Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

JENIS-JENIS

STRATEGI
BAB 5

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Membincangkan nilai-nilai untuk mewujudkan objektif
jangka panjang.
2. Mengenal pasti jenis-jenis strategi perniagaan.
3. Mengenal pasti berbagai contoh organisasi yang
melaksanakan berbagai bentuk strategi.
4. Membincangkan garis panduan tentang bilakah sesuatu
jenis strategi itu sesuai digunakan.
5. Membincangkan Strategi Generic Michael Porter.
6. Membincangkan pengurusan strategi di dalam
organisasi yang tidak mementingan keuntungan, agensi
kerajaan dan organisasi kecil.
7. Membincangkan usaha sama sebagai cara untuk
memasuki sesebuah pasaran.

PENGENALAN
Organisasi perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar,

lama atau baru wujud terpaksa terlibat dengan proses membuat


keputusan.
Penggabungan, pengambilalihan, pelupusan pembubaran dan
sebagainya
Dalam semua kes penggabungan, setiap pihak perlulah

menimbangkan dengan wajar adakah penggabungan itu memberi


kesan positif terhadap syarikat atau tidak, ataupun tanpa
penggabungan, adakah syarikat sudah hilang daya saingnya.
Apakah akan wujud sinergi dalam penggabungan tersebut? Berapa
banyakkah kos yang boleh dijimatkan?
Berapa banyak untung boleh bertambah? Berapa peratuskah saiz
pasaran boleh ditambah? Bagaimanakah aset masing-masing dapat
melengkapi di antara satu sama lain? Semua ini memerlukan
penilaian yang terperinci dan teliti.

PENGENALAN KEPADA JENISJENIS STRATEGI


OBJEKTIF JANGKA PANJANG
Ia mewakili jangkaan keputusan yang diharapkan dari
perlaksanaan beberapa strategi (Davies 2001). Objektif
perlulah bersifat kuantitatif, boleh diukur, realistik,
mudah difahami ramai, mencabar, mempunyai hierarki,
boleh dicapai, dan seragam di antara unit-unit yang ada
di dalam sesebuah organisasi. Setiap objektif perlulah
dikaitkan dengan garisan masa. Selain daripada itu,
objektif yang digariskan meliputi pertumbuhan aset,
pertumbuhan jualan, keuntungan, syer pasaran, darjah
dan keaslian kepelbagaian, darjah dan keaslian integrasi
menegak, pendapatan sesaham, malahan kadangkala
terdapat ciri-ciri tanggungjawab kepada sosial.

PENGENALAN KEPADA JENISJENIS STRATEGI


OBJEKTIF JANGKA PANJANG
Objektif yang jelas akan mendatangkan banyak
faedah. Ia menjadi petunjuk arah kepada
organisasi, amalan sinergi, bantuan di dalam
penilaian, penetapan keutamaan, mengurangkan
ketidaktentuan, pengurangan konflik, dan
memberikan ransangan terhadap pengagihan
sumber dan juga reka bentuk kerja. Setiap tahap di
dalam organisasi memerlukan objektif jangka
panjang seperti tahap korporat, tahap bahagian,
dan tahap fungsi. Ia amat penting kerana menjadi
kayu ukur terhadap prestasi pengurusan

PENGENALAN KEPADA JENISJENIS STRATEGI


STRATEGI
Strategi merupakan keterangan berkenaan
tindakan yang akan diambil untuk mencapai
objektif jangka panjang.
Jangka masa pelaksanaan kedua-dua perkara di
atas yakni strategi dan objektif jangka panjang
biasanya ialah sekitar dua hingga lima tahun

Jenis Strategi
1. Strategi intergrasi
2.
3.
4.
5.
6.
7.

kehadapan
Strategi integrasi
kebelakang
Strategi integrasi mendatar
Strategi penembusan
pasaran
Strategi pembangunan
pasaran
Strategi pembangunan
produk
Strategi kepelbagaian
konsentrik

8. Strategi kepelbagaian

konglomerat
9. Strategi kepelbagaian
mendatar
10. Strategi usaha sama
11. Strategi pemberhentian
pekerja
12. Strategi pelupusan
13. Strategi penggulungan
14. Strategi kombinasi

Strategi Integrasi
Kehadapan
Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan

pegangan atau kawalan ke atas pengedar atau


peruncit.
Banyak pengeluar pada masa kini melaksanakan
proses ini secara menjual di atas talian on line
business. Dengan cara ini banyak kos dapat
dijimatkan dan keuntungan bagi mereka bertambah.
Walau bagaimanapun, cara ini tidak disenangi oleh
pengedar dan orang tengah. Sungguhpun demikian
strategi ini membawa kejayaan kepada banyak
pengeluar di dunia. Contohnya, Home Depot, dan
Amway Bhd.

