Geografi Tingkatan 3 Kegiatan Ekonomi Luar Bandar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Beliau berkata menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang bakal

dibentangkan esok (21 Mei) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
program-program yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada menaikkan
taraf kawasan luar bandar, malah masyarakatnya sendiri perlu merebut
peluang pekerjaan di kawasan mereka.
"Harapan saya supaya RMK11 ini bukan hanya dimuatkan dengan program
dari segi penyampaian, malah dapat ditambah baik dari segi adunan dasar
dan perancangan kawasan luar bandar yang dapat kita pertingkatkan bukan
hanya kawasannya sahaja, malah dari sudut pembinaan insannya seperti
pembabitan penduduknya merebut peluang pekerjaan.
"Bahkan juga kegiatan ekonomi perlu kita padatkan di kawasan luar bandar
bagi mengelakkan para belia berhijrah ke bandar-bandar dapat juga kita
jayakan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis
perasmian dan penyerahan Bantuan Persekolahan Biro Pelajaran Pemuda
Umno Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata Malaysia, yang menuju ke arah negara maju sudah pasti akan
menjadikan kawasan luar bandar sebagai faktor kepada pembukaan peluang
pekerjaan yang tinggi pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, sejumlah RM500,000 bantuan berupa beg
sekolah diberikan kepada 10,000 pelajar kurang bernasib baik dari 87
kawasan Parlimen di seluruh negara menerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno
Malaysia.
Bantuan Persekolahan berkenaan dianjurkan bersama Yayasan Pelajaran
Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia akan
disalurkan menerusi ketua pemuda bahagian masing-masing untuk diberikan
kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di bandar dan luar bandar
yang dikenal pasti layak menerima bantuan.
Turut hadir, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq
Naizamohideen dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara Datuk
Abdul Karim Mustafa. Bernama, 20 Mei, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kegiatan-ekonomi-luarbandar-perlu-dipadatkan-untuk-kurangkan-beliaberhijr#sthash.02sUEXG9.dpbs

Pembangunan Luar Bandar Dipadatkan Dengan Kegiatan Ekonomi


Shafie Apdal
SEREMBAN, 10 Sept Pembangunan kawasan luar bandar pada masa depan
akan dipadatkan dengan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan daya upaya
usahawan khususnya Bumiputera, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata selain melatih dan membantu usahawan, turut akan


ditekankan ialah mewujudkan lebih banyak premis perniagaan untuk
mengalakkan anak-anak muda luar bandar menceburi bidang perniagaan
untuk mengelakkan mereka berhijrah ke bandar.
Di samping itu, kita dapat memperkasakan pewujudan Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC)270 buah mini RTC di seluruh negara, katanya kepada
pemberita selepas majlis Jalinan Kasih Pemimpin Bersama Rakyat anjuran
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini, hari ini. Turut hadir Menteri
Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya

penyaluran

maklumat

pembiayaan

perniagaan

dan

cara

mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Mara kepada rakyat


juga akan dipergiatkan.
Pada tahun lalu kita lakukan pelbagai inisiatif dalam kalangan belia yang
berkecimpung dalam dunia perniagaan. Langkah ini dibuat supaya kita dapat
galakkan dan tingkatkan penyertaan anak-anak muda dalam bidang
perniagaan, katanya.
Shafie berkata kementeriannya juga akan memastikan di masa depan,
penyusunan dan pengurusan pembangunan luar bandar diadakan dengan
kerjasama rapat kerajaan negeri untuk memastikan masyarakat luar bandar
mendapat pelbagai bantuan yang mereka perlukan.
Bantuan ini pelbagai, bukan hanya dalam konteks pembinaan seperti jalan
raya, bekalan air, elektrik, baikpulih rumah dan sebagainyakita tunggu
Belanjawan 2014 yang sudah kita pohon.
Saya yakin bahawa bukan setakat tuntutan daripada kita (KKLW), malah
dalam manifesto pilihan raya umum yang ke-13 baru-baru ini pun contohnya
kita janji pembinaan jalan raya lebih 6,000 kilometer di Semenanjung, di
Sarawak 2,800 kilometer dan di Sabah 2,500 kilometer dalam jangka masa
lima tahun,.
Beliau berkata sebenarnya banyak inisiatif termasuk janji dalam menifesto
akan dilaksanakan oleh kementeriannya dan kementerian lain yang akan
memberi manfaat kepada rakyat termasuk di luar bandar.
http://www.umno-online.my/2013/09/10/pembangunan-luar-bandardipadatkan-dengan-kegiatan-ekonomi-shafie-apdal/

DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR


BANDAR
Latar Belakang
Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV
di Parlimen pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan
bahawa Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki
keadaan

hidup

penduduk-penduduk

luar

bandar.

Selanjutnya,

beliau

menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar


bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam ertikata
luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
bukanlah merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada
kawasan-kawasan di mana terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk
miskin

di

kampung-kampung

baru

dan

estet-estet.

Membangunkan

masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar


bandar.
Untuk menegaskan lagi pencapaian matlamat ini, Y.A.B. Perdana Menteri
telah memanggil satu mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausahasetiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan pada 10hb
April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi komitmen Kerajaan serta
membuktikan halacara baru dalam pembangunan luar bandar. Halacara baru
ini

adalah

merupakan

kesungguhannya

bekerja

'concerted
bagi

effort'

memperbaiki

pihak

Kerajaan

masyarakat luar

dalam
bandar.

