Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

HBIS1103SMP MEI 2014

ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0

MUKASURAT

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI


DI MALAYSIA
1.1

Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu


Sehingga Kini

2.0

3.0

4.0

KAJIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN


MENULIS JAWI.

2.1

Objektif Kajian

2.2

Kumpulan Sasaran.

2.3

Pelaksanaan Kajian

DAPATAN KAJIAN TENTANG TAHAP


PENGUASAAN MURID, MASALAH DAN PUNCA

3.1

Ujian Pra

3.2

Analisis Pemerhatian

3.3

Analisis Temu Bual Dengan Murid

3.4

Perbincangan dengan guru

CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN


KELEMAHAN MURID DALAM TULISAN JAWI

4.1

Mengadakan kempen tulisan jawi

4.2

Mengadakan kelas tambahan disekolah

4.3

Memperbanyakkan bahan bacaan dalam tulisan jawi

4.4

Menyemak semula kurikulum pelajaran jawi

10

5.0 KESIMPULAN

11

6.0 LAMPIRAN

12

7.0 RUJUKAN

17

1.0

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA


0

HBIS1103SMP MEI 2014


Sistem tulisan telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari wujudnya
konteks hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Sebahagian rumpun
Melayu di Nusantara mempunyai sistem tulisan mereka sendiri, antaranya seperti huruf
rencong yang digunakan oleh beberapa jenis

masyarakat Melayu

seperti masyarakat

Melayu Acheh, masyarakat Melayu Bugis di Sulawesi dan masyarakat Melayu Jawa dengan
sistem tulisan kiwi dan winggi (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Penemuan batu bersurat
zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan
Talang Tuwo (684 M.) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno
jelas menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu

pada ketika itu sudah

mempunyai sistem tulisan yang tersendiri (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:1).


Pada sekitar abad ketiga belas Masihi, Islam mula bertapak dan tersebar luas di tanah
Melayu. Kedatangan Islam telah membawa kepada satu perubahan yang besar dalam sistem
kehidupan masyarakat Melayu. Kedatangan islam ini bukan sahaja telah mengubah sistem
kepercayaan masyarakat Melayu, ketika itu banyak masyarakat melayu berpegang dengan
ajaran Buddha,

tetapi kedatangannya juga turut membawa kepada wujudnya sistem

penulisan yang baru dalam dunia Melayu. Masyarakat Melayu tidak lagi menggunakan skrip
Pavalla Selatan dari India , dimana mereka telah gunakan sejak berabad lamanya. Skrip baru
yang berasaskan kepada skrip Arab telah dicipta dan ia dinamakan sebagai tulisan Jawi. Pada
mulanya aksara Jawi diambil sepenuhnya dari aksara Arab. Namun

untuk memenuhi

keperluan masyarakat setempat pada ketika itu, terutamanya untuk mempelajari agama Islam,
beberapa abjad dalam bahasa Parsi telah diubah suai dan diterapkan. Menjadikan bilangan
huruf Jawi sebanyak 33 kesemuanya, 28 daripadanya adalah huruf Arab dan 5 lagi dari
bahasa Parsi. Antara huruf yang baru yang ditambah ialah , , , dan ( Muhd.
Bukhari Lubis, 2006:14). Tulisan jawi menjadi satu peranan yang amat besar. Tulisan Jawi
bukan hanya digunakan sebagai alat persuratan, bahkan turut berfungsi sebagai alat kepada
penyebaran ilmu agama.
Tulisan Jawi telah wujud sejak abad ke 13 lagi di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan
dengan penemuan tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh Jumaat 4 Rejab
703H (bersamaan 22 Februari 1303M). Namun dakwaan tersebut dikatakan kurang tepat dan
tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli sejarah. Ini kerana terdapat catatan dalam tulisan Jawi
pada batu nesan yang ditemui di Permatang Pasir, Pekan mempunyai tarikh yang jauh lebih
awal, iaitu hari rabu 14 Rabiawal 419H (bersamaan April/Mei 1028). Pada Zaman
kesultanan Melayu Melaka yang terkenal dengan kuasa perdaganganya suatu ketika dahulu,
1

