13

9.4 Soal Selidik


Soal selidik ialah satu daripada alat pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan.
Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang digubal khas untuk mengumpul data kajian.
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada peserta kajian sebelum dan selepas
intervensi dilakukan. Hal ini bertujuan untuk mendapat maklum balas secara peribadi
daripada mereka tentang apa yang difahami sebelum dan selepas intervensi dibuat. Saya telah
menggunakan Skala Guttman dalam soal selidik yang diedarkan. Skala Guttman dengan
menggunakan item Ya dan Tidak. Pemilihan Skala Guttman kerana memudahkan peserta
kajian untuk membuat pilihan serta difahami. Terdapat 5 item soalan soal selidik yang
disediakan.

9. 5 Pemerhatian
Terdapat dua jenis pemerhatian yang saya gunakan untuk mengumpul data, iaitu pemerhatian
berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian merupakan teknik yang terancang
dan sistematik untuk mengumpul data.
9.5.1 Pemerhatian Berstruktur
Berdasarkan instrumen pemerhatian berstruktur saya telah menggunakan alat perakam untuk
merekodkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh peserta kajian. Rakaman video yang
direkodkan membantu saya semasa menganalisis setiap perkataan, sebutan dan perbualan
peserta kajian semasa aktiviti main peranan dijalankan. Data-data penting diperoleh dengan
cara memainkan semula rakaman tersebut untuk mendapatkan idea keseluruhan, kemudian
mendengar untuk membuat analisis. Hasil daripada aktiviti tersebut, saya akan merujuk
kepada skor markah yang telah ditetapkan untuk memberi markah kepada peserta kajian.
Berikut merupakan skor markah untuk aktiviti main peranan. Peserta kajian akan diberi
markah setiap kali menggunakan kata ganti nama diri orang semasa perbualan.

Jadual: Skor Pemarkahan Aktiviti Peranan.

14

GRED
4

TAHAP KEMAHIRAN LISAN


Pertuturan setaraf dengan penutur jati yang terdidik. Fasih

Cemerlang

menggunakan bahasa Melayu apabila berbual. Boleh


mengaplikasikan sekurang-kurangnya 4 kata ganti nama diri orang

dengan betul.
Sungguhpun tidak sebaik penutur jati tetapi masih dapat bertutur

Sederhana

dengan jelas. Boleh mengaplikasikan sekurang-kurangnya 3 kata

ganti nama diri orang yang betul ketika berbual.


Sungguhpun bahasa lisan agak memuaskan tetapi kadang kala

Memuaska

mengulang-ulang frasa ayat tersebut. Penggunaan kata ganti nama

diri orang yang kurang sesuai. Boleh mengaplikasikan sekurangkurangnya dua kata ganti nama diri orang dengan betul ketika

berbual.
Perbualan masih kurang jelas tetapi kadang kala dapat difahami.

Lemah

Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat. Hanya dapat
mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu kata ganti nama diri

orang yang betul ketika berbual.


Perbualan sukar difahami dan sangat terhad. Tidak mampu untuk

Sangat

mengaplikasikan kata ganti nama diri orang dengan betul ketika

lemah

berbual.

9.5.2 Pemerhatian Tidak Berstruktur


Seterusnya, instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian tidak
berstruktur. Saya telah memilih kaedah pemerhatian tidak berstruktur dengan membuat
catatan pada kertas dan melaporkan dalam bentuk nota lapangan.
Pemerhatian yang dibuat berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan dalam
kumpulan. Tujuan pemerhatian ini dibuat untuk melihat reaksi yang ditunjukkan oleh peserta
kajian semasa melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, pemerhatian tidak berstruktur digunakan
untuk melihat penggunaan kata ganti nama diri orang secara tidak langsung semasa peserta
kajian berbincang dalam kumpulan.
10.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

