Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PEMBIAKAN TANAMAN

Dalam bidang perkebunan atau hortikultur, cara- cara


membiakkan pokok perlu diketahui oleh pekebun. Kita akan
rugi besar jika cara ini tidak dipelajari. Kejayaan sepenuhnya
boleh didapati jika pekebun-pekebun melakukannya dengan
cara amali dan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.
Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian yang
berat dalam perkara ini.
CARA MEMBIAKKAN POKOK
Cara membiakkan pokok dibahagikan kepada dua cara yang
besar:
A. Pembiakan Aseks atau secara vegetatif (tampang)
B. Pembiakan Seks atau menggunakan biji benih
PEMBIAKAN VEGETATIF(TAMPANG)
Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak
pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu
pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan lain-lain, bagi
mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya.
Pembiakan ini juga disebut pembiakan tidak mengawan atau
pembiakan yang tidak ada hubungannya dengan jantina.
Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak
mengeluarkan biji benih atau biji benihnya sukar didapati
seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis) pokok sukun
(Artoca1pus altilis) dan lain-lain.

Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang dilakukan dan


dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta
tulen bakanya. Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh
memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini bunga dan
buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat.

Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak


mempunyai akar tunjang, akamya tidak banyak, diriannya tidak
tegap dan pembesarannya juga terhad. Sebaliknya, jika pokokpokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk
tanaman pasu, pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik
dan memberi faedah yang besar.
Pembiakan vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian
pokok dan dengan itu merencatkan pokok asal. Bilangan pokok
yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada
keadaan pokok itu sendiri.
Pembiakan vegetqtif boleh dibahagikan pula kepada beberapa
cara. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok
yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh dilakukan
demikian.
(a) Keratan
(b) Tut
(c) Cantuman
(d) Belahan rumpun atau perdu
(e) Menanam bebawang.
(A) KERATAN
Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan dengan mengambil
bahagian-bahagian pokok seperti batang, dahan, ranting,
pucuk, daun, akar, ubi dan isi. Bahagian-bahagian yang
digunakan ini meng- ikut jenis-jenis pokok. Ada jenis yang boleh
dibiakkan dengan keratan batang atau dahan dan ada yang
boleh dibiakkan dengan keratan daun, akar, isi dan sebagainya.

Bagi memudahkan melakukan pembiakan dengan keratan ini,


keratan dibahagikan pula kepada jenis-jenis seperti di bawah
ini:
1. Keratan batang, dahan atau ranting
2. Keratan hijau atau pucuk berdaun
3. Keratan daun
4. Keratan akar
5. Keratan sukulen
6. Keratan rizom
1. KERATAN BATANG, DAHAN ATAU RANTING;
Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan dengan keratan
batang, dahan atau ranting. Kebanyakan spesies yang boleh
dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan
dikotiledon. Bagaimana pun ada juga spesies yang tidak boleh
dibiakkan dengan cara ini, seperti pokok manggis, durian,
rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah
dijalankan, hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan.
Ada juga spesies monokotiledon yang boleh dibiakkan dengan
cara keratan batan seperti buluh, tebu dan lain-lain.
Pemilihan keratan
Dahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga
bahagian. Bahagian yang bawah sekali, biasanya berwarna
perang dan bahagian hujung hingga ke pucuk berwrna hijau.
Bahagian yang berwarna perang kayunya keras dan bahagian
yang berwarna hijau pula berkayu lembut. Bahagian tengah
yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang
sederhana kerasnya.Oleh itu keratan dahan atau ranting
tumbuhan terbahagi kepada:
(a) Keratan kayu keras
(b) Keratan kayu sederhana
(c) Keratan kayu lembut.
Pemilihan keratan ini umumnya bergantung pada spesies pokok
yang hendak dibiakkan. Ada spesies tumbuhan yang mudah

dibiakkan dengan keratan kayu keras dan ada pula yang


mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau kayu
lembut. Hal ini tidak bermakna bahawa semua spesies yang
boleh dibiakkan dengan keratan kayu keras tidak boleh
dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau .kayu lembut
atau
sebaliknya.
Contohnya:
Pokok
bunga
kertas
(Bougainvillea) lebih baik dibiakkan dengan keratan kayu keras
kerana bukan sahaja keratan ini cepat mengeluarkan akar
tetapi juga mengeluarkan bunga lebih awal. Jika pokok ini
dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut ia tidak
mudah berakar dan kejayaan- nya amat rendah. Sebaliknya
pula ada spesies yang lebih mudah dibiakkan dengan keratan
kayu sederhana atau lembut, jika dibiakkan dengan keratan
kayu keras kejayaannya amat rendah.
Pemilihan keratan ini bergantung pada pengalaman pekebunpekebun. Kejayaan tidak sahaja bergantung pada pemilihan
keratan tetapi juga kepada kemahiran orang yang melakukan
pembiakan keratan itu, iklim, tanah, air dan lain- lain.
Pembiakan bagi tiap-tiap spesies akan dihuraikan dalam babbab akan datang.
Mengerjakan keratan
Cara mengerjakan pembiakan keratan ini berbeza mengikut
spesies pokok. Ada spesies yang boleh terus hidup apabila
keratan batangnya ditanam ke \'anah, Ada juga spesies apabila
batangnya yang dibuatturus pagar, ia akan terus hidup.
Kebanyakan s;pesies tumbuhan, keratannya memerlukan
penjagaan yang rapi dan tanah semaian yang bersih dan bebas
daripada jangkitan penyakit.
Tanah semaian adalah antara faktor yang penting yang
menentukan kejayaan pembiakan keratan dan dengan ini perlu
diberi perhatian. Dalam bab' yang akan datang cara-cara
menyediakan tanah campuran untuk semaian keratan akan
diterangkan.
(A) Keratan berkayu keras

