Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

RPH - Makanan Berkhasiat

Rancangan Pengajaran Harian 1:


Hari : Isnin

Tarikh : 4 April 2011

Tahun : 2A

Bil Pelajar : 29 orang

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tema : Unit 4: Badan Sihat Minda Cergas
Tajuk : Makanan untuk kesihatan
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

i.
ii.

Menamakan makanan untuk kesihatan.


Mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori masing-

masing.
Sistem Bahasa : Kata Nama
Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan Pembelajaran konstruktivisme
Alat Bantu Mengajar : Buku teks, pen maker, MS power point, papan putih, my CD
Nilai : Menjaga kesihatan diri
KBKK : Menghubung kait
Pengetahuan sedia ada : Muird-murid menyatakan bahawa makanan penting untuk
tumbesaran.

Langkah /

Aktiviti Pembelajaran dan pengajaran

Catatan

masa
Set Induksi
1. Guru menayangkan lagu makanan berkhasiat

Strategi/ Teknik:

( 5 minit )

Penyoalan seluruh

dengan MS Power Point.


2. Guru membimbing murid menyanyikan lagu

kelas menggunakan

tersebut berlirikan lagu London Bridge is

lagu.

falling down.

BBM : MS Power
Point

Lagu Makanan Berkhasiat


Makan sayur dan ikan,
Buah-buahan dan telur,
Makan makanan berkhasiat,
baik untuk kesihatan.

3. Guru bertanya kepada murid.


a. Adakah lagu ini sedap?
b. Adakah makanan kegemaran
kamu terdapat dalam lagu yang
kamu nyanyi tadi?
4. Guru memberitahu kelas bahawa
tajuk yang disampaikan pada hari ini
ialah Makanan Untuk Kesihatan.

Langkah 11. Guru meminta murid-murid merujuk buku

Strategi: Kontekstual

(5 minit)

dan konstruktivisme.

teks pada muka surat 30.


2. Guru meminta murid meneliti gambar dan

BBM: Buku teks

menamakan makanan yang terdapat dalam


gambar.
3. Guru membimbing murid semasa murid
memberi jawapan dan menyimpulkan bahawa
makanan yang disebut tadi mempunyai
khasiat.
Langkah 2 1. Guru memberitahu murid bahawa makanan

Strategi: Kontekstual

(5minit)

boleh dikelaskan mengikut kategori masing-

dan konstruktivisme.

masing.

BBM: Buku teks

2. Guru memberi nama kategori makanan, iaitu


protein, karbohidrat, vitamin dan zat galian
serta contoh-contohnya.
3. Guru menerangkan fungsi kategori makanan
kepada murid.
4. Guru meminta murid memberi contoh-contoh
yang lain berdasarkan kategori makanan
masing-masing.
Langkah 31. Guru membahagikan murid-murid kepada 5

Strategi/ Teknik:

(10minit)

Perbincangan

kumpulan
2. Guru mengedarkan kad imbasan nama
makanan kepada murid.
3. Setiap kumpulan akan menerima kad

kumpulan
BBM : Kad imbasan,
papan putih, pen

imbasan nama makanan yang berlainan.

marker

4. Guru menulis nama kategori makanan iaitu


protein, karbohidrat, vitamin dan zat galian di
atas papan putih.
5. Guru mengarahkan murid mengelaskan
makanan mengikut kategori makanan
berdasarkan kad imbasan.
6. Guru meminta setiap kumpulan
membuat pembentangan.
Penutup 1. Guru menafsir kefahaman murid dengan

Strategi: Penyoalan

(5minit)

menjalankan sesi soal-jawab.

BBM: Lembaran

a. Apakah itu makanan berkhasiat?

kerja

b. Makanan boleh dibahagikan kepada berapa


kategori?
c. Apakah kategori itu?
d. Mengapakah kita perlu makan makanan
seimbang?
2. Guru membuat kesimpulan.

REFLEKSI
Setelah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya mendapati objektif
pengajaran yang dihasratkan keseluruhannya memuaskan, sebanyak 16 daripada 20 orang
murid dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran yang diajar iaitu menamakan
makanan berkhasiat dan mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang perlu diperbaiki dalam p&p tersebut untuk
penambahbaikan bagi sesi pengajaran seterusnya.
Kekuatan
Pada fasa 1 proses p&p, aktiviti nyanyian yang saya gunakan dalam set induksi
memang menarik dan berjaya memikat hati murid. Saya berjaya menjalin pengetahuan
sedia ada murid dalam aktiviti menyanyi. Saya menggunakan lirik lagu London Bridge Is
Falling Down yang murid telah belajar pada waktu Pendidikan Muzik. Set induksi saya juga
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan. Oleh itu,
penglibatan murid adalah aktif. Set induksi yang sesuai dan menarik memudahkan saya
menghubungkaitkan tajuk pelajaran yang diajar dengan jayanya.Tambahan pula, bahan

