SIAP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

PENDAHULUAN
Tugasan kali ini membincangkan tentang Sejarah kepelbagaian

etnik di Alam Melayu. Alam Melayu sebenarnya telah lama wujud


sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan kesan daripada
kewujudan Alam Melayu ini maka wujudlah kepelbagaian etnik-etnik
yang datang pada masa itu seperti etnik Orang Asli, etnik Melayu,
etnik Cina, etnik India, etnik Sabah, etnik Sarawak dan dari pelbagai
pelusuk Negara dengan pelbagai tujuan dan cara. Bermula dari situlah,
Alam Melayu ini semakin berkembang sehingga ke pelusuk negeri
yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Kepulauan Melayu.
Pada masa ini boleh dilihat bahawa Alam Melayu telah banyak
berkembang dan berlaku penambahbaikan dari sudut pentadbiran,
ekonomi, dan muamalat. Terdapat beberapa faktor yang membantu
wujudnya kepelbagaian etnik di Alam Melayu iaitu faktor geografi,
faktor pelabuhan, faktor penyebaran agama dan faktor perkahwinan.
Kesemua ini akan dikupas dengan lebih mendalam didalam tiga topik
utama iaitu yang pertama, Sejarah Kewujudan Alam Melayu dan Asal
Usul Bangsa Melayu. Kedua, Faktor Kewujudan Etnik Di Alam Melayu
dan ketiga Kewujudan Etnik Di Alam Melayu.

2.0

SEJARAH KEWUJUDAN ALAM MELAYU DAN ASAL USUL BANGSA

MELAYU
2.1

Sejarah Kewujudan Alam Melayu

Berdasarkan kajian ahli-ahli sejarah, kebanyakan mereka tidak


dapat mencapai persetujuan tentang pembukaan negeri Melaka yang
sebenarnya. Selepas dikaji terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan
bahawa ada pelbagai tarikh mengenai pembukaan negeri Melaka.
Akhirnya, tahun 1402 menjadi tarikh yang munasabah bagi tarikh
pembukaan negeri Melaka, dengan memberi masa kepada Parameswara
kurang daripada setahun untuk melakukan peristiwa membunuh raja di
Temasik, kemudian lari ke Muar dan kesudahannya bersama-sama dengan
kaum nelayan Seletar di Melaka. (Joginder singh jessy,1980, hlm 3-4)
Oleh demikian, sejarah kewujudan Alam Melayu sebenarnya telah
lama wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu

Melaka lagi. Namun

begitu, kebanyakan buku hanya mencatat dan menceritakan permulaan


Alam Melayu bermula pada zaman pembukaan Negeri Melaka sehingga
berkembangnya dan terdapat pelbagai etnik-etnik yang datang pada
masa itu seperti orang Arab, Cina, India dari pelbagai pelusuk Negara
dengan pelbagai tujuan dan cara. Bermula dari situlah, Alam Melayu ini
semakin berkembang sehingga ke pelusuk negeri dan di kenali sebagai
Alam Melayu atau Kepulauan Melayu.
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak
kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia
dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara
2

penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah


Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000
tahun di Leggong yang diberi nama Perak Man atau Orang Tampan. Di
kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan
peralatan-peralatan batu bagi membuat tandas dan tukul-tukul batu bagi
kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara
penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak.
Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan
bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

2.2 Asal-Usul Bangsa Melayu


Secara amnya, terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa Melayu
iaitu:
Teori Bangsa Melayu berasal dari Yunnan ( Teori Yunnan )
Teori Bangsa Melayu berasall dari Nusantara ( Teori Nusantara )

2.2.1 Teori Bangsa Melayu Berasal Dari Yunan


Teori ini merupakan teori yang popular dan diterima umum.
Berdasarkan teori ini, dikatakan Orang Melayu ini berasal dan datang
daripada Yunnan dan telah bermigrasi ke Kepulauan Melayu menerusi tiga
gelombang migrasi yang utama, yang dimulai dengan perpindahan Orang
Negrito,

Melayu

Proto

dan

juga

huraiannya :
3

Melayu

Deutro.

Berikut

adalah

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan
Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 MS berdasarkan
penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah
diperturunkan orang Seman yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,
berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh
serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu berlaku pada
2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang
Negrito dan mereka juga mempunyai kemahiran bercucuk tanam.
Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto di mana dikenali
Melayu Negosiddek di mana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang
dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan
tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan perpindahan orang
Melayu Kuno yang kedua berlaku pada tahun 1,500 SM. Mereka
merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
belayar.

2.2.2 Teori Bangsa Melayu Berasal Dari Nusantara

Teori

ini

disokong

oleh

serjana-sarjana

terkemuka

seperti

John

Crawfurd, K.Hilmy, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini
disokong adalah dengan alasan-alasan seperti di bawah :
1. Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi
pada

abad

ke-19.