Strategi Integrasi
Kehadapan
Terdapat enam panduan untuk melaksanakan strategi

ini secara berkesan


Pengedar yang sedia ada tidak boleh dipercayai dan
menelan kos yang tinggi serta tidak memenuhi
kehendak firma.
2. Sukar untuk mendapat pengedar yang berkualiti dan
berwibawa kerana banyak firma mengambil faedah dari
kebaikan untuk melaksanakan integrasi kehadapan.
3. Firma bersaing di dalam industri yang sedang pesat
pertumbuhannya dan dijangka ianya akan berterusan.
Integrasi kehadapan mengurangkan keupayaan firma
untuk mempelbagaikan aktiviti sekiranya aktiviti
asasnya menghadapi kegagalan.
1.

Strategi Integrasi
Kehadapan
Terdapat enam panduan untuk melaksanakan strategi ini secara

berkesan
Organisasi mempunyai kepakaran dan modal serta sumber
tenaga manusia yang mencukupi untuk melaksanakan strategi
integrasi kehadapan.
5. Organisasi mencapai tahap kestabilan yang tinggi dan
berterusan dari segi penyediaan produk atau perkhidmatan. Ini
akan seiring dengan keupayaan organisasi untuk menjangka
tambahan permintaan melalui proses integrasi kehadapan.
6. Pengedar atau peruncit yang sedia ada terlalu banyak mengaut
keuntungan. Situasi sebegini membolehkan pihak pengeluar
untuk mengagihkan keuntungan secara lebih berkesan dengan
cara mengedar terus dan melaksanakan strategi harga yang
lebih berkesan secara integrasi kehadapan.
4.

Strategi Integrasi
Kebelakang
Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan

pengawalan terhadap pembekal.


Pengeluar dan peruncit membeli barangan yang diperlukan
daripada pembekal. Dengan melaksanakan strategi integrasi
kebelakang, mereka memiliki syarikat pembekal secara
pengambilalihan atau menambah peratus kawalan pegangan
saham terhadap pembekal.
Strategi ini dilaksanakan apabila pembekal yang sedia ada
mengenakan harga yang terlalu tinggi terhadap barangan mereka
ataupun pembekal sukar untuk dipercayai lagi akibat tidak dapat
memenuhi kehendak firma yang mementingkan kecekapan
penghantaran dan kos belian yang rendah. Selain daripada itu,
persaingan yang sengit dan global memaksa firma meningkatkan
kecekapan mereka secara menjimatkan kos dan meningkatkan
kecekapan untuk bersaing.

Strategi Integrasi
Kebelakang
Terdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan strategi
1. Pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang terlalu
tinggi berbanding dengan harga pasaran, sukar dipercayai
dan tidak efisien dari segi pengurusan penghantaran.
2. Jumlah pembekal sedikit dan bilangan pesaing pula ramai.
3. Industri berada dalam persaingan sengit dan sedang
berkembang dengan mendadak. Faktor ini mustahak kerana
apabila sesebuah firma atau organisasi melaksanakan
strategi menegak dan mendatar mereka tidak berpeluang
lagi untuk melaksanakan kepelbagaian kerana industri
berada dalam keadaan pertumbuhan yang menurun.

Strategi Integrasi
Kebelakang
Terdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan

strategi
Firma mempunyai sumber manusia dan modal yang
mencukupi untuk melaksanakan strategi ini.
5. Kelebihan harga yang stabil amat diperlukan di
dalamindustri. Ini penting kerana harga yang stabil dan
bekalan yang konsisten dapat meningkatkan kecekapan
industri serta merealisasikan integrasi kebelakang.
6. Pembekal menikmati margin untung yang berlipat
ganda yang menggambarkan bahawa aktiviti bekalan
bagi industri tersebut berdaya maju untuk diceburi.
7. Organisasi amat memerlukan keperluan sumber yang
terdesak
4.

