Kertas Cadangan Internship

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PROGRAM INTERNSHIP

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3
MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN
MENGGUNAKAN MAGIC BOARD

1.0

PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru
diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan
atau memulakan sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan
inovasi ialah idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
Spencer( 1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih
baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Berdasarkan takrifan Pusat
Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata nama yang berasal dari
perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah kaedah mencari jalan
untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samaada melalui
pengubahsuaian dan penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea- idea yang
kreatif dan inovatif dalam mana- mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi.
Selain itu Glosari teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi
sebagai idea , konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu
amalan. Rasional penghasilan inovasi ialah bagi mengatasi masalah pemahaman
murid terhadap topik sains Fizikal iaitu tajuk magnet tahun 3. Oleh itu, terdapat
beberapa kelemahan pada murid tentang tajuk ini antaranya ialah :
Murid tidak dapat mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan

magnet.
Tidak dapat mengelas dan bahan magnet dan bahan manget

PROGRAM INTERNSHIP
Oleh itu, penggunaan kaedah bahan bantu dalam pengajaran ialah dilihat
selari dengan domain perkembangan kognitif dan afektif bagi meningkatkan
penglibatan dan penguasaan murid dalam mempelajari mata pelajaran Sains.

2.0

MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid

terhadap konsep-konsep asas dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan


kaedah permainan. Kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dan penglibatan
murid serta menjadikan sesi pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan aktif.
3.0

OBJEKTIF

i.

Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran

ii.

Sains melalui aktiviti permainan yang dijalankan.


Meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

iii.
iv.

pembelajaran melalui kaedah permainan.


Menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan murid-murid.
Menghilangkan rasa rendah diri dalam kalangan murid kerana mereka
dikumpulkan dalam satu kelas yang mempunyai tahap kebolehan yang

v.

sama.
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bersaing dengan
cara sihat untuk menguasai pembelajaran.

4.0

SASARAN
Murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 )

5.0

PRINSIP
Murid-murid mesti menguasai konsep asas Sains.

6.0

MASA
Waktu pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains Teknologi (DST).

PROGRAM INTERNSHIP
7.0

JAWATANKUASA KERJA
AJK INDUK
Penasihat
:
En. Ismail B. Awang
Pengerusi 1
:
En. Mohd Kamal B. Mohd Noor
Pengerusi 2
:
En. Abdullah Taim B. Ahmad Shafawi
Pengerusi 3
:
En. Mior Darul Ridzuan B. Kamarun Zaman
Penyelaras Program:
Pn. Umi Nadzrah Bt. Mohd Hadri
Setiausaha
:
Pn. Rumaizah Bt. Abd. Rashid
AJK
:
Pn. Hasnidah Bt. Hashim
Pn. Shumaimah Bt. Abd. Aziz

8.0

BAHAN / SUMBER
Bahan yang akan digunakan sepanjang program ini merupakan bahanbahan yang dibeli oleh Panitia Sains menggunakan peruntukan PCG
Panitia Sains.

9.0

PERBELANJAAN
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.

10.0

Perihal Barang
Kertas A4 (putih)
Kertas A4 (pelbagai warna)
Kad Imbasan
Manila Kad
Marker pen
Plastik Laminate
JUMLAH

Kuantiti

Anggaran

1 rim
1 rim
2 set
10 keping
1 kotak
1 rim

Harga
RM 10.00
RM 18.00
RM 30.00
RM 10.00
RM 30.00
RM 30.00
RM 128.00

PENUTUP
Projek inovasi pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan dapat memberi

perubahan yang positif terhadap pembelajaran Sains murid-murid Tahap 1. Selain


itu, penggunaan kaedah permainan yang diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan minat dan
penglibatan murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian
mereka dalam mata pelajaran tersebut.

PROGRAM INTERNSHIP

Disediakan oleh,
..............................................................
(UMI NADZRAH BT. MOHD HADRI)
Penyelaras Program Games in Science,
SK Bertam Indah.
Disemak oleh,
.....................................................
(HASNIDAH BT. HASHIM)
Ketua Panitia Sains,
SK Bertam Indah.

You might also like