15

Dalam analisis dan menginterpretasi data, saya akan melakukan penganalisisan terhadap
semua data mentah yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh perlaksanaan penyelidikan
tindakan ini.
10.1 UJIAN PRA DAN POS
Hasil dapatan daripada ujian pra dan ujian pos akan dianalisis dalam bentuk
penjadualan markah seterusnya dalam bentuk graf. Contohnya:BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID
(UJIAN PRA/ UJIAN POS)
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Nama Murid

Ujian Pra

Ujian Pos

Catatan

M G

M G

M G

R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10

Catatan:
R Responden
M Markah
G Gred
Graf Ujian Pra/ Ujian Pro

16

3.5

2.5

Ujian Pra
Ujian Pro
1.5

0.5

0
R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

10.2 PEMERHATIAN
17

Melalui pemerhatian, saya menggunakan catatan nota lapangan tidak berstruktur.


Dalam hal ini, saya akan membuat catatan tindakan peserta kajian. Aspek yang akan saya
catatkan ialah reaksi peserta kajian semasa menerima setiap helaian lembaran kerja yang
berlainan soalan dan aras, menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja dan reaksi
semasa menyemak hasil jawapan bersama-sama guru. Berikut merupakan contoh nota
lapangan yang akan digunakan.
BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN
Nama Peserta:
Nama Pencatat:
Bil

Tarikh/ Hari

Masa/ Tempat

Latihan

Catatan

11.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN


18

11.1 JADUAL PERLAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Jadual Perlaksanaan Penyelidikan tindakan
Langkah
Minggu 1
Intervensi 1

Tindakan
Penggunaan Balang 1
1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam
balang.
2. Guru bersoal jawab tentang teks dialog yang dicabut.
3. Guru memberi penerangan tentang kata ganti nama diri orang
yang terdapat dalam teks dialog tersebut.
4. Peserta Kajian menjawab soalan pemahaman dan soalan kuiz

Minggu 2
Intervensi 2

secara lisan
Penggunaan Balang 2
1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam
balang.
2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti
nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua
yang terdapat dalam teks dialog tersebut lisan.
3. Guru merumuskan contoh-contoh kata ganti nama diri orang
yang digunakan dalam teks dialog tersebut.
4. Peserta Kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama
diri orang.
5. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata
ganti nama diri orang.
6. Peserta Kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan

Minggu 3
Intervensi 3

situasi yang diberikan.


Penggunaan Balang 3
1.

Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam


balang.

2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti


nama diri kedua dan ketiga yang terdapat dalam teks dialog
tersebut.
3. Peserta kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama
diri orang secara lisan.
4. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata
ganti nama diri orang
5. Peserta kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan
situasi yang diberikan.
19

Minggu 4

Penggunaan Balang 123


1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam

Intervensi 4

balang.
2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti
nama diri orang pertama, kedua dan ketiga yang terdapat
dalam komik tersebut.
3. Peserta Kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama
diri orang secara lisan.
4. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata
ganti nama diri orang.
5. Peserta Kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan
situasi yang diberikan.

11.2 KOS KAJIAN


Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini boleh dirujuk pada jadual
yang disediakan di bawah:Bil.

Jenis Bahan

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah kos

(RM)

(RM)

1.

Balang plastik

2.50

10.00

2.

Kertas A4

10.00

50.00
20

3.

Dakwat pencetak

40

80.00

100

0.10

10.00

Buku catatan guru

10.00

10.00

Penjilidan laporan kajian

20.00

100.00

4.
Cetakan bahan dan laporan
kajian

5.

6.