Keratan-keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur


dan tidak berpenyakit. Panjang keratan ialah kira!.kira 15-20
cm panjang dan terdapat banyak mata tunas. Pisau yang tajam
perlu digunakan untuk mengerat atau memotong keratan.
:Potong pangkalnya serong sedikit, di bawah satu mata tunas
atau pangkal ruas. Buang daun-daun yang terdapat pada
keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada cepat
kekeringan. Bagai- manapun ada setengah-setengah pokok
berkehendakkan daun-daunnya bersama keratan seperti Ficus
elastica, Codieum dan lain-lain. Jika daun-daun ini dibuang, ia
akan lambat mengeluarkan akar.
Keratan perlu disemai sedalam ~ daripada pan- jangnya.
Sebaik-baiknya disediakan lubang
terlebih dahulu dan tidak dicucukkan sahaja. Padatkan
pangkal keratan dan disiram dengan
airsecukupnya. Tujuan menyiram air selepas menyemai
keratan ini adalah supaya tanah di
keliling keratan menjadi lebih mampat. .
Apabila keratan telah berakar, ia hendaklah dipindahkan dan
ditanam dengan seberapa segera ke dalam pasu atau karung
politena yang telah diisi dengan tanah campuran. Semasa
menggali keratin perlu berhati-hatisupaya akamya tidakrosak.
Sebaik- baiknya, sebelum keratan diambil, eloklah disiram air
terlebih dahulu.
Keratan yang baru ditanam, diletakkan di tempat yang redup
atau di dalam rumah pokok dan disiram air secukupnya. Pusatpusat semaian yang besar meletakkan anak semaian di bawah
semburan air kabus bagi mengeraskannya. Apabila telah mula
hidup dan berkeadaan subur, biasakan dengan cahaya
matahari secara beransur-ansur dan seterusnya ditanam ke
lapangan.
(B) Keratan kayu sederhana dan lembut

Keratan kayu sederhana dan lembut digunakan


bergantung pada spesies tumbuhan. Tidak ada panduan
tertentu yang boleh diikuti, umumnya cara menyediakannya
sama seperti pembiakan yang menggunakan keratan kayu
keras. Bagai- manapun, tanah campuran untuk semaian kayu
sederhana dan lembut ini berbeza sedikit ber- gantung pada
spesies tumbuhan yang dibiakkan.
2. KERATAN HIJAU ATAU PUCUK BERDAUN
Keratan hijau atau pucuk berdaun ini digunakan untuk spesies
tumbuhan yang lembut, kebanyak- annya jenis herba. Ada juga
pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara ini apabila
keratan batang kayu keras atau sederhana lambat
mengeluarkan
akar.
Contohnya
Mussaenda,
Dracaena,
Cordyline dan lain-lain.

Keratan yang digunakan ialah pucuk berdaun kira-kira 10-15


cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar
beberapa helai di pucuknya. Semaikan ke dalam campuran
semaian seperti keratan lain tetapi penjagaannya dibuat lebih
rapi denga:n menyiram air lebih kerap dan tidak
membiarkannya kekurangan air.
Keratan pucuk berdaun atau keratan hijau
3. KERATAN DAUN
Kebanyakan pokokherba dalamfamili Gesneriaceae seperti
Saintpaulia, Gloxinia dan herba seperti Sanse- vieria,
Kalanchoe, Begonia boleh dibiakkan dengan cara keratan daun.
Bagaimanapun, pembiakan keratan daun ini tidak banyak
dipraktikkan di kawasan tropika kerana pembiakan cara
belahan rumpun adalah lebih praktik dan menghasilkan lebih
banyak pokok.

Kebanyakan pokok dalam famili Cactaceae dan Euphorbiaceae


disebut sukulen dan sifatnya yang berlendair. Pembiakannya
dilakukan
dengan
cara keratan
batang
tetapi
cara
melakukannya berbeza sedikit. Keratan disemai ke dalam pasir
tetapi pada permulaannya keratan ini tidak disiram dengan air
yang banyak. Apabila telah mula berakar dan bertunas barulah
disiram air.
6. KERATAN RIZOM
Setengah-setengah spesies dibiakkan dengan cara menanam
rizomnya. T anaman seperti keladi, ubi nasi, lengkuas, halia
dan lain-lain dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. Rizom
boleh terus ditanam ke ladang. Spesies yang mempunyai rizom
yang besar perlu dikerat-kerat sebelum ditanam. Semasa
melakukan keratan pastikan setiap keratan masih meinpunyai
kulit dan beberapa mata tunas. Perlu diingatkan ada juga rizom
yang
berkehendakkan
masa
"rehat",
iaitu
tidak
bolehditanamsehinggalah sampai musimnya. Contohnya, ubi
nasi (Dioscorea sp). Pekebun-pekebun hendaklah mengecam
jenis- jenis rizom atau ubi yang memerlukan tempoh rehat dan
musim yang boleh ditanam.

Cara merehatkan rizom memadai dengan meletakkannya di


tempat yang kering, berangin dan teduh. Apabila rizom itu
mula mengeluarkan tunas, bolehlah ditanam.
(8) TUT
Pada bahagian awal bab ini telah diterangkan bahawa banyak
pokok yang tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan. Cara
lain yang boleh dilakukan ialah cara tut.