Taraf

ini

hanya

dapat

dicapai

setelah

perkembangan budaya yang lama. Taraf ini menunjukkan orang


Melayu

tidak

berasal

dari

mana-mana

tetapi

berasal

dan

berkembang di Nusantara.
2. K.Hilmy tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa
persamaan

yang

berlaku

di

kedua-dua

Champa. Baginya,

bahasa

adalah

satu

fanomena ambilan.
3. Manusia kuno Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan
manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan bahawa adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia Kuno
tersebut, yakni berasal dari Jawa dan mewujudkan tamaddun
bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan
yang ketara dengan bahasa yang berada di Asia Tengah (Bahasa
Indo-Eropah).

Dalam teks Sejarah Melayu (Sulalatul Salatin) ada disebut bahawa


Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir di sekitar
bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat
kemuncalan tiga orang Raja yang datang ke Alam Melayu. Mereka adalah
asal keturunan raja-raja Melayu di Palembang, Singapura, Melaka dan

Johor,

Minangkabau

dan

Tanjung

Pura.

(http://redzuan-

ridz.blogspot.com/2010/12/asal-usul-kewujudan-bangsa-melayu.html?
m=1)

3.0

FAKTOR KEWUJUDAN ETNIK DI ALAM MELAYU


Terdapat empat faktor mengapa wujudnya kepelbagaian etnik di

Alam Melayu iaitu faktor geografi, faktor pelabuhan, faktor pengaruh


orang islam dan faktor perkahwinan. Berikut adalah huraiannya :

3.1 Faktor Geografi


Melaka merupakan tempat pertemuan semula jadi angin monson.
Disebabkan itu saudagar Cina dan India menjadikan Melaka tempat
persinggahan yang sangat dikehendaki oleh mereka. Dan yang paling
penting kedudukannya di Selat Melaka. Selat Melaka merupakan tempat
belayar perdagangan diantara negeri India dan Cina yang masyhur.
Melaka menguasai segala kapal-kapal yang melaluinya. Setiap kapal yang
melalui Melaka akan singgah dan berehat disitu. Di antara keistimewaan
yang lain ialah Melaka berada ditengah-tengah kawasan rempah yang
paling terkenal di Asia Tenggara. Oleh itu, faktor ini memainkan peranan
penting dalam wujudnya kepelbagaian etnik di Alam Melayu.

3.2 Faktor Pelabuhan

Faktor lain yang menolong Melaka dalam perkembangannya ialah


pelabuhannya. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang sangat
baik dan juga keselamatan yang terjamin untuk saudagar yang singgah
disitu sama ada mahu berehat atau berdagang. Disebabkan oleh tempoh
pelabuhannya

tiada memakan tempoh masa yang

membolehkan

Melaka

mengatasi

bandar-bandar

lama, ini telah


yang

lain

yang

bertanding dengannya terutama di sepanjang Pantai Sumatera yang


berhampiran

dengan

Melaka.

Dengan

kejayaan

ini

membuatkan

Parameswara patut dipuji kerana dialah orang yang telah menamatkan


ancaman Siam dengan mencadangkan agar mengikat tali persahabatan
dengan negeri Cina yang kebetulan pada masa itu Dinasti Ming telah
menjalankan dasar

mengembangkan pengaruhnya.

Dengan

adanya

pelabuhan yang sistematik, maka semakin ramai etnik yang datang ke


Melaka pada masa itu.
3.3 Faktor Penyebaran Agama
Sepanjang abad ke-14, saudagar Islam dari negeri Arab dan India
yang paling banyak menguasai perdagangan. Kebanyakkan saudagar ini
bertapak di bandar pelabuhan Sumatera Timur. Pada tahun 1414,
Parameswara sendiri telah memeluk Islam secara tidak langsung akibat
daripada hubungan perdagangan yang dijalankan antara Melaka dengan
pedagang Arab. Oleh itu, berlakulah percampuran budaya dan etnik yang
wujud pada masa itu sehingga kekal hingga ke hari ini dan kesannya
seperti wujudnya masyarakat Melayu yang berketurunan daripada Arab

iaitu keturunan Syed dan Syarifah. (Haji Ahmad Bin Haji Saleh,1979, hlm
5.)

