Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Terapi Muzik [G 5.

3]
Pengenalan
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal
dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada faktafakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga
bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.
Definisi:
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik
bermaksud a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed
on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and
weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing
music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used
by specially trained personnel to influence positive changes in an individuals
condition, skills, thoughts, feelings or behaviours.

Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan
bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan
harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai
satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai
bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkahlaku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba,
menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya
mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah
dibenarkan. Para ulama bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada
firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: Dan
sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.Menurut alGhazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga
tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang
maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."
Imam al-Ghazali berpandangan: Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah
nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya.
Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan
bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat.
Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan,
maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat
nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya.
Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat
menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk
sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para
Anbiya'.
Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk
kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in
Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The
Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta
Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah
menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang
Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi
Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan
kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.
Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal
daripada
Islam-Arab,
contohnya
seperti lute yang
berasal
daripada al-ud, rebec daripada
rababah,
gitar
daripada qitara dan naker daripadanaqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).

Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh
digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik
tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di
seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang
menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser,
juga AIDS.
Jenis Peralatan Muzik
Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

1. Muzik Tradisional
Dipalu
-loceng, gong, kompang.

Digesek
-rebab, gambus, oud, kecapi.
Ditiup
-serunai, seruling,nafiri.
Digoncang -angklung.

2. Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras
-rekoder, trompet, seksofon.
Bertali
-gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik


Memperkenalkan alat muzik.
Demonstrasi
Warming up.
Teknik bermain dengan betul.
Postur badan yang betul
Menyembunyikan corak/pola ritma.
Memainkan pola/corak ritma.
Bermain ikut giliran.
Membuat gerakan yang sesuai
Bermain secara keseluruhan.
Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam
budaya, biologikal dan neurogikal.
Matlamat Terapi Muzik
i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat
rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Objektif terapi

Pengurusan T/L
Tingkatkn penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
Latih pertuturan

Aktiviti terapi muzik

Membuat pergerakan mengikut lagu


Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
Bermain berlatar belakangkan muzik
Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
Latihan praktikal guna alat bunyian
Teknik Terapi Muzik
Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan
program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu,
memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada
tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan
tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu
getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda
dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh
kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem
imunasi kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita
juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang
kesakitan semulajadi badan.
Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar
thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang.
Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan
meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis
kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.

KEBAIKAN TERAPI MUZIK


Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:

1. Murid Terencat Akal


Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.
Meningkatkan kemahiran akademik.
Meningkatkan kemahiran psikomotor.
Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.
Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.
Meningkatkan kemahiran berseronok.
2. Murid Bermasalah Pembelajaran
Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akedemik
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran bermuzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.
3. Murid Bermasalah Kesihatan
Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
Intervensi menguatkan otot.
Intervensi mengawal pergerakan fizikal.
Menyediakan pengalaman berkomunikasi.
Meningkatkan penghargaan diri.
Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.
4. Murid Bermasalah Komunikasi
Meningkatkan kemahiran pernafasan.
Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.
Meningkatkan kemahiran artikulasi.
Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.
Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.
Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.
5. Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.

Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.


Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
Meningkatkan kemahiran kognitif.
6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak
Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian
bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian
kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai
cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat
menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik
boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang
paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya
ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna
dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan
menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah
dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia
akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama
akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang
lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai
masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka
sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap
tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang
secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga
kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan
dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang
mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi
muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk
mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu,
terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang
Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan
komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib
baik ini.

Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan


darah di mana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ),
melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.

KEKURANGAN TERAPI MUZIK


Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah
atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang
lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling
memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan
keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga
mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan
masa yang lama dalam proses rawatannya di mana proses terapi muzik
memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh
kaunselor.
Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam
sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien
memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan
melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan
masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini
bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien.
Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan
mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.
Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya
menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya
tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih
tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan
bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang
dihadapi oleh klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh
terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan
yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang
telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan
tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan
sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam
diri klien jika sesi terapi dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik
setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan
membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin
meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini
mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika

terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh,


pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai
terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila
terlalu bergantung kepada muzik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK
Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor
perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan
instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi
muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang
besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka
hadapi.
Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang
telah dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di
mana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan
peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya
yang dialami oleh klien. Di samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga
didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya
kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi kaunselingnya.
Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan
tempat atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi
kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini
mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan
tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien
menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa
sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala
kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.
Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik
dengan terapi yang lain contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui
proses integrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling, proses penyembuhan tekanan
dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini sangat penting
dilakukan di mana proses pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana
terapi ini boleh dilakukan pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi
muzik dijalankan, klien akan didedahkan supaya menggunakan terapi seni dalam
menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada melalui lukisan, kraf tangan
dan sebagainya.
Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi
muzik untuk kesedaran umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan
seharian mereka jika mereka mempunyai masalah dan tekanan yang tidak dapat
disalurkan melalui alternatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi

muzik ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik
bukan sahaja untuk orang yang bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan
kesihatan melalui proses terapi muzik.
Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor
hendaklah memberi rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi
muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan
menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian.
Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang
penting dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan
yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana
kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.
Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah
lagu dimana melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia
dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan
aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi
melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan
masalah dan tekanan yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat
ketenangan jiwa dan perasaan yang baik.
Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja
mereka boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan
perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi
masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini
akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang
baik dari ahli kumpulan mereka justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan
masalah.
KAEDAH PELAKSANAAN TERAPI MUZIK
Strategi Umum Terapi Muzik
1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan
menggalakkan kehadiran klien pada setiap sesi terapi.

perhatian

klien

untuk

2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien. Kaunselor memahami kehendak klien
serta masalah yang dihadapi klien, memastikan komunikasi berkesan setiap kali
rawatan.
3.Interaksi muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik
supaya kliennya mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.

4.Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai
untuk menggalakkan klien meluahkan perasaan dan emosi secara baik.
5.Integrasi sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien
untuk mengelakkan kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu
mendapatkan persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika
sesi rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan
adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu
mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi
ini bertujuan untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik
persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga
kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya
strategi dan struktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor
perlu merancang waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan yang perlu disediakan,
dan juga pilihan muzik yang akan digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai
ketika menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang
terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.
Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod
secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang sesi
rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot
atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , pergerakan, luahan oleh klien
perlu dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi
refleksi. Kaunselor dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika
rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan
untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang
penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap
rawatannya. Kaunselor bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan
penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang berikutnya.
Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut
diakhiri dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa
yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi
muzik.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang
pesakit itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan
menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik
tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan

mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau


melukis menggunakan muzik.
Kesimpulan
Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga
dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu
walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock
sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita.
Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik
yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada
satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang
kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita
menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.

You might also like