Jika keliling satu dahan dipotong selebar kira-kira 3 cm dan


kulitnya dibuang, dahan itu tidak akan mati. Ini adalah kerana
air bersama-sama larutan nutrien dari akar masih dapat sampai
ke bahagian atas tempat yang dipotong dan dibuang kulitnya
tadi. Tempatyang dipotong itu kemudiannya, akan tumbuh
bengkak-bengkak dan
akan bercantum semula. Jika
tempatyang dipotong itu dibalut dengan tanah, akar akan
tumbuh dan dahan itu kemudian boleh dipotong dan ditanam
ke tempat lain.
Cara menyediakan bahan tanaman tut
Pembiakan cara tut tidaklah begitu susah dilakukan hanya
memerlukan sedikit usaha dan praktis. Pilih dahan yang subur
dan tidak berpenyakit, kira-kira sebesar jari. Dahan itu
sebaiknya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Ada
pendapat yang menya- takan, dahan yang baik untuk ditut
ialah dahan- dahan yang pemah berbuah. Potong kulitnya selebar kira-kira 3-5 cm keliling batang dan buangkan kulitnya.
Jika terdapat kambiumnya masih melekat, kikis dengan pisau.
Balut luka dengan tanah campuran 2 bahagian tanah atas dan
1 bahagian pasir. Bagi memudahkan kerja membalut,
lembapkan tanah campuran itu terlebih dahulu. Kemudian balut
tanah itu dengan politena. Bagi pokok-pokok yang lambat
mengeluarkan akar atau akamya terlalu halus, balut tanah itu
dengan sabut dan kemudian dengan politena.
Ada juga pokok yang ~ukar mengeluarkan akar dan dalam hal
ini hormon pengakar diperlu- kan. Hormon ini disapu pada
hujung luka tadi sebelum dibalut dengan tanah dan politena
atau sabut.
Apabilaranting yang telah ditutitusudah berakar, potong di
sebelah bawah balut dan tanam ke dalam karung plastik.
Letakkan di dalam rumah pokok atau di tempat yang redup
sehingga subur. Biasakan bahan tut ini dengan cahaya
matahari secara beransur-ansur dan kemudian barulah boleh
ditanam ke lapangan .

Tut lentur
Kebanyakan pokok, apabila dahannya tertanam atau terbenam
ke dalam tanah, pada tempat yang tertanam itu akan tumbuh
akar. Fakta ini boleh merupakan asas untuk membiakkan pokok
dan pembiakan cara ini disebut tut lentur.
Pembiakan cara tut lentur ini dilakukan pada pokok yang
rendah dan dahannya mencapai ke tanah, seperti pada
pokokrenekdan pokokmemanjat. Caranya pada asasnya sama
dengan cara tut.)
Caranya adalah dengan melentur satu dahan atau ranting yang
sihat dan sederhana keadaannya hingga ke aras tanah. Paku
dahan itu supaya sedikit bahagian dahan atau ranting itu
tertanam dan tidak bingkas semula. Bahagian yang tertanam
itu
lama-kelamaan
akan
mengeluarkan
akar.
Bagi
mempercepatkan pertumbuhan akar dibahagian yang tertanam
atau ditimbus itu, dibuang kulitnya seperti juga pembiakan cara
tut. Apabila sudah berakar, bahagian pangkalnya dipotong dan
ditanam semula ke dalam karung plastik atau pasu.
Semasa memindahkannya, pastikan akar-akamya tidak rosak.
Pelihara sehingga pokok ini segar dan kemudian biasakan
dengan cahaya matahari secara beransur -ansur .
Tut baringan
Pembiakan tut baringan ini sama seperti tut lentur tetapi
sebatang pokok dilentur dan dibaringkan ke atas tanah
Kebanyakan pokok renek dan pokok memanjat boleh dilakukan
cara ini. Bagaimana-pun, cara ini tidak banyak dijalankan di
kawasan tropika kerana pembiakan cara lain lebih mudah
dilakukan.

CANTUMAN
Cantuman ertinya memindahkan dan mencantumkan sedikit
bahagian pokok seperti tunas pucuk atau mata tunas kepada
pokok yang lain yang sama famili dan genusnya, bertujuan
untuk mendapatkan Pokok yang tulen dan terpilih bakanya.
Pokok cantuman terdiri daripada dua bahagian iaitu penanti
dan sion. Pokok penanti ialah anak pokok, tempat mata tunas
atau tunas ditempel atau dicantumkan. Sion ialah mata tunas
atau tunas yang ditempelkan kepada pokok penanti.
Cantuman dilakukan untuk mendapatkan pokok yang baik dan
tulen bakanya. , Cara ini juga dilaku- kan bagi mendapatkan
sebatang pokok tetapi mempunyai beberapa wama bunga atau
klon buah- buahan. "
Pembiakan secara cantuman ini boleh dibahagikan kepada dua
jenis:
(1) Cantuman tunas atau pucuk
(2) Cantuman mata tunas
CANTUMAN T UNAS
Cantuman tunas ialah cara cantuman yang memin- dahkan dan
mencantumkan tunas atau pucuk sesuatu pokok yang baik
bakanya, iaitu sion kepada pokok penanti bagi menghasilkan
pokok yang tulen dan baik bakanya:
Ada beberapa cara cantuman boleh dilakukan iaitu seperti yang
berikut:
(i) Cantuman sandingan
(ii) Cantuman baji sisi
(iii) Cantuman baji

(iv) CantumaI} rencong.


