Teks Ucapan KP Kraftangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN YBHG KETUA PENGARAH SEMPENA MALAM CITRA

DEWANGGA HKK 2015


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis
Datuk-datuk, Datin-datin, Usahawan Kraf, Rakan-rakan Media, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
UCAPAN TERIMA KASIH
2. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahuwataala, kerana dengan izin
dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama di Majlis Anugerah Citra Dewangga, sempena Hari Kraf
Kebangsaan 2015. Saya bagi pihak Kraftangan Malaysia, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih, di atas kesudian Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri
Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Ong Hong Peng, KSU Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan mewakili Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, kerana sudi
melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
3. Sesungguhnya kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri, pada malam ini menambahkan lagi
seri majlis, serta memberi semangat, khususnya kepada para usahawan kraf, untuk terus berkarya,
menghasilkan produk kraf yang berkualiti, dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

HARI KRAF KEBANGSAAN 2015


4. Untuk makluman Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri, Kraftangan Malaysia sekali lagi berjaya
menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan bagi kali ke-13, yang bermula pada 26 Mac sehingga 7 April 2015.
Tahun ini, merupakan penganjuran Hari Kraf Kebangsaan yang dibuat pada skala yang lebih besar, dengan
penyertaan seramai 638 usahawan dari seluruh negara, berbanding penganjuran tahun-tahun sebelumnya.
5. Lebih banyak aktiviti menarik disediakan, kepada pengunjung selain daripada jualan produk kraf tempatan
yang unik, cantik dan berkualiti serta produk perkhidmatan perkahwinan. Saya ingin memaklumkan, bahawa,
pada tahun ini Kraftangan Malaysia berusaha keras, bagi memastikan pengunjung dan usahawan berpuas
hati, dengan perkhidmatan serta kemudahan fisiliti, yang disediakan sepanjang tempoh 13 hari promosi
berlangsung. Inisiatif ini adalah di antara usaha berterusan dari Kraftangan Malaysia, dalam memperluaskan
pasaran produk kraf tempatan.

ANUGERAH TUKANG ULUNG


6. Industri kraf di negara terus menunjukkan kecemerlangannya. Dalam tempoh 2011 hingga 2014, nilai
pendapatan industri kraf adalah sebanyak RM1.36 bilion. Nilai ini membuktikan bahawa, industri kraf mampu
menjana pendapatan keluarga dan negara. Bermula dengan industri kecil-kecilan yang diusahakan di luar
bandar, hari ini industri kraf gah berdiri, setanding dengan industri pembuatan lainnya. Kejayaan ini didokong
bersama oleh tukang-tukang kraf, yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kerja seni
ini. Tukang-tukang kraf ini disegani, dan dihormati, serta mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam
masyarakat.
7. Kraftangan Malaysia mengambil inisiatif, mengadakan Anugerah Tukang Ulung, yang bertujuan untuk
memberi pengiktirafan, kepada tukang-tukang kraf yang banyak menyumbang jasa, dalam membantu
membangun dan meneruskan legasi industri kraf negara. Mereka merupakan individu yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran tinggi, dalam bidang kraf kepakarannya. Pada malam ini, seramai 12 orang
tukang kraf akan menerima Anugerah Tukang Ulung.

ANUGERAH CITRA DEWANGGA


8. Buat julung kalinya, pada tahun ini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Kraftangan
Malaysia, mengadakan Anugerah Citra Dewangga. Pengiktirafan ini bertujuan, memberi penghormatan dan
penghargaan kepada individu, yang banyak menyumbang jasa, dalam membantu menggalakkan
perkembangan dan kebangkitan industri kraf tempatan, khususnya kraf tekstil, sama ada di peringkat
domestik mahupun antarabangsa.
9. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih,
dan penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ong Hong Peng yang dapat meluangkan masa hadir pada majlis malam ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana telah memberi komitmen yang tinggi dalam
membantu Kraftangan Malaysia menjayakan Hari Kraf Kebangsaan pada tahun ini. Saya akhiri ucapan
ini dengan dua rangkap pantun:Sutera songket panjang sembilan,
Berbunga lebat hiasan berperada;
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka, umpama permata intan;
Kami menumpang akan cahayanya.
Bunga selasih di tepi huma
Jatuh berderai ditimpa hujan
Terima kasih kepada semua
Yang tidak jemu menghargai seni dan warisan

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Posted by Pejabat Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia at 10:00 PG

30 Sep 2014

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN


BAGI BULAN SEPTEMBER 2014
Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis
Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Pengarah-pengarah Bahagian
Pengurus

Kraf Holding Sdn. Bhd.

