Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

Laporan Kursus Dalaman

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEAFIELD


JALAN USJ 2/5, 47600. SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

LATIHAN DALAMAN LESSON STUDY


PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN

Pn Ho Siew Hoon
Pn Chuah Lay Suan
Pn Indra Devi
Pn Azlin Ainolniza Sani

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

1.0

Laporan Kursus Dalaman

PENDAHULUAN
LESSON STUDY merupakan satu proses pembangunan profesional yang
melibatkan proses yang sistematik dalam memeriksa amalan atau kerja-kerja yang
telah dilakukan bagi mendapatkan output yang optimum. LESSON STUDY
dilakukan dengan cara berkumpulan dan setiap ahli kumpulan melakukan kerja
bersama-sama bagi memperbaiki setiap masalah yang timbul.
LESSON STUDY bagi guru pula melibatkan beberapa orang guru yang
berpengalaman dan kurang pengalaman yang bergabung untuk mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. LESSON STUDY dalam sistem
pendidikan melibatkan perancangan, pengajaran, memerhati dan mengkritik
pengajaran.

2.0

MATLAMAT
Memperbaiki pengajaran guru dan mempertingkatkan penguasaan pengetahuan dan

kemahiran guru dalam matapelajaran Matematik Tambahan.


OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Meningkatkan profesionalisme guru SMK Seafield.
Guru menuju kearah penambah-baikan keberkesanan.
3.1.3 Melonjakkan sekolah SMK Seafield ke tahap kecemerlangan.
3.0
3.1
3.1.1
3.1.2

3.2

OBJEKTIF KHUSUS
Guru dapat :

3.2.1

Meningkatkan taraf keberkesanan sebagai seorang guru dalam penyampaian P&P


Matematik Tambahan.

3.2.2 Menyediakan bahan persembahan yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian P&P efektif, menarik dan menyeronokkan.
3.2.3

Meningkatkan minat dan motivasi pelajar pelajar dalam matapelajaran Matematik


Tambahan.

4.0

JAWATANKUASA

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

Laporan Kursus Dalaman

Jawatankuasa LESSON STUDY Matematik Tambaha terdiri daripada Guru


Kanan Mata Pelajaran , Ketua Panitia Matematik Tambahan,

dan Guru-guru

Matematik Tambahan.
5.0

CARTA ORGANISASI
Guru Kanan Sains dan Matematik
Pn Loy Joke Jong

Ketua Panitia
Pn Ho Siew Hoon

Guru Matematik Tambahan


Pn Chuah Lay Suan (Guru Cemerlang)
Pn Indra Devi A/P Vallipan
Pn Azlin Ainolniza Sani

6.0

SASARAN
Guru-guru Matematik Tambahan.

7.0

PELAPORAN PELAKSANAAN

7.1 Ketua Panitia memberi penerangan tentang perlaksanaan proses LESSON STUDY.
Guru-guru

berbincang bersama tajuk dalam pemilihan tajuk yang sesuai dan guru yang

terlibat sebagai pengajar.


7.2 Tajuk yang dipilih ialah Differentiation dan kelas-kelas yang terlibat merupakan kelas
yang mempunyai aras pengetahuan yang sama.
7.3 Guru pengajar perlu menyediakan Rancangan Mengajar yang lengkap termasuk aktiviriaktiviti yang sesuai untuk P & P pada hari tersebut.
3

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

Laporan Kursus Dalaman

7.4 Semasa P&P dijalankan, guru-guru pencerap akan mengisi borang LESSON STUDY
mengenai penglibatan pelajar, keberkesanan, kekuatan dan kelemahan P&P serta caracara memperbaiki P&P yang seterusnya
7.5 Setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran, guru pengajar dan guru pencerap
berbincang bersama-sama mengenai pengajaran dan pembelajaran yang baru selesai.
Guru-guru mengeluarkan komen, idea dan cadangan masing-masing untuk memperbaiki
proses P &P yan g dijalankan sekaligus meningkatkan kemahiran guru.
Jadual pelaksaan LESSON STUDY adalah seperti berikut:
BUTIRAN

TARIKH

CARA PELAKSANAAN

PELAKSANAAN
Perbincangan pelaksanaan
LESSON STUDY

Belum ditetapkan

Perbincangan semasa Mesyuarat Panitia


pada 3 Julai 2012

LESSON STUDY

3 September 2012

Tempat : 4 Fasih
Pengajar : Pn Azlin Ainolniza Sani
Pencerap: Pn Ho Siew Hoon
Pn Chuah Lay Suan
Pn Indra Devi

8.0

PEMANTAUAN
Pemantauan dijalankan oleh Guru Kanan Sains dan Matematik Pn Loy Joke Jong.

9.0

PENILAIAN
Perlaksanaan

kursus dalaman tentang LESSON STUDY dan pelaksanaan

LESSON STUDY telah dijalankan dengan jayanya. Respon guru-guru terhadap


LESSON STUDY sangat positif dan memberangsangkan. Semua guru Matematik
Tambahan bekerjasama dalam perbincangan LESSON STUDY supaya P&P
seterunya diperbaiki. Oleh itu dalam LESSON STUDY yang ketiga, guru-guru telah
mendapat inspirasi dalam menangani pelajar dan meperbaiki kelemahan masingmasing, seterunya mengapplikasikan kemahiran yang diperlajari dalam P&P yang
akan datang.
4

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

Laporan Kursus Dalaman

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Kesuntukan masa dalam perancangan dan penyediaan LESSON STUDY ini
merupakan faktor penghalang perjalanan LESSON STUDY. Adalah menjadi harapan
panitia adalah supaya perancagan dibuat lebih awal supaya guru-guru pengajar lebih
bersedia dan kemungkinan alat bantu mengajar yang sesuai boleh digunakan bagi
membantu P&P yang lebih berkesan.
11.0

PENUTUP
LESSON STUDY telah memberi pendedahan yang baik kepada guru panitia
Matematik Tambahan dalam peningkatan keberkesanan P&P. Dengan besar
harapannya semoga semua guru dapat meningkatkan kualiti profesion keguruan dan
justeru melonjakkan sekolah SMK Seafield ke tahap kecemerlangan.

Disediakan oleh,
Ho Siew Hoon
Ketua Panitia Matematik Tambahan

Perbincangan dijalankan antara guru selepas Lesson Study dijalankan.

Cemerlang Panitia Matematik Tambahan

Laporan Kursus Dalaman

You might also like