Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan Proses Pengeringan Kayu

1.0 Pendahuluan
Proses pengeringan kayu merupakan proses untuk mengeluarkan cacair atau
lembapan yang terdapat dalam rongga sel dan dinding kayu sehingga kandungan lembapan
menjadi 8% hingga 15%. Antara tujuan proses ini dijalankan ialah mengurangkan
kandungan lembapan, mengelakkan pengecutan, mengelakkan kayu meleding dan pecah,
memudahkan kerja yang akan dilakukan pada kayu, elak kayu dari serangga dan kulat,
kerja mengecat akan lebih kemas dan kayu lebih ringan dan mengurangkan kos
pengangkutan.

kayu lebih
ringan dan
mengurangk
an kos
pengangkut
an

mengurangk
an
kandungan
lembapan
mengelakka
n
pengecutan

Tujuan
Pengering
an Kayu

kerja
mengecat
akan lebih
kemas

elak kayu
dari
serangga
dan kulat

mengelakka
n kayu
meleding
dan pecah

memudahka
n kerja yang
akan
dilakukan
pada kayu

Proses pengeringan kayu dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu pengeringan


semula jadi dan pengeringan kaedah tanur. Melalui proses ini cecair didalam rongga sel
akan dikeringkan dahulu diikuti dengan cecair didalam dinding sel. Pengecutan akan berlaku
semasa cecair dikeluarkan daripada dinding sel. Jika kayu tidak dikeringkan, pecahan akan
berlaku di sekeliling lilitannya.

2.0 Pengeringan Semula Jadi


Kaedah semula jadi merupakan satu kaedah biasa yang digunakan secara meluas di
dalam penghasilan kayu. Ramai orang telah menggunakan cara pengeringan seperti ini
tetapi proses ini merupakan proses yang sangat perlahan dan memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi untuk menggunakan kaedah ini.Kaedah ini merupakan satu kaedah yang
menjimatkan kerana tiada wang perlu dilaburkan untuk mengeringkan kayu, namun akibat
dari pengeringan semulajadi ialah akan ada kayu yang tidak kering secara seragam
terutama di tempat yang kurang pengaliran udara.Pengeringan dengan cara semulajadi juga
boleh dilaksanakan jika penggunaan kayu itu tidak cepat dan boleh dikeringkan semasa
menunggu untuk menggunakannya. Cara pengeringan kayu secara semula jadi dapat
dibahagikan kepada 2 cara, iaitu menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di
kawasan lapang dan menjemur kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang
tetapi berteduh.

Cara pengeringan
kayu secara semula
jadi

Menjemur terus
kayu di bawah
cahaya matahari di
kawasan lapang
Menjemur kayu di
bawah cahaya
matahari di kawasan
yang lapang tetapi
berteduh

Cara menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di kawasan lapang kurang
berkesan kerana kayu hanya akan kering pada cuaca yang panas setiap hari ataupun pada
musim kemarau. Apabila datangnya hari hujan, kayu akan kembali basah seperti asal. Jika
kayu dibiarkan berada dalam keadaan panas-hujan dalam keadaan yang agak lama, kayu
juga akan menjadi rosak iaitu merekah dengan sendiri, melending, berpiuh dan juga tidak
boleh digunakan. Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara menjemur kayu di bawah
matahari di kawasan lapang.

Untuk mengatasi masalah ini, pengeringan secara semula jadi juga dapat dilakukan
di bawah tempat berbumbung. Hal ini akan menyebabkan kayu sentiasa kering dan tidak
akan kembali basah. Berlainan daripada yang dijemur di tempat yang tidak berpeneduh,
cara ini akan mengurangkan kadar kerosakan kayu akibat dari kecacatan seperti berpiuh,
melending dan rosak. Terdapat juga cara menjemur kayu di bawah tempat berlindung yang
telus menggunakan tenaga solar. Kedua-dua gambar di bawah menunjukkan cara
menjemur baju di bawah matahari di kawasan lapang tetapi berteduh.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara menjemur kayu di bawah tempat


berlindung yang telus di bawah matahari.