HBIS1103SMP MEI 2014


juga merupakan zaman yang penting dalam pertumbuhan tulisan Jawi di Tanah Melayu.
Tulisan Jawi digunakan untuk tujuan permeteraian perjanjian (undang-undang) serta dalam
bidang pendidikan.
Dalam pada itu banyak kitab-kitab agama yang berbentuk sejarah, hikayat, falsafah
dan lain-lain lagi ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Kelahiran ulama dari Tanah
Melayu juga telah menarik minat masyarakat dari dalam dan luar negeri pada ketika itu untuk
datang belajar ilmu agama dan juga tulisan Jawi (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2a005). Peranan
yang dimainkan oleh tulisan Jawi dalam memartabatkan bangsa Melayu sangat besar. Kini,
tulisan jawi telah menjdai salah satu identiti masyarakat Melayu, terutamanya di Malaysia.

GAMBARAJAH 1- BATU BERSURAT YANG BERTARIKH 702H


Dalam Pernyataan ini, ia telah dibuktikan dengan penemuan batu nisan di Permatang
Pasir, Pekan (419H/1028M) dan juga Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M). Keadaan ini
telah menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi telah mula dikembangkan peranannya. Ia
bukan sekadar alat yang digunakan untuk mencatat undang-undang (merujuk kepada kerajaan
kesultanan Melayu Melaka yang menguasai jalan perdagangan laut), bahkan turut digunakan
untuk mencatat sesuatu peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam masyarakat. Kemudian
tulisan Jawi ini mula berkembang denganpenggunaannya dikalangan masyarakat dan di
Tanah Melayu.
2

HBIS1103SMP MEI 2014


1.1

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU SEHINGGA KINI

1.1.1

Alat Penting Dalam Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu
Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai alat perakam

segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan


dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak hairanlah istana menjadi tempat
perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan
rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya
pusat-pusat penulisan

manuskrip di istana-istana raja dan raja-raja tersebut mempunyai

jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan daripada raja tersebut.
1.1.2

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957


Setelah lama tanah melayu dijajah oleh bangsa asing, akhirnya Tanah Melayu telah

diberi kemerdekaan oleh British pada tahun 1957. Kemerdekaan yang telah kecapi pada hari
ini adalah hasil penat lelah para pejuang kemerdekaan yang lantang dan berani melawan
pihak penjajah dari terus bermaharajalela di bumi kita ini. Bagi merealisasikan impian
tersebut, seramai lima orang delegasi negara kita yang dketuai oleh Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berlepas ke London dan mengadakan rundingan
dengan pihak British. Hasilnya, Malaysia telah diisytiharkan merdeka dengan rasminya pada
tanggal 31 Ogos 1957. Yang menariknya, dokumen pengisytiharan kemerdekaaan telah
ditulis dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan
Jawi. Penggunaan tulisan Jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas menunjukkan kepada
kita bahawa tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk tujuan penulisan dalam kitab-kitab
agama dan tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk menulis satu
dokumen penting yang memberi erti yang sangat besar kepada kita sebagai rakyat Malaysia
(Mohd. Alwee Yusoff, 2005:26).
1.1.3

Penulisan Akhbar dan Majalah


Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran kemerdekaan dan alat

penting dalam sistem penradbiran, akhbar dan majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi.
Utusan Melayu merupakan antara akhbar yang terawal di negara kita yang ditulis dengan
ejaan jawi. Selain dari akhbar, banyak juga majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi
3

HBIS1103SMP MEI 2014


antaranya ialah majalah Mastika (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005:26). Tetapi kini akhbar dan
majalah tidak 100% tulisan jawi.
1.1.4

Tulisan Jawi di Sekolah


Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan

Jawi. Buku-buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis
dalam tulisan jawi dan telah dimulakan dari tahun satu sekolah kebangsaan. ada juga yang
ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162) Institusi pendidikan formal
dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem ejaan mereka.
Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk
berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak.
Penyusunan

semula

kurikulum

dan

program

pelajaran

yang

berteraskan

perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan tulisan
rumi sebagai tulisan utama dalam sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku
teks telah dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
mencapai matlamat serta objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan
perpaduan antara kaum (Ahmad Farid Abd Jalal, 2005), kini bahagian pendidikan merancang
untuk memperkasakan semula penulisan jawi

2.0

KAJIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.

2.1

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian.