3.4 Faktor Perkahwinan


Antara faktor kewujudan etnik yang lain ialah melalui perkahwinan
Sultan Mansor Shah dengan puteri Raja China yang bernama Hang Li Po.
Perkahwinan ini dilangsungkan setelah Maharaja China sendiri melihat
kebijaksanaan dan kelebihan orang Melaka. Keistimewaan perkahwinan ini
ialah Sultan Mansor Shah sendiri tidak payah pergi ke China malah Raja
China sendiri yang menghantar puterinya ke Melaka. Dengan perkahwinan
ini wujudlah hubungan muhibbah dan keamanan diantara kerajaan Melaka
dan China. Melalui perkahwinan antara dua etnik yang berbeza, maka
berlaku penambahan etnik dan wujudlah pelbagai etnik-etnik yang baru
hasil daripada perkahwinan campur. (Abu Hassan Shah., 1977, hlm 5859)

4.0 KEWUJUDAN ETNIK DI ALAM MELAYU


Terdapat pelbagai etnik yang wujud di Alam Melayu dan boleh
dikatakan kekal hingga masa kini seperti di Malaysia dan juga negaranegara

yang

lain

serta

menjadi

antara

etnik

yang

utama

dan

mempengaruhi. Antaranya ialah etnik Orang Asli, etnik Melayu, etnik Cina,
8

etnik India serta beberapa etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak
(Malaysia), dan juga beberapa penceritaan ringkas yang berkaitan dengan
etnik yang wujud di Negara-Negara Klasik seperti Negara Siam, Burma,
Vietnam, Kampuchea, dan Laos . Berikut adalah huraiannya :

4.1 Etnik Orang Asli


Orang-orang asli daripada suku kaum Negrito, Senoi dan Melayu Asli
dianggap

sebagai

penduduk

asal

kawasan

Kepulauan

Melayu.

Ini

bermakna penduduk asal di Tanah Melayu dan kawasan kepulauan yang


lain terdiri daripada pelbagai suku kaum. Tidak hairanlah terdapat orang
Melayu dari keturunan Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci,
Mendaling, Minangkabau, Rawa, Johor-Riau yang mendiami daerah-daerah
tertentu di Kepulauan Melayu. Kajian oleh Wilkinson dalam Peninsular
Malays dan juga History of Perak menjelaskan tentang hubungan baik
yang wujud di antara orang Melayu yang mendiami kawasan pantai
dengan orang Sakai di kawasan pedalaman. Antara barangan utama yang
dibawa oleh orang Sakai ini ialah rotan, gutta, wax, ivory dan lain-lain
hasil hutan. Orang Sakai ini juga menjadi tenaga pekerja. (Rozeyta Bt
Omar, Paimah Bt Atoma, 2009, hlm 57-58)

4.2 Etnik Melayu

Petempatan manusia di Alam Melayu masih banyak yang bersifat


hipotesis kerana bukti-bukti nyata yang ditinggalkan oleh masyarakat
lampau tidak banyak diketahui. Aktiviti migrasi, terutamanya migrasi
luaran, merupakan aktiviti utama yang bertanggungjawab mengubah
keseluruhan keadaan masyarakat Tanah Melayu hingga memberi kesan
yang begitu besar terhadap pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Teori
yang masih popular tentang proses kedatangan dan pembentukan awal
masyarakat Melayu di Tanah Melayu menjelaskan bagaimana pada zaman
sebelum masihi orang Melayu daripada selatan benua Asia berhijrah
beramai-ramai ke Semenanjung dan Kepulauan Borneo.
Kedatangan mereka ini telah menyebabkan penduduk pribumi (orang
Asli) ketika itu berpindah ke kawasan pedalaman. Orang Melayu inilah
yang telah mendiami kawasan pantai dan kuala sungai. Mereka menjadi
penghuni tertua selepas orang pribumi di Tanah Melayu. Kawasan tepi
pantai dan sungai kemudiannya telah berkembang menjadi pelabuhanpelabuhan penting, terutama kerana kedudukan Tanah Melayu dan
beberapa kepulauan Melayu yang lain di jalan perdagangan antara China,
India dan Arab. Pedagang-pedagang India telah berdagang di kawasan
Kepulauan Melayu sejak zaman sebelum masihi lagi dan menggelar
Semenanjung Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi (bumi emas).
Kepulauan Melayu merupakan kawasan geopolitik rumpun Melayu.
Penduduknya bergerak dan berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain.
Kemudahan pergerakan ini dipertingkatkan lagi dengan wujudnya satu
bahasa iaitu bahasa Melayu yang menjadi bahasa lingua franca dan

10

berbudaya Melayu. Di peringkat dalaman orang Melayu terbahagi kepada


dua kategori, iaitu mengikut kumpulan etnik dan geopolitik (negeri,
provinsi dan wilayah) di mana mereka bermastautin sejak bergenerasi
lalu.