(i) Cantuman sandingan
Cantuman sandingan ialah cara yang mudah dilakukan oleh
pekebun-pekebun bagi tujuan membiakkan pokok yang terpilih
bakanya. Cara ini mudah dilakukan dan pokok yang dihasilkan
dengan cara ini, mempunyai sifat yang lebih tegap dan subur.
Sediakan pokok penanti di dalam karung plastik. Biji benih yang
digunakan untuk meriyediakan pokok penanti ini, hendaklah
daripada jenis yang cepat membesar. Apabila telah cukup
besar, iaitu kira-kira sebesarjari, cari tunas hujung yang
terdapat pada pokok yang hendak dibiakkan. Pilih tunas hujung
yang baik sahaja, tidak berpenyakit dan sebaik-baiknya
mempunyai umuryang sama dengan pokok penanti. Buat
penyokong bagi membolehkan anak-anak pokok penanti
didekatkan dengan tunas hujung tadi. Dengan menggunakan
pisau yang tajam, potong sedikit kulit anak pokok penanti dan
iuga tunas tadi. Cantumkan anak pokok penanti dan tunas itu
pada luka tadi dan kemudian balut kedua-duanya dengan pita
politena. Sebaik~baiknya
Apabila luka itu sembuh, anak pokok penanti dan tunas tadi
(sion) akan bercantum. Pastikan pokok penanti dan sion itu
benar- benar bercantum dan kemudian ceraikan sion dengan
memotong di bawah balutan dan kemudian potong pokok
penanti di bahagian atas balutan. Pelihara pokok cantum ini di
tempat yang redup sehingga subur . Biasakan pokok ini dengan
cahaya matahari dengan cara beransur-ansur dan kemudian
bolehlah ditanam ke ladang.
(ii) Cantuman baji sisi
Satu lagi cara cantuman yang lain diseblit cant"uman baji sisi.
Cantuman ini tidak banyak diamalkan di negara ini kerana
cantuman mata tunas lebih mlidah dilaklikan dan biasanya
kejayaan yang lebih baik diperoleh. Pembiakan cara ini hanya
dilaklikan sekiranya pc'.ok yang hendak dibiakkan itu slikar

didapati mata tunasnya atali tidak boleh dilaklikan cantuman


mata tunas.
Teknik cantuman baji sisi ini seperti yang beriklit. Sediakan
pokok penanti sebesar ibli jari atali lebih besar. Potong kira-kira
15 cm dari permlikaan tanah dengan mengglinakan glinting
pokok. Permlikaan yang dipotong kemlidian dipotong nipis
dengan mengglinakan pisali yang tajam. Kemlidian belah di tepi
menghala ke bawah kira-kira 4 cm. Belahan hendaklah di
antara lapisan kambilim dan kayu. Elakkan daripada terkena
lapisan kayu.
Sediakan tunas atali pliClik yang sliblir kira-kira 6- 10 cm
panjangnya. Bliangkan semlia dalinnya. Bahagian pangkalnya
direncong pada kedlia-dlia belah berbentuk seperti baji, kirakira 4 cm panjang, kemudian dimasukkan ke celah belahan
yang telah dibuat pada pokok penanti tadi. Perhatikan lapisan
kambium tunas yang direncong dan kambium penanti yang
dibelah tadi benar-benar melekap antara satu sama lain. Balut
melilit dengan pita politena sehingga sion dan penanti menjadi
rapat. Sebelum dibalut sebaik-baiknya disembur dahulu dengan
racun kulat. Tempat yang dibalut tadi, kemudian dibalut pula
dengan lumut Spagnum bertujuan untuk melembapkan
cantuman. Lumut ini dikatakan mengandungi air yang boleh
mengawal pembiakan kulat atau bakteria. (Lumut Spagnum ini
boleh didapati di kawasan tanah tinggi yang berhawa dingin
seperti di Cameron Highlands).
Keseluruhan pokok cantuman ini dilindungi dengan balutan
politena nipis. Apabila tunas sion mula hidup, buangkan balutan
politena itu. Pelihara pokok cantuman ini sehingga subur.
Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang
teduh.
(iji) Cantuman baji

Pada masa ini cantuman baji merupakan teknik yang banyak


digunakan bagi mencantumkan pokok-pokok seperti manggis,
duku, langsat dan lain-Iain yang sukar dibiakkan dengan cara
cantuman mata tunas atau keratan.
Teknik cantuman ini tidak banyak bezanya dengan cantuman
baji sisi. Pokok penanti yang masih muda disediakan. Dengan
menggunakan pisau yang tajam, pucuknya dipotong dan
dibuang pada tempat yang berkayu lembut dan kemudian
dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah
sepanjang 4 cm.