2.1 .1

Objektif Am

HBIS1103SMP MEI 2014


Kajian ini bertujuan mengenal pasti masala, punca dan cara mengatasi berlakunya
keciciran dalam penguasaan jawi dikalangan pelajar sekolah pada hari ini, juga untuk
meningkatkan penguasaan dalam menggunakan sistem ejaan jawi, membina ayat

dan

menulis dalam jawi . Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan jawi , membina
ayat dan juga ejaan jawi.
2.1.2

Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :


Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi
Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi
Murid dapat membaca jawi dengan lancar dalam petikan.
Murid dapat menjawikan perkataan rumi dengan baik.
Murid dapat menggunakan perkataan yang betul dalam membina ayat.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang
menyeronokkan untuk dipelajari, dikuasai dan diterokai.

2.2

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid dalam

tahun 5 Ibnu Majah, yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan juga 6 orang murid
perempuan.2.3 PELAKSANAAN KAJIAN
2.3.1

Tinjauan Masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi
kajian ini, dengan melihat markah UPPM1 peperiksaan setengah tahun 2014 yang baru lepas
dijalankan.
2.3.2

Ujian Pra
5

HBIS1103SMP MEI 2014


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid
tentang menjawikan perkataan dan ayat rumi, menyusun ayat dan membina ayat berpandukan
gambar. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid sasaran adalah di tahap
sederhana dan juga di tahap yang lemah.(rujuk lampiran 1)
2.3.3

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses


pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian dijalankan. Daripada
pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama
dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan
kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.
2.3.4

Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid murid yang menghadapai masalah untuk
menguasai pembacaan dan penulisan jawi, bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh
mereka., saya juga mengadakan temubual dengan adik beradik atau saudara yang terdekat
dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran
mereka di rumah.
2.3.5

Perbincangan dengan guru

Dalam kajian ini juga saya meminta beberapa orang guru yang mengajar pelajarpelajar tersebut tentang penglibatan mereka dalam sesi pengajaran serta menganalisis
kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi tajuk jawi dalam mata pelajaran pendidikan
islam ini.
3.0

DAPATAN

KAJIAN

TENTANG

TAHAP

PENGUASAAN

MURID,

MASALAH DAN PUNCA


Saya telah membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan
jawi.
3.1

Analisis Ujian Pra

HBIS1103SMP MEI 2014


Berdasarkan ujian yang telah dijalankan sebanyak 87.7% (13 orang murid ) telah
lulus dan 13.3% (2 orang murid) telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang
menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan menulis jawi juga
dalam pembinaan ayat. Mereka juga tidak dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup.
3.2

Analisis Pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar

murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapat di perhatikan 70% pelajar memberi
tumpuan serta kesungguhan dalam pengajaran juga aktif dalam pembelajaran,15% pelajar
kurang memberi tumpuan ketika belajar dan 15% mereka tidak memberi tumpuan dan lebih
kepada membuat perkara yang mereka suka sahaj.
3.3

Analisis Temu Bual Dengan Murid


Hasil dari temubual dengan murid-murid serta saudara mara murid yang berada

disekolah ini dapatlah saya simpulkan kelemahan-kelemahan mereka seperti dibawah:a. Sikap pelajar sendiri yang tidak berminat dengan penulisan jawi dan ditambah dengan
tumpuan kepada akademik yang berfokuskan kepada sistem peperiksaan.
b. Kurangnya pendedahan diperingkat awal lagi dikalangan pelajar ,dimana pelajar
tersebut mengambil sikap yang negative terhadap pentingnya penulisan jawi.
c. Dipengaruhi juga dengan sukatan jawi disekolah yang sentiasa berubah-ubah dari segi
pengistilahan dan juga masa mengajar jawi disekolah-sekolah.
d. Berlaku juga kekurangan alatan bantuan mengajar dalam penulisan jawi berbanding
dengan subjek lain seperti penggunaaan bahan multimedia dan sebagainya.
e. Murid tidak mendapat dorongan daripada ibubapa semasa berada dirumah sebaliknya
ibubapa banyak membeli bahan bacaan ilmiah yang tidak mengandungi unsur-unsur
untuk mempertingkatkan dalam penulisan jawi.
3.4

Perbincangan dengan guru


Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan

kelemahan guru dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak
7

HBIS1103SMP MEI 2014


mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca
dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan
penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku
latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang
seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.

