Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tugasan A :

Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi


teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.

1.0 Pengenalan.
Masalah pembelajaran mempunyai pelbagai takrifan. Menurut Abdul
Rahman Bin Talib (2007), ia ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai
masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh
mendapatkan pendidikan formal. Mengikut pandangan Individual, With
Disabilities Education Act (1997), masalah Pembelajaran didefinisikan
sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang
melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan
mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk
mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan
penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan
dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
Bagi pendapat The Joint Committee On Learning Disabilities (1990)
pula, Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang
pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur,
membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian system saraf
pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal
tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud bersama-sama
masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada
berlakunya masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud
seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan
mental atau gangguan emosi.
Sementara itu, teknologi pula diertikan sebagai proses, kaedah dan
idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan untuk
1

mencapai kejayaan. Menurut Evan & Nation (2000), teknologi ialah suatu
seni atau sains dan bagaimana alat itu digunakan untuk mencapai tujuantujuan tertentu. Mengikut pendapat Galibrath (1967) pula, Teknologi ialah
keupayaan

menggunakan

pengetahuan

kemahiran

saintifik

atau

pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga


mampu menunjukkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan tugasan
sehingga tugasan itu mencapai kejayaan.
Bagi

menjawab

persoalan

yang

dikemukakan

ini,

masalah

pembelajaran melibatkan pertuturan akan digunakan. Masalah pertuturan ini


jika tidak di atasi dengan baik boleh mengganggu perkembangan bahasa
murid dari segi lisan. Ketidakbolehan bertutur dengan baik adalah
disebabkan oleh alat artikulator gagal berfungsi dengan baik. Kecacatan
pada alat ini menyebabkan murid gagal menyebut sesuatu perkataan
dengan tepat, sebutan bunyi yang tidak jelas, pic yang berubah serta tidak
konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Oleh yang demikian, murid gagal
untuk membaca dengan sempurna.

1.1 Langkah-langkah yang dijalankan

1.1.1 Penggunaan Powerpoint interaktif.

Salah satu cara untuk membantu murid yang mengalami masalah


pembelajaran melibatkan masalah pembelajaran ialah menggunakan
aplikasi powerpoint interaktif. Melalui powerpoint interaktif, guru guru di
sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan
menambah baik perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah
mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka.
Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian
tersebut. Di samping itu juga guru dapat menyediakan bahan bantu belajar
yang sesuai dengan tahap penguasaan murid seperti menghasilkan suku
kata bagi membantu murid menyebut sesuatu perkataan dengan tepat.
2

Apabila menghasilkan slaid powerpoint seperti ini, fungsi bunyi perlu


dimasukkan untuk memudahkan murid memahami cara sebutan yang betul.
Di samping

itu, guru turut membantu membunyikan suku kata yang

ditunjukkan.
Pembinaan

slaid

powerpoint

interaktif

yang

baik

dari

segi

persembahan, pemilihan warna tulisan dan warna latar yang digunakan


dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar. Dalam pada itu,
murid juga boleh mengendalikan sendiri powerpoint interaktif yang
disediakan. Hal ini dapat membantu murid berlatih menyebut suku kata
berulang kali sehingga sebutan yang dibuat menjadi tepat.

Murid lebih

berasa seronok lagi jika powerpoint interaktif di masukkan dengan movie


(video) yang bersesuai dengan tajuk yang dipelajari.

1.1.2 Penggunaan Alat Audio.

Selain

menggunakan

salid

powerpoint

interaktif,

guru

dapat

membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya


masalah pertuturan dengan menggunakan alat audio. Salah satu punca
masalah pertuturan ialah gangguan bunyi. Gangguan bunyi ini merujuk
kepada bunyi-bunyi yang hampir sama yang didengar dipersekitaran murid.
Oleh itu, penggunaan alat audio boleh membantu murid mengenalpasti bunyi
yang betul. Sebagai contoh, apabila murid menggunakan fon kepala untuk
mendengar bunyi sebutan yang dihasilkan oleh alat audio. Penggunaan fon
kepala ini dapat menghalang bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki supaya
tidak mengganggu pendengaran dan pemahaman murid terhadap bunyi
yang dihasilkan. Di samping itu, guru berperanan membimbing dan
memandu murid menggunakan alat audio dengan betul agar proses
pembelajaran murid tidak terganggu dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dikehendaki.