Pada masa yang sama, sion, iaitu pucuk atau tunas, sepanjang
6-10 cm disediakan.Potong separuh daripada daun-daun dan
tinggalkan sedikit sahaja di pucuk. Pangkal tunas sion tadi
dipotong serong di kedua-dua belahnya, sepanjang 2-4 cm
berbentuk seperti bentuk baji. Masukkan tunas ini di celah
belahan baji yang dibuat pada pokok penanti dan pastikan
kedua-duanya benar-benarmelekap antara satu dengan lain.
Sembur sedikit di tempat cantuman dengan racun kulat dan
kemudian dibalut dengan politena nipis sehingga sion dan
penanti menjadi rapat. Keseluruhan pokok cantuman ini
kemudiannya dilindungi dengan balutan politena nipis lut sinar
dan diletakkan di tempat yang teduh. Apabila tunas itu mula
hidup, politena tersebut dibuang. Semua kerja mencantum
hendaklah dilakukan di tempat yang redup dan bersih.
Perlu diingatkan bahawa ada jenis-jenis pokok seperti manggis,
langsat, duku, durian dan lain-lain perlu ditinggalkan sedikit
daun pada sion dan penanti seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.7. Tujuan meninggalkan sedikit daun pada sion dan
penanti ini adalah bagi mengurangkan kehilangan air dari
pokok penanti dan sion. Pekebun-pekebun hendaklah
mengecam jenis-jenis pokok yang dibiakkan dengan cara ini.

(iv) Cantuman tunas rencong


Teknik cantuman tunas rencong ini hampir sama dengan
cantuman belahan baji. Dalam cantuman ini penanti dan sion
dipotong rencong dan dicantumkan ( Rajah 1.8 ). Cara ini baik
untuk pokok herba dan renek yang lembut.
2. CANTUMAN MATA TUNAS
Cantuman mata
mencantumkan

tunas

bererti

memindahkan

dan

mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok


penanti bagi mendapatkan pokok-pokok yang tulen dan baik
bakanya) Dalam teknik- teknik cantuman yang lain, tunas atau
pucuk digunakan tetapi bagi teknik ini mata tunas digunakan.
Kejayaan telah pun dicapai di negara ini untuk membiakkan
pokok buah-buahan dan bunga-bungaan dengan kaedah
cantuman mata tunas. Cara ini merupakan cara yang mudah
untuk mendapatkan benih pokok yang terpilih bakanya.
Pokok cantuman hasil daripada teknik cantuman mata tunas ini
mempunyai sifat yang sama seperti induknya (sion) dan
cepatpula menghasilkan buah. Pekehun-pekehun hunga pula
menggunakan cara cantuman ini hagi mendapatkan heherapa
wama hunga pada satu pokok.)
Teknik mencantum mata tunas
Sediakan pokok penanti yang subur dan sihat, kira- kira sehesar
jari. Dengan menggunakan pisau pencantum yang tajam,
potong dua garisan selari, selebar 1.5 cm, dari atas ke hawah
sedalam kulitnya, sepanjang 4 cm. Potongan ini ialah kira- kira
15 cm dari aras tanah. Kamudian potong pula satu garis
melintang di atas dua garis tadi sedalam kulitnya hagi
memholehkan kulitnya dikopekkan. Pastikan kulit itu holeh
dikopekkan dengan baik, dengan cara mengopekkan sedikit
kulit di bahagian atasnya.
Pilih satu mata tunas yang haik dan sihat pada kayu mata
tunas. Potong dua garisan sedalam kulitnya, selari anfara mata

tunas selehar 1.4 cm atau selehar yang dihuat pada pokok


penanti tadi. Kemudian potong melintang di hujungnya
sedafam yang holeh. Dipangkalnya pula dipotong sedalam
kulitnya sahaja. Potong mata tunas itu mengikut dua garisan
selari tadi berserta dengan kayunya. Dengan cermat pisahkan
kayu daripada kulit. Perhatikan bintil mata tunas masih melekat
di hawah kulitnya. Jika bintil mata tunas itu masih melekat,
lakukan cantuman dengan mengopekkan kulit pokok penanti
dan menempelkan mata tunas berserta dengan kulitnya.
Pastikan kambium pokok penanti dan mata tunas hetul-hetul
melekap dan rapat antara satu dengan lain. Balut melilit
cantuman dengan pita politena dan pastikan balutan itu tidak
dimasuki air.
Selepas 20-30 hari, buka balutan dengan menggunakan pisau
yang tajam dan kikis sedikit hahagian kulit yang ditempel itu
bagi menentukan kejayaan cantuman. Jika kulit itu masih hijau,
ini bermakna cantuman itu berjaya. Kemudian pangkas
bahagian atas cantuman. Beharapa hari kemudian, mata tunas
yang dicantum itu akan mengeluarkan tunas. Pelihara pokok
cantuman ini dengan haik dan jangan sekali-kali dibiarkan
kering. Sembur racun serangga dan kulat dua minggu sekali.
Panduan mencantum
Cara mencantum seperti yang telah diterangkan adalah
sehagai panduan sahaja. Kejayaan sepenuhnya bergantung
pada kecekapan dan kemahiran pencantum. Tiap-tiap jenis
pokok atau klon yang hendak dicantum berheza caranya.
Terpulanglah kepada kemahiran pekebun-pekebun melakukan
kerja mencantum ini bagi mendapatkan keiayaan sepenuhnya.
Di bawah ini ialah panduan mencantum yang perlu diberi
perhatian:
(a) Pokok penanti dan mata tunas dipastikan dalam keadaan
yang subur dan segar dan tidak diserang oleh penyakit.
Kesuburan ini amatpenting kerana semasa melakukan
cantuman, kulitnya mudah dikopek atau dipisahkan daripada
kayu.