4.0

CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM

TULISAN JAWI
4.1

Mengadakan kempen tulisan jawi


Mengadakan kempen tentang jawi seperti pertandingan menulis khat jawi, mengarang

dalam tulisan jawi, membuat poster dan tulisan jawi dipapan-papan tanda perlu dilakukan
menerusi persatuan dan kelab di sekolah-sekolah. Papan-papan tanda bertulisan jawi boleh
diletakkan di pintu pagar sekolah dengan tulisan jawi yang cantik dan menarik. Selain
itu, di pintu-pintu bilik darjah juga boleh juga diletakkan kata-kata hikmah
dengan tulisan khat, dengan harapan pelajar dapat melihatnya setiap hari dan
hasilnya mereka akan menghargainya dan menarik minat mereka untuk melihat dan
membaca. Ini perlu dilaksanakan dengan berkesan agar hasrat untuk melihat para pelajar
mencintai dan meminati tulisan jawi dapat dicapai.
4.2 Mengadakan kelas tambahan disekolah
Selepas mengadakan ujian kepada pelajar, pihak sekolah menyedari kelemahan dalam
penulisan dan pembacaan jawi, dengan perbincangan pihak pengurusan dengan gur-guru
yang terlibat, maka satu program patut dikembangkan iaitu melalui kelas tambahan. Ini dapat
membantu dalam pedoman ejaan jawi ada yang menyelaras dan mengurangkan penggunaan
aturan yang berbagai-bagai atau yang banyak bagi mengeja kata-kata dalam sesuatu kategori
ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. Menggunakan teknik yang mudah
untuk murid faham dan tahu untuk menggunakan ejaan.
Selain itu juga, dengan mengetahui dasar tulisan jawi akan
m e m u d a h k a n seseorang membaca al-Quran. Apabila murid-murid mengenali huruf dan
hukum-hukum dalam tulisan jawi, murid itu boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan lebih
8

HBIS1103SMP MEI 2014


yakin dan senang.Walaupun sistem tulisan ini telah jauh sedikit terlepas daripada peraturan
yang mendasari tulisan arab asli, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan arab sehingga
orang yang mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati bahasa Arab dengan lebih mudah.
4.3 Memperbanyakkan bahan bacaan dalam tulisan jawi
Para penulis dan penerbit buku-buku berbangsa melayu, hendaklah memperbanyakkan
karya mereka yang dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi seperti komik-komik,
novel-novel dan cerita kanak-kanak. Pihak pusat sumber sekolah haruslah peka dengan
masalah ini, kerana bahan bacaan yang ringan sebegini memang diminati oleh golongan
pelajar, jadi di sinilah kesempatan untuk menyemai minat mereka. Sememangnya apabila kita
pergi kekedai-kedai buku, kita dapati bahan-bahan bertulisan jawi amat kurang di
pasaran, jadi untuk membentuk anak-anak dan para pelajar agar gemar kepada tulisan
jawi cadangan diatas perlu dilaksanakan dengan serius, ia juga boleh dijadikan seperti sistem
nilam, dimana pelajar digalakkan membaca buku, dan membuat cerita ringkas berdasarkan
apa yang dibaca dengan menggunakan tulisan jawi.
Selain itu bahan media juga sebenarnya boleh menarik minat dan kesungguhan murid
dalam penulisan dan pembacaan jawi. Melaluinya ia amat berkesan dan mudah difahami serta
menarik perhatian dimana guru hanya sebagai fasilitator. Kerana pelajar lebih suka dengan
perkara yang ringkas tetapi menarik.

4.4

Menyemak semula kurikulum pelajaran jawi

Satu kajian bagi penyemakan semula kurikulum pelajaran jawi untuk keberkesanan terhadap
sistem pendedahan atau pengajaran tulisan jawi di sekolah rendah hendaklah disegerakan. ini
bagi mengelakkan ia terus tenggelam dalam arus pengukuhan bahasa Melayu menerusi
tulisan rumi. Kementerian Pendidikan perlu kembali menyemak kurikulum sekolah
berhubung pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan buat masa

ini ia hanya

diserapkan secara tidak langsung dalam pelajaran pendidikan Islam tanpa diadakan suatu
pengajaran khusus yang rapi serta peruntukan masa yang cukup.