Di

peringkat

kumpulan

etnik,

masyarakat-masyarakat

yang

mengenalkan diri sebagai orang Melayu itu adalah terdiri daripada orang
Jawa, orang Minang, orang Bugis, orang Banjar, orang Boyan, orang
Mendiling, orang Krinchi, orang Acheh dan orang Jambi (sekadar
beberapa). Di peringkat geopolitik (dalaman), mereka terdiri daripada
orang Patani, orang Pahang, orang Kedah, orang Kelantan, orang
Terengganu, orang Perak, orang Selangor, orang jelas, orang Riau, dan
orang Sarawak.

4.2.1 Arkeologi Etnik Melayu


Sejarah awal penduduk di Alam Melayu ini terbukti dengan beberapa
penemuan artifak seperti di Kuala Tampan, Perak; Gua Niah, Sarawak,dan
Tingkayu, Sabah. Penemuan ini menjelaskan tentang wujudnya manusia
zaman paleolitik (lebih kurang 35000 tahun lalu). Penemuan di Gua Cha,
Kelantan; Gua Kecil, Pahang; Guar Kepah, Kedah, dan Gua Mandai, Sabah
pula menjadi bukti kewujudan masyarakat mesolitik (11000 tahun lalu).
Kajian-kajian seterusnya di beberapa tempat seperti Gua Kecil, Pahang;
Jenderam Hilir, Selangor; Gua Gamantang, Sabah; Gua Tengkorak,
Sarawak; Sungai Lang, Selangor; Sungai Tembeling, Pahang, dan Sungai
Muar, Johor, juga telah membuktikan kewujudan masyarakat zaman

11

neolitik dan zaman logam (antara 5000 hingga 2500 tahun lalu). (Rozeyta
Bt Omar, Paimah Bt Atoma, 2009, hlm 56-57)

4.3 Etnik India


Orang India dipercayai datang ke kawasan Kepulauan Melayu lebih
kurang 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka khususnya untuk
berdagang di Melaka telah menyebabkan beberapa petempatan orangorang India wujud, seperti di Kampung Kling. Kebanyakan mereka terdiri
daripada orang Tamil dari India Selatan, Malayali (dikenali juga sebagai
orang Malabari) dari pantai Malabar, dan orang Telegu dari Andra Pradesh.
Hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan India telah terjalin
sejak kurun kedua Masihi lagi.
Agama Buddha dipercayai telah sampai ke Tanah Melayu dan
kemudian tersebar luas ke Nusantara semasa India diperintah oleh
Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya (330-180 S.M.). Agama Hindu pula
telah dibawa oleh golongan pedagang India (vaisya). Bukti kewujudan
beberapa

kerajaan

Hindu-Buddha

(Indianized

States)

ialah

seperti

kerajaan Funan (1-6 Masihi), Angkor (10-15 Masihi), Srivijaya (7-13


Masihi), Mataram (7-10 Masihi), Majapahit (1293-1528), Gangga Negara
(5-10 Masihi) dan Langkasuka (2-14 Masihi). Agama Buddha Mahayana
menjadi tumpuan imigran Cina dan orang Sinhalese dari Sri Lanka yang

12

datang ke Pulau Pinang. Mereka telah membina beberapa tokong yang


terkenal di Pulau Pinang. Di negeri Kelantan pula, orang Siam yang ramai
mendiami Kelantan telah membawa agama Buddha Teravada. Peringkat
dan proses petempatan penduduk kemudiannya berkembang ketika
wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu awal.
Antara kerajaan Melayu awal yang wujud di Tanah Melayu ialah
Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra, Kerajaan Langkasuka
di Pattani, Kerajaan Chih-Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan di Terengganu,
Kerajaan Gangga Nagara di Perak. Selain dari itu kerajaan awal yang
muncul di Gugusan Kepulauan Melayu pula ialah Kerajaan Kutei, di
Borneo, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Funan di lembah Sungai Mekong,
Kerajaan Champa di Vietnam, dan Kerajaan Sri Vijaya di Sumatera.
Kemunculannya mempunyai kaitan dengan kegiatan perdagangan yang
pesat di jalur maritim antara China dengan India. (Rozeyta Bt Omar,
Paimah Bt Atoma, 2009, hlm 62-63)

4.4 Etnik Cina


Menurut Liang Liji dalam bukunya Empayar Melaka Dinasti Ming Abad
ke-15 Masih, hubungan antara negara China dengan Alam Melayu sudah
lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti
Han (140-117 sebelum Masihi) lagi. Semasa pemerintahan Sun Quan
(222-252 Masihi), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negerinegeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta
mengadakan hubungan diplomatik dengan Amerika. Namun pada zaman
13

Srivijaya hubungan China dengan Asia negara menjadi amat pesat dengan
kedatangan para pedagang dan juga penuntut agama Buddha yang
belajar di Srivijaya sebagai pusat pengajian agama Buddha iaitu pada
zaman