(b ) Pokok penanti dan mata tunas ( sion ) hendaklah dalam


lingkungan umur yang sama.
(c) Semasa melakukan cantuman, kambium penanti dan mata
tunas hendaklah betul-betul melekap antara satu sama lain,
sebelum dibalut.
(d) Pastikan bintil mata tunas benar-benar melekat di bawah
kulitnya dan keadaannya sihat dan normal. Jangan gunakan
mata tunas yang bintilnya telah terkeluar atau rosak.
(e) Semasa memotong dan mengopek kulit penanti dan mata
tunas, pastikan tidak terdapat kotoran atau kulit-kulit yang
masih melekat. Sebaik- baiknya kulit dapat dikopek atau
dipisahkan daripada kayu dalam keadaan yang licin dan berair.
(f) Pisau pencantum perlu dipastikan supaya sentiasa taiam
dan bersih. Segala pekerjaan hendaklah teratur, pantas tetapi
cermat dan bersih.
(g) Semasa mencantum keadaan udara di keliling hendaklah
berkeadaan tenang dan teduh. lakkan kerja mencantum
selepas huian atau apabila cuaca terlalu panas.
.
Menyediakan pokok penanti
Dalam pembiakan cantuman, masalah yang besar adalah untuk
menyediakan pokok penanti yang sesuQi untuk dicantum.
Keiayaan cantuman, bukan sahaia terletak kepada kemahiran
keria-keria mencantum, tetapi iuga kepada pokok penanti yang
subur, tegap, cepat. membesar, tidak berpenyakit dan bebas
daripada serangan serangga. Satu lagi hal yang perlu diingati
ialah pokok-pokok penantr dipastjkan supaya mempunyai
lingkungan umur yang sama dengan sion.
Bagi mengatasi masalah ini, pokok penanti perlu disediakan
dengan cara yang baik. Pokok penanti ini boleh disediakan
sama ada di ladang atau di dalam karung plastik. Cara
penanaman menggunakan karung plastik adalah lebih mudah
dan murah.

Karung plastik diisikan dengan tanah campuran yang terdiri


daripada tanah, naiis haiwan dan pasir dalam nisbah 5:3:2 atau
7:3:2. Biji benih boleh terus ditanam. Bagi biji benih yang kecil
seperti belimbing, limau, jambu batu dan sebagainya,
hendaklah disemai terlebihdahulu. Setelahanak-anaksemaian
itu besar dan mudah dikendalikan, baharulah dipindahkan ke
dalam karung plastik.
Anak-anak pokok penanti ini, perlu diberi baja yang cukup dan
dikawal daripada serangan serangga dan penyakit. Selain itu,
anak-anak pokok ini perlu dicantas bagi mendapatkan pokok
yang tegap dan berbatang lurus. Apabila telah berukuran
sebesar jari, cantuman bolehlah dilakukan.
Menyediakan ladang mata tunas
Dalam pembiakan cantuman mata tunas, masalah yang
sentiasa dihadapi oleh pekebun adalah untuk mendapatkan
mata tunas yang baik daripada klon- klon yang terpilih dan
yang disyorkan. Masalah ini bertambah rumit kerana kayu mata
tunas tidak boleh dibawa jauh. Mata-mata tunas mestilah
dicantum
secepat
mungkin,
iaitu
sebaik-baik
sahaja
dipotongdaripadapokoknya.Sungguhpunadacara
untuk
menyimpan kayu mata tunas, tetapi umur mata tunas juga
perlu diambil kira, iaitu perlu ada persamaan umur dengan
pokok penanti.
Pengusaha-pengusaha ladang semaian yang besar biasanya
mempunyai ladang mata tunasnya sendiri. Penyediaan ladang
mata tunas ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan buah
atau bunga, tetapi semata-mata untuk mendapatkan mata
tunas.
Berbagai-bagai klon yang terpilih ditanam pada jarak tanaman
yang rapat dan dilabel. Pokok-pokok ini digalakkan banyak
berdahan atau bercabang dengan melakukan cantasan.
Pembajaannya juga bertujuan untuk menyuburkan pokok.
(D) BELAHAN RUMPUN ATAU PERDU

Banyak jenis pokok yang hidupnya berumpun atau berperdu


dan beranak di pangkal rumpunnya seperti Alpinia, pokok
palma, pak!l pakis dan sebagainya. Pokokini boleh dibiakkan
dengan
memisahkan
anakanakpokokdaripadarumpunnyadanmenanamnya
semula.'\Pembiakan cara ini disebut pembiakan dengan
belahan rumpun.
Pokok-pokok ini jika ditanam di dalam pasu, lama-kelamaan
akan memenuhi pasu. Apabila hendak dibiakkan keluarkan
sahaja daripada pasu dan kemudian dibelah-belah rumpunnya
dan ditanam semula. Cara ini juga dikatakan pembiakan
dengan belahan rumpun.
(E) MENANAM BEBAWANG
Di Malaysia terdapat pokok-pokok yang mempunyai bebawang
seperti, Gladiolus, Hippeastrum, Crinum dan sebagainya.
Kebanyakannya boleh dipiakkan dengan cara menanam
bebawangnya.
Bebawang boleh diambil dari pokok yang sudah tu~ atau pokok
yang telah mati. Kebanyakan bebawangmempunyaitempoh
"rehatl'nyqdanakan bercambah apabila sampai musimnya,,}
Pekebun hendaklah memerhatikan jenis-jeriis pokok bebawang
dan
mengecam
tempoh
rehatnya
dan
musim
untukmenanamnya. Semua bebawang boleh ditanam terus j(e
tanah dan tidak perlu disemai terlebih dahulu.)

