Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

4.

3 Cabaran Dalam Jurang ICT


Masalah jurang literasi ICT adalah berpunca daripada jurang digital yang
wujud dalam semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara
terutamanya

antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang

demikian adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut
memberi kesan kepada sektor pendidikan di negara kita.
Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT ini seperti
kekurangan pengalaman asas digital yang wujud disebabkan oleh kurangnya
minat masyarakat terhadap bidang ICT. Kurangnya minat masyarakat ini
adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada masyarakat tentang
penggunaan serta kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Oleh yang
demikian, ia telah memberi impak negatif keatas sistem pendidikan negara.
Kekurangan

kesedaran

masyarakat

tentang

kepentingan

ini

telah

menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang dengan baik. Selain itu
teknologi baru yang kurang menarik turut menjadi punca kepada kurangnya
minat serta kesedaran masyarakat tentnang ICT. Bagi mereka perkara
tersebut semakin menyukarkan sesuatu kerja.
Selain itu juga, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang
disebabkan oleh

kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti

pekakasan komputer dan rangkaiannya. Kebiasaannya masalah ini berlaku di


sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta
kawasan terpencil. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara
kawasan luar bandar dan kawasan bandar ini telah

menyebabkan berlaku

jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut. Sekolah- sekolah


dikawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata
lainnya kawasan sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung
kemudahan ICT ini di kawasan mereka. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar
kurang terdedah dengan ICT ini yang akhirnya menjadikan mereka buta ICT.
Disamping itu, wujudnya jurang digital ini adalah disebabkan oleh
kurangnya kemahiran guru-guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi
yang tidak mesra pengguna disamping tenaga pengajar yang kurang
pendidikan tentang ICT dan kurangnya sokongan sosial tentang masalah ini.

Guru- guru yang kurang pendidikan tentang perkara ini menyebabkan mereka
tidak mampu menggunakan ICT yang disediakan oleh kerajaan di sekolah.
Hal ini telah memberikan impak kepada pelajar. Sedangkan guru tidak
mengetahui penggunaan ICT ini apatah lagi pelajar. Masalah ini boleh
dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk guru
mengendalikan sistem komputer di sekolah adalah kurang berkesan.
Kerajaan haruslah menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik
dalam meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.
Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut menjadi halangan
dalam akses ini. Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang
didedahkan dengan penggunaan komputer dan teknologi lain akibat
kekangan kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang mereka untuk
menggunakan

kemudahan

ini

terbatas.

Seperti

yang

kita

ketahui,

penggunaan ICT di kawasan bandar semakin meluas dari hari ke hari


sedangkan kawasan luar bandar dan pedalaman masih dibelenggu dengan
masalah kekurangan ICT dikawasan mereka malahan ia sangat ketara.
Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini
akibat kekangan geografi

dan fizikal kawasan tersebut. Contohnya,di

kawasan pedalaman sabah dan Sarawak yang sukar untuk didedahkan


dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa peralatan teknologi akibat
kekangan struktur muka bumi.

5.3 Pendekatan Jurang Ict


Penggunaan teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT) merupakan salah

satu asas dalam pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti


pada masa kini. Tambahan pula, ICT ini banyak memberi sumbangan kepada
Negara samaada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini telah
menyebabkan penggunaan ICT di negara kita berkembang dengan pesat.
Kepesatan ini juga secara tidak disedari telah mewujudkan jurang ICT dalam
kalangan masyarakat di negara kita dan hal ini sudah pasti turut memberikan
kesan dalam sektor pendidikan di negara kita. Pelbagai langkah yang telah
diambil serta wajar diambil oleh pihak kerajaan malaysia bagi mengurangkan
jurang digital yang berlaku dalam sektor pendidikan.
Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan
mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan
juga ICT terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan
perkampungan orang asli. Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat
malaysia di kawasan luar bandar tentang kepentingan ICT serta faedah yang
boleh didapati dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar
tentang

kepentingan

penggunaan

ICT

dalam

kehidupan

secara

semulajadinya, mereka akan memberikan galakan kepada anak-anak mereka


dalam mempelajari tetntang penggnaan Ict. Antara program yang dijalankan
dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah EKomuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam
menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan
dalam bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa
mengira kawasan,

jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini dalam usaha

meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan


kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang penggunaan ICT
ini. Datuk Dr Ahamad pernah berkata bahawa segala kemudahan serta
infrastruktur ICT telah diperkenalkan di sekolah dalam meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tambahnya lagi,

bahan-

bahan ICT yang disediakan disekolah-sekolah ini harus dimanfaatkan


sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga pihak pentadbir.
Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan
digital

disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan

memberikan latihan serta

bengkel kemahiran kepada guru-guru disetiap

sekolah. Hal ini bertujuan

mengurangkan kadar guru-guru buta komputer.

Dalam bengkel kemahiran tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan


dalam

penggunaan

komputer

serta

ICT bagi

tujuan

menambahkan

pengetahuan mereka mendidik pelajar dalam menggunakan ICT. Oleh yang


demikian kerajaan turut menjalankan program untuk para guru iaitu Latihan
Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam program ini guru-guru diberikan taklimat
khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran
pelajar

oleh tenaga pengajar terlatih.


Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam

meningkatkan pengetahuan serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini


antaranya program pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah ini
menggambarkan

komitmen

membangunkan

pendidikan

dan

kesungguhan

berkualiti

yang

pihak

bertaraf

kerajaan
dunia.

dalam

Prtogram

pembestarian sekolah ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih


berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis
dan

kreatif

serta

menggunakan

teknologi

sebagai

pengupaya.

Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di sekolah bestari ini adalah
sangat

bertepatan dalam tujuan memberikan pendidikan tentang ICT dalam

kalangan pelajar. Pendekatan serta penggunaan ICT ini tidak terikat kepada
bidang kurikulum sahaja malahan ia turut melibatkan pelbagai bidang penting
di sekolah. Hal ini turut

meberikan kesan kepada pentakbiran sekolah

kerana ia dapat melancarkan pengurusan di sekolah tersebut.

antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah


adalah:
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru
dan pelajar terhadap
pelajaran.
Memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
Membolehkan guru
mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Membolehkan guru
mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk diperoleh.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan pelajar mencuba atau
melaksana eksperimen yang sukar,terlalu mahal,
mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
Meningkat daya kreativiti
dan imaginasi guru dan pelajar.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

You might also like