PENGHARGAAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGGUNAAN TEKNIK PETAK DARAB DALAM OPERASI DARAB TIGA DIGIT

DENGAN DUA DIGIT BAGI MEMBANTU MURID TAHUN 4

MARY STELLA A/P AROKIASAMY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS RAJA MELEWAR

SEPTEMBER 2015

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada tuhan kerana rahmat NYA membantu saya untuk
melengkapkan Kajian Tindakan ini dengan berjaya dalam masa yang telah ditetapkan. Saya
berharap hasil dapatan kajian ini akan memberikan kebaikan kepada semua orang. Saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Nurul Shahhida
Binti Abdul Bakar sebagai penyelia saya yang banyak menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar
kepada saya tanpa mengira masa. Boleh dikatakan beliau adalah faktor pertama dan
memberikan dorongan yang maksimum bagi saya untuk berjaya melengkapkan kajian ini.

Selain itu, penghargaan yang besar diberikan kepada semua pensyarah daripada
Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan semua kakitangan
sekolah bagi kerjasama dan komitmen yang telah diberikan kepada saya. Tidak boleh dilupakan
jasa dan sokongan yang telah diberikan oleh ahli keluarga saya dan juga kawan-kawan saya
yang tidak berasa jemu memberikan idea - idea yang bernas bagi membantu saya
melengkapkan kajian ini dengan berjaya.

Seterusnya,saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Sumber
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Pegawai - pegawainya adalah orang-orang
yang bermesra. Mereka memberikan tunjuk ajar semasa mencari bahan-bahan dalam buku
rujukan mahupun mendapatkan rujukan artikel dan jurnal online. Tanpa pertolongan mereka
sudah tentu keadaan saya dalam huru-hara semasa mencari buku-buku rujukan yang
diperlukan untuk melaksanakan kajian ini. Penghargaan ini juga diberikan kepada semua orang
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kajian ini.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini ialah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Teknik Petak Darab
dalam menyelesaikan operasi pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit.
Kajian ini berfokus kepada murid-murid sekolah rendah di mana data telah diperolehi dari
kalangan murid-murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kaedah-kaedah seperti
temu bual ,pemerhatian buku latihan, ujian pra dan ujian pasca telah digunakan. Keputusan
kajian ini menentukan sama ada Teknik Petak Darab membantu murid-murid menyelesaikan
operasi pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit. Data-data telah
dikumpul sepanjang proses kajian dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan
Teknik Petak Darab telah membantu murid menyelesaikan nombor tiga digit dengan dua digit.

ABSTRACT

This study is to determine the effectiveness of Multiplication Box Technique in solving


multiplication problems involving three digits by two digits number. This research focus on the
primary school pupils, mainly standard four pupils of Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Techniques like interview, observation and tests were employed. The result is to decide whether
Multiplication Box Technique helps pupils solve multiplication problems involving three digits
number by two digits number. The data collected had been analyzed using quantitative and
qualitative method to get the exact information. The findings of the study shows the usage of
Multiplication Box Technique helps pupils in solving multiplication problem involving three digits
number by two digits number.

You might also like