PEMBIAKKAN BIJI BENIH


Pembiakan menggunakan biji benih ialah cara yang paling
mudah untuk membiakkan pokok.
Bagaimanapun, ada beberapa keburukan dalam pembiakan ini
yang perlu diketahui oleh pekebun- pekebun.

Kebanyakan biji benih tidak menurunkan baka yang tulen. Jika


biji benih daripada pokok rambutan yang manis disemai
pokoknya nanti tidak semestinya menjadi baka yang manis
juga. Hal ini disebabkan biji benih ialah hasil daripada
berlakunya pendebungaan kacukan.
Kita juga selalu mendengar pokok jantan dan pokok betina.
Bagi setengah-setengah jenis pokok pembiakan daripada biji
benih boleh menghasilkan pokok jantan. Sekiranya anak pokok
yang hidup daripada biji benih menghasilkan pokok jantan,
sudah tentu kita akan rugi. Sesungguhnya belum ada satu cara
pun untuk mengetahui sama ada biji benih itu jantan atau
betina. Oleh itu pembiakan cara vegetatif seperti tut atau
cantuman merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, ada
spesies yang tidak boleh dibiakkan secara vegetatif dan hanya
boleh dibiakkan dengan biji benih. Contohnya kebanyakan jenis
tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran, palma
dan lain-Iain. Oleh yang demikian pemilihan biji benih perlu
dilakukan bagi mendapatkafi baka yang baik.
Di negara-negara maju dalam pertanian, pemilihan biji benih
tidak lagi menjadi masQlah kerana terdapat undang-undang
yang menjamin ketulenan baka biji benih. Terdapat industri
yang mengeluarkan biji benih yang bermutu tinggi dan dijamin
ketulenan bakanya. Pekebun tidak lagi perlu memilih biji benih
daripada ladangnya sendiri malah digalakkan membeli biji
benih daripada pengeluar biji benih.
Di Malaysia, kemajuan seperti ini masih belum lagi dicapai dan
kerapkali pekebun-pekebun kecewa dengan hasil yang
rendahsemata-matakeranamutu biji benihnya rendah dan tidak
tulen bakanya. Pekebun perlu memilih biji benih yang tulen dan
bermutu. Di bawah ini diterangkan panduan cara- cara memilih
biji benih.
1. Bagi pokok semusim, biji benih perlu diambil daripada pokok
yang sihat sahaja, tidak terlampau besar dan tidak terlalu kecil.

2. Buah yang dipetik hendaklah cukup masak dan tidak ada


tanda-tanda penyakit dan serangan serangga. Buah yang tidak
normal atau luar biasa bentuknya tidak dikehendaki.
3. Biji benih perlu diambil daripada buah yang dihasilkan pada
pertengahan musim dan tidak daripada buah permulaan atau
buah peng- hujung musim. Buah ini juga sebaik-baiknya
diambil daripada pokok yang di tengah-tengah kebun dan tidak
daripada pokok yang di tepi atau di sempadan.
4. Biji benih perlu dibersihkan dan dikeringkan di tempatyang
teduh. Biji benih disimpan di dalam botol atau di tempat yang
selamat daripada serangga.
5. Semasa menanam, tentukan biji benih itu masih baru, subur
dan baik percambahannya.
MENYEMAI BIJI BENIH
Biji benih boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan yang besar,
iaitu
(a) Biji benih halus
(b) Biji benih kecil
(c) Biji benih besar
(A) BIJI BENIH HALUS
Biji benih yang dianggap halus ialah biji-biji sebesar biji bayam
hinggalah sebesar biji cili. biji-biji daripada kumpulan ini sebaikbaiknya disemai di dalam kotak atau pasu semaian terlebih
dahulu dan apabila anak-anak semaian telah besar atau mudah
dikendalikan lalu dipindahkah ke batas atau pasu. Dengan cara
ini anak semaian dapat dijaga dengan baik. Semasa
pemindahan dilakukan, anak benih yang subur sahaja dipilih
dan ditanam.
Biji-biji yang halus boleh juga disemai terus ke batas dan
kemudian dijarangkan. Contohnya seperti biji bayam, sawi dan
sebagainya.

Semasa menyemai biji-biji yang halus sebaik- baiknya, biji-biji


itu dicampurkan dengan pasir halus terlebih dahulu. Ini
bertujuan untuk mendapatkan jarak anak-anak semaian yang
sesuai. Tanah campuran bagi menyemai biji-biji halus ialah 2
bahagian tanah bakar dan 1 bahagian pasir.
(B) BIJI BENIH KECIL
Biji benih yang dikelaskan sebagai kecil ialah biji- biji sebesar
biji timun hinggalah sebesar biji jagung: Biji-biji dalam
kumpulan ini boleh ditanam terus ke batas atau
pasu~\Sebelum ditanam sebaik- baiknya dicambahkan terlebih
dahulu dengan merendam dan melembapkannya, Biji-biji yang
mempunyai percambahan yang baik sahaja digunakan. Semasa
merendam, hanya biji-biji yang tenggelam sahaja yang
digunakan dan biji-biji yang terapung dibuang. biji benih
memadai ditanam sedalam 2-3 cm. Seelok-elok selepas
disemai sungkupan diberi bagi melindunginya daripada hujan
dan cahaya matahari yang terik. Setelah bercambah,
sungkupan dibuang dengan cara beransur-ansur untuk
membiasakan anak benih dengan cahaya matahari.
(C) BIJI BENIH BESAR
Biji benih yang dianggap besar adalah seperti saiz biji
rambutan hingga sebesar biji durian.
Terdapat biji benih yang lebih besar seperti kelapa dan biji yang
terbesar di dunia, iaitu kelapa laut,
Lodoicea maldivica.