China

dibawah

pemerintahan

Dinasti

Tang

(618-907

Masihi).Kepentingan Semenanjung Tanah Melayu kepada China ialah


kerana kedudukannya yang terletak dijalan perdagangan antara India
dengan negara China. Langkasuka sebuah bandar yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu telah berada dibawah naungan Funan pada
abad

ke-7

Masihi,

bandar

ini

menurut

keterangan

sejarah

China

merupakan sebuah bandar yang maju dan bertamadun serta mempunyai


kekayaan sumbernya. Bandar ini telah mengadakan hubungan langsung
dengan China sehingga tahun 1300 Masihi.
Hubungan yang gemilang antara Alam Melayu dengan China ialah
apabila tertubuhnya negeri Melaka yang diasaskan oleh Parameswara
pada tahun 1403 Masihi. Maharaja Dinasti Ming (1368-1643) telah
menghantar Yin Ching sebagai utusan China ke Melaka untuk mewujudkan
hubungan persahabatan perdagangan dan diplomatik dengan Melaka.
Berdasarkan pembuktiaan ini, maka jelaslah pada kita bahawa kewujudan
etnik China telah lama bertapak di Alam Melayu sejak zaman Kesultanan
Melaka apabila berlaku perhubungan diplomatik diantara kedua-dua pihak
sebagaimana yang diterangkan di atas iaitu melalui faktor perdagangan,
faktor perkahwinan dan sebagainya. (Abdul Halim Ramli, 2009, hlm 6-7)

4.5 Etnik di Sabah dan Sarawak


14

Selain itu, terdapat juga etnik-etnik yang wujud di Alam Melayu akibat
daripada pecahan-pecahan etnik Orang Asli seperti yang wujud di Sabah
dan Sarawak.

4.5.1 Etnik di Sabah


Penduduk peribumi Sabah juga berasal dari tanah besar Asia dan
bertutur menggunakan rumpun bahasa Austronesia. Peribumi Sabah
biasanya tertumpu di pantai barat dan pantai timur, di muara dan lembah
sungai serta di kawasan pedalaman dan di kawasan tanah tinggi.
Masyarakat Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku
etnik peribumi asli yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah
masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang
mula berlaku seawal-awalnya pada kurun ke 10 Masihi daripada Tanah
Besar China ,India,Kepulauan Filipina dan Sulu,Kepulauan Cocos dan
Maluku, Indonesia dan lain-lain. Di Sabah terdapat suku kaum pribumi
seperti: (Abdul Halim Ramli, 2009, hlm 26)

Kadazan (bilangan terbesar di Sabah, berasal dari Kalimantan

serta tertumpu di kawasan lembah Ranau dan Tambunan),


Bajau (berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu, dikenali juga
sebagai orang laut dan orang Samal, tertumpu di kawasan
Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di teluk Sandakan),
Dusun
Murut (kebanyakan tinggal di kawasan pedalaman seperti di
Tenom, Rundu dan Pensiangan. Kebanyakan mereka masih
mengamalkan hidup berpindah randah)
Bisaya
Kadayun
Orang Sungai
Suang Laut
15

Orang Brunei (Rozeyta Bt Omar, Paimah Bt Atoma, 2009, hlm 58)

4.5.2 Etnik di Sarawak


Penduduk

peribumi

Sarawak

menggunakan

bahasa

rumpun

Austronesia iaitu mengikut rumpun bahasa yang sama dengan orang


Melayu di Semenanjung. Asal usul mereka boleh dikaitkan dengan
gelombang penghijrahan dari tempat-tempat lain di benua Asia. Di
Sarawak tidak terdapat satu kelompok etnik yang dominan secara mutlak
sama ada dari segi populasi atau status perundangan. Etnik terbesarnya
ialah Iban (Dayak Laut), Cina, Melayu, Bidayuh (Dayak Darat), Melanau
dan Orang Ulu serta beberapa etnik lain yang kecil seperti Kayan, Kenyah,
Kelabit dan lain-lain. Kebiasaannya etnik ini tinggal di suatu kawasan yang
tertentu seperti pesisiran pantai, lembah sungai, kawasan tanah tinggi
dan daerah pedalaman. Kawasan yang paling padat penduduk ialah di
dataran pantai dan di lurah-lurah bahagian barat Sarawak, iaitu di Kuching
dan di kawasan di antara sungai Kayan dan Mukah. Di Sarawak terdapat
suku kaum pribumi seperti: ( Abdul Halim Ramli, 2009, hlm 24 )

Bidayuh
Iban
Kayan
Kedayan
Kelabit (mereka tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai

Rejang.
Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario. Kebanyakan

mereka masih tinggal di rumah panjang),


Kenyah
Melanau (kebanyakan tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya, dan
Sungai Mukah. Ramai di antara mereka ini beragama Islam.
16

Mereka merupakan suku kaum yang telah banyak berasimilasi


dengan orang Melayu dan mengamalkan cara hidup orang

Melayu)
Melayu (berasal dari Sumatera. Mereka ini banyak tinggal di

kawasan pesisir pantai dan beragama Islam)


Murut (Rozeyta Bt Omar, Paimah Bt Atoma, 2009, hlm 59)

4.6 Negara-Negara Klasik di Alam Melayu


Seterusnya, terdapat juga di sana Negara-Negara klasik di Alam
Melayu yang mempunyai etnik yang tersendiri. Namun etnik yang wujud
di Negara-Negara Klasik ini mungkin juga sama seperti di Tanah Melayu
tetapi rujukkan yang didapati kurang menceritakan etnik-etnik yang wujud
di Negara-Negara ini. Walaubagaimanapun, sejarah mendedahkan pada
awalnya, Negara-Negara klasik ini lebih memegang kepada pegangan
agama Hindu-Buddha. Oleh yang demikian rumusan di buat kemungkinan
etnik yang utama di katakan mempengaruhi di Negara-Negara tersebut
ialah etnik India dan Cina. Negara-Negara Klasik itu ialah :

4.6.1 Siam
Jumlah penduduk Siam pada awal abad ke-19 tidak dapat ditentukan
dengan tepat tetapi anggaran yang paling munasabah ialah sekitar 5-6
juta

orang.

Penempatannya

berselerak

di

seluruh

Negara

dan

mengerjakan pertanian sara diri. Hasil utama pertanian termasuklah padi,


kapas, tembakau, sutera, tebu dan buah-buahan. Bentuk asas dan
17

susunan masyarakat Thai pada zaman awal Bangkok ialah penguasaan ke


atas buruh. Rakyat Thai disusun dalam satu bentuk pyramid dengan raja
di peringkat atas diikuti oleh nai atau bangsawan /pembesar , phrai som
(rakyat biasa), phrai luang (rakyat biasa yang dikuasai raja kerana tidak
berdaftar) dan that (hamba). Terdapat undang-undang yang ketat
bertujuaan menentukan bentuk masyarakat ini berkekalan pada zaman
awal Bangkok.
Setiap golongan dalam masyarakat ini dihubungkan dengan pihak yang
lebih atas melalui konsep patron-klien yang merangkumi beberapa
tanggungjawab dan kewajipan yang telah pun ditetapkan. Susunan
hierarki masyarakat klasik ini ditentukan oleh konsep-konsep agama
seperti bun (pahala) dan bab (dosa). Jenis-jenis perlakuan manusia telah
pun ditetapkan sama ada akan memberikan pelakunya bun atau bab dan
ini dihubungkaitkan dengan karma di mana seseorang itu dilahirkan
semula

dalam

berbagai-bagai

bentuk

mengikut

bun

dan

babnya.

Seterusnya, wat merupakan nadi perkembangan sosial masyarakat


tempatan. Di Wat, petani menyerahkan hartanya untuk kebajikan,
berpesta dan mencari pasangan hidup. Di Wat ini juga, petani belajar
membaca, menghayati moral yang tinggi untuk menjadi rahib. Selepas
kematiannya, mayatnya dibakar dan disimpan di wat. (Abu Talib Ahmad,
1991, hlm 13-15)

4.6.2 Burma

18

Masyarakat Burma zaman klasik dibahagikan kepada kepada tiga


pegawai (pegawai tinggi dan rendah serta pekerja mahir) , dan rakyat
biasa yang dipecahkan pula kepada 3 kumpulan iaitu mereka yang bebas
(asan), mereka yang terikat kepada institusi agama (purakywan) dan
mereka yang terikat kepada kerajaan

(kywan-to). Golongan ini terus-

menerus memberikan sumbangan tenaga kepada Negara. Manfaatmanfaat tertentu juga diberikan kepada kumpulan-kumpulan ketiga serta
pecahan-pecahannya.
Contohnya pura-kywan mendapat faedah ekonomi dan sosiopolitik di
samping dibebaskan daripada membayar cukai negeri dan berhak pula
untuk mengerjakan tanah. Rakyat biasa ini tinggal di desa yang menjadi
teras pentadbiran daerah dan mereka menanam padi sawah. Hasil-hasil
keluaran dalam negeri merangkumi jenis-jenis logam, buah-buahan,
sayur-sayuran, ikan dan beras. Perniagaan dalam negeri dibenarkan tetapi
dikawal oleh pemerintah. Malah kawasan Burma hulu selepas tahun 1855
masih berupaya untuk mengekalkan keadaan pengasingan dengan dunia
luar kerana bahan-bahan makanan seperti beras, sekoi, minyak sayur,
ikan, garam, buah-buahan, buluh dan kayu untuk pembinaan masih
dikeluarkan dengan banyaknya. Rangoon dan Mandalay merupakan dua
Bandar utama Burma klasik.
Dua Bandar ini boleh dikatakan sebagai tempat tumpuan atau pusat
dalam perkara ekonomi, sosial dan politik. Sementara itu, organisasi
masyarakat pinggir serta keadaan sosioekonominya dapat dilihat seperti