JUMLAH

260

12.0 SENARAI RUJUKAN


Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji kemahiran bahasa, prinsip, teknik dan
contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa melayu: prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Atan Long. (1970). Satu penyiasatan berhubung dengan pengajaran bacaan permulaan
bahasa Melayu kepada murid-murid melayu normal yang berumur 6-7 tahun. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long. (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

21

Azman Wan Chik. (1982). Ujian bahasa Melayu: panduan dan teknik. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Selangor: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud.(2011). Penyelidikan tindakan: konsep dan
amalan dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2005). Kaedah Penyelidikan Buku I. Kuala Lumpur: Mc Graw
Education.
Ee Ah Meng. (1995). Murid Dan Proses Pembelajaran, Asas Pendidikan Dua.
Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2004). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna. Selangor: Utusan Publications & Distributors
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi
Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu Siri Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.
13.0 REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, tugasan BMM 3133
Penyelidikan Tindakan 1- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah ini telah telah berjaya saya
siapkan dalam tempoh yang telah diberikan. Untuk tugasan bagi subjek ini, setiap guru pelatih
dikehendaki untuk membuat satu kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan yang akan
dilaksanakan pada semester hadapan. Penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan pada
semester depan adalah berkenaan dengan masalah pembelajaran murid dalam mata pelajaran
bahasa Melayu.
Pada awal proses perlaksanaan tugasan, saya menghadapi masalah dalam mencari
tajuk yang sesuai bagi penyelidikan tindakan yang saya akan laksanakan pada semester
hadapan. Hal ini kerana pada waktu tersebut, saya belum lagi menjalani praktikum. Untuk
mengenal pasti masalah murid dan memutuskan tajuk kajian, saya harus pergi ke sekolah
22

terlebih dahulu untuk menjalankan berberapa ujian saringan ke atas murid. Namun demikian,
pensyarah bagi subjek BMM 3133 unit PISMP 7B, Dr. Supian bin Md. Noor telah membantu
saya dalam mencari tajuk yang boleh saya laksanakan untuk penyelidikan tindakan saya.
Tajuk asal yang saya harus laksanakan adalah Kaedah ..... membantu murid Tahun 4
menguasai penggunaan ayat tanya songsang terbahagi. Namun demikian, setelah menjalani
praktikum dan menjalankan berberapa siri ujian, saya mendapati murid yang saya ajar masih
lemah dalam menguasai Kata Ganti Nama Diri Orang. Saya memutuskan untuk membuat
penyelidikan tindakan berdasarkan Kata Ganti Nama Diri Orang. Tambahan saya juga masih
keliru dalam membuat penyelidikan tindakan berkenaan dengan ayat tanya songsang
terbahagi dan saya khuatir sekiranya saya meneruskan kajian dalam topik tersebut, ianya akan
menyukarkan saya untuk mencari kaedah yang sesuai lantas melambatkan proses penyiapan
laporan kajian kelak.
Sepanjang menyiapkan kertas cadangan ini, saya menghadapi berberapa isu sebagai
contoh, kekangan masa dalam melaksanakan ujian saringan. Hal ini disebabkan sebagai guru
praktikum, kami terikat dengan pengajaran dan pembelajaran di samping pencerapan oleh
guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Namun, setelah berbincang dengan guru
pembimbing, saya telah dapat melaksanakan ujian saringan lantas melancarkan proses
penyiapan kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan saya. Saya juga turut membuat
perbincangan dengan guru bahasa Melayu di sekolah tempat saya menjalankan praktikum
untuk mencari kaedah yang sesuai bagi penyelidikan tindakan saya dan hasil daripada
perbincangan itu saya telah berjaya memikirkan satu kaedah yang boleh digunakan dalam
kajian saya iaitu Teknik Balang 123 (B123) dan diharapkan agar kaedah tersebut berjaya
membantu murid menguasai Kata Ganti Nama Diri Orang.
Melalui tugasan ini, saya telah banyak menimba pengalaman dan ilmu baharu. Sebagai
contoh, jika sebelum ini saya tidak tahu bagaiman untuk membuat sesebuah kertas cadangan,
setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah belajar cara bagaimana untuk membuat satu
kertas cadangan yang baik. Saya juga turut belajar cara bagaimana untuk membuat kertas
soalan bagi ujian formatif. Ilmu ini amat bermakna dan berguna kepada saya untuk
menyiapkan diri sebagai seorang guru yang serba boleh pada suatu masa kelak. Tugasan ini
juga banyak membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang
cemerlang. Melalui tugasan ini, saya belajar cara bagaimana untuk berinteraksi dengan guruguru yang lebih senior dengan cara yang baik, saya belajar untuk mengenal pasti masalah