Strategi Integrasi
Mendatar
Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan

peratusan kawalan ke atas pesaing.


Terdapat satu trend yang signifikan di dalam pengurusan
strategi kini di mana terdapat pertumbuhan yang
mendadak di dalam integrasi mendatar yang sering
digunakan sebagai strategi pertumbuhan.
Penggabungan dan pengambilalihan ke atas pesaing
telah mencetuskan pertambahan ekonomi bidangan dan
kesannya ialah berlakunya perpindahan dan perkongsian
sumber serta kekompetenan.
Sebagai contoh, di Malaysia Telekom mengambil alih

Celcom. RHB Bank mengambil alih Sime Bank dan Kwong


Yik bank.

Strategi Integrasi
Mendatar
Panduan
1.
2.
3.
4.

5.

Peluang untuk memonopoli adalah cerah sekali bagi satusatu


lokasi atau negara tanpa sebarang saingan.
Persaingan yang wujud di dalam industri yang sedang
berkembang.
Pertambahan ekonomi bidangan menghasilkan faedah
kompetitif yang besar.
Organisasi mempunyai sumber manusia dan sumber
kewangan yang cekap serta berterusan untuk menguruskan
perkembangan perniagaan.
Pesaing mengalami penurunan jualan dan kehilangan syer
pasaran akibat ketidakcekapan pengurusan serta
kekurangan sumber. Harus diingat bahawa kejatuhan jualan
pesaing mungkin disebabkan perubahan cita rasa pengguna.

Strategi Penembusan
Pasaran
Strategi ini bermaksud menambahkan syer

pasaran bagi pasaran yang sedia ada sama


ada bagi barangan atau perkhidmatan di
dalam pasaran yang sedia ada, melalui
melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti
pemasaran dengan lebih giat lagi.

Strategi Penembusan
Pasaran
Lima garis panduan
1. Pasaran sedia ada tidak berada pada paras tepu sama
ada bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.
2. Kadar penggunaan pengguna yang sedia ada boleh
ditingkatkan lagi.
3. Syer pasaran pesaing yang terkuat sedang menurun
padahal jualan keseluruhan industri tersebut sedang
meningkat.
4. Korelasi di antara ringgit jualan dan ringgit pemasaran
yang dibelanjakan adalah secara perbandingannya
terlalu tinggi.
5. Pertambahan ekonomi bidangan mewujudkan
kelebihan kompetitif.

Strategi
Pembangunan
Pasaran
Strategi ini bermaksud memperkenalkan produk

atau perkhidmatan yang sedia ada ke kawasan


geografi yang baru.
Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran
memainkan perana penting dan diminati ramai.
Di dalam banyak industri seperti industri
penerbangan adalah sukar untuk memperolehi
kelebihan kompetitif dengan hanya
menumpukan aktiviti kepada aktiviti domestik
sahaja. Usaha-usaha perlu dijalankan untuk
memasarkan produk ke luar negara.

Strategi
Pembangunan
Pasaran
Enam panduan
1. Rangkaian pengedaran adalah boleh dipercayai, mudah
diperolehi, tidak melibatkan kos yang tinggi, berkualiti
serta berdaya maju.
2. Organisasi berjaya dengan apa yang dilaksanakannya.
3. Terdapat peluang atau pasaran baru yang belum
diterokai.
4. Organisasi mempunyai sumber manusia, kepakaran dan
modal yang mencukupi untuk menguruskan
perkembangan operasi pengurusan.
5. Organisasi mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran.
6. Industri asas organisasi meningkat dengan mendadak
sekali dan meluas dari segi skopnya.

Strategi
Pembangunan Produk
Strategi ini bermaksud sesebuah firma itu

akan meningkatkan jualannya secara


memajukan produk atau perkhidmatan yang
sedia ada ataupun mewujudkan produk atau
perkhidmatan yang baru.
Pembangunan produk melibatkan
perbelanjaan yang banyak di dalam
menjalankan penyelidikan dan pembangunan
serta perbelanjaan pra operasi.

Strategi
Pembangunan Produk
Panduan
1.

2.
3.
4.
5.