19

di utara Burma. Masyarakat ini berasaskan kepada pertanian pindah dan


perburuan. (Abu Talib Ahmad, 1991, hlm 28-33)

4.6.3 Vietnam
Masyarakat Vietnam klasik boleh dibahagikan kepada dua kumpulan
besar iaitu cendekiawan-pentadbir dan petani pengeluar. Di samping itu
terdapat juga dua kumpulan yang agak penting iaitu rahib agama Buddha
dan sekumpulan kecil para peniaga Cina yang berpengaruh. Seterusnya,
golongan cendekiawan diberi keutamaan untuk mendapat pelajaran ke
peringkat setinggi mungkin. Sementara rakyat yang lain memadai hanya
diberikan latihan sivik. Oleh yang demikian, rakyat hanya diberi pelajaran
yang

paling

minimum.

Pelajaran

juga

merupakan

punca

utama

terdapatnya pengasingan di antara golongan petani dan quan atau


mandarin.
Pada mulanya, agama Buddha mula tersebar di Vietnam sekitar abad
ke 3-6 masihi dan begitu berpengaruh di istana. Pemilihan quan dibuat
berasaskan

peperiksaan

tentang

Konfucianisme,

Buddhisme

Konfucianisme

sahaja

dan

tamgiao
Taoisme

dikekalkan.

tetapi

Sementara

(Tiga

Agama)

selepas
itu,

itu

iaitu
hanya

perkembangan

perbandaran di Vietnam tertumpu di tiga buah Bandar utama iaitu Saigon,


Hanoi dan Hue. (Abu Talib Ahmad, 1991, hlm 42-44).

4.6.4 Kampuchea

20

Rakyat Kampuchea terdiri daripada orang Khmer dan juga kelompok


minority yang lain seperti orang Melayu dan Cina. Kelompok-kelompok ini
memounyai fungsi ekonomi yang tersendiri. Rakyat bangsa Khmer
umumnya terlibat dengan perniagaan, penanaman sayur-sayuran dan
perdagangan luar. Orang Melayu yang dikatan berasal dari Jawa dan
Champa pula terlibat dengan perdagangan ternakkan, bertenun dan
perikanan secara komersial. Terdapat juga kehadiran orang Portugis yang
terlibat dengan peralatan ketenteraan yang dipunyai oleh raja. (Abu Talib
Ahmad, 1991, hlm 52)

4.6.5 Laos
Laos mempunyai sejarah zaman klasik yang tidak kurang menariknya
berbanding jika dibandingkan dengan Negara-negara lain di Tanah Besar.
Pada awal abad ke-19, negeri ini terdiri daripada kumpulan beberapa
pusat politik yang dipanggil muong (muang di Negara Thai). Pada
umunya muong ini terdapat di lembah-lembah sungai dan ketua muong
ini menguasai penduduk di bahagian pusat dan juga di pinggir ataupun
wilayah. Namun begitu, penguasaan ini bergantung pada keadaan sumber
semula jadiserta kewibawaan pemimpin berkenaan. Muong yang penting
termasuklah Vientiane di bahagian tengah, Luang Prabang di barat laut,
Champasak dan Savannakhet di bahagian selatan, dan Xieng Khoung di
timur laut. Orang Laos mempunyai pertalian ras yang rapat dengan orang
Siam kerana mereka berasal dari rumpun bangsa yang sama.

21

Kemudian terdapat juga kelompok-kelompok Mon-Khmer dan TibetoBurman seperti Kha dan Meo. Kelompok Kha merupakan kelompok asal,
tetapi kelompok Meo hanya berhijrah ke Laos secara beramai-ramai pada
aad ke-18 dari Yunnan. Kelompok Lao menganut agama Buddha
Theravada dan ini agak berbeza dengan kelompok-kelompok lain yang
mempunyai campuran agama Budhha, Hindu, dan Phi (pemujaan agama)
iaitu

kepercayaan

yang

penting

dalam

kehidupan

petani.