23

murid yang saya ajar supaya dapat memikirkan kaedah dan teknik yang sesuai untuk
membantu murid.
Melalui tugasan ini juga, saya turut merasai cabaran dan kepentingan tugas sebagai
seorang pendidik. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya masih belum dapat merasai
sepenuhnya cabaran dan komitmen yang perlu ada dalam diri seorang guru. Semasa
menyiapkan tugasan ini, saya telah mula merasakan betapa mencabarnya tugas seorang guru
dan ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi untuk seseorang individu untuk
memegang gelaran seorang guru. Dalam erti kata lain, tugasan ini telah banyak membantu
saya untuk mempersiapkan diri dalam menjadi seorang guru yang cemerlang sekaligus
membantu kementerian dalam usaha menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Akhir kata, saya ingin mengucapakn setinggi penghargaan kepada semua individu
yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses perlaksanaan
tugasan ini. Tanpa bantuan dari pihak-pihak tersebut, sudah pasti tugasan ini tidak daapat
dilengkapkan mengikut masa yang telah diberikan.

14.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
SOALAN PRA INTERVENSI
Sila jawab soalan di bawah dan bulatkan jawapan yang betul.

1. __________________ lewat datang ke sekolah kerana ketinggalan bas. kata Amin


dan Haiqal kepada cikgu Siti Aminah.
A. Kami

24

B. Kita
C. Kalian
D. Mereka
2. __________________ akan berangkat ke Majapahit. titah Sultan Ibrahim kepada
para menteri.
A. Hamba
B. Kami
C. Beta
D. Saya

3. Apa pendapat _________________ sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi
Putra di sebuah gua tidak jauh dari Melaka, Tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.
A. Hamba

C. kalian

B. Tuan Hamba

D. kamu

4. Kepulangan __________________ sekeluarga dari Mexico telah disambut oleh sanaksaudara dan penduduk kampung.
A. Kita

C. Saudara

B. Kami

D. Ianya

5. Ampun _______________ bolehkah _______________mengiringi mereka ke sana?


tanya Tuah kepada Sultan Mohamad Shah.
A. beta, hamba

C. yang mulia, beta

B. baginda, hamba

D. tuanku, patik

25

6. Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Nurin kepada Nurul.


A. mereka
B. awak
C. saya
D. kami

7. Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya, kata Ani kepada kawankawannya.
A. dia
B. awak
C. beliau
D. kalian

8. Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh, kata cikgu.


A. dia
B. kita
C. kamu
D. mereka

9. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.


A dia

26

B kami
C kamu
D beliau

10. Cikgu bolehkah _______________ pergi ke tandas? tanya Haziq kepada cikgu
Azlida.
A. Aku
B. Kami
C. Saya
D. Awak

11. _________________ akan melaksanakan segala perintah tuanku. Sembah Datuk


Bendahara.
A. Hamba
B. Beta
C. Patik
12. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A. Dia
B. Kita
C. Kami
D. Mereka

13. YB Mukhirz merasmikan bangunan baharu itu. _________ merupakan ahli Parlimen
kawasan itu.
27

A. Baginda
B. Dia
C. Beliau
D. Saudara

14. Ayah saya seorang askar. _______ kini berada di Lubnan.


A. Kami
B. Dia
C. Baginda
D. Ayah

15. ________ telah pergi ke balairongseri untuk mendengar laporan dari Datuk Bendahara,
ujar Puteri Kalsom kepada Panglima Misai Kucing.
A. Dia
B.Hamba
C. Baginda

28

You might also like