Organisasi itu memiliki satu produk yang berjaya dan telah


mencapai tahap kematangan di dalam kitaran hayat produk.
Tujuannya ialah untuk menarik minat pengguna yang berpuas
hati dengan produk yang terdahulu untuk mencuba produk
terbaru akibat dari pengalaman positif mereka menggunakan
produk atau servis yang lalu.
Sesebuah organisasi bersaing di dalam sesebuah industri yang
dicirikan oleh pertumbuhan teknologi yang pesat membangun.
Pesaing utama menawarkan kualiti produk yang lebih baik pada
kadar harga yang setanding.
Organisasi bersaing di dalam industri yang pesat
pertumbuhannya.
Organisasi memiliki keupayaan penyelidikkan dan pembangunan
yang efisien.

Strategi Kepelbagaian
Konsentrik
Pendekatan strategi jenis ini ialah ke arah

pengenalan produk baru atau perkhidmatan


baru yang ada kaitan langsung dengan
rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran.

Strategi Kepelbagaian
Konsentrik
Panduan
1.
2.

3.

4.

5.

Organisasi bersaing di dalam industri yang tidak


berkembang atau pertumbuhannya yang perlahan.
Pertambahan produk baru yang berkaitan akan
meningkatkan jualan secara signifikan kepada produk
atau perkhidmatan yang sedia ada.
Produk atau perkhidmatan baru yang berkaitan boleh
ditawarkan pada kadar harga yang kompetitif dan
tinggi.
Produk baru yang berkaitan mempunyai tahap musim
jualan yang mengimbangkan turun naik jualan
organisasi.
Organisasi mempunyai team pengurusan yang kuat.

Strategi Kepelbagaian
Konglomerat
Strategi jenis ini mengambil pendekatan ke arah

pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru


yang tidak ada kaitan langsung dengan rangkaian
produk yang sedia ada ke pasaran.
Enam garis panduan
Industri asas sesebuah organisasi mengalami
penurunan dari segi jualan tahunan dan
keuntungan.
2. Organisasi tersebut mempunyai keupayaan dari
segi modal dan tenaga kerja yang berbakat untuk
bersaing secara jayanya di dalam sesebuah
industri baru.
1.

Strategi Kepelbagaian
Konglomerat
Enam garis panduan
3. Sesebuah organisasi itu berpeluang untuk memiliki sesebuah
organisasi perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan kegiatan
utamanya yang merupakan peluang pelaburan yang menarik baginya.
4. Wujud sinergi kewangan di antara firma yang diambil alih dengan
firma yang mengambil alih. Perlu diingat bahawa terdapat perbezaan
di antara kepelbagaian konsentrik dan kepelbagaian konglomerat di
mana kepelbagaian konsentrik perlu diasaskan kepada persamaan di
dalam pasaran, produk, atau teknologi manakala kepelbagaian
konglomerat perlu diasaskan lebih kepada pulangan keuntungan.
5. Pasaran sedia ada untuk produk yang dihasilkan oleh organisasi telah
mencapai tahap tepu.
6. Tindakan boleh diambil terhadap sesebuah organisasi yang secara
umumnya diketahui hanya menumpukan kepada satu industri sahaja.
Contohnya, General Electric yang mengeluarkan enjin locomotive,
enjin pesawat, kad kredit dan lain-lain lagi.

Strategi Kepelbagaian
Mendatar
Strategi jenis ini mengambil pendekatan ke

arah menambahkan produk atau


perkhidmatan baru yang tidak berkaitan
langsung dengan rangkaian produk atau
perkhidmatan yang sedia ada kepada
pelanggan yang sedia ada.

Strategi Kepelbagaian
Mendatar
Panduan
Hasil yang terhasil dari produk organisasi semasa atau servis
yang boleh ditingkatkan secara berkesan dengan menambah
produk baru yang tidak berkaitan.
2. Sesebuah organisasi bersaing di dalam industri yang
mempunyai daya saing yang tinggi atau tidak terdapat
pertumbuhan yang di perlihatkan melalui margin keuntungan
yang rendah dan pulangan kepada pemegang saham yang
rendah atau tiada langsung.
3. Rangkaian distribusi organisasi boleh digunakan untuk
memasarkan produk-produk baru kepada pengguna yang sedia
ada.
4. Produk-produk baru telah menunjukkan prestasi yang baik dari
segi jualan dan juga margin keuntungan berbanding dengan
produk yang sedia ada.
1.

