Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK : TREASURE HUNT PENCARIAN MAKLUMAT PROSTAR

Tahun Projek dijalankan


Pelaksana
Jaringan Kerjasama

:
:
:

2009
Sek Men Keb Derma, Kangar Perlis
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Kelab Prostar Negeri Perlis
Pusat Khidmat Prostar Kuala Sanglang

PENGENALAN
Berpandukan data yang diperolehi dari Unit HIV/AIDS dan STD, Pejabat
Kesihatan Kangar, faktor risiko jangkitan HIV yang paling ketara dari tahun 1997 hingga
2006 ialah melalui hubungan seks iaitu sebanyak 300 kes ( 46.6 % ). Memandangkan
negeri Perlis bersempadan dengan Thailand, kebanyakan kes jangkitan HIV melalui
hubungan seks adalah disebabkan kerana melanggan pelacur di negara Thailand.
Daripada pemerhatian yang dijalankan di pintu masuk sempadan Padang Besar,
kebanyakan remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun lebih gemar ke Thailand untuk
berhibur termasuk melanggan pelacur. Oleh itu pencegahan haruslah bermula di peringkat
remaja lagi.
Berdasarkan Kajian Remaja Sihat yang dijalankan pada tahun 2003 pula, tahap
pengetahuan remaja di negeri Perlis mengenai HIV/AIDS dan juga PROSTAR masih
rendah. Kebanyakan remaja Perlis hanya mengetahui HIV/AIDS dan PROSTAR melalui
media massa seperti radio dan televisyen sahaja. Risalah dan poster masih tidak berkesan
menarik minat remaja untuk membacanya. Kebanyakan remaja lebih tertarik kepada
aktiviti yang berunsurkan hiburan dan juga sukan.
ABSTRAK
Murid-murid di sekolah memerlukan tahap kecergasan yang tinggi kerana memberi
tumpuan masa yang panjang di sekolah bermula jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang,
kadang kala menjangkau jam 4.00 petang. Mereka harus mengekalkan tahap kecergasan
agar kesihatan fizikal mampu bertahan sehingga jangkamasa tersebut. Aktiviti fizikal
adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan.
Menurut Corbin et al. (2002), aktiviti fizikal boleh dijelaskan sebagai suatu pergerakan
yang melibatkan penggunaan otot-otot besar. Aktiviti fizikal diyakini dapat membantu
memperkayakan aspek psikomotor, kognitif, efektif dan sosial murid-murid sekolah
(Yusuf Ismail, 1998). Kajian Desma (2001) dan Abdul Aziz (2001) mendapati muridmurid di sekolah menengah khususnya kurang berminat melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal dan penglibatan mereka juga masih di tahap yang rendah. Keadaan ini jika dibiar
berterusan akan menyebabkan pelbagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakitpenyakit yang disebabkan oleh kurangnya pergerakan fizikal termasuklah penyakit
kardiovaskular (sakit jantung), tekanan darah tinggi, masalah kegemukan, sakit belakang
dan sakit sendi (Wee, 1977). Justeru Kelab Prostar Sek Men Keb Derma mengambil
inisiatif untuk menganjurkan Program Treasure Hunt pencarian maklumat di kalangan
ahli-ahli Kelab Prostar sekolah. Program Treasure Hunt ini merupakan manifestasi
daripada kepentingan aktiviti fizikal kepada murid-murid sekolah. Program ini
menggabungkan kecekapan daya fikiran, ketajaman daya tumpuan dan menguji kekuatan
dan kepantasan anggota tubuh badan. Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti
pemahaman mengenai cara hidup sihat, bahaya HIV dan AIDS, kepentingan menjauhi
rokok dan menjadi perokok pasif, melakukan beberapa siri aktiviti fizikal seperti kayuhan

basikal, lompat tali, bola sepak, pentanque, bola jaring dan senamrobik. Gabungan
pencarian maklumat beserta aktiviti fizikal yang dijalankan berjaya menarik minat ahli
kelab untuk mengikuti aktiviti-aktiviti Kelab Prostar yang dijalankan dari semasa ke
semasa. Seramai 50 orang ahli kelab Prostar Sek Men Keb Derma yang terpilih terlebih
dahulu mengikuti beberapa siri senamrobik yang dijalankan bermula bulan Februari bagi
meningkatkan stamina serta memberi input mengenai kepentingan aktiviti fizikal dan
pemakanan sihat. Seterusnya ahli Kelab Prostar terlibat dalam aktiviti treasure hunt di
peringkat sekolah seterusnya aktiviti ini dipilih dilaksanakan di peringkat Negeri pada
bulan Mei 2009 yang melibatkan semua sekolah menengah yang mempunyai Kelab
Prostar. Melalui aktiviti ini, kajian KAP telah dijalankan menunjukkan perhubungan yang
signifikan tahap pengetahuan dan amalan ahli kelab pada P < 0.05 selepas program
dijalankan.
SASARAN
Ahli Kelab Prostar Sek Men Keb Derma dan sekolah-sekolah lain yang mempunyai
Kelab Prostar sekolah.
CARA PERLAKSANAAN
Sebelum aktiviti bermula, ahli kelab diberi soalan Pra uji bagi melihat tahap pengetahuan,
amalan dan sikap peserta terhadap cara hidup sihat, HIV, AIDS dan merokok. Seterusnya
ahli Kelab akan diberikan ceramah dan beberapa siri aktiviti fizikal secara berkala selama
dua bulan. Antara jenis aktiviti fizikal yang terlibat adalah
a) Bola Sepak
b) Bola Jaring
c) Pentanque
d) Lompat tali
e) Kayuhan Basikal
f) Senamrobik
Pada akhirnya program Treasure Hunt ini dilaksanakan pada Hari Terbuka sekolah
dimana terdapat pameran-pemaran kesihatan yang disediakan. Peserta akan bergerak dari
satu check point ke satu check point untuk menjawab soalan berdasarkan pembayang
yang diberikan. Peserta akan menjalani beberapa siri aktiviti fizikal yang mecabar
sebelum mendapatkan pembayang atau soalan-soalan yang berikutnya. Peserta
dikehendaki bejalan, berkayuh, berlari, berlompat serta pada masa yang sama terpaksa
menjawab soalan berbentuk ilmiah dan akademik.
Mesyuarat pertama dijalankan dengan semua pihak terlibat untuk mengawal selia
program ini pada 15 Februari 2009. AJK induk turut dibentuk bagi membawa program ini
ke peringkat Negeri pada bulan Mei.

You might also like