1.2.3 Penggunaan Kamus Elektronik (Electronic Dictionary).


3

Kewujudan kamus elektronik ini sebenarnya banyak membantu muridmurid istimewa untuk menguasai maklumat dengan lebih cepat. Hal ini
dikatakan demikian kerana penggunaan media bercetak dalam kalangan
murid

istimewa

boleh

menyebabkan

mereka

cepat

berasa

bosan.

Penyesuaian isi kandungan yang terdapat dalam kamus elektronik dengan


isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran

yang hendak dicapai. Ini bermakna guru perlu

menyusun kandungan pembelajaran murid dengan maklumat yang terdapat


dalam kamus elektronik agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancer. Kajian oleh Edyburn (1991) membuktikan
bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat
dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan
penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh
Jones, Torgesen dan Sexton (1987), menunjukkan penggunaan komputer
dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran.

1.2.4. Ipad

IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang


dikeluarkan oleh Syarikat Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada
komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar daripada telefon pintar. iPad
boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi untuk
penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang
tidak mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk
yang digunakan untuk mengawal peranti. Oleh itu, ipad sangat sesuai
digunakan oleh murid yang mempunyai masalah pembelajaran
IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan
guru memuat-turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. Hal ini
memberi kesan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid
4

yang mempunyai masalah pembelajaran yang mudah berasa bosan jika


tanpa sebarang peralatan yang membantu. IPad juga disertai dengan
aplikasi iBook yang membolehkan guru dan murid membaca pada bila-bila
masa sahaja dan memuat-turun ebook dalam format PDF. Dengan
permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan
untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk
pengguna iPad memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook
store dan boleh dibaca pada iPad. Selain itu, iPad yang mempunyai skrin
warna penuh sangat menarik minat murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran untuk terus ingin memuat turun novel serta buku cerita kanakkanak dan juga majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar,
bezanya buku dalam iBook berbentuk digital. Aplikasi iBook ini juga boleh
dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan
sebelah muka surat dalam mod landskap. Aplikasi yang pelbagai ini amat
sesuai untuk golongan murid seperti di atas bagi mempercepatkan tahap
kefahaman mereka untuk topik yang bersesuaian jika diberi bimbingan
penggunaan nya.
Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi.
Dengan adanya perisian tersebut ianya membolehkan kanak-kanak yang
Pintar cerdas dan Berbakat untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan
memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Dengan ada nya
kemudahan ini, mereka boleh berinteraksi dengan kawan dan bertukar
maklumat. Bukan itu sahaja, ipad juga mempunyai kemera depan dan
belakang

yang

membolehkan

guru

dan

murid

yang

bermasalah

pembelajaran dapat merakam video aktiviti mereka. Video boleh di ulang


tayang

bagi

menambahbaik

kelemahan

membelajaran mereka.

3.0 Kesimpulan

aktiviti

pemgajaran

dan

Berdasarkan langkah-langkah yang dinyatakan tersebut, inovasi teknologi


dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat memberi
peluang kepada guru untuk membantu murid yang mengalami masalah
pembelajaran pendidikan khas. Sesungguhnya, segala kekurangan yang
terdapat dalam kalangan murid-murid yang mengikuti pendidikan khas dapat
diatasi melalui penggunaan teknologi yang canggih dan terkini.

RUJUKAN

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Siri Pendidikan : Pendidikan Khas
Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan :
Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Publicaion &
Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Daud Hamzah. (1996). Perkembangan Kanak-Kanak Dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. (1996).
Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran. Diambil daripada
http://www.academia.edu/5358016/Penggunaan_Inovasi_Teknologi_D
alam_Pengajaran_Cabaran_Guru_Dalam_E-Pembelajaran

You might also like