Strategi Usaha Sama


Strategi jenis ini dilaksanakan apabila terdapat

dua atau lebih firma yang berminat untuk


menubuhkan sebuah firma baru yang
berasingan dari yang sedia ada bagi tujuan
kerjasama dua hala. Kerjasama yang wujud
biasanya ialah di dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan perkongsian, perjanjian
pengedaran dua hala, perjanjian pelesenan
dua hala, perjanjian pengilangan dua hala, dan
juga kerjasama apabila memasuki tender
sesuatu projek atau kontrak perbekalan.

Strategi Usaha Sama


Panduan
Organisasi yang dimiliki secara persendirian melaksanakan
usaha sama dengan agensi yang dimiliki oleh pihak awam.
Terdapat beberapa kebaikan dari perlaksanaan pendekatan ini
seperti pemilikan terhad, kebolehupayaanuntuk menambah
modal dari syarikat tersenarai awam. Terdapat juga keadaan di
mana kelebihan yang unik bilamana sesebuah firma dimiliki
oleh badan awam dan swasta iaitu perlaksanaan sinergi.
2. Sebuah syarikat tempatan mengadakan usaha sama dengan
syarikat antarabangsa dari luar negara. Peluang bagi syarikat
tempatan untuk mendapat pengalaman pengurusan di luar
negara dan ianya mengurangkan risiko gangguan dan
penyalahgunaan dari negara tuan rumah.
3. Keupayaan cemerlang dua atau lebih firma memberi manfaat
bersama kepada kedua-dua belah pihak.
1.

Strategi Usaha Sama


Panduan
Projek yang diusaha sama mempunyai
potensi untuk mengaut keuntungan secara
berterusan dan berdaya maju dalam jangka
masa panjang dan pendek serta berisiko
tinggi. Contohnya, Alaskan Pipeline.
5. Dua atau lebih syarikat bermasalah untuk
bersaing dengan syarikat yang lebih besar
dari mereka.
6. Terdapat keperluan untuk memperkenalkan
teknologi baru dengan kadar segera.
4.

Strategi Pemberhentian Pekerja


Strategi ini dilaksanakan dengan cara penyusunan semula operasi firma

melalui pengurangan kos tak langsung dan aset untuk mengimbangi


jualan dan untung yang kian berkurang.
Kadangkala strategi ini dikenali sebagai strategi untuk membaikpulih
syarikat secara mengurangkan kos pengurusan yang melibatkan
pengurangan kos buruh tak langsung dan pertambahan output dengan
jumlah kos langsung yang tidak berubah.
Kadangkala ianya melibatkan penjualan aset yang kurang produktif
(contoh: kos penyelenggaraan melebihi hasil dari aset tersebut) untuk
mendapatkan wang tunai yang diperlukan. Selain daripada itu, ia juga
melibatkan penutupan unit perniagaan yang kurang menguntungkan
(contohnya tutup kedai) dan pengurangan jenis produk atau
perkhidmatan yang kurang berdaya saing di pasaran. Penutupan kilang
yang sudah lapuk teknologinya dan tiada kos efektif melaksanakan
proses automasi dan pengurangan kos buruh langsung yang boleh
digantikan dengan mesin sebagai penjimatan kos.

Strategi Pemberhentian Pekerja


Panduan
1.
2.
3.

4.

5.

Organisasi tersebut mempunyai kekompetenan yang menakjubkan


tetapi gagal mencapai objektif dan sasarannya secara konsisten.
Organisasi merupakan salah sebuah organisasi yang terlemah di
dalam industri yang sama.
Organisasi ditimpa masalah ketidakcekapan, tahap keuntungan yang
rendah, moral pekerja yang rendah, dan menerima tekanan dari
pemegang saham agar prestasi syarikat dapat dipulihkan.
Organisasi gagal untuk mengekploitasi peluang luaran, meminimakan
ancaman luaran, mengambil kesempatan dari kekuatan dalaman
untuk mengatasi ancaman dalaman; ini berlaku bilamana pengurusan
strategi syarikat gagal untuk mencapai matlamat dan perlu ditukar
dengan pengurusan yang lebih kompeten dan komited untuk
melaksanakan pengurusan strategi syarikat.
Sesebuah organisasi telah berkembang terlampau pesat dan cepat
yang memerlukan penyusunan semula bahagian operasi syarikat.