bantu mengajar yang dipaparkan iaitu seni kata lagu London Bridge Is Falling Down
sungguh memikat hati murid. Kad seni kata lagu yang berwarna-warni dan penuh dengan
ilustrasi memang memberangsangkan murid dan seterusnya membarakan niat belajar
mereka.
Pada fasa 2 pula, guru berjaya menyampaikan isi kandungan pelajaran iaitu menamakan
makanan yang baik untuk kesihatan dengan berpandukan gambar yang terdapat dalam
buku teks. Didapati murid-murid aktif memberi respon kepada guru.Ini kerana gambar
makanan yang ditelitikan oleh mereka merupakan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka. Murid mudah menyebutkan nama makanan seperti telur, ikan, ayam, nanas, tauhu
dan sebagainya.
Aktiviti yang dijalankan pada fasa 3 ialah mengenai makanan seimbang iaitu kategori
makanan dan fungsi masing-masing.Penerangan saya jelas dan menarik . Saya dapat
memberikan contoh-contoh makanan seperti epal, ikan, susu,nasi, sawi yang berkaitan
dengan pengalaman murid. Dengan bimbingan saya, didapati murid-murid juga dapat
memberi contoh-contoh makanan mengikut kategori makanan.
Pada fasa 4 pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kumpulan telah dijalankan dengan
jayanya. Murid-murid dapat mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori masingmasing. Saya berjaya bertindak sebagai fasilitator. Semasa aktiviti dijalankan, murid
telah menunjukkan semangat kerjasama dan tolong-menolong. Masa yang
diperuntukkan untuk sesi ini mencukupi dan murid sempat membentangkan hasil
perbincangan kumpulan masing-masing. Tulisan yang ditulis di atas kad imbasan jelas
dan cukup besar. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan murid kerana sesi ini merupakan
aktiviti yang berpusatkan murid .
Pada fasa terakhir iaitu sesi penutup, kaedah yang saya gunakan ialah sesi soal jawab
untuk mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang makanan yang
berkhasiat. Murid dapat membalas soalan yang dikemukakan.Ini menandakan saya berjaya
menyampaikan isi pelajaran kepada murid seperti mana yang dihasratkan.
Kelemahan
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran saya. Dalam pelaksanaan rancangan pengajaran saya ini, saya tidak
menggunakan kemahiran ICT. Saya banyak menggunakan buku teks semasa sesi
penerangan. Di samping itu, dalam pemerhatian saya semasa aktiviti kumpulan, terdapat
beberapa orang murid yang agak pasif kurang berminat untuk menyertai aktiviti yang
dilangsungkan. Ini mungkin disebabkan tahap kebolehan mereka rendah. Mereka bimbang
akan jawapan yang disumbangkan tidak tepat dan justeru itu diejek oleh rakan .

Cara-cara Mengatasi
Untuk menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran saya, saya perlu memberi
peneguhan positif seperti kata-kata pujian kepada murid yang pasif untuk
menggalakkan mereka menyertai aktiviti dan menyakinkan mereka semasa memberi
jawapan atau respon. Jika mereka memberi jawapan yang kurang tepat, saya perlu
memperbetulkan jawapan mereka dengan segera dan seterusnya membimbing mereka
memberikan jawapan yang sesuai dan tepat. Ini dapat menambahkan keyakinan mereka.
Di samping itu, dalam sesi penerangan, saya patut menggunakan Ms Power Point
untuk menerangkan contoh kategori makanan dan fungsinya. Ini kerana paparan Ms
Power Point yang berupa animasi adalah lebih menarik berbanding dengan gambar rajah
yang statik dalam buku teks. Lebih-lebih lagi paparan yang ditayangkan juga berwarna dan
bukan hitam putih atau warna yang pudar. Dengan bantuan teknologi ICT ini, pasti murid
lebih cenderung untuk belajar dan minat belajar mereka dapat dikekalkan sehingga
sesi akhir pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya ini memuaskan
kerana langkah-langkah pengajaran yang dijalankan dapat menumpukan perhatian murid
terhadap pelajaran yang disampaikan dan seterusnya menimbulkan minat belajar mereka.
Selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,hasil pembelajaran yang dihasratkan
telah dicapai.

Watermark template. Powered by Blogger.

You might also like