Biji benih yang besar boleh ditanam terus ke ladang. Bagi


tujuan pemilihan biji benih, biasanya biji-biji dibiarkan
bercambah terlebih dahulu dan hanya yang mempunyai
percambahan yang baik sahaja ditanam ke ladang atau ke
dalam karung plastik. Ada spesies palma yang tidak boleh
disemai terlebih dahulu dan hendaklah terus ditanam ke

lapangan. Contohnya seperti lontar kepau dan lain-lain yang


mempunyai percambahan legul jarak jauh.
KEBOLEHHIDUPAN (VIABILITI )
Kebanyakan biji benih spesies tumbuhan kawasan tropika
mempunyai tempoh kebolehhidupan (viabiliti) yang singkat.
Contohnya biji durian, manggis, rambutan yang mempunyai
tempoh kebolehhidupan 2-3 hari sahaja. Selepas tempoh itu,
biji tidak akan bercambah lagi. Biji-biji seperti ini hendaklah
ditanam terus.

Kebanyakan biji benih tumbuhan yang bukan berasal dari


kawasan tropika, seperti pokok kekacang, bijirin dan beberapa
pokok herba dari kawasan subtropika dan iklim sederhana,
mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama.
Biji benih yang mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama
biasanya menjadi keras dan adakalanya menyulitkan
percambahannya. Contohnya,biji-biji kekacang penutup bumi;
biji ini perlu direndam di dalam air panas atau asid cair bagi
membantu percambahannya.
Biji-biji tumbuhan palma juga tidak mempunyai tempoh
kebolehhidupan yang lama seperti yang disangka oleh ramai
orang. Kita selalu melihat buah kelapci bercambah di pokok
sebelum buah itu gugur. Sebenamya buah palma akan terus
hidup selepas dipersenyawakan. Pendapat yang menyatakan
buah nipah yang hanyut di laut berbulan-bulan dan bercambah
apabila terdampar di pantai adalah tidak benar.

Tut pokok dokumentasi


1. Pembiakan Tanaman Kaedah TutTerdapat pelbagai teknik
pembiakan
bagi
pengeluaran
bahan
tanaman
buahbuahanyang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti
sandingan, cantuman matatunas,cantuman sisi, sulur, akar dan
lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan
yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran
benih
buah-buahan.Hanya
teknik-teknik
yang
selalu
dipraktikkan sahaja sesuai bagai pembiakan benih.Antara yang
popular ialah melalui Kaedah Tut.Teknik ini telah lama
dipraktikkan
akan
tetapi
banyak
mempunyai
kelemahannyaseperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu,
pengeluarannya adalah terhad danpertumbuhan anak pokok itu
tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan padatanaman
ciku, jambu batu dan limau.TUT POKOK (Marcotting)Mengetut
Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah
pembiakan tampang(vegetative propagation). Pembiakan
Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedahiaiitu Cara Sexual
dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji
Benih(Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan
bunga jantan dan betina. KaedahPembiakan Asexual ialah
dengan
Cara
Pembiakan
Tampang
(Vegetative)
dimanasebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan
sebagai asas untuk pembiakan.Pembiakan tampang terdiri dari
SEMULAJADI (Sulur, Rhizom, Umbisi, Bebawang,Rayapan dan
sebagainya), KERATAN (Keratan akar, Pucuk dan batang),
CANTUMAN(Banyak jenis cantuman) dan TUT. Salah satu
panggilan biasa mengetut di panggil

2. Teknologi Lenturan Udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai


digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara
tampang yang lain. Biasanya dilakukan padapokok-pokok jenis
kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.
Teknik dan Cara-cara mengetut Sediakan tanah campuran yang
sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan
yang boleh menyimpan airdengan secukupnya selama masa
dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuranbiasa
digunakan ialah 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian
isipadu baja. Padamasa ini bahan mengetut moden telah ada
dipasaran seperti campuran coco-peatdengan pelbagai nama
seperti GP7 dan sebagainya. Kerja mengetut tanaman
jugamenjadi mudah dengan teknologi GP7. Pemilihan dahan
yang sesuai untuk di tut mestilah dipilih daripada pokok sihat,
segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan
mestilah dari kayu keras atau sederhana keras dengan
ukurlilitdahan sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Pastikan
dahan yang dipilih sebaiknyaseimbang dari segi bentuk
cabang, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahayamatahari.
3. Langkah-langkah mengetutWalau pun kerja ini Nampak agak
mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidakmenjadi.
Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat
pembiakan secaratut. a) Sediakan kepalan campuran tanah
sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab b) Pilih
dahan yang sesuai serta buangkan daun- daun dan rantingranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
4. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawahmata tunas dan
kelaran kedua dibuatsekurang-kurangnya 3cm di bawah dari
kelaranpertama. d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan
kikiskan (kambium) hingga ke kayu. e) Sapukan hormon
penggalak akar di kelaran atas
5. f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. g) Dekatkan
tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis
tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.h)
Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastikdan diikat
pada kedua-dua hujungnya.
6. i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan
boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg

plastic untuk proses pembesaran anak benih.Kelebihan dan


Kekurangan i. Kelebihan Ciri pokok induk diwarisi Tanaman baru
cepat matang ii. Kekurangan Perlu kemahiran membuat tut
Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk

You might also like