Walaubagaimanapun, wat (biara) tetap penting dan sebelum sesuatu


upacara phi dijalankan, petani-petani akan bersembahyang terebih dahulu
di wat.
Asas ekonomi Laos ialah tanaman padi yang melibatkan kelompok
majoriti dan minoriti. Di samping itu,rakyat Laos juga mnternak kerbau,
babi dan juga ayam itik serta menanam bunga popi untuk membuat
candu. (Abu Talib Ahmad, 1991, hlm 55-56)

22

5.0

PENUTUP
Kesimpulanya,

perkembangan

dan

pembentukan

masyarakat

majmuk telah berlaku sebelum kedatangan penjajahan Barat ke Alam


Melayu lagi. Melaka umpamanya, telah menjadi tempat persinggahan
dan penempatan pelbagai kaum dan bangsa dari bermacam-macam
kebudayaan dan asal-usul. Kedatangan mereka di dorong oleh pelbagai
faktor. Antara faktor tersebut ialah faktor geografi, faktor pelabuhan,
faktor penyebaran agama dan faktor perkahwinan.
Namun terdapat perbezaan proses pembentukan

masyarakat

majmuk tersebut di antara zaman sebelum penjajahan Barat dengan


selepas penjajahan Barat. Alam Melayu sebenarnya telah lama wujud
sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, maka dengan itu
wujudlah kepelbagaian etnik yang datang pada waktu itu seperti etnik
Orang Asli, etnik Melayu, etnik Cina, etnik India, serta beberapa etnik
yang wujud di Sabah dan Sarawak ( Malaysia ), dan juga beberapa
penceritaan ringkas yang berkaitan dengan etnik yang wujud di
Negara-Negara

Klasik

seperti

Negara

Siam,

Burma,

Vietnam,

Kampuchea, dan Laos.


Bermula dari situlah, Alam Melayu ini semakin berkembang
sehingga ke pelusuk negeri yang dikenali sebagai Alam Melayu atau
Kepulauan Melayu. Pada masa ini boleh dilihat bahawa Alam Melayu
telah banyak berkembang dan berlaku penambahbaikan dari sudut
pentadbiran, ekonomi, dan muamalat pada masa itu.
Namun begitu, apa yang boleh dilihat pada masa kini yang mana
telah berlaku perubahan yang sangat ketara sehingga sudah tiada lagi
Alam Melayu apabila berlaku penjajahan oleh kuasa Barat di Alam

23

Melayu dan hanya tinggal sejarah pada masa kini. Sebagai rakyat
Malaysia seharusnya kita bersyukur walaupun rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai etnik namun, kita berjaya mengekalkan keamanan
dan kesejahteraan dalam hidup pada hari ini. Akhir kata, melalui
pendedahan tentang sejarah ini masyarakat dapat mengetahui asal
usul kewujudan kepelbagaian etnik di Alam Melayu dan kesannya
dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

6.0 BIBLIOGRAFI
Abu Hassan Shah, 1977, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu,
Utusan Publications & Distributors : Kuala Lumpur
Haji Ahmad Bin Haji Saleh, (1979), Sejarah Tanah Melayu 1400-1959,
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur
Mohamed Anwar Omar Din, 2011, Asal-Usul Orang Melayu, Menulis
Semula Sejarahnya : Jurnal Melayu (7) 1-8

24

Rozeyta Bt. Omar, Paimah Bt. Atoma, 2009, Hubungan Etnik Di


Malaysia : Perspektif Teori Dan Praktik ; Bab 3, Pluraliti Budaya
Dan Etnik Di Alam Melayu Zaman Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur
Abu Talib Ahmad, cetakan pertama 1991, Sejarah Tanah Besar Asia
Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Joginder singh jessy, 1979, Sejarah Tanah Melayu 1400-1959, Syarikat
percetakan Lian Hup : Kuala Lumpur
Ishak Saat, Adnan Jusoh, 2011, Isu-Isu Terpilih Alam Melayu, UTHM :
Johor
Abdul Halim Ramli, 2009, Hubungan Kaum di Malaysia (Sejarah dan
Asas

Perpaduan),

Pusat

Penerbitan

Universiti

(UPENA)

Universiti

Teknologi MARA: Shah Alam


Abdul Rahman Abdullah, 2012, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara,
Utusan Publications & Distributors : Kuala Lumpur
W.G.Shellabear, 1983, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn,Bhd: Selangor
Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006, Sejarah dan Kebudayaan Asia
Tenggara Tradisional, Karisma Production Sdn.Bhd: Shah Alam Selangor.
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2010/12/asal-usul-kewujudan-bangsamelayu.html?m=1

25

7.0

LAMPIRAN

Kewujudan Pelbagai Etnik Di Alam Melayu

26

Etnik Vietnam

Etnik Orang Asli

Etnik Siam

Peta Kepulauan Melayu

(sumber dari internet)

27

You might also like