HBIS1103SMP MEI 2014

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dibuat di sekolah ini, pelajar tahap 2 sekolah ini tiada
masalah dalam pembacaan jawi, dan mengenal huruf. Tetapi kurang minat terhadap pelajaran
jawi, dan mereka mementingkan perkara yang wajib, dan perkara yang dilihat sahaja yang
menjadi tumpuan lebih kepada mereka. Tetapi bahagian mengeja jawi mereka lemah diantara
punca ialah sifat malas mereka untuk mengulangkaji dan menulis dalam jawi, pertukaran
ejaan jawi juga punca kesalahan mereka untuk mengeja jawi.
Sememangnya kita tahu bahawa tulisan jawi merupakan warisan orang Melayu yang
mana kita wajar mempertahankannya supaya ianya tidak hilang begitu sahaja ditelan arus
pembangunan. Seharusnya generasi muda hari ini tidak leka dengan pelbagai jenis cabaran
dan perkembangan teknologi terkini dan dugaan di alaf baru.
Dari pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu
adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran10

HBIS1103SMP MEI 2014


kemahiran yang diajar di sekolah. Kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan
murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain
daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah
orang pertama yang dipersalahkan, dengan itu sebagai seorang guru maka haruslah
memikirkan cara-cara untuk menarik murid dapat menguasai tulisan jawi dengan baik.
Kerjasama dari pihak ibu, bapa dan penjaga juga menjadi punca dan pendorong murid dalam
tulisan jawi. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan
alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas, jika mereka tidak menolong diri
mereka sendiri untuk berjaya.

(2579 perkataan)

6.0

`LAMPIRAN

,
.,

2014
:

11

HBIS1103SMP MEI 2014

.................................................:
.....

.............................................:
.......
)A : ( 1
..................................................................................
.
.1 .tali pinggang
)_____________(
.2 baju kurung.
)_____________(
.3, ubi rebus!
)_____________(
12

HBIS1103SMP MEI 2014

kereta sorong.4 .
)_____________(
.5 . cermin mata
)_____________(

__ 10/

) B : ( 2
..................................................................................
-
.
- -

.1 -

____________________________________
.2 -

____________________________________
.3 -
____________________________________
13

HBIS1103SMP MEI 2014

.4 - - - -

____________________________________
.5 - -
___________________________________
__ 10/

) c : ( 3

..................................................................................
.
________________________ .1
_______________________
.2

________________________________________

__________________________
. 3
__________________________

________________________________________________

________________________ .4
__________________________
.5

__________________________
14

HBIS1103SMP MEI 2014

_________________________
/

( 4 )D
15
..................................................................................
.
Lima Kereta Dan Tiga Motosikal Terbakar
Seremban, 17 Jun- Lima buah kereta dan tiga motosikal
musnah apabila kedai menjual kereta terbakar di Jalan Tuanku
Antah petang semalam. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Negeri Sembilan berkata kejadian itu berlaku
kira-kira jam 3.00 petang. Beliau berkata, pihaknya masih
lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan kerugian yang
dialami oleh pemilik kedai.
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

15/

15

HBIS1103SMP MEI 2014


7.0

RUJUKAN

Ab Shukor Hassan. 1990. Pencapaian Pelajaran Jawi KBSMTingkatan Satu di sekolah


menengah Kebangsaan (Agama)Sharifah Rodiah, Melaka. Latihan Ilmiah.
UniversitiKebangsaan Malaysia
Ahmad Farid Abdul Jalal, Yaakob Isa. 2005. Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan Warisan.
Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.
Dr. Wan Ali Wan Mamat. 2006. Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi. Dlm. Muhammad
Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail & Siti Fatimah Sudin
(pnyt). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), UiTM.
Hj Maimun Aqsha Lubis, Sabariah Sulaiman & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010.
Aplikasi Teknik Permainan dan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Modul Pemulihan Jawi di Bilik Darjah. Kertas Kerja Persidangan di Institut Agama
Islam Negeri Medan Sumatera Utara Indonesia. Kerjasama UKM-IAN, 2 April.
Mohd. Alwee Yusoff. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam
di Malaysia.
Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22:161
172 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus
pemantapan pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
.

16

You might also like