dan Warga Kraftangan semua


Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh , Salam Sejahtera

dan Salam 1Malaysia

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada
pagi ini sempena perhimpunan bulanan Krftangan Malaysia bagi bulan September 2014. Saya
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga Kraftangan Malaysia kerana
dapat hadir untuk menjayakan perhimpunan pada kali ini.
Hari ini 30 September merupakan hari terakhir kita berada di suku ketiga bagi tahun 2014. Ini
bermakna hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi untuk kita melaksanakan segala aktiviti untuk
tahun 2014. Sukacita perhimpunan pagi ini , saya menyeru kepada semua untuk melihat
semula perancangan kerja tahunan yang telah direncanakan sejak awal tahun,
sama
ada program dan aktiviti mengikut apa yang dirancang. Sekiranya, terdapat aktiviti-aktiviti yang
tidak terlaksana dapatlah diperbetulkan dan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.
Dalam masa tiga bulan terakhir ini juga, kita menghadapi cabaran yang amat besar iaitu untuk
mencapai KPI jualan kraf yang ditetapkan bagi tahun 2014. Merujuk kepada sasaran yang
ditetapkan Kraftangan Malaysia perlu mencapai jualan kraf sebanyak RM430.0 juta bagi tahun
2014 dan sehingga Ogos jualan kraf yang dicatatkan ialah sejumlah RM393.0 juta. Jika
dibandingkan Ogos 2014 dan Ogos 2013 ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM100.0
juta iaitu 33.9%. Oleh itu, kita hanya memerlukan sejumlah RM37.0 juta untuk menepati
sasaran ini.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah usaha-usaha giat promosi jualan
yang diadakan di pusat-pusat beli-belah, peningkatan jumlah usahawan di dalam menyumbang
KPI dan rekaan-rekaan baru yang dikeluarkan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada
semua yang telah menyumbang kepada peningkatan KPI ini.
Saya, saban hari menekankan kepada pencapaian KPI kerana inilah satu-satunya yang dapat
menggambarkan kegemilangan organisasi dan kejayaan Kraftangan Malaysia sebagai peneraju
industri kraf. Saya berharap agar semua anggota kerja dapat memahami serta mengambil
berat perkara ini agar setiap anggota kerja daripada atas sehinggalah ke bawah bergerak seiring
dan fokus di dalam menjalankan tugasan seharian.
Walaubagaimanapun, kita jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita capai kerana
masih ada berbaki aktiviti-aktiviti untuk tahun ini yang perlu dilaksanakan seperti Promosi
Hiasan Laman dan Taman yang akan berlangsung pada 23 Oktober hingga 3 November dan
Promosi Kraf Angsana Mall Johor Bahru pada 18 hingga 28 Disember yang amat memberi
sumbangan besar ke arah pencapaian KPI ini.
Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti rombongan Yang Berhormat Menteri turun padang ke
Negeri Kelantan dan tiga aktiviti utama telah dilaksanakan iaitu :

Perjumpaan Yang Berhormat Menteri Bersama Usahawan Kraf Batik dan lain lain di Negeri
Kelantan
Perasmian Bantuan Insentif Bengkel Kepada Ayu Fashion, dan
Lawatan Yang Berhormat Menteri ke Bengkel Usahawan Kraf ZH Ukiran kayu, Pengkalan Kubor
Menerusi perjumpaan dan lawatan ini saya amat bersyukur kerana Yang Berhormat
Menteri dan Yang Berbahagia Datuk KSU amat berpuas hati di atas prestasi Kraftangan
Malaysia. Oleh yang demikian, saya amat berharap prestasi sebegini dapat dikekalkan bagi
menjamin organisasi kita sentiasa berada di hadapan dan dilihat secara positif dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Di dalam kita mengejar KPI, tidak seharusnya kita mengetepikan integriti dan etika kerja.
Perhimpunan kali ini, saya ingin menyarankan perkara-perkara penting yang menyumbang kepada
kecekapan sesebuah organisasi iaitu:

Peka kepada kehendak dan keperluan pelanggan iaitu usahawan kraf


Berpegang teguh kepada nilai-nilai murni
Berkualiti dan berilmu
Kerja berpasukan, dan
Kesepakatan
Nilai-nilai yang digariskan ini akan membentuk budaya kerja harmoni, pencapaian yang
maksimum dan integriti anggota yang dihormati seterusnya membawa kepada kecemerlangan
organisasi kita.
Akhir kata, sempena bulan haji ini saya mengucapkan tahniah kepada anggota kerja yang
sedang menunaikan ibadah haji, semoga sejahtera dan memperoleh haji yang mabrur. Selamat
menyambut Hari Raya Aidiladha pada 5 Oktober ini. Marilah kita bersama-sama mengeratkan
kerjasama, persefahaman dan menggembleng tenaga , mengeluarkan idea-idea inovatif dan
kreatif untuk kemajuan dan kejayaan Kraftangan Malaysia.
Sekian,

Wabillahitafik

Terima kasih

Walhidayah . Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like