Semangat Kejiranan (Angela Pau)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tulis sepucuk
surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda
kepada rakyat Malaysia.
Mengikut Kamus Dewan, jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah seseorang atau tetangga. Manakala, semangat kejiranan pula merujuk
kepada tahap keakraban dalam hubungan sesama jiran. Macapada ini, semangat
kejiranan amat jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar bagai aur dengan
tebing jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Hal ini disebabkan pihak
kerajaan sangat menekankan pembinaan semangat kejiranan. Hal ini demikian
kerana semangat kejiranan amat membantu kerajaan menyemai perpaduan dalam
halakah anak watan yang berbilang kaum. Perpaduan yang terjalin juga
membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni dan sejahtera.
Sedawarsa ini, apabila rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai, maka
mudahlah pihak karajaan merancang program yang dapat meningkatkan taraf hidup
rakyat dan seterusnya dapat memajukan negara. Sebenarnya, banyak
kemaslahatan yang boleh diperoleh jika kita mengamalkan semangat kejiranan.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamalan semangat


kejiranan dalam kalangan masyarakat boleh mencegah berlakunya gejala negatif di
tempat tinggal kita. Sebagai jiran yang baik, mereka nescaya akan mendidik dan
menasihati anak mereka agar tidak melaukukan perkara negatif yang boleh
mengganggu ketenteraan jiran. Menurut At-Tamri, Tiada satu anugerah yang lebih
mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar
dan budi pekerti yang baik, kata-kata hikmat ini memberitahu kita bahawa
betapanya penting ibu bapa mengajar anak tentang ketentraman kehidupan. Antara
kelakuan negative tersebut ialah memasang radio dengan suara yang kuat, bermain
mercun api pada musim perayaan, membakar sampah dan berlumba haram.
Tambahan pula, jiran juga perlu menasihati anak mereka agar tidak berlumba motor,
terutamanya dalam kawasan tempat tinggal. Hal ini demikian disebabkan aktiviti
berlumba boleh membawa kemalangan jalan raya yang boleh menyusahkan jiran
dan juga menganggu ketenteraman jiran.

Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat
kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat
kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita.
Contohnya, jika ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita
pada waktu kita tiada di rumah, jiran nescaya akan menghubungi kita melalui
telefon. Jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan,
kematian, dan lain-lain lagi. Selain itu, jika kita pulang ke kampong atau menziarahi
rumah saudara-mara, jiran turut akan membantu menjaga rumah kita. Oleh yang

demikian, kita harus saling membantu sebagai jiran dan segeralah menghulurkan
tangan dengan memantu mengangkat barang masuk ke rumah mereka.
Satu lagi kepentingan yang tidak kurang pentingnya ialah kita akan mudah
mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia
maklum, kita tidak mengetahui bahawa masa sesuatu kemalangan yang akan
berlaku kerana malang tidak berbau. Antara perkara luar duga yang boleh terjadi
ialah kebakaran, kemalangan, kecurian, kematian, dan lain-lain lagi. Misalnya ,jika
kita menghadapi sesuatu kecemasan seperti kebakaran rumah, jiranlah orang yang
paling cepat dapat membantu kita. Hal ini demikian kerana jiran ialah orang yang
paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian,dan sebagainya.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan piak-pihak berwajib atau sanak saudara.
Selain itu, pihak kerajaan boleh melaksanakan program-program yang melibatkan
semuakaum di setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Hal ini
demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan. Maka, dengan
adanya pengimplimentasian program sepertiRumah Terbuka Kebangsaan bagi
setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengannilai hormatmenghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat kata
pepatah,serumpun bagai serai, seikat bagai sirih, sedencing bagai besi. Hal ini
dikuatkan lagi dengankajian dari Universiti Sains Malaysia, menunjukkan
keberhasilan penganjuran program RumahTerbuka Kebangsaan dalam
mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buahkawasan perumahan di
sekitar negara. Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai bagi memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.
Di samping itu, pihak media turut memainkan peranan penting dalam
menyemarakkan semangatkejiranan. Sarwajagat mengetahui, media merangkumi
media cetak dan media elektronik.Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah boleh
diusahakan bagi menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak misalnya boleh
memaparkan artikel-artikel mengenai kepentingan semangat kejiranan manakala
media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan yang menarik
dan menekankan peri pentingnya semangat kejiranan. Usaha Majalah 3 yang
menyiarkan Colours of Malaysian, sebuah dokumentari mengenai semangat
kejiranan dan perpaduan di Malaysia wajar disokong. Justeru, semangat hati gajah
sama dilapah, hatikuman sama dicecah. ini wajar kita tonjolkan melalui media
massa.
Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk juga perlu peka akan masalah ini. Bagi
memupuk semangat kejiranan semula, persatuan ini seperti Rukun Tetangga perlu
berbincang dan bersepakat melaksanakan program bersesuaian demi kemaslahatan
penduduk. Sebagai contoh,kegiatan rewang dan Hari Keluarga dapat dianjurkan

bagi merapatkan hubungan silaturahimantara penduduk. Sepakat membawa berkat,


begitulah kata-kata filsuf silam. Malahan,menurut laporan majalah The Times di
Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan diMalaysia merupakan antara
yang terbaik di dunia. Pengiktirafan sebegini menunjukkan bahawa perpaduan yang
dijana melalui aktiviti kemasyarakatan sememangnya merupakan jalan yangterbaik
bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Walhasilnya, semangat kejiranan mendatangkan seribu satu maslahat kepada diri
sendiri, penduduk setempat dan masyarakat. Dalam era globalisasi ini, sikap nafsi
dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung
dalam pepatah melayu bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk-pucuk
masing-masing. Ada juga pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni
dan sejahtera.

You might also like