Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM

TAJUK:
SECRET COIN BOX

DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH
SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM


PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH
SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR.

TAJUK : SECRET COIN BOX

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SJK(T) Klebang
untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai
sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan dan buangan dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melatih murid menggunakan semula barangan plastic, kertas dan kaca
supaya dapat menjaga keseimbangan alam.
5. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba
boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Pencegahan Dadah SJK(T) Klebang, 31200 Chemor
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Alat alat untuk menyimpan barangan kemas dan wang selalunya dibuat
daripada bahan logam yang mahal.
2. Terlalu tinggi harga peti simpanan di pasaran.
3. Penduduk luar Bandar tidak dapat menyimpan bahan berharga dengan
selamat.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.


Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dan digunakan
dalam kehidupan harian untuk mengaplikasikan teori ketumpatan Newton Kedua
kerana murid memang sudah belajar dalam Tahun 5.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan Secret Coin Box yang
selamat melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam
mata pelajaran Alam Sekitar.
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM 60.00. Antara bahan-bahan
yang diperlukan ialah :
-

Kotak air
Corong turas
dawai
garam
pili air
air suling
penyepit
bekas kaca
barang hiasan akuarium
glue stick

TINJAUAN DAN KAJIAN


Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis kotak keselamatan yang
mahal dan senang dikesan oleh orang awam. Keadaan ini sudah tentu boleh
mengancam keselamatan barang yang disimpan di dalamnya. Jadi , Secret Coin Box
ini membantu untuk memudahkan penyimpanan barang berharga dan sukar
dikesan oleh orang awam.
KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang dan buku
Sains PMR untuk penghasilan satu kotak keselamatan Secret Coin Box yang
mempunyai kegunaan sama seperti kotak keselamatn yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan Pencegahan Dadah = Program Inovasi
akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan
memulakan pencarian
Teori Ketumpatan dengan melayari laman sesawang serta rujukan
buku Sains PMR
untuk menghasilkan Secret Coin Box baru
3. Mac
: mengkaji teori Ketumpatan Newton dua ( Bilik Persatuan)
Menjalankan eksperimen ( Bilik Sains )
4. April
: Memulakan penghasilan produk ( Bilik Persatuan )
5. Mei
: Pasaran sampel kotak dalam sekolah Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SJK(T) Klebang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta
dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam
merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains Alam
Sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat
keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan
manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

You might also like