Rasional
Dasar
(a)

Ekoran

ini
daripada

adalah
hasrat

Kerajaan

berasaskan
untuk

melatih

kepada:
dan

memupuk

pemahaman di kalangan masyarakat kampung mengenai aspek-aspek


pelaburan yang merangkumi konsep kos pulangan dan keuntungan;

(b) Penyemaian pengetahuan kepada penduduk-penduduk di luar bandar


supaya mereka dapat menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai satu

medium pertukaran tetapi juga alat pelaburan. Oleh itu, adalah didapati
perlu mengubah keadaan masyarakat desa supaya menjadi lebih monetised;

(c) Di zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima sistem 'peasantry' atau
sistem di mana petani cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan
mengerjakan tanah sebesar 'kankang kera'. Kerajaan berpendapat bahawa
masyarakat petani tidak wajar dijadikan mangsa kepentingan strategi
makanan negara. Mereka hendaklah dipelihara daripada nasib yang buruk ini
dengan kesanggupan mereka menukar, secara beransur-ansur cara dan
pergantungan mereka kepada pengeluaran padi; dan

(d) Tujuan untuk mengatasi masalah saiz kebun yang tidak ekonomik dalam
mana sistem pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem pelaburan besarbesaran,

teratur

dan

berbentuk

perniagaan.

Objektif
Dasar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran
pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan
memudahkan

penyampaian

perkhidmatan-perkhidmatan

serta

lain-lain

prasarana. Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di


kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk di kalangan penduduk
tersebut semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifatsifat

jaya

diri

dalam

usha

ekonomi

yang

menguntungkan.

Aspek-Aspek Dasar
Halacara

baru

ini

melibatkan

tiga

aspek

iaitu:

(i) Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan


bagi kebun-kebun kecil dan bendang-bendang;

(ii)

Perwujudkan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain

kegiatan ekonomi bukan pertanian; dan

(iii)

Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara

teratur

untuk

membibitkan

pusat-pusat

pertumbuhan

baru.

Strategi Pelaksanaan
Strategi perlaksanaan yang dikemukakan ialah mengadakan program
pertanian
berdekatan

berkelompok
untuk

dan

dijadikan

pengumpulan
bandar

kecil.

kampung-kampung

yang

Pesawah-pesawah

akan

mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk dijadikan


estet-estet padi. Estet-estet padi ini akan diselenggarakan oleh koperasi.
Pengurus-pengurus estet akan dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh
koperasi pemilik tanah. Jentera-jentera juga akan dimiliki oleh koperasi estet.
Pemilik tanah akan mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah
mereka sebagai peraturan daripada saiz estet. Sementara sawah mereka
disatukan dan diurus sebagai estet, peserta sesuatu skim akan ditempatkan
semula dalam satu kawasan yang sesuai dalam estet itu. Oleh kerana
rumah-rumah yang akan diwujudkan tidak akan dibazirkan.
Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan
lain-lain. Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan
pejabat pos akan diadakan. Industri kecil yang sesuai dengan sumber alam
tempatan akan dikenalpasti dan didirikan. Dalam ertikata lain bandar-bandar
kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya.
Jabatan perancang Bandar dan desa telah mengemukakan cadangan
mengenai pendekatan bagi mengelompokan kampung-kampung tradisi
mengikut

lima

(i)

Model

(ii)

tarikan;

Model
Model

iaitu:
pemusatan;

Model

(iii)
(iv)

model

gabungan;
pengembangan;

dan

(v)

Model

perubahan.

Penutup
Adalah menjadi penghargaan Kerajaan bahawa halacara baru ini akan dapat
mengurangkan masalah kemiskinan yang masih mengkongkong pendudukpenduduk luar bandar. Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk
desa

tidak

sahaja

akan

menikmati

perkhidmatan-perkhidmatan

dan

kemudahan-kemudahan moden tetapi juga berpeluang untuk mengubah


tahap kedudukan ekonomi mereka. Kejayaan halacara baru ini akan banyak
bergantung kepada kerjasama yang erat di antara agensi-agensi Kerajaan
yang

terlibat

Sasarannya.

dan

juga

Peranan

penduduk-penduduk

komunikasi

dan

desa

selaku

perhubungan

Kumpulan

awam

dalam

mendapatkan penerimaan Kumpulan Sasaran ini adalah syarat utama yang


akan menentukan kejayaan halacara baru ini.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1378-dasar-halacara-barudalam-pembangunan-kampung-dan-luar-bandar.html
ARKIB : 04/05/2012
Kegiatanekonomiluarbandarrapatjurangpendapatan-Muhyiddin
PAGOH 4 Mei - Kawasan luar bandar kini turut menjadi tumpuan
pembangunan ekonomi melalui Program Transformasi Luar Bandar untuk
meningkatkan pendapatan penduduk di kampung-kampung dalam usaha
kerajaan merapatkan jurang pendapatan dengan kawasan bandar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masyarakat
desa perlu merebut peluang yang disediakan dalam program tersebut
melalui industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro kerana ia berpotensi
menjana pendapatan tinggi seperti di bandar.
"Perkara ini harus diberi tumpuan, zaman sudah berubah di mana kampungkampung juga boleh menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat yang
tidak tertumpu kepada pertanian sahaja tetapi dikembangkan kepada skala
lebih besar seperti penghasilan produk makanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Tanggungjawab
Korporat (CSR) SME Bank di Balai Raya Kampung Kurnia Sakti, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan sumbangan


barangan keperluan kepada 50 keluarga miskin, wang tunai RM10,000
kepada dua mangsa kebakaran dan 40 unit komputer bagi menjayakan Pusat
Komputer 1Malaysia di balai raya itu. - UTUSAN

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120504/dn_29/Ke
giatan-ekonomi-luar-bandar-rapat-jurang-pendapatan--Muhyiddin#ixzz3dmHeVYlF
Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120504/dn_29/Kegiatanekonomi-luar-bandar-rapat-jurang-pendapatan---Muhyiddin

You might also like