Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Animisme

Kepercayaan bahawa stp benda mpy semangat.


- Suku Negrito
menyatakan segala benda mpy kuasa.
Kepercayaan lebih bercorak bebas & tidak terikat atau mpy cara tertentu utk
mempercayai sst benda.
Percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa & makhluk yg mpy kuasa (org hidup).
- Suku Senoi
Mpy seorang dewa yg maha kuasa.
Kuasa dewa ini bermacam-macam bentuk.
Mempunyai 4 dewa utama.- Engku, Karei, hilok dan Hiwah
Juga percaya akn kewujudan jin-jin.
- Suku Melayu Asli
- Hampir 85% penganut islam.
- Segala kepercayaan berlandaskan ajaran islam.
- Sebilangan kecil masih mengamalkan amalan anismisme.- percaya kuasa2 ghaib yg
terdapt pd sst objek.
- Percaya wujusnya hantu, dewa2 & roh turut mendiami dunia ini.
Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat
orang Asli yang disifatkan sebagai aborigines iaitu ahli-ahli masyarakat yang
mundur, tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman
penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito,
Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu
kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan sebagainya
mempunyai semangat (roh)

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal


manusia mulai mempunyai agama.Perkataan animisme berasal daripada
perkataan Latin Animis yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut
kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa
yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan
tanaman.

Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa,


dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa
dewa yang menurunkan hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan
taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu
Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang mempengaruhi sebahagian besar
kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar
mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu,
mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam
sekitar.Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam
seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu
malam dan sinaran matahari pada waktu siang.Mereka menganggap semua

benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat
memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan
pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat
Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang
lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang
tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan
bomoh.Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang paling utama
bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat.
a. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat
tanpa tuan.
b. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
c. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka
juga.
d. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100
dan sebagainya.
e. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat
dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh
pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam.
f. Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan
sungai.

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau


diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan
jin.
Kepercayaan Animisme
Kepercayaan kepada makhluk halus oleh masyarakat orang asli yang disifatkan sebagai
aborigines.
Masyarakat mundur, x membangun. 3 golongan besar ialah Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
Negrito: Segala benda ada kuasa, dunia didiami pelbagai dewa dan makhluk berkuasa.
Senoi:4 dewa utama iaitu: Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.
Melayu Asli: Beragama Islam dan pentingkan pantang-larang.

You might also like