Strategi Pelupusan
Strategi ini dilaksanakan secara menjual satu

bahagian di dalam sesebuah firma atau sebahagian


daripada sesebuah organisasi tersebut untuk
mengurangkan daripada kerugian yang berterusan
atau untuk langkah penyusunan semula.
Pelupusan dapat menghasilkan wang tunai untuk
menambahkan modal kerja syarikat. Kadangkala
hasil daripada pelupusan memberikan keuntungan
yang lumayan kepada pelupus dan terdapat situasi di
mana lebihan keuntungan dilabur semula untuk
mengambil alih syarikat yang lebih terjamin masa
depannya dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Strategi Pelupusan
Panduan
1.

2.

3.
4.

5.
6.

Sesebuah organisasi telah melaksanakan strategi pemberhentian


pekerja tetapi masih gagal untuk melaksanakan perubahan yang
diperlukan.
Satu bahagian memerlukan sumber yang banyak untuk memiliki daya
saing yang kompetitif tetapi tidak dapat disediakan oleh organisasi
berkenaan
Sesebuah bahagian itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
prestasi keseluruhan organisasi yang lemah.
Sesebuah bahagian tidak seiring lagi dengan bahagianbahagian lain di
dalam organisasi; ini mungkin disebabkan oleh perbezaan pasaran
secara jelas, perbezaan pelanggan, pengurus, pekerja, nilai dan
keperluan.
Sejumlah tunai yang banyak diperlukan dengan cepat dan tidak dapat
diperolehi secara munasabah dari sumber lain.
Tindakan pihak kerajaan mengancam aktiviti perniagaan organisasi.

Strategi
Penggulungan
Pendekatan strategi ini ialah ke arah menjual

aset-aset syarikat sama ada sebahagian atau


keseluruhan untuk mendapatkan semula nilai
sebanyak mungkin yang boleh ditebus semula.
Adalah lebih baik untuk menamatkan operasi
daripada terus mengalami kerugian wang yang
banyak.
Sebagai contoh, American Retail Group yang

terpaksa menggulung rangkaian pengedarannya


sebanyak 75 buah yang melibatkan
pemberhentian pekerja seramai empat ribu orang.

Strategi
Penggulungan
Panduan
Sesebuah organisasi telah melaksanakan
strategi pemberhentian pekerja dan strategi
pelupusan tetapi masih menemui kegagalan.
2. Satu-satunya strategi yang tinggal ialah
mengisytiharkan muflis.
3. Pemegang saham boleh meminimakan
kerugian mereka secara menjual aset-aset
organisasi.
1.

Strategi Kombinasi
Banyak juga organisasi yang mengamalkan

beberapa kombinasi strategi-strategi yang


sedia ada. Walau bagaimanapun, ianya
bergantung kepada kesesuaian strategi yang
dipilih dan kesesuaian pelaksanaannya di
dalam syarikat-syarikat yang terlibat.

STRATEGI GENERIC MICHAEL


PORTER
Menurut Porter, strategi akan membantu

sesebuah organisasi untuk memiliki daya


saing melalui tiga cara.
Porter menamakan ketiga-tiga strategi ini
sebagai strategi generic. Tiga strategi
tersebut ialah;
Kepimpinan kos
Perbezaan
Fokus atau tumpuan

Strategi Kepimpinan
Kos
Menekankan pengeluaran produk yang standard pada

kos yang paling minima dan ditujukan kepada


pengguna yang sensitif kepada harga.
Cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Overhed yang rendah


Faedah pekerja yang terhad
Penjimatan kos dan kurangkan kadar buangan
Mengetatkan kawalan belanjawan
Jangkauan kawalan yang berkesan
Ganjaran bagi penjimatan
Penglibatan pekerja yang meluas di dalam aktiviti
mengekang kos

Strategi Perbezaan
Strategi jenis ini ditumpukan kepada

pengeluaran keluaran dan perkhidmatan yang


unik serta banyak pengeluar, dan diarahkan
kepada pengguna yang tidak sensitif kepada
harga

Fokus atau Tumpuan


Manakala fokus atau tumpuan bermakna

mengeluarkan barang atau perkhidmatan


untuk memenuhi keperluan sekumpulan kecil
pengguna

You might also like