2.1 Kebaikan dan keburukan pengeringan semulajadi


Kebaikan Pengeringan Semula Jadi
Menjimatkan kos

Keburukan Pengeringan Semula Jadi


Proses sangat lambat

Boleh dilakukan dalam jumlah yang banyak


Tidak memerlukan pembinaan untuk

Kayu yang dikeringkan tidak seragam


Kayu akan mudah rosak akibat pertukaran

pengeringan

cuaca

3.0 Pengeringan Tanur


Cara pengeringan kayu ini telah banyak digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah
kilang penghasilan perabot dan syarikat-syarikat kayu kerana cara ini dianggap dapat
menghasilkan kayu dalam masa yang singkat. Selain itu, pengeringan tanur juga menjadi
pilihan kerana kayu yang dihasilkan daripada proses pengeringan ini adalah seragam dan
kilang dapat mengeluarkan produk yang lebih berkualiti pada masa pengeluaran. Untuk
menjadikan proses lebih cepat, kilang perlu mempunyai tanur atau relau yang dapat
mengawal suhu dan pengaliran udara di dalamnya agar proses pengeringan berlaku lebih
cepat. Oleh yang demikian, tanur biasanya agak mahal dan mempunyai pembinaan,
berbeza dengan pengeringan semulajadi yang percuma dan tiada pembinaan. Masa
pengeringan juga dapat dipercepat atau dilambatkan dengan hanya meninggikan atau
merendahkan suhu di dalam tanur dan mengawal peredaran udara di dalam relau. Pada
akhir proses, air wap akan dimasukkan untuk mengurangkan keretakan dan kerosakan serta
mengawal kecacatan kayu sambil mempercepatkan proses.
Gambar di bawah menunjukkan proses pengeringan tanur yang dijalankan. Gambar 1
telah menunjukkan kayu dimasukkan ke dalam tanur manakala Gambar 2 menunjukkan
kayu disusun dengan terapi dalam tanur.

Gambar 1

Gambar 2

3.1 Pengeringan Tanur Berjadual


Pengeringan tanur yang berhasil biasanya dapat dicapai dengan penyesuaian suhu dan
kelembapan udara yang mengalir di dalam tanur sepadan dengan kayu balak dalam jangka

masa terbabit. Syarat ini dapat dicapai dengan penggunaan pengeringan tanur berjadual.
Dengan menggunakan jadual yang betul, objektif yang diinginkan iaitu mengeringkan kayu
dengan masa yang paling cepat tanpa merosakkan kayu dapat dicapai. Berikut adalah
faktor yang diambil kira semasa pengeringan tanur berjadual:

Spesis balak

oleh kerana keadaan fizikal yang berbeza, keadaan

Ketebalan kulit balak

mekanikal dan ciri-ciri yang berbeza setiap spesis.


kepantasan pengeringan bergantung kepada ketebalan
kulit balak, yakni jika kulit semakin tebal, semakin panjang

Pengeringan

penurunan

gred

masa pengeringan.
jadual pengeringan

yang

agresif

dan

agak

cepat

menyebabkan kayu melending, berpiuh, dan rosak.

3.2 Kebaikan dan Keburukan Pengeringan Tanur


Kebaikan Pengeringan Tanur

Keburukan Pengeringan Tanur

Masa dapat dipercepatkan

Kos tanur yang mahal

Hasil kayu adalah seragam

Memerlukan seseorang untuk sentiasa


mengawal tanur

Boleh dihasilkan dalam jumlah yang banyak

Memerlukan pembinaan tanur yang besar

Kecacatan kayu dapat dikawal

Jika terdapat kesalahan dalam pengawalan


suhu, kayu akan rosak

4.0 Kesimpulan
Proses pengeringan kayu sangat penting dalam menjaminkan kualiti kayu yang baik
supaya dapat menghasilkan produk kayu seperti perabot yang bermutu tinggi, tahan lasak
dan tahan lama. Kedua-dua kaedah pengeringan kayu mempunyai kebaikan dan keburukan
masing-masing dalam mengeringkan kayu tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat yang
sama, iaitu mengeluarkan air dari kayu bagi meningkatkan mutu kayu.

You might also like